Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDILADHA..'Menghayati Erti Pengorbanan'

Assalamualaikum wbt..
Rasanya baru semalam merayakan AidilFitri esok pula kita merayakan AidilAdha. Seolah-olah terasa terlalu cepat masa berlalu. Sesungguhnya setiap perayaan itu memberi pengertian dan makna tersendiri dalam kehidupan kita pada era kehidupan zaman sekarang. Termasuklah erti pengorbanan yang dizahirkan oleh umat zaman ini melalui sejarah pengorbanan yang telah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Hari Raya Korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya (Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.
10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.
Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan dalam ertikata sebenar serta berusaha menterjemahkannya melalui perjuangan berterusan kita menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah yang sedang tenat oleh perbuatan yang dilakukan oleh makhluk bernama manusia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
Ikhlas daripada:
[ Editor SIMAAS - Wan Sudirman ]


Bonus:
Gambar-gambar mengimbas kembali suasana ibadat haji oleh umat islam pada era 1940-an


Tuesday, November 24, 2009

Poco-poco Yang Tersirat.....


>>Petikan Catatan..

>>Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN, secara paksa rela). Iaitu tarian Poco-poco.
>>Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis, membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.
>>Assalammualaikum.
>>Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.
>>Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
>>Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
>>Marilah kita sama2 fikirkan."Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
>>Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar..Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
>>Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
>>WALLAHUALAM....

Monday, November 23, 2009

KISAH RUQYAH 6 : Bukit Siol Terus Misteri..

Siapa yang tak kenal Bukit Siol terutama mereka yang tinggal sekitar Petra Jaya dan Semariang yang gah dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang dibina di atas puncaknya setinggi 60 meter dari aras laut serta merupakan salah satu mercu tanda bandaraya Kuching.

Masih ingatkah posting saya yang lepas bertajuk 'Lemas' yang membabitkan anak saudara saya sendiri ketika bermain air tasik di kaki bukit berkenaan yang mana telah meragut nyawanya serta apakah kaitannya dengan seekor kala besar yang dijumpai didalam rumah oleh bapanya malam sebelum kejadian?

Bagaimana pula dengan sekumpulan kerbau yang dijumpainya oleh sepupu saya ketika balik kerja tengah malam sedangkan memang tiada siapapun yang menternak kerbau dalam taman riadah dibawah pengawasan pihak DBKU sendiri.

Ditambah pula kisah misteri yang sering dialami oleh para pekerja DBKU dimana sering diganggu tidak kira siang atau malam seperti ditangga, lif, dalam pejabat, parkir kereta, lampu bangunan, suara aneh, muzium kucing dan lain-lain.

Lagi cerita-cerita mereka yang pernah merakam fotografi disekitar kawasan taman berdekatan khususnya para pengantin baru yang mana sering menemui entiti yang tidak dikenalpasti pada gambar yang dirakamkan tidak kurang juga melihat objek atau lembaga yang menyeramkan.

Dan apa pula kaitannya dengan wanita separuh bogel yang dijumpai oleh sepupu saya ketika menghantar anaknya ke sekolah yang mana hanya tertutup bahagian atas dan tiada seurat benang dibahagian bawah? Yang menjadi lebih pelik ialah wanita berkenaan jalan selamba sahaja walaupun tahu orang ada melihatnya dan tiada menunjukkan sebarang reaksi malu atau janggal.

Apakah ia betul-betul manusia dan mengapa dia berkeadaan demikian?
atau jika ia adalah jin, mengapa perlu jin yang menyamar sebagai wanita bogel?

Tentunya kisah-kisah ini menjadi seribu persoalan dan tetap menjadi misteri..

Monday, November 16, 2009

Otak Jadi Rosak Apabila..

Sedar tak sedar rupa-rupanya tabiat kita seharian kadang-kadang boleh menyumbang kepada punca otak menjadi rosak walaupun kesannya tidak nampak segera tetapi boleh memberi efek pada jangka panjang. Disini saya kongsikan bersama beberapa tabiat seperti yang dimaksudkan..


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Saturday, November 14, 2009

Dah Nak Kiamat Ker??


Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya walaupun tiada tarikh khusus dinyatakan. Kita sebagai orang islam wajib percaya tentang kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya Tuhan Yang Pencipta seluruh alam yang menentukannya dan hikmah disebaliknya.

Walaupun begitu ramai yang tertarik untuk melihat kecenderungan saintis-saintis ini untuk membuat teori dan ramalan kisah The Judgement Day ini. Mereka menyatakan pada tahun 2012 bakal berlaku peristiwa di mana Komet akan menghentam planet Bumi dan merupakan kemuncak kepada apa yang di katakan sebagai kiamat. Telahan dan pendapat beberapa forumer dan blogger yang memberikan response kepada teori ini. Mereka mengaitkan dengan teori Mayan, Hopis dan Egyptian yang merupakan dasar ketemadunan lama yang memberikan banyak klu atau bayangan tentang komet 2012 yang bakal menghancurkan bumi.

Ada sesetengahnya memberikan bukti saintifik dan kewujudan beberapa teropong berskala gergasi yang di wujudkan oleh NASA yang di katakan berkaitan dengan isu ini. Sesetengah forumer yang berpendidikan kaji bintang mejangkakan kewujudan Teropong Langit ini di South Pole adalah untuk mengkaji kebarangkalian tentang berlakunya hentaman Komet ke atas planet bumi. Tapi mereka mensasarkan tarikh kepada 2036. Pada 2029 mereka menjangkakan Komet itu akan menghampiri dan menuju kearah bumi, seterusnya terdapat 1000 kemungkinan 7 tahun kemudian pada 2036 komet itu akan menghancurkan Bumi.

Mereka memberi banyak andaian kepada kalender Mayan dan Egyptian kuno yang menulis tentang teori 2012 berdasarkan kepada kiraan matematik kaum tersebut. Dalam jangka masa 4 tahun akan datang bermula dari tahun 2008 berbagai bentuk perubahan cuaca akan berlaku. Mereka mengandaikan perubahan cuaca telah bermula dengan kejadian di Myanmar dan China di mana peristiwa bencana alam yang melibatkan Angin dan gerakkan tanah.

Kejadian rebut besar dan gempa bumi melibatkan kematian yang besar. Sesetengah pengkaji meramalkan London bakal di landa banjir besar yang akan menenggelamkan bandaraya itu dalam beberapa tahun ini. Sesetengah dari pengkali ini mula memberikan map atau beberapa lokasi yang di fikirkan selamat sekiranya penduduk London ingin lari dari melapetaka itu.

Petikan:www.terjah.com

Thursday, November 12, 2009

Nabi Bertanya..Iblis Menjawab..

Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan.Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangannya memegang tongkat.


Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu?
Iblis menjawab. `Aku adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?
Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?
Lima belas iaitu;
1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari umatku?
Sepuluh iaitu;
1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.

Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para Sahabat danTokoh-Tokoh Islam

Monday, November 9, 2009

Pening Kepala?


PANADOL MERBAHAYA : JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
>UNTUK PENGETAHUAN,ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
>“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. .
>Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Alternative Treatment ( Tips )Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
>Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.
>Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
>Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
>Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Wednesday, November 4, 2009

Solat Jemaah di Gereja Betong

(ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong)

KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.
Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling.
Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.




Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan. Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah. Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais."Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang."Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan....


::Dipetik drpd Berita Harian 2 November 2009::..

Sunday, November 1, 2009

Rayuan Syaitan..

Bismillahirahmannirahim..

ALLAH AZZA WA JALLA BERFIRMAN:''
SYAITAN ITU MENJANJIKAN KEPADAMU DENGAN KEMISKINAN DAN MENYURUH KAMU BERBUAT JAHAT.'' (QS. AL-BAQARAH: 268 )

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA;''
DALAM HATI ADA DUA BISIKAN. SATU BISIKAN DARI MALAIKAT MENGAJAK KEBAIKAN DAN MEMPERCAYAI AKAN KEBENARAN. SIAPA MERASAKANNYA, KETAHUILAH DARI ALLAH DAN HENDAKLAH MEMUJI KEPADANYA YANG LAINNYA BISIKAN DARI MUSUH (SYAITAN) MENGAJAK KEPADA KEJAHATAN DAN MENDUSTAKAN KEBENARAN, BAHKAN MELARANG KEBAIKAN. SIAPA MENEMUKANNYA, HENDAKLAH SEGERA MEMOHON PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH DAN BISIKAN SYAITAN YANG TERKUTUK....

''AL-HASAN MENGATAKAN '' ..
ADA DUA BISIKAN YANG MUNCUL DALAM HATI. BISIKAN DARI ALLAH DAN BISIKAN DARI SYAITAN. MAKA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG TEGAK PADA BISIKANNYA, JIKA BISIKAN ITU DARI MUSUH, MESTI HARUS DIPERANGI.

''JABIR BIN UBAIDAH AL-ADUWI BERKATA;''..
AKU MENGADU KEPADA AL-ALLA BIN ZIYAD, '' AKU TIDAK MENEMUKAN BISIKAN DIRIKU.'' AL-ALLA BERKATA, '' SESUNGGUHNYA HAL ITU IBARAT RUMAH DITERJANG ANGIN. JIKA ADA SESUATU DI SITU AKAN DITERJANG, TAPI JIKA KOSONG, MAKA AKAN DILALUI BEGITU SAJA.'' YAKNI BAHAWA HATI YANG TIDAK DIBELANGGU OLEH HAWA NAFSU, SYAITAN TIDAK AKAN DAPAT MENGANGGUNYA.

OLEH KERANANYA ALLAH BERFIRMAN:''
SESUNGGUHNYA HAMBA-HAMBA KU TIDAK ADA KEKUASAAN BAGI ENGKAU ATAS MEREKA.'' (QS. AL-HIJR: 42 )''

MAKA SETIAP ORANG MENGIKUTI HAWA NAFSUNYA MENJADI TUHANNYA...'' (QS. AL-JASIYAH: 23 )

AMR BIN ASH BERKATA NABI S.A.W., '' WAHAI RASULULLAH, SYAITAN TELAH MENGHALANGI ANTARA AKU DENGAN SOLAT DAN QIRAAHKU.'' RASULULLAH S.A.W.BERSABDA;'' SYAITAN ITU HENDAK MEMPERDAYA. JIKA DIA HENDAK MERAYUMU, HENDAKLAH ENGKAU MOHON PERLINDUNGAN DARI-NYA DAN MELUDAH KE KIRI TIGA KALI.''AMR BERKATA, '' LALU AKU MELAKUKANNYA, PADA ALLAH MENGUSIR SYAITAN ITU DARIKU.''

DALAM HADIS INI, '' BAHAWA DALAM WUDHUK ADA SYAITAN YANG DISEBUT ' AL-WILHAM'. MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH DARINYA. TIDAK AKAN BERHENTI SYAITAN MENGHASUTMU KECUALI DENGAN MENGINGAT SESUATU SELAIN YANG DIBISIKKAN. TAPI SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH DAN BERHUBUNGAN DENGANNYA, BOLEH MENJADI TEMPAT BISIKAN SYAITAN.''

Untuk melawan bisikan syaitan ialah dengan mengingat Allah dan memohon dijauhkan darinya. Ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang BERTAQWA.''SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA, JIKA MEREKA DI SENTUH OLEH SYAITAN YANG MENGELILINGNYA, MEREKA SEGERA INGAT LALU MEREKA MELIHAT (KEBENARAN). ''(QS. AL-A'RAF: 201 )

FIRMAN ALLAH S.W.T.:''DARI KEJAHATAN BISIKAN SYAITAN YANG PERGI DAN DATANG.'' (QS. AN-NAS: 4)

MUJIHID mengatakan bahawa syaitan itu mengintip hati. Jika segera ingat kepada Allah, dia akan pergi. Namun jika hati lalai dari mengingati Allah, dia akan terus mengoda. Antara ingat kepada Allah ada bisikan syaitan seperti antara cahaya dan kegelapan, antara siang dan malam, iaitu saling bertentangan.

''MEREKA TELAH DIKUASAI SYAITAN, LALU DIA MELUPAKAN MEREKA DARI MENGINGATI ALLAH.'' (QS. AL-MUJAHADAH: 19 )

ANAS BIN MALIK BERKATA; RASULULLAH S.A.W. BERSABDA;'' SESUNGGUHNYA SYAITAN MELETAKKAN BELALAINYA DI HATI MANUSIA. JIKA DIA MENGINGAT KEPADA ALLAH, BELALAI ITU AKAN DITARIK KEMBALI. NAMUN JIKA DIA MELUPAKAN ALLAH, DITUTUPILAH HATINYA.''

IBNU WADIH mengatakan, '' JIKA SESEORANG TELAH BERUMUR EMPAT PULUH TAHUN, TETAPI TIDAK BERTAUBAT JUGA, MAKA SYAITAN MENGUSAP MUKA ORANG ITU DENGAN TANGANNYA SAMBIL BERKATA, '' INILAH ORANG YANG TIDAK BERUNTUNG.''

JIKA SYAHWAT TELAH MEMBONGKOKKAN DAGING DAN DARAH MANUSIA, MAKA DEMIKIAN JUGA KEKUASAAN SYAITAN AKAN MENGALIR DALAM DARAH DAN DAGINGNYA. IA JUGA MENGUASAI HATI DARI SEGALA DARAH. OLEH KERANANYA, RASULULLAH S.A.W BERSABDA;'' SYAITAN ITU BERJALAN DI SETIAP PEMBULUH DARAH MANUSIA. MAKA BERHENTIKAN PERJALANANNYA DENGAN BERLAPAR (BERPUASA).''Kerana lapar dapat memecahkan syahwat sebagai tempat jalannya syaitan menyerang hati.

ALLAH S.W.T BERFIRMAN;'' AKU AKAN DUDUK (MENGINTIP) MEREKA DI ATAS JALAN ENGKAU YANG LURUS. KEMUDIAN AKU DATANG MEMPERDAYAKAN MEREKA DARI MUKA DAN BELAKANG MEREKA, DARI KANAN DAN KIRI MEREKA.''(QS. AL-A'RAF: 16-17)

RASULULLAH S.A.W BERSABDA;'' SYAITAN ITU SELALU MENGAWASI MANUSIA. KETIKA DIA MASUK ISLAM, SYAITAN BERKATA, '' APAKAH ENGKAU MASUK ISLAM DAN MENINGGALKAN AGAMAMU DAN AGAMA NENEK MOYANGMU?'' DIA TIDAK ENDAHKANNYA DAN LALU MASUK ISLAM.

KETIKA DIA BERHIJRAH, SYAITAN BERKATA, '' APAKAH ENGKAU HENDAK BERHIJRAH DAN MENINGGALKAN TANAH AIRMU?'' DIA TIDAK MEMPERDULIKANNYA. KETIKA BERJIHAD, DIA PUN BERKATA, '' APAKAH ENGKAU BERJIHAD YANG SELALU MENYEBABKAN TERKORBAN JIWA DAN HARTA, ENGKAU TERBUNUH, ISTERIMU KAHWIN LAGI DAN HARTAMU DIBAHAGI-BAHAGIKAN. ?'' DIA TETAP TIDAK PEDULI DAN TERUS PERGI BERPERANG. MAKA SIAPA BERBUAT DEMIKIAN, JIKA MATI, PASTI ALLAH AKAN MEMASUKKAN DIA KE SYURGA.''

Maka berhati-hatilah memutuskan segala sesuatu dengan bijak, dan jangan meletak sesuatu hukum, sedang kan kita tiada ilmu akannya. berhati-hati kerena syaitan suka mendekati orang-orang yang beriman kepada Allah, sekali tersalah cakap yang mana kita sendiri tidak ada limu akannya, maka akan menjadi hamba Syaitan seterusnya akan merasuk dalam diri dengan mengatakan kamu betul pendapat orang lain semuanya salah. akan lahirlah sifat ujub, riak dan takabur, sombong dan sebagainya. cari ilmu mestilah berguru, tanpa guru maka syaitanlah gurunya.....
Related Posts with Thumbnails