Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, May 26, 2009

PETIKAN AKHBAR : Humban Isteri

Lelaki humban isteri kena hukum mati

SINGAPURA: Lelaki yang menghumban isterinya dari tingkat 13 sebuah blok di Stirling Road dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati semalam. Dalam keputusan terhadap Tharema Vejayan Govindasamy atas kesalahan membunuh, Hakim Tay Yong Kwang berkata hujah yang menyatakan mangsa, Smaelmeeral Abdul Aziz, seorang operator pengeluaran berusia 32 tahun, kemungkinan membunuh diri tidak disokong dengan bukti. Mahkamah juga tidak yakin dengan alasan Tharema bahawa dia mengalami delusi yang teruk atau pemikiran yang bukan-bukan disebabkan ilmu hitam.

Peguam bela, S Radakrishnan, turut mengemukakan alasan bahawa Tharema mabuk teruk dan tidak sedar apa yang dilakukannya. Ketika memberikan keterangan, tertuduh, seorang pekerja buruh berusia 40 tahun, mendakwa iparnya, Hametah Abdul Aziz, menggunakan 'santau' untuk memusnahkan rumah tangganya kerana dia enggan memeluk Islam. Keluarga Hametah beragama Islam sementara Tharema adalah penganut Hindu, lapor laman web The Straits Times semalam.

Tharema mendakwa serangan ilmu hitam itu menyebabkan dia sering mendengar suara dan menghadapi penglihatan kabur kerana ada tompok hitam yang menjejaskan penglihatannya. Tertuduh cuba mendapatkan bantuan bomoh di sini, Batam dan Johor tetapi mereka tidak dapat membantunya. Pada ketika anak keduanya dilahirkan pada November 2005, rumah tangga Tharema mula retak. Pasangan berkenaan selalu bergaduh dan Tharema juga sering memukul isterinya.

Mangsa juga pernah menjumpai suaminya tidur bersama seorang wanita lain dalam rumah pangsa mereka di Jurong West. Perbuatan memukul itu menyebabkan mangsa keluar rumah dan mengadakan hubungan bersama dua lelaki lain sementara menunggu kes perceraian mereka diselesaikan.

Dari: Berita Harian

No comments:

Related Posts with Thumbnails