Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, August 26, 2009

Ikan Duyung Dijumpai Di Kuching?

Ikan Duyung Terdampar Di Pasir Pandak Kuching?

Wallahu'alam..Sekarang ini tengah heboh penduduk disekitar Kuching kononnya telah menemui ikan duyung mati terdampar di pantai Kampung Pasir Pandak iaitu tidak jauh dari Bandar Kuching dan dakwaan itu telah dikukuhkan lagi dengan dibuktikan melalui potongan video semasa penemuan tersebut.

Video ini telah disumbangkan oleh pengikut dan pembaca SIMAAS bernama E-Sham. Saya mengalukan pembaca semua untuk memberi ulasan atau komen berkenaan cerita serta video yang mengaitkannya. Mungkin juga anda ada sesuatu yang boleh dikongsikan untuk pengetahuan dan kebaikan semua. Sama-sama kita lihat dan siasat apakah kesudahan cerita ini nanti. Saksikan video yang disertakan dibawah.


Tuesday, August 18, 2009

Kisah Disebalik Gotong-royong (Sambungan..)

Pada hari Sabtu 15 Ogos 2009, saya telah mengadakan satu gotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung untuk membersihkan sebuah masjid. Ini kerana masjid berkenaan telah dimasuki oleh tanah dari bukit akibat dari hujan lebat berlarutan selama 3-4 hari tanpa henti pada awal tahun ini sehinggakan tanah yang bercampur dengan air hujan telah melimpah hampir diseluruh ruang lantai masjid tersebut memandangkan masjid berkenaan terletak betul2 di kaki bukit.

Alhamdulillah gotong-royong telah berjalan dengan lancar serta penuh dengan semangat kekitaan dan persaudaraan. Walau bagaimanapun ada cerita disebalik program murni berkenaan.

Sambungan..
Baiklah, saya akan mulakan cerita dgn apa yang dapat saya perhatikan sepanjang gotong-royong tersebut diadakan iaitu berkenaan semangat kerjasama yg telah ditunjukkan oleh penduduk semasa melakukan kerja membersih dan membuang tanah yg terdapat hampir diseluruh ruang lantai masjid yg mana tanah yg memasuki bermula dari bahagian belakang. Jika dipandang dgn mata kasar agak mustahil utk membuang serta membersihkan serta memulihkan keadaan lantai masjid yg dipenuhi 70% tanah bukit dan terdapat juga beberapa ketul bongkah batu seberat 2-3 tan setiap satu lebih-lebih lagi utk disiapkan dalam tempoh satu hari.
Masjid tersebut adalah satu-satunya masjid yg terdapat di kampung berkenaan dan selebihnya adalah surau yg cuma mampu memuatkan sekitar 50-100 orang jemaah sahaja. Bukan itu sahaja kedudukan masjid ini agak strategik dimana dpt dilihat dgn jelas dari arah masuk sungai dan terletak ditepi jalan utama agak mencacatkan permandangan sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja tanpa dibersihkan lebih-lebih lagi umat islam akan menyambut bulan ramadan tidak lama lagi.
Masjid yang dulunya hidup dgn laungan azan dan solat lima waktu tiba2 sahaja lumpuh dek kerana diuji oleh Allah dgn sekecil bencana sehingga menyebabkan masjid dimasuki dan dikotori tanah walau pun tidak merosakan struktur asas masjid, cuma itu sahaja sudah menyebabkan hati sesetengah pihak berbelah bagi utk memulih dan menggunakannya semula atau membiarkan ia begitu sahaja.
Bagi mereka yg berjiwa masjid dan berfikiran terbuka ia bukan suatu halangan utk meneruskan usaha murni tersebut walaupun tidak disenangi atau dipersetujui oleh beberapa pihak termasuklah ketua-ketua masyarakat dan mereka yg dipertanggungjawabkan di daerah tersebut.
Gotong-royong tetap diteruskan oleh penduduk secara sukarela dimana pada hari berkenaan dpt dilihat lebih 100 org telah menyertai program tersebut termasuklah org tua, dewasa, belia, pemuda, kanak2, dan wanita telah melakukan kerja dgn bersemangat dan gembira kerana dpt meluangkan masa memberi khidmat bersama ketika itu walau pelbagai andaian dan persepsi dilontarkan. Dan lebih membanggakan lagi ialah makan dan minum utk gotong-royong hari tersebut adalah hasil collection dari penduduk yg menyertai program itu sendiri utk sama2 merasai susah payah dan menyemai semangat kekitaan.
Alhamdulillah, Allah telah memudahkan perjalanan program berkenaan dan selesai sepenuhnya pada sebelah petang. Masjid berkenaan nampak hidup dan kembali berseri serta dpt diperhatikan juga wajah kepuasan mereka yg menyertai gotong-royong tersebut seolah-olah ada satu harapan baru simbolik hasil dari kerja berkenaan. Walaupun pada hakikatnya sebelum gotong-royong dijalankan keadaan masjid seperti terus lumpuh, tetapi hati penduduk diharapkan tidak mudah lumpuh disebabkan oleh beberapa cubaan dan halangan yg sentiasa mendatang.
Cerita Sebelumnya..
Saya ada mendengar cerita dari bilal masjid tersebut dimana pada suatu malam beliau ada bermimpi melihat ramai orang berada dalam masjid tersebut walaupun masjid berkenaan sudah lama tidak digunakan semenjak bencana menimpa. Apabila melihatnya beliau menjadi takut dan akhirnya mengigau 'mimpi depan'.
Satu lagi cerita yang saya dengar ialah ada 3 orang lelaki yang musafir ingin bersolat tetapi telah dimaklumkan oleh penduduk disitu bahawa masjid tidak dapat digunakan untuk solat. Walau bagaimana pun mereka bertiga ini ialah orang yang tahu adab masjid datang juga sekadar memberi salam dipintu masjid berkenaan dan tiba-tiba salam mereka bersahut dari dalam masjid berkenaan.
Ikuti suasana program tersebut seperti pada gambar yang telah diambil semasa gotong-royong berkenaan.



















Friday, August 14, 2009

'Isteri' Balik Rumah

Suami tidak bermalam di rumah sendiri pada waktu malam, sebaliknya tumpang tidur di rumah saudara mara

SEJAK sekian lama, cerita misteri terutama membabitkan makhluk halus dan kehidupan orang Melayu seakan tidak boleh dipisahkan. Cerita sama tetap berupaya menarik perhatian walau diulang berkali-kali dengan sedikit tokok tambah. Makhluk halus memang ada dan kewujudannya diterangkan dengan jelas dalam al-Quran. Ia memang diketahui tetapi apa yang menjadikan kewujudannya tidak disenangi ialah cara ia memberitahu kehadirannya melalui gangguan, usikan atau jelmaan yang menakutkan.

Manusia dan makhluk halus juga tidak boleh menjadi kawan dan jika ada yang melanggar hukum itu, akibatnya akan membinasakan diri. Cerita ini pernah menggemparkan sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukit Merah di Perak. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Syakir, 29, memberitahu tidak lama dulu dia dan isteri serta anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang ke rumah mentua agak kehairanan mendapati pondok kecil di simpang masuk kampung isterinya lengang, sedangkan waktu baru menjangkau jam 8 malam. “Saya memandu dengan perlahan dan berhati-hati kerana jalan masuk ke kampung isteri yang terletak agak jauh dari jalan besar, sempit dan tidak rata. Di kirinya pula ada tali air. Tanda tanya mengapa tiada anak muda melepak di pondok itu hilang begitu saja.
“Saya tidak pula berasa cuak dengan keadaan sunyi sepi dan gelap di kiri kanan jalan. Mungkin sebab sudah biasa berdepan dengan gangguan makhluk halus. Malah sepanjang perjalanan ia langsung tidak terlintas di ingatan,” katanya. Sesampai di laman rumah mentuanya, Syakir turun mendukung anak perempuannya, manakala isteri mengangkat beg baju. Kehairanan sekali lagi timbul apabila ibu mentuanya segera keluar menyambar cucu lantas dibawa masuk dalam rumah dengan tergesa-gesa. Syakir yang ingin mengambil angin malam duduk di atas pelantar di depan rumah tertanya-tanya dengan ajakan ibu mentuanya yang bersungguh-sungguh mahu dia masuk ke dalam dengan segera. “Saya berasa berasa pelik sangat perangai ibu mentua. Dia seolah-olah bersembunyi di belakang pintu sambil menggamit saya supaya segera masuk ke rumah. Sebaik melangkah masuk, dia cepat-cepat menutup pintu. Gayanya macam ingin menghalang benda lain masuk.
“Selepas itu, barulah saya tahu cerita sebenar di sebalik tindak tanduk ibu mentua saya. Ia juga menjadi sebab mengapa pondok di simpang sunyi sepi. Rupa-rupanya, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila seorang wanita warga emas yang baru dikebumikan tiga hari lalu dilihat merayau-rayau,” katanya. Kejadian mula disedari suami wanita berkenaan sendiri yang terperanjat besar mendapati makanan sudah sedia terhidang di atas meja apabila dia pulang bekerja. Bunyi seperti orang sedang mandi dalam bilik air tambah menghairankannya. Dia yang pada awalnya menyangka rumah diceroboh masuk, terus kaku dan membuka langkah seribu apabila melihat tubuh yang melangkah keluar dari bilik air ialah isterinya yang baru dikebumikan.

Sejak itu, si suami tidak berani tidur di rumahnya dan sebaik malam menjelma, dia akan menumpang tidur di rumah saudara mara atau jiran. “Ibu mentua saya memberitahu jelmaan itu juga mula mengganggu orang kampung, merayau-rayau mengetuk pintu rumah penduduk. Dia bersyukur kerana kejadian menyeramkan itu tidak berlaku kepadanya tetapi di kalangan jiran ada yang pengsan apabila mendapati tiba-tiba wanita itu berada di dapur mereka. “Bagaimanapun, keadaan kini sudah pulih seperti biasa dan pondok di simpang sudah kembali riuh,” katanya. Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali bersahabat dengan makhluk halus apatah lagi membelanya untuk kepentingan diri. Jika difikirkan secara logik, apa faedahnya berkawan dengan jin atau syaitan yang sudah sah akan ke neraka juga kesudahannya.

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani Meninggal Dunia


USTAZ Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11pagi tadi.
- Foto ikhsan RTM


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi (13 oGOS 2009) kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT KE ATAS ROHNYA, AMIN
-AL-FATIHAH-

Wednesday, August 12, 2009

Kisah Berani Kaki Pancing!


SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.
Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan. Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.

Mungkin kisah yang diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak diendahkan. “Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan. “Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.

Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti. Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran. “Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua. “Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.

Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang. Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.
Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. “Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur. “Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya. Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz - makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.

Sumber:Berita Harian

Tuesday, August 11, 2009

'Sabar' disebut Dalam Al-Quran


Sabar merupakan salah satu akhlak Qurani yang paling utama dan ditekankan olah Al-Quran baik pada surah-surah Makkiyah mahupun Madaniyyah, serta merupakan akhlak yang terbanyak di dalam Al-Quran. Terdapat lebih kurang 90 sebutan SABAR di dalam Al-Quran. Erti sabar sendiri dalam segi bahasa ialah menahan dan mencegah diri.


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al- Baqarah ayat 45 & 46. Yang bermaksud

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya".

Hadis Nabi Muhammad S.A.W
* Sebaik-baik perkara pada orang mukmin ialah sabar dan bersyukur.
* Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya cici-ciri iman, baginda menjawab:

"Ialah sabar ", kerana di samping sabar merupakan amal yang termulia, sebahangian besar amalan iman adalah sabar. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sabar adalah pada goncangan (timpaan) yang pertama Berbagai Macam Bentuk Sabar Dalam Al-Quran. Apa yang tidak disukai olah nasfu manusia ada beraneka macam, kerana itu ruang sabar sangat luas melampaui gambaran manusia bila mendengar kata SABAR.
Ketahuilah bahawa sasaran sabar ada dua macam. Pertama sasaran fizikal (badaniah) seperti menahan penderitaan badan dan tetap bertahan, seperti kerja berat dalam beribadat atau perkerjaan lainnya atau tahan terhadap pukulan kuat, sakit yang kuat dan luka yang parah, Hal itu dapat menjadi amalan yang terpuji apabila sesuai dengan tuntutan syariat.
Tetapi yang lebih terpuji ialah menghadapi pukulan kedua, iaitu sabar mental (nafsu) menghadapi tuntutan adat kebiasaan dan dorongan nafsu syahwat. Apabila serangan itu berupa syahwat dan seksual maka kesabaran itu bernama IFFAH atau kehormatan dan martabat diri.
Apabila dalam rangkaan menahan penderitaan, maka pengertiannya berbeza dan tergantung dari macam derita batin yang dihadapi oleh kesabaran.
Kalau berupa musibah maka cukup dengan kata sabar dan lawan katanya keluhan (jaza' ) (dan kecemasan atau kegelisahan yang melahirkan teriakan hiteris, memukul-mukul tubuh, menampar pipi, mengoyak-ngoyakkan baju dan lain-lain.

Sabar Merupakan Ciri Khas Miliki Manusia
Manusia merupakan makhluk berakal dan selalu dibebankan dengan ujian dan cubaan, maka sabar mejadi salah satu ciri khasnya. Al-Imam Al-Ghazali berkata: "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dipunyai oleh haiwan kerana kekurangan-kekurangannya dan tidak pula oleh malaikat kerana kesempurnaannya"

Lebih jauh dijelaskan: Haiwan dikuasai oleh nafsu syahwat dan diciptakan untuk melaksanakan tugas nafsu syahwatnya. Haiwan bereaksi dan bertindak dengan dorongan nafsunya dan tidak memiliki kekuatan untuk menidakan atau mengawal nafsu syahwatnya.
Sedangkan Malaikat sepenuhnya sempurnanya cenderung mengabdi kepada Ronnya dan dengan sukarela mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Malaikat tidak mempunyai nafsu syahwat sehingga tidak mengalami pergumulan dan konflik dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Manusia sendiri pada awal hidupnya lemah, tidak memiliki kelengkapan (seperti Haiwan) dan hanya memiliki syahwat perut yang diperlukannya untuk meneruskan hidup. Kemudian meningkatkan kepada keperluan nyaman menghindari tidak nyaman, meningkat lagi kepada keperluan aman hingga akhirnya kepada keperluan syahwat seksual menghindari kepunahan.
Manusia pada usia awal tidak memiliki sifat sabar kerana sabar adalah konflik dan pertempuran antara kekuatan yang masing-masing mempunyai tuntutannya sendiri.

Sabar Merupakan Satu Keharusan
Al-Quran sangat memperhatikan sabar kerana bernilai tinggi, baik menurut perspektif agama mahupun akhlak. Sabar bukanlah sekadar kebajikan tambahan atau pelengkap, tetapi suatu keharusan yang sangat diperlukan manusia dalam peningkatan aspek material dan spiritualnya dan untuk kebahagian peribadi serta masyarakat.

Keharusan Sabar Bagi Mukmin
Secara umum sabar ditujukan kepada segenap makhluk jenis manusia dan secara khusus sasaranya adalah orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman akan menhadapi tentangan, ganguan, ujian, cubaan yang menuntut pergorbanan jiwa dan harta benda yang berharga bagi mereka. Telah menjadi sunnatullah, manusia selalu berhadapan dengan lawan yang selalu melakukan tipu daya, merencanakan kejahatan dan mencuri kesempatan untuk menimbulkan kerugian dan bencana.

Kaedah-kaedah (cara) Sabar
Sabar itu adalah wajib. Ia adalah separuh dari iman, kerana iman itu dua setengahnya sabar dan setengahnya shukur. Menurut para alim ulamak sabar itu mempunyai 16 kaedah (cara).
1. Allah perintahkan kita hendaklah sentiasa bersabar. (Perintah Allah kita hendaklah bersabar)
Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah ayat 153.

Yang bermaksud :"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabarWahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Firman Allah s.w.t dalam surah A-Li 'Imraan ayat 200. Yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126 & 127. Yang bermaksud:
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".

2. Allah melarang kita menentang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Ahqaaf ayat 35.
Yang bermaksud:
"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasiq - derhaka".
Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 139. Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman".
3. Allah Ta'ala memuji kepada orang yang sabar. Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 16 & 17. Yang bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur".
4. Allah Ta'ala berserta dengan orang yang sabar (memperkenankan). Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 146. Yang bermaksud:
"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar)".

5. Allah Ta'ala berserta dengan orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfaal ayat 46. Yang bermaksud:
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".
6. Kesabaran itu lebih baik dari orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126. Yang bermaksud:
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar".
7. Allah Ta'ala memberi sebaik-baik balasan kepada orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 96. Yang bermaksud:
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".

8. Balasan pahala tampa terkira (balasannya) bagi orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah Az-Zumar ayat 10. Yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
9. Jaminan bagi orang yang sabar. Firman Allah s.w.t A-Li 'Imran ayat 123, 124 & 125.
Yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing".
10. Allah Ta'ala memberi kegembiraan pada orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 155. Yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

11. Allah Ta'ala berjanji akan memberi darjat kepimpinan kepada orang yang sabar.
Firman Allah s.w.t dalam surah As-Sajdah ayat 24. Yang bermaksud:
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami".
12. Orang yang sabar itu mempunyai iman yang kukuh. Firman Allah s.w.t dalam surah Asy-Syuura ayat 41, hingga 45. Yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?" Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal".

Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 90 & 91. Yang bermaksud:
"Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".

13. Tidak tercabar amalan-amalan yang solih kecuwali orang yang sabar. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qasas ayat 79 & 80. Yang bermaksud:
"Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfaal ayat 63. Yang bermaksud:
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

14. Orang yang boleh (mengambil) mendapat manafaat ( iktibar ) dari tanda-tanda kebesaran Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim ayat 5. Yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur".
15. Orang bersabar jadi Ahli Syurga Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd ayat 22 hingga 24.
Yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu, (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu".
16. Perbezaan kedudukan makhrat Islam dan iman. Islam : mengucap dua Kalimah Sahadah. sabar itu adalah datangnya daripada iman. Tiada iman orang yang tidak sabar. Sesungguhnya sabar itu cahaya. Sabar dan iman adalah seperti kepala dengan badan. (berhajat diantara satu sama lain)

Sunday, August 9, 2009

Menumpang Kasih!


Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sejak akhir-akhir ini apatah lagi dalam keadaan dunia yang sedang dihantui oleh serangan wabak virus H1N1 (Selsema Babi) yang telah mencatatkan peningkatan kematian setiap hari dan ditambah pula sebahagian negeri di negara kita juga sedang diselubungi oleh jerebu telah sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan yang melanda ketika ini.

Dengan menyaksikan banyak sekolah2, universiti2, tempat2 awam yang lain telah ditutup buat sementara dan tidak kurang juga ramai yang disyaki telah dikuarantin untuk sekian tempoh bagi membendung wabak berkenaan telah sedikit mengusarkan banyak pihak. Semoga para perawat islam mendapat jawapan dengan mengambil kesempatan untuk melakukan RnD terhadap virus berkenaan serta kaitannya dengan gangguan jin berupa virus (ummi mildam).

Tidak cukup dengan itu, agak lama juga hujan yang diharapkan rahmat tidak turun membasahi bumi yang mana sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit keadaan jerebu, dapat melembabkan tanah dikebun-kebun, menyegarkan tanaman-tanaman yang mana dilihat sudah mula kelihatan kering dengan keadaan daun-daunnya menampakkan kekuningan dan tidak kurang juga yang telah jatuh ke bumi. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah kehendak dan ketentuan Allah SWT supaya kita dapat berfikir di atas semua kejadian berkenaan disamping apakah hikmah disebalik ujian dan cubaan yang sedang melanda sekarang. Apapun keadaan yang melanda, itu semua dibawah tadbir dan kekuasaan Allah, kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah jualah kita memohon pertolongan.

Dalam keadaan yang tidak menentu dan kurang sihat sekarang saya sedaya upaya cuba menghadkan aktiviti diluar serta mengelak ke tempat yang sesak dengan orang awam. Sekurang-kurangnya saya telah berikhtiar supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Kesempatan itu saya manfaatkan untuk aktiviti disekitar rumah sahaja. Dapat juga saya mengemaskan sedikit keperluan asas dalam rumah dan dilaman rumah pula saya berpeluang memeriksa dan membuang rumput disekitar tanaman yang diusahakan untuk keperluan sendiri sahaja yang mana agak lama juga tidak diperiksa sebelum ini. Ini bagi memastikan tanaman tersebut tidak diganggu oleh serangga dan tumbuhan meliar serta menjalar dan sebagainya.

Sedang asyik melihat tanaman-tanaman yang tidak seberapa tersebut, ada suatu perkara yang telah menarik perhatian saya iaitu kelihatan satu sarang burung pada pohon sayur. Apabila saya melihat dengan dekat didapati ada 2 biji telur berada dalam sarang tersebut. Dari pengalaman sebelum ini telur itu adalah dari spesis Burung Puruk (saya kurang pasti panggilannya dalam bahasa melayu).

Dalam hati berkata Alhamdulillah sekurang2nya ada jua burung yang sudi datang dan tinggal sendiri menumpang kasih dilaman rumah saya. Saya tinggalkan ia dengan harapan agar ia cepat menetas dan dewasa. Dan untuk sekian harinya saya melihat semula disarang tersebut dan agak memeranjatkan juga mendapati ia telah menjadi 2 ekor anak burung yang sihat comel kelihatan sedang tidur tanpa kehadiran ibunya disisi. Mungkin sedang mencari makanan untuk anaknya.

Saya berdoa mudah-mudahan burung-burung berkenaan selamat dipohon tersebut dan dapat membesar serta dewasa dengan cepat untuk menyambung rantaian kehidupan yang seterusnya.

Disini saya kongsikan gambar-gambar tersebut untuk tatapan semua.





Thursday, August 6, 2009

Peluang Perawat Islam RnD Virus H1N1

“Saya berharap mendapat peluang dari KKM untuk menguji secara TRO apakah selsema babi H1N1 adalah serangan virus yang sebenarnya adalah jin. Mudah2an hasrat saya dimakbulkan ALLAH sebelum epedimik ini tidak dapat dikawal lagi”
-Petikan Kata-kata Ustaz Abdul Majid, AKRINE-

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari.Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini.

Katanya, semua kes terbaru yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tempatan. 10 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan enam kes terpencil.
Beliau berkata, tiga kematian yang dilaporkan juga adalah kes terpencil.
Tiga kes kematian terbaru itu dilaporkan berlaku di Melaka dan seorang lagi di Hospital Batu Pahat:

*Daripada tiga kanak-kanak yang mati di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik.
*Seorang lagi mangsa ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik.
*Mangsa ketiga, seorang pemuda berusia 20 tahun yang menghidap asma kronik dimasukkan ke Hospital Melaka, Ahad lalu dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas sejak 31 Julai lalu.
*Seorang mangsa lagi ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat awal pagi ini.

Sehingga kini sebanyak 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan di 171 negara.
Mohd. Ismail berkata, tiga lagi negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau menjadi lokasi terbaru penularan wabak H1N1 itu di seluruh dunia. Katanya, mereka yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Beliau berkata, rawatan itu berkesan mengubati pesakit dengan jangkitan virus H1N1 dalam tempoh 24 jam selepas dijangkiti. ''Selepas menerima rawatan, pesakit hendaklah berada di rumah dan mengurangkan pergaulan serta menjaga kebersihan diri,'' katanya
Sumber:Utusan Malaysia
Related Posts with Thumbnails