Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, July 6, 2009

RASULULLAH PENGSAN DENGAR KHABAR NERAKA


Terlalu sukar nak membayangkan betapa dasyatnya neraka yang diciptakan oleh Allah dan begitu jugalah betapa sukarnya kita nak menghindarkan diri daripadanya. 'Ya Allah Kau hindarkan diriku dan ahli keluargaku daripada seksaan api neraka'.

Diceritakan, Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka? 'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat. 'Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: '

Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')


Petikan Hadis
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua...Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk'.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,RasulullahS. A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. ParaAhli Jihad
3. Para Alim Ulama
4.ParaSyuhada
5. Para Penghafal al QURAN
6. Imam atau Pemimpinyang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10 Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud ; 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Nota:
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Friday, July 3, 2009

MICHAEL JACKSON..SEMPURNAKAN CARA ISLAM










(Gambar)
PEMINAT dari Iran memberi penghormatan terakhir kepada Jackson di luar kediaman keluarga penyanyi itu di Encino, California.


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai

LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989.-Berita Harian




Wednesday, July 1, 2009

KISAH RUQYAH 3 : Jin dari Indonesia


Lokasi di Jalan Temenggong Haji Gobeilt :

Saya menerima panggilan daripada Asri (Kitabkehidupan) menyatakan ada seorang rakan telah menelefonnya dimana ada seorang wanita telah kerasukan sejak 2-3 hari yang lepas minta dirawat dengan segera kerana keadaan kerasukan tersebut agak teruk dan sukar dikawal oleh ahli keluarganya.

Saya bersetuju untuk membantu beliau pada malam tersebut dan mencadangkan kepadanya supaya mendahulukan solat dahulu memandangkan rakan yg menelefon tersebut agak mendesak melihat keadaan wanita berkenaan, walaupun masa telah menghampir waktu maghrib. Asri bersetuju dgn saya dan selesai sahaja solat kami terus saja bergerak ke rumah pesakit.

Setiba saja disana kami melihat ahli keluarga sedang menunggu sambil cuba menenangkan pesakit wanita berkenaan. Asri mulakan dgn muqadimah dan sehinggalah sampai surah pertama Al-Baqarah jin dalam badan wanita tersebut mula berdialog.

Asri : Kau siapa?
Jin : Aku datang dari jauh.
Saya : Jauh tu mana?
Jin : Aku datang dari Indonesia.
Asri : Buat apa sibuk2 datang dari jauh nie..apa tujuan kau?
Jin : Aku ingin memporak-porandakan keluarganya.
Saya : Kenapa?
Jin : Sebab suaminya telah.....(jin kononnya menceritakan perbuatan curang suami wanita tersebut)
Asri : Sudah..cukup kami tak nak dengar lagi, kami mahu kamu keluar sekarang.
Jin : Aku tak nak keluar (jin ini mulanya berdegil tetapi setelah diberikan amaran barulah ia setuju untuk keluar)

Tanpa membuang masa kami menawarkan jin tersebut masuk Islam dan Alhamdulillah ia bersetuju dengan tawaran tersebut dan terus diIslamkan. Saya membantu Asri menarik keluar jin tersebut dan dengan izin Allah jin tersebut telah keluar dan wanita tersebut sedar tetapi masih lemah.

Sambil menerangkan dan mengajar cara mendinding diri kepada wanita berkenaan dan ahli keluarganya, saya membantu dengan meruqyah air sebagai minuman dan mandian kepada rawatan susulan.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah.


Nota:
Jangan percaya kepada apa yang diucapkan oleh jin kerana kebanyakkan apa yang diucapkannya adalah dusta. (Maksud Hadis)

Monday, June 29, 2009

ANTARA SEBAB DATANGNYA HIDAYAH

ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH ALLAH

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah). Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat.

Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf.

Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib.

Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al-Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON..KEMBALI MENEMUI TUHANNYA



Perginya Seorang Bintang Dunia Yang Berbakat Penghibur..


Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta. Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA. Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung. Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson. Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik,penghibur dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.
Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung, mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an, dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu. Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop,pop dan r&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Record.

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got To Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut. Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta. Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), History (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 Anugerah Grammy dan mencatat 13 single No.1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan No.1 dalam era Hot 100. Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia, menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah Taman Tema kecil dan Zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dengan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living With Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.









Menjejaki Pengislaman Michael Jackson

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga ia mengubah keadaanya sendiri. Itulah yang dialami penyanyi legenda AS, Michael jackson atau yang selalu dipanggil Jacko. Tiga tahun lamanya Jacko mencari jati dirinya sebelum memutuskan memeluk Islam dengan menempuhi berbagai macam perjalanan hati dan didera berbagai masalah.Pada 2008 di rumah karibnya di Los Angeles, Jacko mengucapkan dua kalimat syahadat.


Bila keinginan Jacko memeluk Islam tak banyak yang tahu, namun sudah sejak 2003 Jacko tergabung dengan Nation of Islam, sebuah pergerakan Muslim kulit hitam di AS yang diasaskan Malcolm X. Michael Jackson memeluk Islam tak terjadi dengan tiba-tiba. Pertemuannya dengan penulis lagu berasal Kanada, David Wharnsby dan produser, Philip Bubal, menjadi sejarah perjalanan hati sang legenda ini. Ketika itu David Wharnsby dan Philip Bubal mendekatinya ketika Jacko terbelenggu masalah hukum dan ketahanannya dirinya mulai goyah.Laporan-laporan lain yang menyebutkan keinginan Jacko memeluk Islam sejak 2005, datang dari seorang sumber yang mengatakan keinginan Jacko memeluk Islam kepada harian The Sun. Jacko mendengar kisah keimanan mereka dan bagaimana mereka boleh menjadi orang yang lebih baik setelah memeluk Islam. Jacko pun menyambut ingin hidayah tersebut.Pengaruh besar juga datang dari kakaknya, Jermaine Jackson yang sudah menjadi Muslim sejak 1989.


Jermaine mengatakan gelaran superstar yang disandang Jacko membuat dirinya banyak terbabit masalah dan melakukan kesalahan."Saya rasa, Michael perlu menjadi seorang muslim, karana saya fikir Islam adalah perlindungan yang paling sempurna baginya dari segala kesalahan yang menyerangnnya," ungkap bekas ahli anggota Jackson Five yang kini menetap di Bahrain.Jermaine banyak menyumbangkan buku-buku tentang Islam dan Jacko pun banyak bertanya tentang Islam."Saya katakan, inilah agama paling damai dan indah," kata Jermaine pada BBC Asian Network seperti yang dikutip Reuters.Bahkan Jermaine mengatakan bahwa perpindahan Jacko ke Bahrain dengan tujuan untuk meninggalkan AS dan menetap di daerah yang damai dan tenang untuk menunaikan kewajiban solat lima waktu.



Jacko dan Keyakinan Islamnya
Sumbangsih Jacko untuk dunia Islam sudah diberikannya sebelum ia memeluk Islam. Dia memberikan sumbangan tak sedikit untuk membangun sebuah masjid di Manama, Bahrain. Masjid tersebut dibangun dengan keindahan seni yang luar biasa.Masjid yang terletak dekat kediaman jacko di Bahrain tersebut sekaligus sebagai tempat belajar Islam dan bahasa Inggris. Bahkan guru-guru yang didatangkan dari Amerika untuk mengajar anak-anak Bahrain belajar bahasa Inggris berada di bawah pengawasan Jacko.Kedamaian dan penerimaan masyarakat Bahrain terhadap Jacko yang ketika itu sebagai pemeluk agama kristian Jehovah. Tidak ada perbezaan yang didapat Jacko.


Masyarakat Bahrain memperlakukannya seperti dia adalah warga negara Bahrain.Setelah keluar dari kristian Jehovah, Michael Jackson menukar nama kepada Mikaeel Jackson. Nama tersebut diilhami dari salah satu malaikat Allah SWT, yaitu malaikat Mikail.Islam memang Rahmatan lil Alamin. Sang legenda pop yang dahulu seringkali terperosok ke dalam masalah dan kini menderita kanser kulit leher tetap menjadi raja pop dunia. Perancangannya pun Julai tahun ini Mikaeel Jackson akan mengadakan konsert besar seluruh dunia hingga Februari 2010. Harapan kita supaya Jacko menjadi muslim mualaf sejati setanding Yusuf Islam.



Tuesday, June 23, 2009

DOA TAUBAT



Mengenai doa yang dapat dibaca sehabis solat sebenarnya banyak dan tidak ada batasannya. Di sini saya kutipkan sebuah hadis riwayat Albukhari yang menyatakan bahwa sayyidul istigfar (bacaan istigfar yang paling utama) adalah membaca doa berikut ini:

''Allahumma anta rabbi lailaha illa anta khalaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastatha'tu. A 'udzu bika min syarri ma shana'tu abu'u laka bini'matika 'alayya wa abu'u laka bidzanbi faghfirli fainnahu la yaghfirudzdzunuba illa anta".

(Ya Allah Engkaulah tuhanku tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakanku, aku adalah hamba-Mu dan aku terikat pada ikatan dan janji-Mu dan aku tidak berkuasa. Aku mohon perlindungan-Mu dari kejelekan yang telah kuperbuat, aku mengakui nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku karena tiada yang bisa mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).

Menurut penulis asal Doa ini sangat utama dibaca setiap saat, baik siang mahupun malam, begitu juga sehabis shalat, kerana berisikan tentang pengakuan seorang hamba sepenuhnya di hadapan Allah akan kelemahan, ketidakberdayaan, dan dosa-dosanya.

Semoga kita mendapat manfaat.

Thursday, June 18, 2009

Rahsia Al-Quran




Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.

Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama.
Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali;
Perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali;
Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali;
Zakat 32 kali, Barakah juga 32;
Berfikir 49, Nur 49, dan
Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.

Apakah semua ini kebetulan?
Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.

Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?

Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)

Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."

Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang." Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al-Quran merupakan penghubungnya.

Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.
Related Posts with Thumbnails