Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Thursday, November 16, 2017

Sedekah Beri Berkat Pada Harta!

SEDEKAH MEMBERI KEBERKAHAN PADA HARTA.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Apa yang dimaksud hartanya tidak akan berkurang?

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam An Nawawi menjelaskan: “Para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksud disini mencakupi 2 hal:

Pertama, iaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta menjadi ‘impas’ tertutupi oleh berkah yang abstrak. Ini boleh dirasakan oleh panca indera dan kebiasaannya.

Kedua, jika secara zatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘impas’ tertutupi pahala yang didapat, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berlipat-lipat banyaknya.”

Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan permisalan yang bagus tentang orang yang dermawan dengan orang yang bakhil:

مثل البخيل والمنفق ، كمثل رجلين ، عليهما جبتان من حديد ، من ثديهما إلى تراقيهما ، فأما المنفق : فلا ينفق إلا سبغت ، أو وفرت على جلده ، حتى تخفي بنانه ، وتعفو أثره . وأما البخيل : فلا يريد أن ينفق شيئا إلا لزقت كل حلقة مكانها ، فهو يوسعها ولا تتسع

“Perumpamaan orang yang bakhil dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, dikeranakan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang bakhil, dikeranakan bakhilnya dia merasakan setiap lingkar baju besinya melekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak boleh.” (HR. Bukhari no. 1443)

Banyak lagi dalil-dalil yang menunjukkan kehebatan bersedekah. Adakah kita tidak terpanggil untuk sama-sama bersedekah? Bersedekah bukan sahaja dalam bentuk material atau harta benda tapi dalam semua bentuk kebaikan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ ، فمن لم يجِدْ فبكلمةٍ طيِّبةٍ

“jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah (bercakap yang baik-baik) ” (HR. Al Bukhari 6539, Muslim 1016)

Jika kita punya tenaga badan yang kuat, kita boleh sertai orang untuk membantu orang berbuka puasa dengan menolong orang masak, menganggihkan makanan kepada orang untuk berbuka puasa, malah ada NGO yang pada bulan puasa ini membantu mengagihkan barang-barang sumbangan untuk asnaf-asnaf yang layak menerima, jika kita boleh sertai, kita sertai.

Atau kita boleh membuang ranting yang menghalang orang berjalan kaki, paku yang boleh buat kaki orang luka dan tayar motor atau kereta bocor dijalan jika kita jumpa, tolong buang sampah yang menghalang orang lalu lalang. Semua ini dikira sedekah. Semoga kita menjadi orang yang memberi manafaat kepada orang dan bukan menjadi orang yang menyusahkan orang. Wallahua'lam.

Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails