Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 16, 2017

Berbeza bijaksana

🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷

*BERBEZA BIJAKSANA*

Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

*Pengajaran :*
_Tuhan tidak mencipta manusia dengan bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa diri kita hina sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya._

*S̤̈* ℹ©
s̲̅h̲̅a̲̅r̲̅i̲̅n̲̅g̲̅ i̲̅s̲̅ c̲̅a̲̅r̲̅i̲̅n̲̅g̲̅
s̲̅e̲̅m̲̅o̲̅g̲̅a̲̅ b̲̅e̲̅r̲̅m̲̅a̲̅n̲̅f̲̅a̲̅a̲̅t̲̅

🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶

No comments:

Related Posts with Thumbnails