Sejarah ringkas pengarang..
Muhammad Isa Dawud
Biografi Pengkaji Konspirasi
Beliau dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah.
Muhammad Isa Dawud memulakan kariernya di surat khabar Al-Akhbar dan Akhbar Al-Yawm sebagai pengarang dan editor disamping menjalankan juga kerja-kerja dakwah. Selepas itu, beliau beralih pula surat khabar An-Nadwah Saudi Arabia.
Nama beliau terus meningkat selepas itu sehingga dilantik pula sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Arab Saudi, sekali gus merangkap Wakil Pimpinan Redaksi untuk kolum Pemikiran dan Kebudayaan Islam.
Beliau juga mengetuai bahagian Rujukan dan Pembetulan disamping bekerja sebagai penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Al-Mukarramah.
Muhammad Isa Dawud telah menulis ratusan makalah dan berbagai kajian dalam bidang agama, sastera, bahasa, sosial dan politik yang dimuatkan di pelbagai akhbar dan majalah Arab Saudi dan Mesir. Beliau kini adlaah anggota Persatuan Wartawan Mesir dan juga Press International Organization.
Ketika ini beliau sibuk memberi ceramah ilmiah, pemikiran dan kebudayaan dan menerbitkan beberapa karya di Mesir.
(sumber: buku “Dialog Dengan Jin Islam”, 1997)
Menurut Muhammad Isa Dawud, antara guru-gurunya ialah
* Prof. Dr. Yahya Hasanain (Profesor Bahasa Ibrani di Akademi Tentera Baghdad, Iraq)
* Prof. Dr. Muhammad Khalifah (bidang peradaban dan sastera bangsa Semitik)
* Prof. Dr. Abdul Halim Nuruddin (Dekan Fakulti Purbakala, Universiti Kaherah & Fayyum, Mesir)
* lain-lain gurunya yang disebut ialah Prof Dr. Faruq Dasuki, Prof. Dr. Ahmad Hijazi as-Saqa, Syeikh al-Arif Billah Muhammad Abu Zahra, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Ir. Ahmad Abdul Wahab dan Syeikh Ahmad Deedat.
Satu ungkapan yang menarik yang dinyatakan beliau ialah ” ….saya mempunyai pengetahuan tersendiri tentang kewujudan ad-Dajjal di Bermuda. Dia adalah pencipta piring terbang.
Ungkapan di atas, kami andaikan suatu bentuk “penegasan” maklumat yang bukan main-main. Kami percaya ada maklumat lain tentang Dajjal yang diketahui oleh Muhammad Isa Dawud tetapi tidak dinyatakan penuh di dalam buku.
Kemungkinan pendedahan secara total hanya membuatkan orang awam bersalah-sangka dan kemungkinan membahayakan nyawanya sendiri. Apabila beliau memberitahu dengan yakin bahawa Dajjal adalah pencipta piring terbang, maka kami mengambil jalan untuk mempercayainya kerana buku karangannya tersebar ke seluruh dunia.
Sudah pasti beliau sendiri sudah bersedia untuk berdebat dengan orang ramai yang mengengkari “penegasan” beliau tentang Dajjal. Dengan umurnya kini (tahun 2009) yang sudah pun mencecah 57 tahun, sudah pasti banyak fakta-fakta yang tersedia di dalam pemikirannya.
(sumber : http://ibnuyaacob.com/?page_id=185)
Pendahuluan sedikit tentang buku ini :
Disini beliau berdialog dengan seorang Jin Muslim sahabat beliau, sedikit tentang si Jin:
Jin Muslim, berasal dari Bombay, India. Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah memuliakannya dengan Islam dan memberinya petunjukkepada keimanan. Dia selalu menekankan perbedaan besar antara Mukmin dan muslim Setiap Mukmin, pasti Muslim. Tapi tiidak setiap muslim pasti Mukmin.
Jin Muslim ini berusia 180 tahun. Masuk Islam nya Jin ini merupakan suatu kemenangan. Sebab, bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin, yang merupakan pengawal-pengawal dan pendampingnya. Jin kita ini adalah Pemimpin Besar, punya pengaruh dan berwibawa. Kita memohon kepada Allah SWT, semoga jin-jin yang lainjuga mendapat petunjuk melaui dia, dan semoga pula Allah meneguhkan keimanan dan ke-Islamnya.
Antara petikan dialog pengarang buku Muhammad Isa Dawud (MID) dengan Jin Islam (JI).
DIALOG:
MID: "Bagus, lantas di mana markas besar Iblis?"
Sesudah ragu-ragu sejenak, jin sahabat saya itu menjawab :
JI: "Di sana, di kedalaman samudera, seperti yang diisyaratkan Allah dalam firman-Nya yang berbunyi, Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing (QS. Ar-Rahman: 20-21)."
MID: "Bagus, sobat. Apakah yang kau maksud adalah tempat pertemuan sungai dengan lautan, ataukah lautan dengan lautan?"
Dia terdiam, kemudian menjawab:
JI: "Maksudku, ya, seperti yang kau katakan itu."
MID: "Tepatnya dimana?" Desak saya.
Dia terdiam dan berusaha menghindar. Sekali lagi saya mengajarkan kepada nya keyakinan kepada Allah SWT, dan sesudah itu saya melancarkan tembakan-tembakan saya yang saya dasarkan atas berbagai kesimpulan.
MID: "Apakah Markas Besar Iblis itu terletak di SEGITIGA BERMUDA?"
Mata nya tiba-tiba sayu, lalu dia berpura-pura tidur. Dia tampak dalam kegelisahan yang belum pernah saya lihat sebelum nya.
Saya mendesaknya dengan berkata:
MID: "Bukankah pasukan Iblis dan penjelmaannya dalam bentuk manusia, serta tokoh-tokoh nya, baik dari kalangan manusia dan jin, adalah pihak yang bertanggung jawab terhadap hilangnya pesawat-pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki wilayah Segitiga Bermuda, khusus nya ketika para pilot dan nakhoda nya adalah orang non-Muslim yang tidak mempunyai "benteng" dalam menghadapi serangan setan? Kalaupun selamat, itu sangat langka dan hanya merupakan pengecualian. Bukankah setan acap kali berpura-pura menjadi orang yang selamat itu sekedar untuk membuat manusia lengah dari ancaman mereka. Sampai-sampai ada di antara mereka yang menganggap bahwa kapal atau pesawat mereka tersedot angin puting beliung?"
Jin Muslim saya itu terdiam. Dari sinar mata nya saya bisa menangakap bahwa dia terombang-ambing antara mengiyakan dan meragukan pendapat saya. Kemudian dia mengatakan,
JI: "Sekali waktu nanti, aku akan memkhabarkan kepadamu lebih dari itu...."
MID: "Tidak. Tetapi akulah yang akan mengungkapkan kepada dunia, insya Allah, rahsia Segitiga Bermuda yang penuh misteri itu. Engkau tahu bahwa aku banyak tahu tentang hal itu."
JI: "Persoalannya memang seperti yang kau katakan itu."
MID "Sebenarnya, peristiwa yang menimpa Ekspedisi ke-19 berikut ekspedisi2 selanjut nya, yang telah membongkar adanya Segitiga Bermuda, bukanlah ekspedisi2 yang pertama kali mengalami nasib malang di tempat yang misteri itu."
JI: "Memang masalah ini sudah terjadi sejak lama sekali, sampai2 para nelayan takut memasuki wilayah tsb. Yang sangat ditakutkan adalah bahwa orang yang memasuki wilayah tsb itu akan mereka tangkap, manakala dia berani memasuki wilayah tersebut tanpa izin."
MID: "Akan tetapi, mengapa mesti merampas pula pesawat dan kapal2 itu?" tanya saya kurang mengerti.
JI: "Kapal2 dan pesawat2 itu di tempatkan di tempat tertentu, ditutup dengan sinar tertentu, atau dikelilingi oleh ribuan setan, dan engkau tidak akan bisa melihatnya sebelum mereka meninggalkan tempat itu."
MID: "Saya tahu bahwa engkau tidak mau menyampaikan hal itu kepadaku selengkapnya."
JI: "Saya tidak akan mengatakan lebih dari itu." Jawabnya.
MID: "Aku pun tidak akan memberitahumu apa yang telah ku ketahui. Akan tetapi aku akan menyampaikan kepada dunia berbagai penemuanku yang telah menghabiskan biaya lebih dari 10.000 dolar."
JI: "Apa itu?" tanya nya penuh perhatian.
MID "Engkau tahu sesuatu, dan aku pun tahu sesuatu pula. Pada waktu nya nanti kita akan membongkar semua nya."
*Ini adalah sebahagian yang dapat diringkaskan untuk renungan pembaca. Sesungguhnya pengetahuan kita terhadap perkara ghaib amat terbatas. Serah kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Wednesday, January 4, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment