Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, January 31, 2017

Siapa yang menumpang??


KISAH INI diceritakan oleh seorang rakan yang bekerja dalam industri media. Namanya Omar. Menurut Omar, ketika itu pukul 12.00 malam, dia menunggang motosikalnya meninggalkan majlis malam media di Klang, Selangor. Omar yang merupakan seorang jurugambar perlu pulang segera ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang dinihari itu, sehinggalah dia sampai di bawah jejantas berhampiran SIRIM, Shah Alam. Di situ Omar lihat ada seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan. Pelik, berani betul gadis itu bersendirian di dalam gelap.

Omar memberhentikan motosikal dan mempelawa gadis tersebut untuk menghantarnya pulang. Dia bimbangkan keselamatannya. Namun sapaan dan pelawaan Omar langsung tidak berjawab. Gadis yang rambutnya melepasi bahu dan mengenakan baju serta skirt putih itu tetap diam membatu.

Hanya selepas lebih 10 minit menanti, barulah gadis itu bersuara. Kata si gadis, kalau benar Omar mahu membantu, dia harap dapat dihantar pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Klang.
Omar berikannya topi keledar dan mereka mula bergerak menuju ke taman perumahan yang disebutkan tadi. Dalam perjalanan, gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Mizah itu memberitahu, dia berdiri di tepi jalan kerana ditinggalkan oleh seorang kawan lelaki.

Pada mulanya Mizah menumpang kereta lelaki tersebut untuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi. Bagaimanapun, di dalam perjalanan, lelaki berkenaan mula berkelakuan tidak senonoh.

Dia memberhentikan kereta di bawah jejantas tadi dan memaksa Mizah untuk menyerahkan kehormatannya.

Mujur saya dapat lepaskan diri. Saya buka pintu, keluar dan menjerit. Dia terus pecut kereta dan tinggalkan saya di sini," kata Mizah sambil merapatkan dirinya ke tubuh Omar.
Akhirnya mereka sampai di rumah Mizah. Di halaman rumah yang masih terang itu kelihatan dua orang anak kecil bermain-main. Kata Mizah, itu anaknya. Dia baru bercerai setahun lepas.
Sebelum berpisah, Omar dan Mizah saling bertukar nombor telefon.

Hendak dijadikan cerita, seminggu kemudian Omar pergi ke rumah Mizah bersama seorang kawan. Niat Omar adalah untuk memperkenalkan kawannya itu kepada gadis berkenaan.
Namun, sampai di rumah Mizah, kedua-dua mereka terkejut. Manakan tidak, di hadapan mereka ialah sebuah rumah yang sudah lama terbiar. Tingkapnya rebeh, cermin pecah, dinding berkulat dan lalang tinggi meliar!

Ketika Omar dan sahabatnya tercangak-cangak, seorang jiran keluar apabila menyedari kedatangan mereka. Omar dan kawannya terkejut apabila jiran tersebut memberitahu, Mizah dan dua orang anaknya sudah meninggal dua tahun lepas!

Tambah jiran itu, sebenarnya selain Omar, sudah hampir 10 orang datang ke rumah terbiar itu mencari Mizah. Semua lelaki berkenaan memberitahu mereka terserempak dengan Mizah di bawah jejantas berhampiran SIRIM, tempat dia ditinggalkan.

Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Kata jiran tersebut, pada malam kejadian, Mizah berjaya pulang. Gadis itu bagaimanapun ditemui mati keesokannya bersama mayat kedua-dua orang anaknya, dipercayai dibunuh oleh lelaki yang cuba mencabulnya. Kes kematian Mizah ada dilaporkan di media-media tempatan, sekitar 25 tahun yang lalu.

KISAH KEDUA ini pula diceritakan oleh seorang lelaki berusia 50-an, bernama Maspa Dawi, semasa saya berkunjung ke Sarawak pada awal 2000. Maspa memberitahu, pada pukul 2 pagi awal 1980-an, dia memandu kereta ke hospital umum Kuching, Sarawak untuk menghantar jirannya yang mahu bersalin.

Di tengah perjalanan, Maspa terpandang seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan menghala ke Matang. Apabila disuluh lampu keretanya, kelihatan gadis itu sedang membelakangkannya sambil memegang sekaki payung.

Gadis itu memakai kebaya pendek warna hijau muda. Rambutnya disanggul dan dihiasi bunga kecubung. Penampilannya persis gadis tahun 1940-an dan 1950-an.
Pulang dari hospital, Maspa terkejut kerana si gadis berkenaan masih berdiri di tepi jalan tadi. Maspa memperlahankan keretanya dan memandang gadis tersebut. Ternyata si gadis sangat cantik paras wajahnya. Mukanya disolek rapi.

Sah... pelacur!" kata Maspa di dalam hati.

Seminggu kemudian semasa menghadiri majlis kenduri di rumah arwah sepupunya, Maspa menceritakan kisah tadi kepada seorang ustaz. Terkejut Maspa kerana ustaz tersebut rupa-rupanya pernah melihat gadis berkenaan. Malah dia turut menumpangkan gadis itu menaiki keretanya. Di sepanjang perjalanan selama 15 minit, si gadis langsung tidak berkata walau sepatah pun.
Yang menyeramkan, sampai saja di sekolah berkenaan, ustaz itu mendapati gadis berkenaan sudah pun ghaib. Esoknya ustaz tersebut mendapati ada kuntuman bunga kecubung bertaburan di atas kerusi belakang keretanya!

Menurut penduduk setempat, gadis itu dahulu telah ditangkap dan dijadikan hamba seks tentera Jepun. Dia kemudian dibunuh dan mayatnya ditanam di sekitar bulatan tersebut. Kisah misteri ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, suatu ketika dahulu.
S
oalan saya, ‘siapakah’ yang ditumpangkan dalam kisah-kisah yang dipaparkan tadi? Hantu! Ya, Hantu. Ops! Itu bukan jawapan saya, tapi jawapan anda.
Tiada siapa boleh menafikan, kita cukup gemar mendengar cerita hantu, khususnya masyarakat Melayu. Bagaimanapun, cara kita berfikir dan mentafsir fenomena itu tidak banyak berubah sejak dari zaman animisme.

Pada zaman itu, ketika ilmu moden belum bermula, setiap kejadian yang tidak dapat dijawab oleh akal, seperti petir dan gempa bumi, akan disandarkan kepada kuasa supernatural ghaib.
Apabila Islam sampai ke Nusantara kira-kira 10 abad yang lalu, kepercayaan itu dimurnikan, dan ditambah dengan konsep tuhan, syaitan dan jin. Syaitan tidak jemu berusaha untuk menyesatkan umat manusia, termasuk dengan menjelmakan diri sebagai hantu.

Bagaimanapun, pencerahan minda itu terhenti setakat di situ saja. Sampailah sekarang, andai berlaku saja kejadian atau fenomena aneh yang sukar dijawab, ia terus saja didakwa angkara hantu, syaitan, jin dan makhluk ghaib lainnya seperti hantu raya dan orang bunian. Tiada cerdik pandai sains yang cuba membantu memberikan jawapan dari sudut ilmu moden.
Hah, bosannya! Anggapan itu telah menyebabkan kita menjadi malas dan keliru. Bukan menolak kebenaran agama, tetapi kenapa kita tidak pernah membuka fikiran untuk mencari kesahihan, ‘

Benarkah itu hantu?'
Bukankah elok kalau kita berusaha menafikan kewujudan hantu itu, daripada sewenang-wenang mengesahkannya? Bukankah takut kepada hantu dan syaitan itu boleh memesongkan akidah?
Paling menyedihkan, cara berfikir ini sangat sukar untuk diubah. Kita lebih suka mendengar cerita berbanding mencari jawapannya.

Untuk itu, apa kata kalau mulai minggu ini kita buka sedikit fikiran dan cuba dengar apa pandangan pengkaji paranormal barat tentang hantu. Untuk pengetahuan anda, kajian paranormal barat mempunyai pelbagai teori dan sebahagian besarnya mengatakan bahawa sebenarnya hantu itu tidak wujud.

Yang wujud adalah kesilapan kita mentafsir apa yang disaksikan itu. Wahai ustaz, saya ingin bertanya, sesatkah kita kalau mempercayai teori-teori sebegini?
Kembali kepada cerita kita: Jadi, siapakah wanita yang ditumpangkan dalam kisah-kisah di atas tadi? Kalau bukan hantu, siapa?

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

Wednesday, January 25, 2017

Rezeki..

Rezeki....

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. 😅

Cara mudah mencari muka surat al quran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah. kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah)  bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu.

Hikmah setiap kejadian

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Sejenak Pagi:
*HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN*

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berlipat kali ganda.

Ketika Rasululloh Shallallahu 'alaihi wasallam diusir dari Mekah, Baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membangunkannya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu ia kemudiannya menjadi imam salah satu mazhab.

Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya.

As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.

Ketika Ibnu al-Atsir dipecat dari jawatannya, ia berjaya menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah sebuah buku yang paling terkenal dalam hadith.

Demikian halnya dengan Ibnu al-Jauzi; ia pernah diasingkan dari Baghdad, dan kerana itu ia menguasai qira'ah sab'ah.

Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman 'Abbasiyyah.

Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib Al-Hudzali mati meninggalkannya seorang diri, ia justeru mampu menciptakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihir, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah; ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesenduk gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular sari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu membezakan ketebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi !

Dengan begitu, anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami.

Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu ......
( Al-Baqarah : 216 )

Begitulah, sebaiknya anda selalu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu.

Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.

Semoga menjadi lebih baik & bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

😊❤👍

Perkara yang menyebabkan hati manusia sakit

Ada beberapa perkara yg menyebabkan hati manusia rosak dan sakit:

1. Melakukan dosa dosa dengan harapan akan bertaubat.
- ramai orang hari ni dia tahu Allah Maha Pengampun dan penyayang. Tapi takut2 dia tak sempat bertaubat.
- orang yang berdosa ni adalah orang yang terdedah dengan ancaman Allah.

2. Mempelajari ilmu syarak namun tak mengamalkannya.
- berapa ramai orang hari ni belajar ilmu agama, tapi dia tak beramal pun. Bahkan pada masa yang sama fia berbuat dosa.
- setan akan tunjuk 1001 kebaikan utk kita buat dan dia akan masuk dicelah kebaikan tu utk kita buat satu jahat dan merosakkan semua kebaikan kita jadi hancur.

3. Orang yg mengamalkan ilmunya namun tidak ikhlas semata kerana Allah swt.

4. Mereka makan rezeki Allah tetapi tidak bersyukur.
- menikmati sepuas puasnya nikmat dan rezeki Allah, tapi tak pernah bersyukur.
- zaman kita skg ni dah banyak sgt kemudahan dengan teknologi yang semakin canggih. Zaman Nabi dulu nak dapat satu kemudahan pun susah sangat.
- sebab tu kita ni nak masuk neraka lagi senang dari nak masuk Syurga.

5. Merasa tak redha dan tak puas hati dengan pemberian Allah.
- bila orang lagi kaya dari kita dia mempersoalkan pulak, tak puas hati dengan pemberian Allah.
- di mulut sebut redha tapi hati memberontak.

6. Mereka setiap hari menguburkan orang mati, namun tak ambil pengajaran daripada kematian.
- hari2 kita tengok orang mati, kita hantar kawan kita ke kubur. Tapi langsung tak amek iktibar.

Imam Hasan Al-Basri

Jalan kebenaran hanya satu

Jalan Kebenaran Hanya Satu

Sa'id Abu Ukkasyah / May 6, 2015

Bismillah walhamdulillah wash shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du:

Hidup ini adalah sebuah perjalanan

Pernahkah kita memikirkan bahwa hidup ini hakekitnya adalah perjalanan? Pernahkah kita merenungkan hidup di dunia ini tidak lain adalah sebuah perjalanan menuju kepada Allah Ta`ala?

Tidakkah Anda mengingat sabda Rasulullah Muhammad shalallahu alaihi wa sallam:

كلّ الناسِ يغدو؛ فبائعٌ نَفسَه فمُعتِقها أو موبِقها

“Setiap hari semua orang melakukan perjalanan hidupnya, keluar mempertaruhkan dirinya! Ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang mencelakakannya!” (Hadits Riwayat Imam Muslim).

Oleh karena itu Allah dalam firman-Nya menjelaskan,

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Pada hari dimana harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat (Asy-Syu’araa`: 88-89).

Dan Allah Ta’ala berfirman pula:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun dalam beribadat kepada Tuhannya” (Al-Kahfi: 110).

Memang demikianlah hidup ini, yang diharap dan yang dituju adalah Allah Ta’ala, berjumpa dengan-Nya, menghadap kepada-Nya dan melihat wajah-Nya serta untuk meraih ridha-Nya.

Jalan hidup yang benar hanya ada satu

Suatu saat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkisah,

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هذه سبل و عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat sebuah garis lurus bagi kami, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau membuat garis lain pada sisi kiri dan kanan garis tersebut, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan (yang banyak). Pada setiap jalan ada syetan yang mengajak kepada jalan itu,’  kemudian beliau membaca,

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya’” ([Al An’am: 153] Hadits shahih diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya)

Para imam tafsir menjelaskan bahwa pada ayat ini, Allah Tabaraka wa Ta’ala menggunakan bentuk jamak ketika menyebutkan jalan-jalan yang dilarang manusia mengikutinya, yaitu {السُّبُلَ}, dalam rangka menerangkan cabang-cabang dan banyaknya jalan-jalan kesesatan. Sedangkan pada kata tentang jalan  kebenaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan bentuk tunggal dalam ayat tersebut, yaitu {سَبِيلِهِ}. karena memang jalan kebenaran itu hanya satu, dan tidak berbilang.  (Sittu Duror, hal.52).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Dan ini disebabkan, karena jalan yang mengantarkan (seseorang) kepada Allah hanyalah satu. Yaitu sesuatu yang dengannya, Allah mengutus para Rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Tiada seorangpun yang dapat sampai kepada-Nya, kecuali melalui jalan ini” (Sittu Duror, hal.53).

Mengenal jalan kebenaran yang satu

Jika Anda ingin tahu apa itu jalan kebenaran yang hanya ada satu tersebut? Jawabannya adalah jalan yang pernah ditempuh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, itulah satu-satunya jalan yang bisa mengantarkan seorang hamba kepada Allah Azza wa Jalla. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahayanya tidak mengetahui jalan kebenaran ini, beliau mengatakan,

الجهل بالطريق و آفاتها و المقصود يوجب التعب الكثير، مع الفائدة القليلة

“Ketidaktahuan terhadap jalan kebenaran ini dan rintangan-rintangannya, serta tidak memahami maksud dan tujuannya, akan menghasilkan kepayahan yang sangat, disamping itu faedah yang didapatkanpun sedikit” (Sittu Duror, hal. 54). Karena begitu pentingnya mengenal jalan kebenaran tersebut, maka mari kita mempelajari jalan kebenaran yang hanya ada satu itu, yang semua kaum muslimin mensepakatinya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan jalan yang lurus tersebut dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan untuk kalian sesuatu. Jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnahku” (Diriwayatkan Imam Malik dan yang lainnya, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani).

Ya, jalan kebenaran yang hanya satu itu adalah jalan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, keduanya adalah jalan yang lurus. Sebagaimana dijelaskan oleh Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu,

الصِّرَاطُ الْمُستَقـِيْمُ الَّذِي تَرَكَنَا عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ

“Jalan yang lurus, yaitu jalan yang ditinggalkan Rasulullah untuk kami” (Atsar shahih, dikeluarkan Ath Thabari dan yang lainnya).

Mana dalilnya, bahwa Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus?

Dalil Al-Quran adalah jalan yang lurus

Allah Ta’ala berfirman:

قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَىٰ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَىٰ طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ

“Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus” (Al-Ahqaaf: 30).

Dalil As-Sunnah adalah jalan yang lurus

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” (Asy-Syuuraa: 52).

Dengan demikian Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus, inilah satu-satunya jalan kebenaran, keduanya hakikatnya adalah satu kesatuan, sama-sama wahyu Allah Ta’ala.

Wajibnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Kita wajib berpegang teguh dengan  Al-Quran dan As-Sunnah, karena kita diwajibkan mena’ati Allah dan Rasul-Nya  shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (-Nya), dan Ulil amri di antara kamu” (An-Nisaa’: 59).

Menaati Allah adalah dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan taat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan berpegang teguh kepada sunnah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Catatan:

Sunnah Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sumber hukum Islam

Al-Hadits adalah hujjah/dalil, sebagaimana Al-Quran, karena keduanya adalah sama-sama wahyu dari Allah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه

“Ketahuilah sesungguhnya saya diberi (wahyu) Al-Quran dan (wahyu) yang semisalnya bersamaan dengannya (As-Sunnah)” (HR. Abu Dawud dan Ahmad, sedangkan lafadz ini adalah lafadz riwayat beliau. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani).

Hakikatnya berpegang teguh dengan sunnah adalah ketaatan kepada Allah dan mengamalkan Al-Quran, karena Allah berfirman di dalam Al-Quran:

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

“Barangsiapa yang mentaati Rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah” [An-Nisaa`:80].

Fungsi As-Sunnah

Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hakikatnya sama dengan Kitab Allah, yaitu sama-sama sebagai wahyu Allah. Fungsi sunnah itu sebagai penjelas bagi Kitab Allah ‘Azza wa Jalla. Bahkan, makhluk terbaik yang menafsirkan Al-Quran adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla.

وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَانُزِّلَ إِلَيْهِمْ

“Dan Kami turunkan kepadamu Aquran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka” (An Nahl: 44).

As-Sunnah menjelaskan apa yang ada di dalam Al-Quran yang masih global dengan merincinya, seperti masalah salat, puasa, zakat, haji, dan yang lainnya. Jadi As-Sunnah yang shahih tidak akan pernah bertentangan dengan Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan makna Al-Quran dan beliau pun telah memberi contoh bagaimana mengamalkannya, sehingga semua ayat Al-Quran menjadi jelas makna dan prakteknya bagi umat ini .

Bahkan seorang muslim tidak harus menunggu mengetahui dalil dari Al-Quran dalam melakukan sebuah ibadah, jika ia sudah mengetahui satu saja dalil dari hadits yang shahih, selama hadits tersebut sudah cukup menunjukkan kepada suatu bentuk/tata cara ibadah, maka bisa langsung mengamalkan hadits tersebut.

Kesimpulan

Jalan kebenaran hanya satu, yaitu jalan Al-Quran dan As-Sunnah. Karena keduanya sama-sama dari Allah dan fungsi As-Sunnah menjelaskan Al-Quran dan merinci yang global darinya, maka hakikat keduanya merupakan satu kesatuan, satu jalan kebenaran.Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus.Kita wajib berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Al-Quran dan As-Sunnah sama-sama sebagai sumber hukum Islam, karena keduanya sama-sama sebagai wahyu Allah.

***

(Diolah dari kitab Sittu Durar min Ushul Ahlil Atsar, Syaikh Ar-Ramadhani, dengan beberapa tambahan).

Penulis: Ust. Sa’id Abu Ukasyah

Artikel Muslim.Or.Id

Amalan penunda kematian

AMALAN PENUNDA KEMATIAN ?.*

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa bisa terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa Nabi Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, *“Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“*
Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim.
*“Itu sahabat sekaligus muridku.”“*

Ada apa dia datang menemuimu?”“
*Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi.*
*”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”*

 Selesai berkata seperti itu,Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok.
*Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.*

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan perkawinannya.

*Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.*
*Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?*
*Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.*
*“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?*
*”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”*

*Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya,Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur.*

*Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan.*
*Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.*
*Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak.*

 *Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.*

*Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.*

*Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.*

*Bukankah sedekah akan mengundang cinta  Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.*

*Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.  Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.*

*“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”(Sabda Rasulullah SAW)*

Semoga bermanfaat..
Related Posts with Thumbnails