Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Friday, October 16, 2009

Nasihat Penting Bakal Pengantin!


'Nasihat ini khas ditujukan kepada sahabat2 yang akan berkahwin, baru berkahwin, sudah berkahwin mahupun yang akan berkahwin sekali lagi...mudah-mudahan menjadi peringatan untuk direnung bersama.. '


Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin...


Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.
Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan


Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.
Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.


Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.
Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.


Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.
Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik.


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.
Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya-anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.
Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.
Sumber:Blog Bujang Susah

Wednesday, October 14, 2009

Konflik Cinta Pakar Sains..


Lelaki : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Perempuan: Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Lelaki : Kau jangan salah ertikan kecerunan garislurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Perempuan : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg ku berikan.

Lelaki : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Perempuan: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Lelaki : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Perempuan : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Lelaki : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Perempuan : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Lelaki: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Perempuan: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Lelaki: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Perempuan: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Lelaki: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Perempuan: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Lelaki: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Perempuan: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Lelaki: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Perempuan: Tapi, imanku adalah infiniti!

Lelaki: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Perempuan: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Lelaki: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Perempuan: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau air suling, tetapi rupa-rupanya kau cecair asid. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

Tuesday, October 13, 2009

Kehebatan Istikharah Terbukti


Ini adalah satu kisah contoh seorang hamba yang pernah melakukan Solat Istikharah ketika epilog diri tidak mampu memberi gambaran yang pasti dan akhirnya kepada Allah jualah tempat untuk memohon sebenar-benar petunjuk. Moga dapat membantu mereka yang sedang mengalami dilema yang sewaktu dengannya..InsyaAllah.


Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan. Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang. Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan.

Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari.

Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi. Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini.

Saya telah lalu pengalaman ini, ia amat berat dan menyakiti hati saya. Sebab itulah saya membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan abadi. Luka di hati saya sukar untuk sembuh. Kekecewaan sesangat.

Sumber:Taman2Syurga@yahoogroups.com/blog Bujang Susah

Thursday, October 8, 2009

Gempa Bumi: Kebenaran Al-Quran..


Amaran dan peringatan telah banyak Allah berikan kepada umat terdahulu sebagai pengajaran dan pedoman buat manusia akhir zaman ini. Namun sejak akhir-akhir ini sering kali terjadi bencana dan peristiwa yang kadang-kadang sukar diterima akal logik manusia bahkan pada zaman yang serba canggih sekarang. Namun kuasa dan peringatan dari Allah kepada manusia telah mengatasi segala-galanya supaya manusia tidak terus leka dengan apa yang dilihat dan dicapai oleh manusia sekarang semuannya adalah atas izin Allah SWT.

Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa tsunami yang telah melanda Acheh pada 2004, tumbangnya WTC di New York 2001 serta kaitannya dengan ayat Al-Quran. Dan terbaru adalah peristiwa gempa bumi di Padang turut tidak ketinggalan kaitannya dengan potongan ayat Al-Quran. Mari kita sama-sama panjangkan fakta yang dipetik dari blog Bujang Susah direnung dan difikirkan kebesaran dan kebenaran Al-Quran.


Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya.

[sumber: eramuslim]

Monday, October 5, 2009

Diserang Tabuan!

Dua Beradik Mati Disengat Tabuan di Kuching


(CHEN Chung Jien ketika dirawat di HUS akibat disengat tebuan tanah di Sungai Moyan, Jalan Batu Kawa, semalam. Bagaimanapun, beliau meninggal dunia kemudian)
KUCHING: Hasrat seorang ibu mendapatkan pemegang tanglung bagi anaknya, berakhir dengan tragedi apabila dua anaknya mati disengat tebuan tanah di kawasan belukar berdekatan rumah mereka di Sungai Moyan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Chen Sze Ting, 6, dan adiknya, Chen Chung Jien, 3, disahkan maut selepas terkena lebih 30 sengatan tebuan pada tubuh manakala ibu mereka, Tan Wen Chew, 29, terpaksa dirawat di unit kawalan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).
Seorang lagi anak Wen Chew, Chen Sze Ying, 8, bagaimanapun terselamat selepas berjaya melarikan diri tetapi turut dirawat di HUS kerana disengat. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata dua mangsa berkenaan masuk ke kawasan belukar berdekatan rumah pangsa Sungai Moyan bersama ibu dan bapa saudaranya, Tan Chai Bong, 11. "Lima sekeluarga berkenaan dipercayai masuk ke kawasan belukar berhampiran rumah mereka untuk mencari buluh bagi dijadikan pemegang tanglung sebelum tiba-tiba mereka diserang tebuan ketika melalui satu kawasan bukit berbatu,” katanya.

Difahamkan ketika serangan, Wen Chew yang berjaya membawa anak sulungnya ke tempat selamat, berpatah balik bagi menyelamatkan anak bongsunya yang masih diserang tebuan, sebelum dia sendiri pengsan di kawasan berdekatan rumah. "Ibu mangsa yang masih dirawat di ICU dilaporkan koma dengan keadaannya kritikal. Dua lagi mangsa dilaporkan semakin pulih namun masih ditahan di HUS bagi rawatan lanjut.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sudah dimaklumkan mengenai sarang tebuan di kawasan berkenaan dan kerja memusnahkannya akan dijalankan segera," katanya. Sementara itu, jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Mei Loh, 45, berkata penduduk di rumah pangsa itu memang mengetahui kewujudan sarang tebuan tanah sepanjang kira-kira dua meter dan selebar satu meter di celah kawasan berbatu berdekatan kediaman mereka.

Sumber:BH

Mayat Tidak Reput!


KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam. Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.
Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia. Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun. "Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini. "Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya. Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu. Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru. "Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama. "Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.
Sumber: BH

Friday, October 2, 2009

Awan Amaran?

Lokasi : Bandar Baru Samariang, Kuching

Sekadar berkongsi satu kejadian di Kuching tempohari dimana pada ketika itu saya baru sahaja keluar selepas ziarah di rumah abang saya di Perumahan Rakyat Bandar Baru Samariang dan apabila keluar sahaja dari rumah tiba-tiba mata saya terpana melihat pembentukan awan dengan warna yang agak luar biasa sehingga menarik perhatian saya.

Mungkin kebanyakan orang menganggap ia perkara biasa dan remeh serta tidak perlu cemas dengan keadaan itu tetapi bagi diri saya yang hina ini, ia saya anggap sebagai suatu amaran dari Allah kepada hambanya dimana akan tiba suatu hari penghabisan untuk seluruh makhluk di dunia kelak sesuai dengan tanda-tanda yang akan muncul sebelum berlakunya kiamat.

Dan pada hari ini telah banyak menyaksikan berlakunya tanda-tanda besar yang menandakan hari pembalasan sudah menghampiri kita. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk beribadat sebagai bekalan diakhirat kelak dan masih boleh berfikir akan amaran-amaran besar dan kecil sejak akhir-akhir ini.

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan mengejar dunia tapi lupa dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.









Related Posts with Thumbnails