Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, January 15, 2017

Kuasa sedekah

The Power Of Sedekah (Kuasa Sedekah)

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah, ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tidak pernah kering. Nama Telaga itu Bi’ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang bangsa Yahudi. Maka orang Yahudi itu telah bertindak menjual air dari telaga tersebut dengan harga yang sangat mahal.

Sehubungan dengan itu, akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman Affan. Keadaan ini menyebabkan Saidina Othman Affan bertemu dengan orang Yahudi tersebut dan berunding mahu membeli telaga tersebut. Orang Yahudi itu tidak mahu menjual sebab dia tahu dia akan memperolehi untung yang besar. Saidina Othman Affan akhirnya meminta untuk membeli separuh saja telaga itu. Yahudi tersebut pun bersetuju.  Ini  bermakna telaga itu sehari menjadi milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman Affan.

Saidina Othman Affan memang seorang peniaga yang popular dikenali oleh orang Arab.  Orang Yahudi itu sangka dia sangat cerdik.  Ia merasa tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.  Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tidak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari telaga milik Saidina Othman Affan, dia memberi kepada orang Islam dan bukan Islam air secara percuma. Jadi pada hari giliran milik orang Yahudi itu tiada siapa pun mahu membeli air.

Akhirnya orang Yahudi itu mengalami kerugian yang teruk dan mahu menjual separuh bahagian lagi telaga itu kepada Saidina Othman Affan. Saidina Othman Affan membeli dengan 20,000 dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta mahu beli telaga itu daripada Saidina Othman Affan.

Beliau tanya berapa harga yang dia sanggup bayar? Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman Affan. Beliau tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan itu menjawab, sembilan kaliganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman Affan. Saidina Othman Affan masih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sangggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya.

Maka Saidina Othman Affan menjawab Allah. Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma. Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga pokok kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar tersebut. Seterusnya menyimpannya sehinggalah wujud kerajaan Saudi yang mengambil alih dan tubuhkan bank atas nama Saidina Othman Affan. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang dan dinamakan Hotel Othman Affan sebagai mengenang jasa Saidina Othman Affan.

Yang anehnya setelah 14 kurun sedekah Saidina Othman Affan masih bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya. Inilah kelebihan sedekah. Dan ia menjadi pahala pasif walaupun pemilik sudah tiada di dunia ini.

Oleh itu marilah sama-sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini. InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah berganda- ganda.

No comments:

Related Posts with Thumbnails