Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, May 4, 2010

Berkongsi Pengalaman dan Kenangan..

Perkongsian Pengalaman

Bukan maksud saya ingin memuji, merasa fanatik atau mempromosi program tersebut cuma ia adalah sekadar perkongsian pemerhatian dan pengalaman peribadi yang mana telah memberi suatu impak yang amat ketara dan berlainan jika dibandingkan program-program modal insan dan sumber manusia yang pernah diikuti sebelum ini.



Dengan kesempatan yang ada ini saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan berkongsi bersama di blog ini dan sekiranya anda ‘berkelapangan’ saya mengesyorkan bolehlah menyertai program tersebut kerana apa yang didapati selepas itu nanti dengan izin Allah, adalah sesuatu yang amat bernilai untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Sudah menjadi prinsip saya dalam menuntut ilmu kerana Allah, selagi ia masih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah selagi itulah saya akan menerimanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memperkenalkan dan memberi sokongan kepada saya untuk menyertai program ini

Memang menjadi tujuan blog ini diterbitkan adalah antara lain untuk berkongsi dengan anda kepada segala yang berkaitan dengan informasi, perubatan Islam, tips, pengalaman, berita, catatan, fakta, perubatan moden dan sebagainya yang akan cuba disampaikan sebaik mungkin agar pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.

Namun pada kali ini saya cuba memberi sedikit catatan pengalaman hasil cerapan peribadi semasa menghadiri program ESQ berkenaan tempohari insyaAllah.



Secara asasnya kita memang sudah mengetahui banyak perkara tentang agama Islam bahkan apa itu Ehsan, berapa banyak bilangan Rukun Iman dan Rukan Islam serta tidak cukup dengan itu kita juga dapat hafal setiap satunya lengkap dengan definisinya sekali.

Mana tidaknya dalam sukatan PMR dan SPM semua pelajar Islam diwajibkan mengambil ujian PAFA untuk syarat lulus. Boleh dikatakan itu adalah pengetahuan dan pemahaman pada tahap akal sahaja.Tetapi sejauh manakah pelajar atau sesiapapun dari kita dapat menghayati dan merasainya dalam hati cuma Allah dan orang empunya hati itu sendiri sahaja yang tahu.

Bagi diri saya yang punya banyak kelemahan ini, dengan apa cara sekalipun hati perlu di’rawat’ dan di’bersih’kan setiap masa agar firasatnya sentiasa tepat kepada kehendak Allah. Tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya kerana ia perlu dibantu dengan suatu cara khas yang dapat diterima oleh naluri dan fitrah semulajadi manusia termasuklah kaedah psikologi dan sesuai dengan amalan-amalan yang dibawa oleh ajaran Islam. Itulah pendekatan dan usaha yang dibawa oleh program ESQ iaitu membantu melahirkan sifat-sifat mulia serta mampu merasai kewujudan Allah.


Bagi diri saya sendiri dimana sepanjang mengikuti perjalanan modulnya hati saya rasa seperti di’rawat’ dan terpancar rasa keyakinan dan kebahagiaan bila hati masih mampu menerima pelbagai cara untuk mengenal Allah dan termasuklah kali ini cara yang dibawa oleh penganjur untuk membesarkan Allah sekaligus dapat mempertingkatkan cara untuk sentiasa mengingati Allah serta banyak lagi perasaan yang sukar nak digambarkan dan dituliskan disini.

Cuma kebanyakkan dari hati kita yang sukar memahami setiap hikmah kejadian yang diciptakan oleh Allah yang memiliki keistimewaan dan kaitan peranannya kepada semua makhluk. Itu semua adalah “Karya Tuhan” yang perlu kita imani dan yakini.

Yakin pada Allah itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya.


Sukar hendak diluahkan kesemuanya dan biarlah ia menjadi rahsia dalam diri saya sendiri dan menyimpan rasa dan pengalaman tersebut kerana itu semua adalah rahmat dan kebaikan yang diberikan Allah kerana setiap mereka yang telah mengikutinya sudah tentunya masing-masing mempunyai pemahaman dan penghayatannya sendiri dan akan diingati sampai bila-bila.

Sungguh rasa bertuah bila terasa pancaran keyakinan dihati dan sudah tentu ia menjadi kenangan saat yang paling bahagia dan sentiasa diingati. Percayalah ia akan menjadi kenangan perjalanan kehidupan yang sukar untuk dilupakan.



Ia adalah satu program yang menekankan perjalanan spiritual diri kita. Mungkin pembaca sukar untuk memahami apa yang cuba saya maksudkan disini sehinggalah anda sendiri yang akan mengalami dan melalui program itu kelak jika diberikan kesempatan dan sama-sama kita doakan, insyaAllah.

Itu tadi adalah antara pengalaman yang dapat dikongsikan untuk kesempatan kali ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa 'trade mark'nya?

Untuk tulisan yang seterusnya saya akan cuba untuk berkongsi pula sesuatu yang dapat memberi kenangan dan juga simbolik dari program ESQ tersebut sebagai pengenalan kepada anda diluar sana sekaligus dapat menyebarluas program yang dapat memberi kebaikan pada diri kita dunia dan akhirat, insyaAllah.

Bersambung…

---------------------------------------------------------


Perkongsian Kenangan

Bagi meneruskan kesinambungan mesej dari program tersebut seperti yang dijanjikan saya ingin menyambung semula catatan yang lepas untuk perkongsian bersama pembaca blog ini.

Jika pada program-program yang pernah diikuti sebelum ini, saya pada kebiasaanya akan mencari-cari sesuatu untuk dibawa balik sebagai tanda kenangan. Penganjur bagi program ini juga tidak ketinggalan menyediakan pameran dan jualan diluar dewan bagi memberi kemudahan kepada peserta atau pengunjung untuk mendapat maklumat atau membeli cenderamata yang berkaitan termasuklah buku, majalah, stiker, video cd, key-chain dan sebagainya.

Saya biasanya gemar atau minat kepada t-shirt yang mengaitkan dengan sesuatu program tersebut dan boleh dikatakan kebanyakkan baju t-shirt didalam almari saya diperolehi dari pelbagai program Wala bagaimana pun, t-shirt seperti yang dimaksudkan tidak ditemui disini.

Secara peribadi terasa macam satu kekurangan pada saya bila tidak membawa balik cenderahati kegemaran apatah lagi program yang telah memberi kenangan yang begitu istimewa . Mungkin ramai juga diantara peserta lain turut mempunyai minat yang sama macam saya mana tahu?

Sungguh amat mendalam kesan daripada program berkenaan sehinggalah Allah memberi ilham kepada saya untuk mereka design t-shirt yang dapat mengaitkan dengan program tersebut, disamping dapat mengenang semula saat-saat manis ketika mengikuti program berkenaan, ia juga sekaligus menjadi mesej pengenalan awal dalam usaha menyebarluas kepada umum,.

Syukur, semuanya Allah telah izinkan dimana usaha saya telah berjalan dengan lancar dan baju t-shirt seperti yang dimaksudkan sudahpun siap untuk dikongsikan kenangan bersama dengan rakan-rakan semua.

Design t-shirt berkenaan adalah seperti pada foto dibawah. Ia boleh dimiliki dengan pelbagai saiz termasuk untuk peringkat kanak-kanak (Kids), Remaja (Teens) dan Dewasa (Executive).

Sesiapa pun boleh memiliki t-shirt ini dan ia bukan khusus untuk peserta atau alumni ESQ sahaja kerana ia adalah sebahagian pengorbanan dan perkongsian kenangan yang cuba saya terjemahkan untuk rakan-rakan diluar sana.

Antara sebahagian usaha dalam mengajak di jalan Allah ini, saya menawarkan peluang kepada yang berhasrat untuk berkongsi kenangan dan mesej 165 ( 1-Ehsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam) ini kepada sesiapa sahaja, sama ada ingin menjadi pengedar atau penyebar secara:-

1. Individu
2. Agensi/Jabatan/Syarikat
3. Alumni Executive/Kids/Teens
4. Leadership ESQ (ditempat masing-masing) dan;

Bolehlah tel/sms di nombor 013-5533433 serta menyatakan butiran seperti nama penuh, alamat/agensi/jabatan/syarikat, no.telefon, saiz @ kuantiti pesanan untuk penghantaran atau boleh juga meninggalkan maklumat tersebut diruangan komen pada blog ini untuk proses urusan penghantaran.

Bagi yang ingin membuat tempahan, anda juga boleh memberi cadangan mengenai bilangan, saiz, jenis lengan (panjang/pendek), warna (hitam/putih) untuk urusan tempahan selanjutnya.

Mereka yang membuat pengesahan terawal akan menerima penghantaran terus untuk t-shirt yang telah siap dan bagi tempahan sebanyak 50 helai ke atas akan diberi kemudahan tanggungan kos penghantaran pos laju sebanyak 50%.

Untuk pengetahuan juga, sebahagian hasil pendapatan dari pengedaran t-shirt ini akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Dan akhir sekali kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program tersebut terutama yang tinggal di sekitar Kuching atau Sarawak khasnya bolehlah berhubung di:


ESQ Leadership (Sarawak)
Lot 3141, Jalan Demak Laut (Bersebelahan Bangunan PBB)
93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-312212/312218
u.p: Tuan Syed Hossin 012-8877990



Usaha ini saya niatkan kerana Allah dan mengambil makna Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."



Segala yang baik hanya datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Saya mohon ampun kepada Allah di atas sebarang dosa dan mohon maaf kepada semua di atas salah dan silap.

Dari: Editor SIMAAS (013-5533433)

T-Shirt ESQ : Versi Hitam













T-Shirt ESQ : Versi Putih






T-Shirt ESQ : Versi Mr. Zero




1 comment:

Editor SIMAAS, said...

Salam,

Utk perkembangan terkini..

Alhamdulillah,penjualan T-shirt ESQ pd hari pertama diperkenalkn telah mendpt sambutan yg mgalakkn dari org awam dan alumni pd ESQ Training pro-11 di Kuching baru2 ini.

Sesiapa yg bminat boleh mdptknnya segera dgn baki yg tinggal dgn saiz:

L =9 helai
XL =10helai
XXL =2 helai
XXXL=1 helai

terima kasih.

Related Posts with Thumbnails