Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam ketika kumpulan kedua sedang mengadakan persembahan.
“Ketika tarian sedang berlangsung di atas pentas, kami terdengar jeritan dari belakang pentas. Dan ia bukan sebahagian daripada persembahan.
“Beberapa peserta, lelaki dan perempuan selepas itu kelihatan rebah,” kata seorang saksi.
Seorang saksi lain memberitahu, ada antara yang mengilai sebelum pengsan dan menjangkiti rakannya yang lain yang terus menangis dan ketakutan.
“Keadaan amat menggemparkan dan menakutkan, apatah lagi dalam suasana dewan bergelap dan sejuk,” katanya.
Beberapa saksi turut melihat ada peserta yang histeria melarikan diri, namun sempat ditangkap.
Difahamkan, pihak penganjur, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri telah memanggil pengamal perubatan Islam untuk menenangkan sebahagian peserta yang menjadi mangsa, dan usaha ini dikatakan berlangsung hingga lebih jam 11 malam tadi.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh sarawakvoice.com, ia bukan kali pertama gangguan makhluk halus berlaku di dewan tersebut.
Sumber: sarawakvoice.com
No comments:
Post a Comment