Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Thursday, January 19, 2017

Tiga perkara

🌹 _Tiga perkara_ 🌹

_Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya & bertanya kepada mereka._

πŸ’Ž _bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:_

*"apa yg kamu suka dari dunia ini?"*  _dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra_

*aku suka dari dunia ini 3 perkara*

πŸ’ž _1.duduk duduk bersama rasulullah saw._
πŸ’ž _2.melihat wajah mu ya rasulullah saw._
πŸ’ž _3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "_

*lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.*  _"bagaimana pula dengan mu ya umar?"_

*jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:*

πŸ’ž _1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya._
πŸ’ž _2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan_
πŸ’ž _3.berkata yg benar walaupun pahit"_

*"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"*

*berkata Saidina Uthman ra.*
_"ada 3 perkara yang aku suka:_

πŸ’ž _1.memberi makan_
πŸ’ž _2.memberi salam_
πŸ’ž _3.bersolat malam di waktu manusia tidur"_

*"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"*

*"aku juga cintakan 3 perkara:*

πŸ’ž _1.memuliakan tetamu_
πŸ’ž _2.berpuasa di musim panas_
πŸ’ž _3.dan memukul musuh dengan pedang"_

*kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra*

*"apa yg kamu suka di dunia ini?"* _berkata Saidina Abu Dzar ra_ *"aku suka 3 perkara di dunia ini:*

πŸ’ž _1.lapar_
πŸ’ž _2.sakit_
πŸ’ž _3.mati"_

*kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"*

_berkata saidina Abu Dzar ra,_
πŸ’ž 1. _"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati._
πŸ’ž2. _aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._
πŸ’ž3 _aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"_

*kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

πŸ’ž _1.wangian_
πŸ’ž _2.wanita yang solehah_
πŸ’ž _3.solat menjadi penyejuk mata ku"_

*kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.*

*kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :*

πŸ’ž _1.menyampaikan risalah_
πŸ’ž _2.menunaikan amanah_
πŸ’ž _3.cinta terhadap orang miskin"_

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

πŸ’ž _1.lidah yang sentiasa berzikir_
πŸ’ž _2.hati yang sentiasa khusyuk_
πŸ’ž _3.jasad yang sabar menanggung ujian"_

*AllahuAkbar..

πŸ’Ž _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ πŸ’Ž

Wahai sekalian yang membaca ....

Kesimpulan daripada 3 perkara baik yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. , para Sahabat Nabi, Malaikat Jibril, & Allah...adalah amalan yang baik-baik belaka. Ia berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu.

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 Bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik, In Shaa Allah...😭😭😭

Wallahualam Bissawab.

No comments:

Related Posts with Thumbnails