Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Saturday, December 31, 2016

Sudah baik kah saya?

*🕋SUDAH BAIK KAH SAYA🕋*

*"sudah Baikkah saya"* walaupun selalu solat 5 waktu serta tepat pada waktunya

*"sudah Baikkah saya"* walaupun telah berhaji & umrah beberapa kali

*"sudah Baikkah saya"* walaupun telah bersedekah setiap hari

*"sudah Baikkah saya"* 😔walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah.

*"sudah Baikkah saya"* 😔walaupun sudah pakai jubah, dan menutup aurat dengan sempurna.

*"sudah Baikkah saya"* walaupun setiap malam solat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir

*"sudah Baikkah saya"* walaupun  tiap hari ke masjid atau surau utk solat & menambah ilmu.

*"sudah Baikkah saya"* 😔walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

*"Sudah baikkah saya"*
walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

*al-Quran, surah an-Najm ayat 32:*

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

*_"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa_*😳

Aisyah (ra) ditanya orang *"Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk"*.

*_JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN._*😢

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

*Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.*

_Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :_

*_"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"_*.

*_"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"_*.

Wujudkan *KEIKHLASAN* hindari *IRI & DENGKI*

Selalu mengharapkan *REDHO  ALLAH*

Latih diri agar selalu *TAWADHU* jauhkan dari penyakit *UJUB & TAKABBUR*

Selalu perbaiki *_diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang*_

Hanya Allah yang akan terus memberi kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN*.

No comments:

Related Posts with Thumbnails