Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, November 13, 2017

Bila Anak Bercakap Bohong

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZAH TV9(Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)
*BILA ANAK BERCAKAP BOHONG*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tak ada emak abah yg suka anaknya bercakap bohong.
Bila kita tahu anak kita bercakap bohong,kita kena buat sesuatu supaya Allah bantu anak kita.
Semua ibubapa tak suka anak² bercakap bohong.
Cakap bohong  boleh bawa ke neraka.
Tugas kita nak selamatkan mereka dari neraka.

KADANG² KITA SURUH ANAK SEMBAHYANG,TAPI DIA TIPU KITA, DIA KATA DAH SEMBAHYANG,MOHON PERJELASAN USTAZAH.
Anak² lebih percaya dgn apa yg dilihat.
Jadi kita dulu kena tunjuk sembahyang pada anak².
Anak² bukan dia sengaja nak bercakap bohong tapi dia macam berada dalam dunia hayalan.
Kita kena dengar percakapan anak² kita.
1-9 tahun,anak tak faham apa yg dicakapkan.

BILA ANAK BERCAKAP BOHONG,SAYA TAHU DAN SAYA TEGUR TAPI ANAK BUAT LAGI,BAGAIMANA USTAZAH?
Kita kena faham punca kenapa anak² suka bercakap bohong.
Jangan terus menghukum anak yg bercakap bohong dgn melebelkan dia bercakap bohong.
Bila anak cakap bohong jangan terus cakap...Oh!!!dah pandai bercakap bohong(jgn cakap macam ni)
Cara ini akan menjadikan anak COP diri dia sendiri seorang pembohong.
Beri komen² yg membina.
Jika anak² cakap bohong kita hukum dia dgn cth tak beri dia makan apa yg dia suka atau tak bagi dia ikut jalan.

BAGAIMANA NAK KENAL ANAK YG BERCAKAP BOHONG?
Boleh kenal dari pandangan mata.
Mata dia nak mengelak tak nak pandang kita.
Boleh kenal melalui tangan dia iaitu tangan dia suka garu sana garu sini.
Dan dia sangat membela diri dia,itu juga tanda dia bercakap bohong.

TIGA PUNCA ANAK BERCAKAP BOHONG:
Anak nak elak hukuman,anak seperti ni dia takut dan dia lebih suka bercakap bohong.
Bila anak nak sesuatu dan asyik tak dapat sahaja,ini juga akan menyebabkan anak bercakap bohong.
Tapi tak boleh juga jika selalu dapat apa yg anak minta.
Ibubapa boleh beri apa yg anak nak dgn cara suruh anak cth menghafal baru dapat apa yg anak nak.
Anak bercakap bohong juga dari ibubapa cth bila anak menangis mak akan cakap tengok tu cicak tapi tak ada pun cicak.
Ini secara tak langsung mengajar anak bercakap bohong.

BAGAIMANA PULA IBU KANDUNG YG SUKA AJAR ANAK² BERCAKAP BOHONG PADA IBU TIRI?
Anak² lahir dalam keadaan bersih.
Ibubapalah yg mencorakkannya.
Nabi melihat seorang ibu yg memanggil anak dia dan mengatakan nak bagi sesuatu.
Nabi kata engkau nak bagi apa?
Saya nak bagi kurma.
Nabi kata jika engkau tak ada apa nak bagi engkau boleh dianggap pembohong.
KALAU KITA JUMPA SESUATU YG KITA TAK SUKA,KITA JANGAN SALAHKAN ORG LAIN.
Bermakna kita kena salahkan diri kita sendiri.
Mak ayah yg kena tengok diri sendiri dulu bila anak² suka bercakap bohong.

BILA MAK AYAH SUKA PUKUL ANAK,INI AKAN MENJADIKAN ANAK NAMPAK AKHLAK IBUBAPA YG SUKA MEMUKUL
Kalau Allah nak masukkan kebaikan dalam sesebuah keluarga,Allah akan masukkan kelembutan dalam keluarga tersebut.
Bersifatlah dgn sifat penyayang.
Sayang anak kena tunjuk dan kena cakap dgn kata² yg baik,tunjuk juga dgn sentuhan(peluk)anak².

SEMUA IBU AYAH NAK ANAK² JADI BAIK TAPI BILA DAH BERJAUHAN PENGARUH RAKAN SEBAYA LEBIH KUAT,BAGAIMANA SUPAYA NAK ANAK² ISTIQAMAH DGN AJARAN YG TELAH IBUBAPA BERI?
Ibubapa kena selalu bercakap dgn anak² tentang Allah,tentang sifat² Allah.
Mak abah banyak² berdoa supaya Allah pelihara anak² kita.
JANGAN DOA YG BURUK UTK DIRI SENDIRI,UTK ANAK² DAN UTK PERKERJA,UTK HARTA KERANA TAKUT BILA DOA YG BURUK2 ITU TERKENA PADA WAKTU MUSTAJAB DOA.
Percaya pada anak² dan percaya Allah jaga iman anak².

SIAPAKAH YG SEPATUTNYA MENDIDIK ANAK²?
Tugas mendidik adalah tugas ayah dan dibantu oleh ibu.
Setiap dari kita adalah pemimpin.
Jangan kita tunding siapa yg nak kena mendidik.
Disamping amal soleh dan rahmat Allah kita juga mahu doa dari anak² yg soleh.

APAKAH TIP UTK MELEMBUTKAN HATI ANAK?
Kalau kita diuji dgn anak² kita pujuk hati kita.
Pujuk hati,Allah beri rahmat pada ibubapa yg membantu supaya anak² jadi baik.
Dan Nabi suruh kita tolong anak buat baik.
Kita kena yakin dan percaya kita boleh bantu anak² kita.
DIRI KITA SENDIRI KENA UBAH DIRI KITA SENDIRI.

APAKAH DOA YG BOLEH DIAMALKAN?
Siapa yg ada doa dalam hidupnya dia tak akan putus asa.
Kita kena yakin doa akan dimakbulkan Allah.
Minta sungguh² pada Allah dari lubuk hati kita.
Minta dalam bahasa kita.

IBUBAPA YG KENA BANYAK UBAH DIRI SUPAYA ANAK NAMPAK AKHLAK IBUBAPA.
ANAK² YG SELAMAT DARI CACIAN MEREKA AKAN JADI ANAK² YG BERKATA BENAR.

#InShaaAllah_Aamiin
#TahuFahamAmal

No comments:

Related Posts with Thumbnails