Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, January 17, 2017

Petua terkena air panas!

Petua Terkena Air Atau Minyak Panas


[#]Pertama : Petua Rawat Kulit Melecur Dengan Telur Mentah

[!!]Ambil sebiji telur, pecah dan kacaukan telur itu dalam satu bekas. Kendian sapukan telur tu secara berhati-hati ke tempat yang melecur. Seeloknya gunakan kapas lembut sebagai alat untuk menyapukan telur tu ke bahagian yang melecur. InsyaAllah, rasa panas akan bertukar menjadi sejuk dan rasa sakit akan kurang serta lebih selesa.

[!!]Sekiranya sapuan tu dah kering, sapukan pula untuk lapisan kedua dan seterusnya. Ulangi setiap kali lapisan tu mengering atau sehingga telur dalam bekas itu digunakan sampai habis. Dikatakan sekiranya dilakukan dengan segera, kesan lecur langsung tidak kelihatan.

[#]Kedua : Petua Sembuhkan Kulit Melecur Dengan Tepung

[!!]Segera dapatkan tepung (tak kisahlah tepung apa pun).  Tuang tepung dan lumurkan dengan berhati-hati ke tempat yang terkena air atau minyak panas tu. Rasa panas akan reda dan akan rasa lebih selesa. Tepung itu akan membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan dan jangan dibasuh dengan air sehingga mendapat rawatan di hospital.

[#]Ketiga : Petua Rawatan Terkena Minyak Dengan Air Garam

[!!]Kalau tak dapat cari telur atau tepung, bolehlah dibancuh air larutan garam. Bancuh larutan agar pekat atau likat dan tidak terlalu cair. Sapukan larutan garam tu dengan perlahan-lahan ke tempat yang melecur dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah kering, jangan pula dibasuh dengan air. Biarkan saja dan rasa panas dan pijar akan hilang sedikit demi sedikit.

[#]Keempat : Petua Kulit Melecur Dengan Getah Pelepah Pisang

[!!]Bagi yang tanam pokok pisang di belakang rumah boleh guna cara ini. Sapukan getah pelepah pisang dengan rata ke bahagian yang melecur. Kesakitan akibat melecur akan mereda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali membiarkan kulit yang terkena minyak panas tu dengan air. Kalau terkena air akan menyebabkan bahagian tersebut melepuh. Akibatnya, bila kulit melepuh tu pecah, akan rasa lebih sakit.

[#]Kelima ; Petua Rawat Terkena Air Panas Dengan Serbuk Kopi

[!!]Sekiranya korang rasa petua yang di atas tak begitu sesuai, boleh cuba pula petua ini. Ambil serbuk kopi dan tempek atau lumurkan secara perlahan-lahan ke bahagian yang melecur. Mula-mula akan rasa pedih sikit. So kena tahan sikit sakit tu. Lepas kira-kira 10 minit bolehlah ditanggalkan serbuk kopi tu. In sha Allah, kulit tidak melepuh dan melecur lagi. Ada khasiat istimewa dalam serbuk kopi tu.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share

No comments:

Related Posts with Thumbnails