Bismillahirahmannirahim..
Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak-kanak
Kanak-kanak kecil agak sukar untur dibacakan ruqyah dan berikut adalah antara panduan asas bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:
1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan.
5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.
Rawatan:
1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau,
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul..
Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij atau perawat islam yang anda yakini.
Selamat mencuba.
assalamualaikum...
ReplyDeleteSyukran jazillan ya UstazADMIN untuk INFO dan panduan yang amat bermanfaat ini..
Sama-samalah kita amalkan TIPs ini untuk masalah seperti yang disebutkan..InsyaAllah akan dilindungi anak-anak kecil kita/cucu-cucu kita dari gangguan SYAITAN
wa'alaikumussalam..
ReplyDeletesama2 kita beramal dan pjg2kan info yg bermanfaat semoga mdpt hidayah dan perlindungan yg berkekalan..