Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, September 11, 2018

Didik anak jadi hamba

*Didiklah Anak Sebagai ‘Hamba’ Dari Sekarang Supaya Kelak Tidak Menjadi ‘Tuan’*


Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.

Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?

Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..

Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.

*Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa*

Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?

Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …

*“Kesian anak tu kecik lagi..”*

*“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”*

*“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”*

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?

Bukan itu sahaja…

*Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.*

*Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…*

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.

Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.

Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.

*Usah terlalu kasihankan anak*

*Jangan terlalu memanjakan anak*

*Ajar mereka erti susah payah sejak kecil*

*Ajar mereka tentang kerja rumah*

*Ajar mereka erti kehidupan*

*Pupuk kesedaran dalam diri mereka*

*Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.*

*Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.*

*Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.*

*Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.*

Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.

Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

*Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T*

https://kifarahmedia.com/didiklah-anak-sebagai-hamba-dari-sekarang-supaya-kelak-tidak-menjadi-tuan/

Anak dapat markah rendah?

APA TINDAKAN KITA BILA ANAK BAWA PULANG MARKAH RENDAH?

Pertama, bertenang. Jangan nak terus marah-marah. Jangan cepat bertukar menjadi singa ya!

Kedua, bantu dia. Marah tidak dapat menyelesaikan masalah. Ajak anak sama-sama belek soalan dan tengok soalan mana yang dia jawab salah.

Ketiga, kesan kecuaian mereka. Ajar dia teknik paling senang untuk curi markah.Macam banyak contoh yang saya share selalu kat Telegram saya.

Keempat, jangan terlalu mendesak. Jangan juga aim terlalu tinggi jika anak kita perlahan dan agak slow dalam pelajaran. Namun jangan biarkan juga. Bantu dia. Jangan push dia untuk faham soalan berat dan aras KBAT yang tinggi.

Budak ni, bila kena push benda susah bagi mereka, mereka akan cepat give up dan down. Lagi mereka benci mata pelajaran tersebut.

Maka, bantu saja mereka cara cari markah untuk soalan senang. Guide sikit-sikit pun sangat okey dah. Selalu ingatkan mereka jangan cuai dan semak kembali.

Aku tahu, ini semua tugas guru. Aku saja berkongsi cara dan tips guru ajar anak di sekolah untuk ibu bapa yang nak bantu anak di rumah. Jika ada bantuan di rumah, lagi cepat anak kita faham.

Jika tak nak bantu nak serah pada sekolah 100% pun tak apa juga. Aku tak paksa kalian ajar anak. Aku cuma ajak. :)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari.

Cara join.
1) Install Telegram kat Play Store.
2) Klik link t.me/MohdFadliSalleh
3) Klik join.

Settle.

* Penerangan ringkas juga aku tulis kat setiap gambar ya.

#MFS
- Sedikit tapi berkongsi itu berkat -

Jangan berkira nak bersedekah

Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.

Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap “bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.

Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!

* * *

Harini nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.

Bila sampai kat gerai dia, saya cakap “makcik saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.

Bila nak bayar saya bagi dia 5 inggit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap takpe makcik. Hadiah. Dia cakap eh jangan macam tu ambiklah. Saya cakap takpe. Saya tetap tolak.

Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.

Sampai kat rumah, saya bukak plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7 sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh.. 😭😭😭

* * *

Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan berkira dengan kita.

Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya

#Ingatlah...kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana didalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain...🌹🌹🌹

💐💐💐 Salam Maal Hijrah 💐💐💐

Doa, kata, ibu, perempuan..

_*Doa, kata, ibu, Perempuan*_

Saat Kecil
dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya..

Saat dewasa
dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi *_ibu,_*
Dia menjadi penggerak semua doa

oleh kerana itu
dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

ketika seorang *_perempuan_* sudah menjadi *_IBU,_*
maka *_ALLAH_* akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi ..

_*"Tahukah anda apa itu?"*_

Itu adalah *_Lisannya..*_

*_Lisannya_* akan menjadi *_Berat timbangannya_*..

*_Lisannya_* akan menjadi *_pembuka pintu-pintu langit_*..

Ucapannya akan *_di ijabah.._*
*_doanya akan diangkat tanpa penghalang_*..

doa *_ibu_* akan mampu menjadi *_penghancur kesulitan bagi anak keturunannya_*..

Dan *_mengeluhnya_* seorang ibu akan menjadi *_pemberat langkah setiap anggota keluarganya,_* termasuk bagi *_suaminya_*..

Maka *_pantang_* bagi seorang ibu untuk *_mengeluh,_*
kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan,
*_sebagaimana harapan dan doanya_* pun akan menjadi kenyataan..

ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi *_dirinya dan keluarganya_*

*_Lisan_* seorang ibu layaknya seperti *_Karomah para wali_*..

Maka berhati-hatilah
wahai para ibu
ketika anda menggunakan
*_senjata terampuh ini_*..

gunakan untuk bermunajat meminta kepada *_ALLAH_* agar suamimu dimudahkan dalam *_mencari nafkah_*..

Jangan mengeluhkan tentang dirinya.

Itu  akan *_semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu_*..

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan *_Kesolehan  atas   anak-anakmu_*
jangan mengeluhkannya.

Kerana itu akan menjadi benar adanya..

*Subhanallah*
untuk para *IBU*

Wednesday, August 15, 2018

9 perkara ayah tak beritahu!

9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA

Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.

Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.

7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI

Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.

Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.

Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA

Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.

Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.

9. AYAH SAYANGKAN KITA

Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.

ITULAH PENGORBANAN AYAH!

Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.

Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup.

Ya Allah,
Berikan Syurga yang indah Buat Ayah.
Aamiin.

Mak di hospital!

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital, saya pulang ke rumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya di dukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa di dalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai di rumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,' hujan lebat di dalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak, mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial-kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugilah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak-anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah ke sana sini berjalan laju di hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN Kuala Lumpur

Thursday, July 12, 2018

Cintai Perkahwinan

👫 *CINTAI PERKAHWINAN ANDA* 💏

Suatu ketika, seorang lelaki kembali dari kerja dan mendapati isterinya sedang memasak. Dia memberinya ciuman manis.

Mereka sangat gembira. Semasa mereka berada di meja makan,tiba-tiba telefon bimbit wanita itu berdering,terpapar mesej dari rakannya yang mengucapkan 'selamat malam'

Suaminya melihat mesej itu dan kecewa. Dia tidak membicarakan perkara itu dengan isterinya dan terus pergi ke bilik tidur tanpa makan malam.

Wanita itu melihat suaminya dan berfikir:

Tidak! Ini tak betul! Adakah dia terganggu dengan hanya kerana 1 mesej ringkas? Aku tak akan mengendahkannya, dia bukan budak-budak.

Wanita itu makan dan tidur. Pasangan itu tidur dalam keadaan marah dan berpaling pada malam itu.

Pada tengah malam,tiba-tiba si isteri berpeluh dengan banyak sekali. Dia tidak dapat bercakap. Terasa udara amat kurang disekeliling dirinya. Nafasnya semakin sesak.

Dia menyentuh belakang suami. Namun si suami hanya berpaling dan menepis tangan si isteri.

Akibat dari kekurangan oksigen, wanita itu telah mati akibat serangan jantung.

Pada waktu pagi, si suami bangun, mandi dan menyiapkan barang-barangnya.

Isteri masih di tempat tidur, lelaki itu melihatnya dan nampak seperti isterinya dalam keadaan tidak berapa baik, tetapi akibat masih marah,dia mengabaikannya dan berfikir:

'Aku tidak akan bercakap dengannya, sehingga dia melakukannya terlebih dahulu!'

Kemudian, dia berpakaian, bersarapan pagi dan pergi bekerja.

Pada sebelah petang, apabila suami hendak pulang ke rumah, dia telah membeli seutas jam tangan yang indah dan berharga untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda minta maaf.

Apabila suami tiba di rumah, hatinya sangat gembira kerana dia akan memberikan jam yang berharga kepada isteri tercinta

dan memberitahunya betapa dia mencintainya,

berapa banyak dia jatuh cinta kepadanya dan akan memberikan banyak ciuman kepadanya.

Kemudian, dia membuka pintu dan pergi ke dapur, kerana dia sudah bersedia untuk mengejutkan kekasihnya dengan makan malam yang besar,

tetapi dia melihat bahawa sarapan pagi itu masih di sana;

maka dia berfikir:
'Dia masih marah pada aku..'

Lelaki itu pergi ke bilik untuk meninggalkan beg bimbitnya, dan melihat bahawa isteri masih berada di tempat tidur yang terletak di kedudukan yang sama.

Dia pergi kepadanya dan alangkah terkejutnya dia apabila nalurinya memberitahu bahawa isterinya sudah mati.

Suami menangis, menangis banyak dan banyak lagi. Dia menjerit kekesalan, kerana isteri yang dicintainya sudah tiada lagi...

Refleksi:

Masa terlalu pendek untuk pergaduhan. Ketahui cara memanfaatkannya.

Hargailah dan saling mengambil berat tentang pasangan anda. Sayangi isteri atau suami anda, manjakan pasangan dengan ciuman, beritahu si dia berapa banyak kita mencintainya, cinta dan cinta !!!

Kerana masa tidak pernah menunggu sesiapa pun. Belajarlah untuk memahami antara satu sama lain dan selesaikan segala-galanya, jangan tidur dalam keadaan marah.

Berhenti dan berfikir:

Jika anda tidak mahu ketepikan ego dan menyelesaikan perkara-perkara remeh, akibatnya masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan.

Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk cinta;

tidak ada orang yang sempurna,

bersedia untuk sebarang kemungkinan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Komunikasi antara pasangan adalah sangat penting,

apabila mempunyai sesuatu masalah tidak kira kecil atau besar, cuba selesaikannya sebelum tidur.

Saya tidak mengatakan bahawa sebuah perkahwinan adalah sentiasa bahagia sepanjang masa,

Sebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya mengikut keadaannya.

Tetapi semuanya mempunyai jalan penyelesaian kecuali MATI .

Semoga dapat dimanfaatkan  100% utk kebaikannya bersama .

InshaaALLAH

Ujian dan Sabar

Ujian & Sabar.

😰 Sekiranya ujian didatangkan BERTALU-TALU, punca yang menyebabkan hati sentiasa mengeluh adalah kerana ada 'dunia' sahaja di hati kita.

😰 Mempunyai sifat terlalu mencintai dunia sehingga sering melupakan akhirat, maka Allah SWT hadirkan ujian kadang-kala untuk mengejutkan dari kita dari tidur yang lena (terlalu cinta dunia, lupa akhirat).

✍️ 2 Perkara yang perlu dilakukan ketika ditimpa musibah :
1- Kita perlu semak factor kemanusiaan. Semak semula punca kenapa kita dibuang kerja / kenapa perniagaan menurun / kenapa masalah dalam kekeluargaan.
2- Minta jalan keluar. Kembali kepada Allah SWT. Panggillah Tuhan kamu ketika kamu ditimpa musibah.

✍️ 3 SEBAB Allah turunkan ujian:
1- Allah nak tengok USAHA kita untuk melawan ujian tersebut. Bukan kemurungan atau kemarahan ketika ditimpa musibah. Sabar!
2- Cara kita cari HIKMAH disebalik musibah yang menimpa. Kematangan kita dalam menangani masalah.
3- Supaya kita berdoa kepada Allah. Jangan malas. Jangan pernah letih dalam berdoa.

💞 Bila ditimpa musibah, audit semula diri kita. Cek semula iman kita.

💪 Dan apabila kita ketahui ujian menimpa orang lain (family/kawan), "BERSANGKA BAIK" dan tenangkanlah orang tersebut, nasihat dan bantu jika mampu.

💡 Hayati Surah Mudassir (Selimut). Surah ini diturunkan ketika Nabi SAW berasa sedih dan terus pulang dan menyelimutkan diri baginda.

💡 Maka Allah seru kepada Baginda SAW. Intipati mengenai langkah yang perlu dilakukan oleh Nabi SAW diterangkan dalam ayat 1- 7.

🦋 Ingat, dunia untuk diURUS bukan untuk diRUNSING.

Pub by Von Edison alouisci
Wa 081273311201

Tuesday, January 30, 2018

Hukum Bunuh Cicak!



HUKUM Bunuh Cicak!

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda

"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya... 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.”
(Riwayat Muslim).

Kesimpulan :
Sunat untuk bunuh cicak ini & sebaik-baiknya sekali pukul.
Tidak jumpa pula saya mengenai sunat bunuh cicak hari jumaat.

Related Posts with Thumbnails