Tarikh: 12.01.2017
Jam: 11.00pagi ( Khamis)
Tempat: Masjid Jamek, Kuching
Luar biasa! itulah yang saya dapat gambarkan ketika melihat sendiri kehadiran rakyat tanpa mengira agama dan bangsa datang memberi penghormatan kepada Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Hj. Adenan Bin Hj. Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa upacara khas penghormatan terakhir di Masjid Jamek.
Dapat diperhatikan hampir setiap ruang masjid paling besar di negeri Sarawak itu dipenuhi oleh kehadiran mereka yang ingin menatapi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka yang hadir bagi menzahirkan tanda sayang kepada pemimpin ini. Bagi yang muslim mereka mengabdikan pahala melalui bacaan yasin, berdoa, zikir manakala yang non-muslim melakukan dengan cara mereka sendiri kepada Allahyarham.
Pemimpin yang dekat dihati rakyat. Berbeza dengan Ketua Menteri sebelum ini, saat beliau memberi ucapan adalah acara yang paling ditunggu-tunggu. Di samping terkenal dengan keberanian dan ketegasan dalam pentadbirannya, kata-kata yang sering mengusik semasa berucap pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat sampai bila-bila.
Allahyarham yang fasih pelbagai bahasa etnik di Sarawak menjadikan beliau antara pemimpin yang mempunyai pengaruh yang luar biasa dan mudah didekati rakyat.
Walaupun tempoh pentadbirannya hanya sekitar 2-3 tahun namun, hasil tangannya memberi impak yang besar kepada negeri terutama tentang kebajikan rakyat dan rasuah di Sarawak.
Tidak dinafikan sumbangan yang diberikan oleh beliau pada tempoh itu amat besar sekali menjadikan Allahyarham antara pemimpin yang realistik dengan kata-katanya dan bukan hanya omong kosong.
Memilki karekter yang bersahaja namun disenangi, dihormati serta digeruni kawan dan lawan. Ini dapat dilihat ramai pemimpin yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham tidak mengira fahaman parti dan sebagainya sejak dari awal berita kematiannya.
Suasana upacara tersebut sempat juga dirakam ketika saya hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham untuk tatapan semua. Bak kata pepatah.."yang pergi tetap pergi..patah tumbuh hilang berganti"..namun yang serupa dengannya hampir tiada lagi..
Mengharapkan bakal pengganti akan dapat meneruskan legasi dan perjuangan Allahyarham seterusnya.
Semoga Allah meredhai beliau dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amiin...
Al-Fatihah..
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Thursday, January 12, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment