Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, January 25, 2017

Benarkah ipar itu maut?

☑☑Benarkah IPAR ITU MAUT ?

Seorang wanita yg baru berkahwin yg saya kenali bercerita mengadu hal dan bertanya kepada saya.

"Dalam kegembiraan mengharungi perkahwinan, saya tidak terfikir satu perkara, bila sudah duduk dirumah mentua baru berjumpa masalah ini. Masalah AURAT dengan ipar ramai, ipar duai. Benarkah ada hadis ipar itu maut?."

Saya cuba jawab untuk jadi peringatan juga kpd yg lain.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata,

 “Wahai Rasulullah, bagaimana halnya mengenai ipar?”

Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.”

(HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Perkahwinan akan mewujud hubungan ipar. Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja, iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya.

Hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yg kekal selama-lamanya, iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat.

Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan. Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain.

Maka nabi menyebut MAUT disini merujuk kepada perlunya berhati-hati dlm hubungan ipar yg boleh membawa DOSA dan KEMAKSIATAN.

Jadi tinggal serumah dgn ipar duai berbeza jantina ibarat meniti titian yg rapuh mudah terjebak dosa,aurat kena dijaga, berkemlumbunglah, berstokinlah 24 jam, hingga ke dapur, ruang bebas hanya seluas bilik tidur shj.

Dan ingat pesan nabi

لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا

“Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yg bukan mahramnya) kerana SETAN adalah orang ketiganya.” (HR. Ahmad-sahih)

Ada ketikanya akan terjadi hanya ipar yg ada dirumah, maka hadis ini ada kaitannya.

Anda boleh bayangkan bagaimana payahnya SITUASI MEMELIHARA AURAT bagi seorang isteri yg tinggal bersamanya mentua dan adik abang ipar lelaki.

Maka jangan seronok merancang untuk kahwin, buat kenduri hebat,lepas tu si isteri bebas dunia hanya dlm bilik 12x10 kaki. Keluar bilik,ipar melepak di ruang tamu tanpa baju,menyelongkar periok diruang dapur dgn pelekat, terjerembab berkain tuala keluar bilik mandi, terbongkang tidur di sofa dg seluar pendek.

FIKIRLAH juga masalah yg akan tempuh oleh isteri. Ambillah ingatan yg nabi pesan ini,ipar itu maut. Jangan pandang ringan.

Jalan keluarnya ialah rancanglah untuk tinggal berasingan. Meletakkan isteri dlm situasi 'maut' yg disebut dlm hadis ini cukup menggerunkan. Bagi wanita yg nak berkahwin, kajilah keluarga mentua, supaya perancangan boleh dibuat sebelum akad berlaku supaya lepas berkahwin kita berpindah ke situasi dunia bebas hanya dlm bilik yg sempit.
*Wallahu* *a'lam*

No comments:

Related Posts with Thumbnails