Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, May 27, 2009

PROGRAM SEMASA : Perjumpaan Sahabat SIMAAS

Malam 27 Mei 2009, telah menjadi satu tarikh yang bermakna apabila hasrat untuk mengadakan perjumpaan pada tarikh berkenaan menjadi kenyataan apabila 6 daripada 10 rakan yang agak sekian lama tidak dapat berkumpul dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing akhirnya terlaksana. Walaupun status diantara satu sama lain agak berbeza-beza ia tidak menghalang hasrat murni ini berjaya ditunaikan dengan izin Allah.

Perjumpaan bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid At-Taqwa, Gita dan setelah selesai solat kami memutuskan untuk bermesyuarah sambil menjamu selera di salah sebuah restoran di Matang Jaya.

Antara sahabat SIMAAS yang hadir pada malam tersebut ialah termasuklah;

1.Saya sendiri,Wan Sudirman, Editor SIMAAS (Mantan Presiden JPP), 2.Asri@Ajeri,Editor Kitab Kehidupan (Mantan Presiden GERSIS),
3.Hairi@Jalot (Mantan EXCO KAMSIS),
4.Wan Mohd Paisal (Mantan Pengerusi SILAT),
5.Usup (Mantan Presiden ORIENTASI) dan,
6.Sapiee@Pie (Mantan Ketua Lujnah)

Perkenalan awal kami adalah ketika masih menuntut di Politeknik Kuching Sarawak. Walau pun mengambil kursus dan jurusan yang berbeza namun semangat setiakawan ketika itu amat erat dan masih utuh sehingga ke hari ini. Alhamdulillah dan pujian kepada Allah yang telah menemukan kami dan memelihara hati diantara kami.

Dalam bab makanan,saya seperti biasa memesan makanan kegemaran iaitu satay dan tongkat ali dan sahabat-sahabat lain telah memesan menu mengikut selera masing-masing seperti nasi ayam penyek,kopi radix dan sebagainya.Memang agak berselera juga kami malam tersebut. Apa tidaknya sehingga 2 kali menempah makanan.

Memandangkan agak lama tidak berjumpa maka agak banyak juga cerita dan isu semasa yang diperbualkan pada malam berkenaan. Difahamkan seorang sahabat iaitu Hairi akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.Di kesempatan ini kami masing-masing tidak ketinggalan untuk mengirim doa kepada beliau untuk di bawa ke Tanah Suci nanti.Didoakan semoga ibadatnya diterima dan beliau selamat hendaknya.

Tidak lupa juga dalam pertemuan ini kami cuba membincangkan mengenai idea dan program akan datang supaya lebih bermanfaat bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara semua dimana sambil beriadah ia juga dapat merintis rahmat dan kasih sayang Allah disamping meningkatkan keyakinan terhadap ibadah kepada Allah,ilmu pengetahuan, pengalaman, motivasi, kesihatan, harapan dan cita-cita. Ia penting sebagai persiapan dalam menghadapi gelombang hidup yang semakin mencabar setiap hari.

Sekurang-kurangnya perjumpaan sebegini dapat menghilangkan sedikit sebanyak tekanan yang dihadapi dalam melayari bahtera kehidupan masing-masing.

Sebagai penghormatan, hasil pertemuan malam ini kami telah bersepakat untuk mengadakan program percubaan iaitu ‘Kembara Ibadah’ dimana ia khusus atas permintaan salah seorang sahabat SIMAAS. Walau bagaimana pun, jarak tempat, masa dan pengisian program akan dicadangkan kepada beliau melalui blog ini untuk ulasan dan pandangan dalam memenuhi kehendak dan keperluan beliau nanti.

Memang antara tujuan blog ini diterbitkan adalah untuk memaklum,menarik dan mengumpul seberapa banyak kenalan dan rakan lama supaya dapat menyertai komuniti ini disamping memperolehi informasi, perkembangan semasa, dan beriadah ia juga sebagai media untuk berhubung secara maya khusus kepada mereka yang berada jauh.

Oleh itu, penyertaan dari semua adalah dialu-alukan dalam komuniti ini.



Berikut adalah foto yang sempat diambil semalam;












(Kelihatan dari kiri: Editor SIMAAS, Usup dan Hairi)












(Dari kiri: Usup, Hairi dan Wan Mohd Paisal)












(Wajah terbaru Sapiee @ Pie)













(Asri @ Ajeri, Editor Kitab Kehidupan)

INFO : Karektor Tidur


KAREKTOR TIDUR MENGIKUT BANTAL
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mrk juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan.Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mrk jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mrk juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mrk mempunyai sifat kurang baik. Mrk jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mrk cenderung bersifat egois. Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mrk tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Tuesday, May 26, 2009

PETIKAN AKHBAR : Humban Isteri

Lelaki humban isteri kena hukum mati

SINGAPURA: Lelaki yang menghumban isterinya dari tingkat 13 sebuah blok di Stirling Road dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati semalam. Dalam keputusan terhadap Tharema Vejayan Govindasamy atas kesalahan membunuh, Hakim Tay Yong Kwang berkata hujah yang menyatakan mangsa, Smaelmeeral Abdul Aziz, seorang operator pengeluaran berusia 32 tahun, kemungkinan membunuh diri tidak disokong dengan bukti. Mahkamah juga tidak yakin dengan alasan Tharema bahawa dia mengalami delusi yang teruk atau pemikiran yang bukan-bukan disebabkan ilmu hitam.

Peguam bela, S Radakrishnan, turut mengemukakan alasan bahawa Tharema mabuk teruk dan tidak sedar apa yang dilakukannya. Ketika memberikan keterangan, tertuduh, seorang pekerja buruh berusia 40 tahun, mendakwa iparnya, Hametah Abdul Aziz, menggunakan 'santau' untuk memusnahkan rumah tangganya kerana dia enggan memeluk Islam. Keluarga Hametah beragama Islam sementara Tharema adalah penganut Hindu, lapor laman web The Straits Times semalam.

Tharema mendakwa serangan ilmu hitam itu menyebabkan dia sering mendengar suara dan menghadapi penglihatan kabur kerana ada tompok hitam yang menjejaskan penglihatannya. Tertuduh cuba mendapatkan bantuan bomoh di sini, Batam dan Johor tetapi mereka tidak dapat membantunya. Pada ketika anak keduanya dilahirkan pada November 2005, rumah tangga Tharema mula retak. Pasangan berkenaan selalu bergaduh dan Tharema juga sering memukul isterinya.

Mangsa juga pernah menjumpai suaminya tidur bersama seorang wanita lain dalam rumah pangsa mereka di Jurong West. Perbuatan memukul itu menyebabkan mangsa keluar rumah dan mengadakan hubungan bersama dua lelaki lain sementara menunggu kes perceraian mereka diselesaikan.

Dari: Berita Harian

BERITA : Kebakaran di Pending



Pagi Rabu 13 Mei 2009, saya pergi ke Pejabat seperti biasa melalui bulatan supermall semariang dan seterusnya bulatan berdekatan bangunan sesco sehinggalah ke bulatan yang akhir sekali saya lalui ialah bulatan wisma bapa Malaysia. Apabila saja terus melalui jalan menuju ke Tol Jambatan Tun Sallehuddin.
Saya dari jauh telah dapat melihat satu asap hitam yang agak tebal bergerak tinggi kelangit.Jarak penglihatan lebih kurang 3KM. Dalam fikiran saya mengesyaki kemungkinan ada berlaku kebakaran di kawasan pending tidak jauh dari pejabat saya. Telahan saya semakin tepat apabila saya menghampiri ke pejabat dan kedudukan kebakaran amat jelas dilihat dari pejabat saya.

Saya berkesempatan mengambil beberapa gambar berkenaan dari arah pejabat saya ditingkat 4 Jabatan Laut Sarawak untuk tatapan pembaca.Walau bagaimanapun maklumat penuh kebakaran berkenaan tidak dapat diperolehi pada waktu berkenaan.Kepada sesiapa yang tahu lebih lanjut mengenai kejadian berkenaan bolehlah berkongsi maklumat melalui komen atau ulasan di ruangan ini.

Berhati-hati dengan api. Bak kata pepatah..
Api apabila kecil adalah kawan, bila besar menjadi lawan.

Monday, May 25, 2009

INFO : Sunnah Tidur



Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan.
Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan
seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang
salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.
Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari
kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana
sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah
bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.
Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
Tidurnya hanya sekejap.


Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat
dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik,
tidur sekejap di waktu siang (day napping),
terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat
berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan
dan akhirnya produktiviti
pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan
tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri
telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang
berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai
daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat.
Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. " (Napping
News:'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,
' from e-Fuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai
untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang
bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.
Fasa ini disebutkan sebagai 'a mid-afternoon quiescent phase'
atau ' a secondary sleep gate.'

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur
tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D.
dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art
of Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness:
Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga
telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar
15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan
bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya
tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya
merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti
berdasarkan kajian 25 tahun)

Tuesday, May 19, 2009

KISAH RUQYAH 1: Pening


Puan J mengadu pening kepala teramat sangat dan semacam rasa dicucuk-cucuk dan pedih. Saya mula beranggapan ia mungkin pening biasa dan akan hilang apabila cukup rehat dan tidur yang lena ataupun setelah mengambil sedikit ubat penenang.

Walau bagaimanapun, saya berdiagnosis bahawa kesembuhan mutlak adalah milik Allah dan kita harus berusaha cari jalan untuk mendapat kesembuhan tersebut. Walaupun terdapat banyak ubat-ubatan dipasaran namun ia belum tentu menjamin kesembuhan dari Allah.

Disamping ubat yang dimakan secara zahir, saya juga berikhtiar untuk cuba menyelesaikan masalah Puan J dengan menggunakan doa dan ayat2 penyembuhan serta berbekalkan sedikit pengalaman yang ada.

Saya mulakan dengan muqadimmah dan beberapa doa kesembuhan dan disusuli dengan beberapa ayat ruqyah. Pada mulanya tiada apa2 tanda dari Puan J sehinggalah dipertengahan bacaan saya mengerakkan sedikit kedudukan tangan dibahagian kepala yang sakit dan tiba2 sesuatu yang sensasi dapat dirasai oleh Puan J. Seolah2 ada sesuatu yang bergerak dari tempat asal sakit dan mula beralih ke bahagian telinga.

Saya cuba berdialog, ternyata Puan J masih dalam keadaan sedar. Saya terus mengazankan ditelinga tersebut dan alhamdulillah selesai azan Puan J tidak merasai apa2 kesakitan lagi. Tidak lama selepas itu terjadi sesuatu yang tidak diduga..Puan J tiba2 mual dan muntah. Saya membantu beliau dengan menepuk2 dibahagian belakang dan membaca beberapa ayat untuk menghalusi proses terakhir. Saya berpendapat Puan J kemungkinan mengalami gangguan diperingkat ringan sahaja. Walau pun demikian ia tidak harus dipandang ringan juga.

Alhamdulillah Puan J telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah


Nota:
Tidak semestinya setiap sakit perlu dirawat dengan cara moden.

Thursday, May 14, 2009

BICARA AGAMA : Jemaah Masbuq


Ini adalah info yang dikirimkan oleh seorang kawan kepada saya melalui email..

Sama-sama ketika renungkan...


Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamaualaikum w.b

Bacaan Surah Al-Fatihah dan rukuk bersama Imam

Saudara kaum muslimin sekalian,

Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan cara solat berjemaah. Masih terdapat di kalangan kita yang belum dan tidak mengetahui atau terlupa betapa pentingnya rukuk bersama Imam untuk mendapatkan rakaat di dalam solat berjemaah.

Adalah menjadi syarat, untuk kita mendapatkan rakaat bersama imam untuk satu-satu rakaat adalah dengan sempat rukuk sekurang-kurangnya sekadar tumakninah bersama Imam.

Oleh itu untuk makmum yang sedang membaca Surah-surah sunnat (bagi yang Muwafiq), mahupun Surah Al-Fatihah (bagi yang Masbuk) harus memberhentikan bacaannya sekadar yang dia sempat rukuk bersama Imam mengikut syarat di atas, kerana apabila dia meneruskan bacaan untuk menghabiskan bacaan tersebut dan tidak sempat rukuk bersama imam maka terlepaslah dia untuk rakaat tersebut dan wajib menambah rakaat yang tertinggal. **Bagi makmum Muwafiq yang sedang membaca Al-Fatihah terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dihuraikan secara terperinci.

Bagi makmum yang masbuk adalah tidak digalakkan untuk membaca bacaan sunnat seperti Doa Iftitah dan Taawwuz (A’uzubillah). Hendaklah terus membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah sekadar yang sempat dibaca sebelum Imam Rukuk. Sekiranya terjadi makmum masbuk yang sibuk dengan bacaan sunnat di atas dan ketika dia belum habis membaca Surah Al-Fatihah imam telah rukuk, maka dia tidak boleh ikut rukuk bersama imam ketika itu, yakni dia wajib menyambung bacaan Fatihah nya sepanjang mana dia menghabiskan masa untuk bacaan sunnat di atas. Dan jika dia tidak sempat menghabiskan bacaan sedangkan Imam sudah bangkit dari rukuk maka terlepaslah dia dari rakaat tersebut. Adalah haram hukumnya jika dia terus rukuk sedangkan dia tahu yang dia tidak sempat rukuk bersama imam pada ketika itu. Apa yang harus dia lakukan setelah selesai bacaan adalah dengan terus mengikut Imam pada rukun yang sedang dikerjakan Imam tanpa perlu rukuk. Dengan itu dia wajib menambah rakaat yang tertinggal tadi. Jika dia terus rukuk sedangkan dia tahu haramnya maka batallah solatnya.

Dalam keadaan makmum masbuk sedang ketika itu imam dalam keadaan rukuk, jika makmum sempat mengangkat Takbiratul Ihram, seterusnya takbir untuk rukuk dan sempat rukuk bersama imam maka dia memperolehi rakaat tersebut sekalipun dia tidak membaca Al-Fatihah kerana bacaan tersebut dikira ditanggung oleh imam.
Dalam keadaan ini juga, imam harus memainkan peranan dengan mempunyai sikap tolong menolong dengan memanjangkan sedikit tempoh rukuk agar makmum yang masbuk sempat bertakbiratul ihram dan rukuk.

Sebagai tambahan, peralihan daripada Qiam kepada Rukuk wajib ‘takbir’. Namun jika masbuk dan mengikuti imam dalam keadaan imam sedang sujud, duduk tahiyat dan sebagainya tidak perlu ‘takbir’. Cukup dengan Takbiratul Ihram dan terus ikut imam tanpa takbir.

Sekian, wassalam.
Selamat beramal.

Rujukan:

Solat Jamaah : satu huraian menurut mazhab Syafi’i
Oleh : Hj. Mohd. Saleh Hj. Ahmad
Jab. Fiqh dan Usul
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Rahsia Hakikat Solat
Terbitan Darul Nu’man

Fikah Islam Lengkap
Oleh : Drs. Moh. Rifa’I (Indonesia)
Terbitan Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur

Kepimpinan Kesempurnaan Sembahyang
Oleh : Haji Hussain Haji Paris
Terbitan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid
Negeri Sarawak

Wednesday, May 13, 2009

BICARA AGAMA : Doa Pilihan

Do’a 1 :

“Ya Alllah,anugerahilah keredaan bagiku ketika menerima keputusanMu dan berilah aku keberkatan dalam perkara yang telah ditetapkan,hingga aku tidak ingin menuntut segera apa yang engkau kemudiankan dan begitu pula sebaliknya”


Do’a 2 :

“Wahai Tuhanku,perbaiki untukku agamaku yang menjadi pedoman hidupku dan perbaikilah untukku duniaku yang padanya aku beroleh kehidupan dan perbaikilah akhiratku yang padanya tempat kembaliku dan jadikanlah hidup ini tempat bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku dan jadikanlah mati itu bagiku sebagai tempat beristirehat dari segala kejahatan”.

Tuesday, May 12, 2009

BICARA AGAMA : Rasulullah

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...

Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita..
Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliauerat-erat,
dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW
sudi menginap beberapa hari dirumah kita. Beliau tentu tersenyum.....

Tapi barangkaliKita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CDRated 18xxxyang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkandahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetaptersenyum.....

Atau barangkali,kita teringat akan lukisan wanita separuhtelanjang yangkita gantung diruang tamu kita, sehinggakita terpaksajuga memindahkannya ke belakang secaratergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping danmeletakkannya di ruang tamu.Beliau tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersediamenginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kitalebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.

Barangkali kita menjadi malu bahawaanak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW,kerana kita lupa dan lalai mengajarianak-anak kita.Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidakmengetahui satupun nama keluargaRasulullah SAW dansahabatnya, tetapi hafal di luar kepalamengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandimenjadi ruang solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kitatidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untukberhadapan dengan Rasulullah SAW.Beliau tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dananak-anak kita..Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksitersebutdemi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahuijunjungan kitabahawa kita tidak ke masjid meskipun azanberbunyi.Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saatazan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.Barangkalikita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampirseluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kitatidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kitajarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidakmengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAWmenanyakan kepada kita siapa nama tukangsampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.Barangkali kitamenjadi malu jika Rasulullah bertanyatentang nama danalamat tukang penjaga masjid di tempat kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAWtiba-tiba muncul di depan rumah kita...

Apa yang akankita lakukan?Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolakbeliau berkunjung ke rumah kerana hal ituakan sangat membuat kita kalut dan malu?Maafkan kami, ya Rasulullah.....

Masihkah beliau tersenyum.....?

Senyum pilu, senyum sedih dan senyumgetir.....

Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah saw.....
Related Posts with Thumbnails