Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 28, 2013

Hukum Lelaki Berambut Panjang


Soalan:

Assalamualaikum ustaz….Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang pemakaian ketika solat..Terutama pada bahagian atas kepala.saya seorang yang gemar berambut panjang namun ada segelintir yang mengatakan jika rambut panjang maka ia akan jatuh kepada haram.adakah perkara ini benar?Dan satu lagi ustaz,tentang pemakaian topi ketika solat.

Saya sering memakai topi salji@snowcap yg kelihatan seperti anak tudung bagi wanita.Persoalannya adakah salah jika saya mengenakannya untuk digunakan sebagai pengganti songkok@kopiah memandangkan rambut saya panjang dan khuatir jatuh di bahagian dahi dan menyebabkan solat itu terbatal?Itu sahaja ya Ustaz,harap ustaz sudi menjawab soalan saya ini.




Jawapan:

1. Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam- sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan:

“Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya” (Soheh al-Bukhari, kitab al-Libas, bab al-Ja’di, hadis no. 5452).

Walau bagaimanapun, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi bersabda:

“Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

2. Memakai kopiah tidaklah menjadi syarat sah solat. Harus mengerjakan solat dengan memakai kopiah atau tanpa memakainya. Begitu juga, memakai selain kopiah (topi dan sebagainya) tidaklah membatalkan solat jika ia bersih. Walau bagaimanapun, pakaian kita ketika solat hendaklah menggambarkan kesopanan kita di hadapan Allah.

Jika topi yang saudara pakai itu topi yang elok, bersih, kemas dan nampak bersopan, tidak mengapa saudara memakainya ketika solat. Jika tidak, baiklah saudara menanggalnya ketika solat sekalipun saudara solat tanpa memakai apa-apa di atas kepala. Jika saudara tetap memakainya tidaklah akan membatalkan solat, cuma masalah kesopanan sahaja.

Wallahu a’lam.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Tuesday, January 15, 2013

Thursday, October 11, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Rawatan Islam diiktiraf

Kerajaan setuju masukkan dalam rang undang-undang perubatan tradisional

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ketika pembentangan bacaan kali kedua di Parlimen semalam selepas mendapat persetujuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua Jabatan Agama Islam negeri.

Berikutan itu, pengamal perubatan Islam, tradisional, termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pengamal perubatan tradisional. Notis pindaan Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-ndang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

“Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan JAKIM tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja JAKIM, malah Jabatan Agama Islam negeri,” katanya di lobi Parlimen selepas membentangkan rang undang-undang itu.

Liow juga berkata, kementerian dengan kerjasama JAKIM akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan Islam, tradisional Melayu, Cina dan India. Beliau berkata, pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan mendaftar boleh dikenakan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 atau penjara dua tahun.

“Semua pengamal perubatan Islam tidak terlepas daripada tindakan tegas jika menipu dan melanggar undang-undang selepas Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 diluluskan,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta Kementerian Kesihatan memasukkan perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, tambahan pula sering berlaku kes pesakit tidak sembuh selepas menerima rawatan di hospital dan beralih mencuba kaedah perubatan Islam atau tradisional.

Perkara sama disuarakan Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa kerana bimbang masa depan amalan perubatan itu bagi merawat pelbagai penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa.

Strategi maju perubatan

Terdahulu, Liow berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangka strategi untuk membangunkan industri itu.

“Di Malaysia permintaan terhadap perubatan ini makin meningkat serta berkembang pesat dan banyak aduan diterima mengenainya. Selain itu, negara sering digemparkan dengan pelbagai berita membabitkan pengamal perubatan ini,” katanya.

Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum Sarawak, Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu).

Sumber : Berita Harian

Wednesday, September 5, 2012

Apa itu 'Jin' ?

Berikut adalah makna atau istilah 'Jin' yang diperolehi dari Wikipedia dalam konteks umum.

Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.
Rujukan: Sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai : "Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh beubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.

Rujukan:
Surah ar-rahman : ayat 15 "Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api"

Surah al-a'raf : ayat 27 "...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.
Istilah: Kata Tunggal : jinni Jamak : jannun / jinnatun Umat islam mengakui kewujudan jin dan menyakini bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka.

Menurut Imam al-Asy'ari dalam kitab Maqalat Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah, jin mampu merasuk ke dalam manusia. Rujukan Surah al-baqarah : ayat 275 "Orang-orang yang makan (mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan sperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila..."

Sungguhpun begitu, ada sesetengah orang sering sekali berkerjasama dengan jin dalam hal pembuatan azimat ataupun mantera-mantera walaupun bertentangan dengan keimanan dan menjurus kepada kemusyrikan.

Wallahu'alam.

Monday, September 3, 2012

Selamat Bersua Kembali!



Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena dengan bulan Syawal yang mulia ini EDITOR ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua kerana agak lama juga tidak mengemaskini status dalam blog ini.

Ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sesuai dengan diri EDITOR sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan.

Kepada Allah jualah tempat berdoa supaya sentiasa dikurniakan kekuatan dalam usaha menyampaikan kebaikan dan mencegah keburukan melalui media massa khususnya tujuan utama penerbitan blog ini.

Mudah-mudahan selepas ini urusan pengemaskinian, informasi,berita, tips dan sebagainya akan sentiasa berterusan dan semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah.

Sempena dengan kemeriahan Syawal yang masih terasa, di kesempatan ini EDITOR ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN'

Selamat berkunjung kembali dan menghayati status-status terkini selepas ini!

Ikhlas dari,
EDITOR SIMAAS

Thursday, March 22, 2012

APA ITU serangga TOMCAT ?



INFO: Pernah dengar berita ini?

APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae ...(Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.

Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.

Copas dari tetangga sblh Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih, berikan salep hydrocortisone 1% or Salep betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari or Salep Acyclovir 5%

Binatangnya kyk kalajengking tp kecil panjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya kyk herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar.

Wallahu'alam

Sumber:fb
Related Posts with Thumbnails