Susulan daripada 70 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, Kuching histeria didakwa dirasuk oleh lembaga berambut panjang, seorang daripada mangsa mendakwa luka di tangannya jelas kelihatan tertulis dengan perkataan ‘UDIN’.
(Gambar mangsa bersama kakaknya menunjukkan luka di tangannya)
Kuching: “Saya melihat satu lembaga berambut panjang keluar daripada badan rakan yang dirawat seorang ustaz dan menuju ke arah saya.
“Selepas itu, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Akilah Mansur, 17.
Dia antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini, yang diserang histeria ketika perhimpunan pagi di dewan sekolah, Isnin lalu dan berulang lagi, semalam.
Masalah itu yang dikatakan bermula sejak Jumaat minggu lalu memaksa pihak pengurusan menutup sekolah itu enam hari, bermula semalam.
Mengimbas kejadian Isnin lalu, Akilah berkata, pada mulanya dia cuba menenangkan beberapa rakannya yang ketakutan selepas diserang histeria. – Harian Metro
1 comment:
Kalau di malaysia bagai mana nak hubungi aki,saya sudah cuba hubungi tapi tidak dapat.
Post a Comment