Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, June 29, 2009

ANTARA SEBAB DATANGNYA HIDAYAH

ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH ALLAH

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah). Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat.

Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf.

Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib.

Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al-Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON..KEMBALI MENEMUI TUHANNYA



Perginya Seorang Bintang Dunia Yang Berbakat Penghibur..


Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta. Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA. Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung. Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson. Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik,penghibur dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.
Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung, mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an, dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu. Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop,pop dan r&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Record.

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got To Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut. Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta. Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), History (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 Anugerah Grammy dan mencatat 13 single No.1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan No.1 dalam era Hot 100. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia, menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah Taman Tema kecil dan Zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dengan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living With Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.









Menjejaki Pengislaman Michael Jackson

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga ia mengubah keadaanya sendiri. Itulah yang dialami penyanyi legenda AS, Michael jackson atau yang selalu dipanggil Jacko. Tiga tahun lamanya Jacko mencari jati dirinya sebelum memutuskan memeluk Islam dengan menempuhi berbagai macam perjalanan hati dan didera berbagai masalah.Pada 2008 di rumah karibnya di Los Angeles, Jacko mengucapkan dua kalimat syahadat.


Bila keinginan Jacko memeluk Islam tak banyak yang tahu, namun sudah sejak 2003 Jacko tergabung dengan Nation of Islam, sebuah pergerakan Muslim kulit hitam di AS yang diasaskan Malcolm X. Michael Jackson memeluk Islam tak terjadi dengan tiba-tiba. Pertemuannya dengan penulis lagu berasal Kanada, David Wharnsby dan produser, Philip Bubal, menjadi sejarah perjalanan hati sang legenda ini. Ketika itu David Wharnsby dan Philip Bubal mendekatinya ketika Jacko terbelenggu masalah hukum dan ketahanannya dirinya mulai goyah.Laporan-laporan lain yang menyebutkan keinginan Jacko memeluk Islam sejak 2005, datang dari seorang sumber yang mengatakan keinginan Jacko memeluk Islam kepada harian The Sun. Jacko mendengar kisah keimanan mereka dan bagaimana mereka boleh menjadi orang yang lebih baik setelah memeluk Islam. Jacko pun menyambut ingin hidayah tersebut.Pengaruh besar juga datang dari kakaknya, Jermaine Jackson yang sudah menjadi Muslim sejak 1989.


Jermaine mengatakan gelaran superstar yang disandang Jacko membuat dirinya banyak terbabit masalah dan melakukan kesalahan."Saya rasa, Michael perlu menjadi seorang muslim, karana saya fikir Islam adalah perlindungan yang paling sempurna baginya dari segala kesalahan yang menyerangnnya," ungkap bekas ahli anggota Jackson Five yang kini menetap di Bahrain.Jermaine banyak menyumbangkan buku-buku tentang Islam dan Jacko pun banyak bertanya tentang Islam."Saya katakan, inilah agama paling damai dan indah," kata Jermaine pada BBC Asian Network seperti yang dikutip Reuters.Bahkan Jermaine mengatakan bahwa perpindahan Jacko ke Bahrain dengan tujuan untuk meninggalkan AS dan menetap di daerah yang damai dan tenang untuk menunaikan kewajiban solat lima waktu.



Jacko dan Keyakinan Islamnya
Sumbangsih Jacko untuk dunia Islam sudah diberikannya sebelum ia memeluk Islam. Dia memberikan sumbangan tak sedikit untuk membangun sebuah masjid di Manama, Bahrain. Masjid tersebut dibangun dengan keindahan seni yang luar biasa.Masjid yang terletak dekat kediaman jacko di Bahrain tersebut sekaligus sebagai tempat belajar Islam dan bahasa Inggris. Bahkan guru-guru yang didatangkan dari Amerika untuk mengajar anak-anak Bahrain belajar bahasa Inggris berada di bawah pengawasan Jacko.Kedamaian dan penerimaan masyarakat Bahrain terhadap Jacko yang ketika itu sebagai pemeluk agama kristian Jehovah. Tidak ada perbezaan yang didapat Jacko.


Masyarakat Bahrain memperlakukannya seperti dia adalah warga negara Bahrain.Setelah keluar dari kristian Jehovah, Michael Jackson menukar nama kepada Mikaeel Jackson. Nama tersebut diilhami dari salah satu malaikat Allah SWT, yaitu malaikat Mikail.Islam memang Rahmatan lil Alamin. Sang legenda pop yang dahulu seringkali terperosok ke dalam masalah dan kini menderita kanser kulit leher tetap menjadi raja pop dunia. Perancangannya pun Julai tahun ini Mikaeel Jackson akan mengadakan konsert besar seluruh dunia hingga Februari 2010. Harapan kita supaya Jacko menjadi muslim mualaf sejati setanding Yusuf Islam.



Tuesday, June 23, 2009

DOA TAUBAT



Mengenai doa yang dapat dibaca sehabis solat sebenarnya banyak dan tidak ada batasannya. Di sini saya kutipkan sebuah hadis riwayat Albukhari yang menyatakan bahwa sayyidul istigfar (bacaan istigfar yang paling utama) adalah membaca doa berikut ini:

''Allahumma anta rabbi lailaha illa anta khalaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastatha'tu. A 'udzu bika min syarri ma shana'tu abu'u laka bini'matika 'alayya wa abu'u laka bidzanbi faghfirli fainnahu la yaghfirudzdzunuba illa anta".

(Ya Allah Engkaulah tuhanku tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakanku, aku adalah hamba-Mu dan aku terikat pada ikatan dan janji-Mu dan aku tidak berkuasa. Aku mohon perlindungan-Mu dari kejelekan yang telah kuperbuat, aku mengakui nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku karena tiada yang bisa mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).

Menurut penulis asal Doa ini sangat utama dibaca setiap saat, baik siang mahupun malam, begitu juga sehabis shalat, kerana berisikan tentang pengakuan seorang hamba sepenuhnya di hadapan Allah akan kelemahan, ketidakberdayaan, dan dosa-dosanya.

Semoga kita mendapat manfaat.

Thursday, June 18, 2009

Rahsia Al-Quran




Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.

Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama.
Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali;
Perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali;
Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali;
Zakat 32 kali, Barakah juga 32;
Berfikir 49, Nur 49, dan
Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.

Apakah semua ini kebetulan?
Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.

Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?

Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)

Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."

Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang." Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al-Quran merupakan penghubungnya.

Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.

Tuesday, June 16, 2009

SIMAAS Menyertai Sukan

Pada 13 dan 14 Jun 2009,
Kelab Sukan Komuniti Sebuyau telah menganjurkan pertandingan Bola Tampar yang mana telah disertai oleh pemuda-pemudi diseluruh peringkat daerah berkenaan dimana telah disertai oleh 8 pasukan. Bersempena dengan penganjuran tersebut SIMAAS telah menghantar satu pasukan bagi menyertai cabaran berkenaan dengan disertai oleh 8 pemain termasuk 2 simpanan.

SIMAAS berpandangan penyertaan kali ini adalah bukan tujuan utama untuk mendapat hadiah dan ganjaran, tetapi lebih kepada suatu aktiviti riadah yang dapat menyihatkan jasmani dan fizikal, disamping itu ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu pasukan dan juga diantara semua pemain yang menyertai sukan ini.

Alhamdulillah, pada perlawanan pertama SIMAAS peringkat kumpulan ialah menentang pasukan GIATMARA dengan kemenangan kepada pasukan SIMAAS dengan stret set 2-0. Manakala pada perlawanan kedua adalah menentang pasukan AIR BOOM (Terbelu) yang mana kemenangan sekali lagi memihak SIMAAS dengan kiraan set 2-1.

Perlawanan terakhir SIMAAS peringkat kumpulan ini ialah menentang pasukan BONG 6655 dimana kali ini tidak memihak kepada SIMAAS dimana tewas kepada pasukan BONG 6655 dengan kiraan set 1-2.
Walau bagaimana pun, pasukan SIMAAS telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir yang akan dilangsungkan 20 dan 21 Jun 2009. InsyaAllah saya akan laporkan perlawanan separuh akhir itu nanti apabila selesai sahaja perlawanan peringkat berkenaan.

Berikut adalah gambar sekitar pertandingan tersebut untuk pengunjung blog ini.








Nota:
Berikut adalah jadual perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir pada 21 Jun 2009.
AIR BOOM VS SMK SEBUYAU (separuh akhir pertama)
SIMAAS VS PIBG (separuh akhir kedua)
Perlawanan Merebut Tempat Ketiga dan Keempat
(pasukan kalah separuh akhir)
Perlawanan Merebut Tempat Pertama dan Kedua
(pasukan menang separuh akhir)

Saturday, June 13, 2009

Lemas










Sudah ketentuan Ilahi..kata-kata yang sering diucapkan apabila terjadinya sesuatu musibah. Tidak kiralah dimana ia berlaku atau dari mana kita mengetahuinya. Apa yang penting ialah sentiasa yakin dalam diri kita bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Siapapun dapat menjangka apa yang akan berlaku dimasa akan datang sama ada saat ini, esok atau lusa, minggu depan? bulan depan? tahun depan? Hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui. Apa jua yang berlaku hanya kepada Allah juga kita kembali.


KUCHING-2 Jun 2009 (Selasa)
Segala-galanya bermula apabila satu aktiviti jogging yang dirancang pada awalnya telah bertukar menjadi satu peristiwa hitam serta meninggalkan kenangan pahit bagi satu kumpulan rakan karib apabila seorang daripada 5 mereka telah mati lemas didalam salah satu tasik buatan di sekitar Taman Burung kaki Bukit Siol di Semariang, Kuching pada pagi 2 Jun 2009.

Diceritakan dimana sudah 2 hari sekumpulan rakan ini telah melakukan aktiviti berkenaan bersempena dengan cuti sekolah bagi mengisi masa lapang yang berfaedah selain dapat menyihatkan tubuh badan.

Hari pertama ativiti tiada apa-apa yang berlaku dimana setelah selesai sahaja berjogging mereka terus sahaja balik ke rumah masing-masing. Entah apa yang mendorong sekumpulan mereka untuk pergi ke suatu kawasan tasik tersebut yang agak jauh dari jalan sebenar kebiasaan untuk orang berjogging,sehingga timbul keinginan untuk mandi di takungan seperti tasik.

Salah seorang daripada mereka cuba untuk menyelamat tetapi mangsa telah tenggelam ke dasar kira-kira 8 kaki dan tidak menampakkan akan timbul. Menyedari keadaan itu, salah seorang telah cuba mendapatkan pertolongan orang dewasa disekitarnya namun agak mustahil memandangkan tempat tersebut jauh dari jalan utama sehinggalah mereka terpaksa berkejar ke rumah mangsa sendiri untuk mendapatkan pertolongan dari bapa mangsa sendiri yang kebetulan berada dirumah.

Cerita ini diperolehi sendiri oleh SIMAAS dengan menemuramah mereka yang terlibat sambil menyatakan kesal dgn apa yg berlaku serta berhati-hati dimasa akan datang.

AL-FATIHAH KEPADA...
ALLAHYARHAM WAN KHAIRUL AZMANIZAL BIN WAN ABU
YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 2 JUN 2009

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh, amin..

(Gambar di atas tujuan hiasan)

Wednesday, June 10, 2009

Senyuman Rasulullah Dalam Dakwah


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.

Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi) Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW.

Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.

Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata,
“Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.

Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya.

Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.
Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.

Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Sumber : Berita Harian

Tuesday, June 9, 2009

KISAH RUQYAH 2 : Jin Mengganas?

Malam tadi saya berkesempatan keluar bersama beberapa orang rakan di Bombay Masala Taman Sukma, Semariang Kuching. Disamping mengetahui khabar masing-masing dan sambil makan kami berbual-bual serta bercerita mengenai beberapa perkara dan isu semasa.

Dalam rancak berbual saya telah dikejutkan satu cerita dari seorang rakan dimana satu kejadian misteri telah berlaku disalah sebuah rumah di Taman Sukma baru-baru ini.

Nak tahu apa ceritanya? Lantai rumah berkenaan yang cantik dengan susunan mozek telah pecah dan tercabut dengan sendiri sehingga rosak teruk. Apa yang lebih menghairankan ialah kerosakan tersebut bermula dari hujung lantai rumah berkenaan hingga ke satu hujung lagi seperti lengkukan ular.

Kejadian yang mengejutkan ini telah dapat disaksikan sendiri oleh tuan rumah dimana menurut cerita beliau, rekahan tersebut dilihat bergerak dari satu hujung ke satu hujung seperti satu pergerakkan ular dibawah lantai berkenaan.

Kejadian ini berlaku sekitar waktu maghrib. Memandang ia kejadian luar biasa dan tidak diketahui punca sebenar, tuan rumah berkenaan telah memanggil satu kumpulan perubatan alternatif bagi melihat dan sekaligus dapat menyelesaikan terus masalah berkenaan.
Maklumat mengenai siapa kumpulan tersebut juga tidak diketahui lebih jelas.

Wallahu'alam.

NOTA:
Diharap kepada sesiapa yang mengetahui lebih lanjut mohon agar dapat berkongsi maklumat cerita ini bagi menggelakkan sebarang kesalahan fakta dan kesahihan khabar berkenaan. Atau sesiapa diantara perawat atau anda yang ada pengalaman dan pernah menangani/mengetahui kejadian yang sama atau seumpamanya sebelum ini mohon dapat berkongsi bersama di ruangan ini.

Monday, June 8, 2009

Surau Darul Muttaqqin

(Suasana Ketika Malam Markaz)


(Ruang Dewan)


(Bangunan Surau)


(Surau Darul Muttaqqin dari pandangan jauh)


Jemaah Tabligh Kuching yang dulunya menggunakan Masjid India Kuching sebagai markas sementara, dan kini sudah memliki markaz tetap sendiri. Dengan menggunakan modal permulaan bernilai lebih kurang RM 100,000.00 dari tabung terkumpul jemaah sendiri sekarang telah berjaya mendirikan sebuah surau yang mampu menempatkan lebih 100 orang jemaah pada satu masa.

Manakala dewan pula dapat menampung lebih kurang 200 jemaah pada satu masa. Pembinaan pertama ini hanyalah sebahagian keluasan tanah yang dimiliki oleh jemaah ini dimana mereka telah berjaya membeli tanah dikawasan berkenaan dengan luas keseluruhan adalah 4 ekar.

Selebihnya cita-cita jemaah ialah ingin mendirikan Pusat Islam dikawasan berkenaan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada modal terkumpul untuk masa yang akan datang.
Kini markas berkenaan bergiat aktif dengan program-program yang berkaitan.

Antara lain ialah:
Setiap sabtu malam ahad – Malam markas
Setiap selasa malam rabu – mesyuarat jemaah

Kini markas berkenaan telah didaftarkan secara rasmi dengan diberi nama Surau Darul Muttaqqin. Surau ini telah mula beroperasi sepertimana surau ditempat lain seperti solat lima waktu dan beberapa program imarah yang lain mulai Mac 2009. Lebih membanggakan dimana hampir setiap minggu jemaah dapat dibentuk dan dikeluarkan yang mula beroperasi disini.

Lokasi surau ini adalah berdekatan Taman Lavender dan Taman Petronesa II Jalan Depo.


Nota:
Istima' terdekat akan diadakan pada 13 dab 14 Jun 2009 di Markaz ini dimana kehadiran ahli jemaah dijangka lebih kurang 1000 orang. Terdapat beberapa program jualan turut dilangsungkan pada tempoh berkenaan.

Penjelasan Berhikmah Tentang Babi

Suatu penerangan yang berilmiah mengenai binatang yang diharamkan oleh Allah telah dibuktikan melalui saintifik. Berikut adalah keratan kartun menceritakan perkara tersebut.Amat menarik juga penyampaiannya untuk kita kongsi bersama.

Thursday, June 4, 2009

BICARA AGAMA: Ingat-mengingat


SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN MAKSUD TERSURAT DAN TERSIRAT..

>>* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
>>* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

>>* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
>>* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
>>* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
>>* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
>>* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhanpun tersekat
>>* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
>>* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

>>TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
>>* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
>>* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

>>*KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
>>*Apabila manusia tlh mngubah tabiat,ada yg jdi lalat ada yg jdi ulat.
>>*Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.

>>*Apabila sembahyang jadi liat,orang baik ada yg bertukar jadi jahat.
>>*Apabila org baik bertukar jahat,org miskin pula nak kaya cepat.
>>*Apabila org miskin nak kaya cepat,org tua pula nak mati lambat.
>>*Apabila org tua nak mati lambat,tak dpt minum madu telan jer la
minyak gamat.


>>*Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
>>*Semua nak tunjuk kuat.
>>*Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
>>*Tapi hidup pula yang melarat.
>>*Tali kasut dah tak berikat.
>>*Rambut pun jarang sikat.
>>*Yang perempuan, pakai mini sekerat.
>>*Suka pakai baju ketat.
>>*Suka sangat menunjukkan pusat.
>>*Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
>>*Pakai pulak yang singkat-singkat.
>>*Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

>>*Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
>>*Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
>>*Duduk jauh berkirim surat.
>>*Bila berjumpa, tangan berjabat.
>>*Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
>>*Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
>>*Usah peduli agama dan adat.
>>*Usah takut Allah dan malaikat.
>>*Yang penting apa kita nak buat?
>>*Kita 'bukti' lah kita buat.>
>>*Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
>>*Apabila perut kempis dah jadi bulat,maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
>>*Bila anak2 tak cukup sifat,jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

>>* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
>>* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
>>* Habis manusia telah tersesat.
>>* Inilah dia fenomena masyarakat.
>>* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
>>* Marilah kita pakat mengingat,
>>* Bahawa dunia hari ini makin singkat,
>>* Esok atau lusa mungkin kiamat,
>>* Sampai masa kita semua akan berangkat!

>>* Berangkat menuju ke negeri akhirat.
>>* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

>>* Masa tu, sindri mau ingat.
>>* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
>>* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
>>* Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
>>* Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
>>*Semoga ianya dpt mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Related Posts with Thumbnails