Saya menyertai taklimat dan perbincangan dengan kumpulan sukarelawan NGO islam petang tadi berkaitan pembentangan masalah sosial pelajar pelajar melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Hasil dari beberapa kumpulan yg dibahagikan bagi membuat kajian permasalahan sosial pelajar yg telah mendapatkan beberapa pelajar dan waris di interview secara lapangan di kawasan seluruh pulau pinang dan di sasaran beberapa buah sekolah.
Hasil perbentangan dari kawan saya dapatan responden yg di interview dan pengumpulan data tersebut yg telah menunjukkan diantaranya punca punca utama berlaku kejutan sosial yg diluar jangkaan adalah disebabkan penyumbang adalah talipon bimbit yg waris berikan kepada anak anak.
Hasil dari pemberian itu kami dapati anak anak yg berumur 10 tahun sudah mempunyai akaun FB, whapps, intergram, wechat dan lain2 hubungan media maya. Al hasil dari fasiliti ini 80% anak anak menyalah guna kemudahan tersebut dengan sebahagiannya mengekses gambar gambar porno (lucah) dan lain2 yg berunsur kepada pengodaman fikiran positif dan rasional. Dengan itu mereka berpotensi untuk melakukan perkara tersebut ditahap hampir 90% untuk mencuba apa yg mereka lihat melalui handphone tersebut.
Maka kami dapati punca utama permasalahan sosial anak anak melalui talipon adalah peratusan yg cukup tinggi mempengaruhi kehidupan mereka. Yg paling malang hasil interview kami dengan beberapa ibubapa pelajar hampir 70% ibubapa tidak mampu kawal pengunaan talipon anak anak dan apa yg dilakukan pada handphone tersebut.
Oleh itu kami yakini bahwa anak anak islam sekrang sudah dimomok dengan racun handphone sehingga ibubapa tidak menyedari bawa kemudahan itu sebenarnya membunuh sosial kehidupan anak anak mereka. Oleh itu saya menasihati ibubapa supaya :
1. Ibubapa harus mengawal pengunaan talipon kepada anak anak dan talipon tersebut mesti boleh di akses historinya.
2. Seboleh yg mungkin haramkan anak anak mempunyai FB, wechat kerana 2 akaun ini tiada manfaat pada usia bawah 17 tahun.
3. Jika ingin berkomunikasi ibubapa boleh membeli handphone yg tidak boleh akses internet.
4. Jadualkan pengunaan handphone dan sentiasa melihat komunikasi anak anak di alam maya.
5. Handphone mesti disimpan oleh ibubapa dan jangan benarkan anak buat password sendiri.
6. Kegunaan komputer dirumah atau handset mesti ditempat yang terbuka, jangan biar anak bersendirian dalam bilik dengan hanset yg boleh akses internet.
7. Ibubapa perlu jadi handphone kepada anak anak dan berkawan supaya meraka meraikan wujudnya kasih sayang dan kita mengambil berat segala gerak geri mereka
8. Ibubapa perlu selidik semua kawan kawan anaknya dan tiada istilah kawan lelaki yg berusia dibawah 18 tahun.
9. Ibubapa perlu sentiasa dapatkan performance pelajaran anak anak daripda guru sekolah.
10. Perlu sarankan anak anak sertai aktiviti yg dianjur oleh mana mana pertubuhan diqariah masing masing.
Saya secara jujur nyatakan ini kerana saya sayangkan anak bangsa kita. Saya tidak sangup melihat anak bangsa saya menjadi kapsul kapsul perosak dalam negara kita sedangkan bangsa lain telah jauh maju meningalkan anak anak kita.
Wahai saudaraku ibubapa bangunlah dan lihatlah diluar sana dalam akhbar akhbar memuatkan bagaimana gejala sosial yg menggila sehingga kita seseolah hilang solusi utk mengatasinya. Didik anak kita dengan agama islam yg ditunjukan oleh allah dan nabi muhammad saw.
Ingat wahai ibubapa segala apa yg kita usahakan hari ini allah akan minta kita pertangungjawabkan. Oleh itu ayuh sama sama kita mendidik anak anak kita dan bertindak sebelum ianya lebih parah.
Ustaz Usman Al Marbawi
Pengasas MATSA.
25hb september 2017.
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Tuesday, September 26, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment