Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, January 25, 2017

Petikan kata kata imam Ghazali

*PETIKAN KATA-KATA IMAM AL GHAZALI RHM*

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati,
Cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi
tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya
dan buatlah apa yang engkau kehendaki
tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.

Carilah hatimu di tiga tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.
tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga,
maka berdoalah kepada ALLAH,
pinta hati yang baru
kerana hakikatnya pada ketika itu
kau tidak mempunyai hati!

Jika berjumpa dengan kanak-kanak
ingatlah bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang tua –
ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
kerana dia sudah lama beribadat.

Jika berjumpa dengan orang alim –
ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil –
ingatlah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat,
jangan anggap kita lebih mulia
kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Ku letakkan rohku di hadapan Allah dan tanamkanlah jasadku dilipat bumi yang sunyi sepi.
Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir umat manusia di masa depan.

Ilmu yang pertama disebut ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.

Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.

Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan,
keberanian, kesucian diri dan keadilan.

Nasihat itu mudah,
yang payah ialah menerimanya
kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu,
sebab barang yang terlarang sangat disukainya (oleh hawa nafsu).

Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh,
“kekalahan” menjadi belenggu nafsu
dan “mati” menjadi pakaian badan,
kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur,
dan ahli kubur setiap saat menunggu,
bilakah engkau akan sampai kepada mereka.

Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
Lidah yang lepas dan hati yang tertutup
dan penuh dengan kelalaian itu
alamat kemalangan (mala petaka) besar

Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh,
maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan berma’rifat (melihat Allah SWT).

Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai bagimu,
dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi: “Apakah ada yang memohon?
Apakah ada yang meminta ampun?
Dan apakah ada yang bertaubat?”

Itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.

*Janganlah engkau menyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan.*

Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rezki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya.”
Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

salam tahajjud sahabat jiwaku

No comments:

Related Posts with Thumbnails