Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 2, 2017

Adegan kejar-mengejar myvi di Samariang

02.01.2017

Lokasi: Samariang, Kuching.

Selepas beberapa jam sesi kejar-mengejar dengan suspek petang tadi akhirnya pemandu myvi seorang perempuan berjaya jua ditangkap oleh sepasukan dengan 6 buah peronda.

Berikut laporan awal kes:

Kes kejar mengejar di antara polis dengan sebuah kereta.

Pada 02/01/2017 jam lebih kurang 1600hrs anggota ronda gita 16 telah meminta bantuan anggota ronda mpv kuching untuk mengejar sebuah kereta jenis Myvi QAY3384 warna kelabu di jalan Tun Abdul Rahman Yaakub Petrajaya. Kereta tersebut lari pemeriksaan polis (Gita 16) semasa di tahan.

Anggota mpv kuching yang terdiri dari Kch 63, kch 78, kch 39, kch 40, kch 67 dan kch 90 telah membantu Gita 16. Kereta saspek tersebut berjaya di ekori oleh kch 63 di kawasan jalan bako dan di ikuti beberapa kereta ronda mpv yang lain. Saspek langsung tidak menghiraukan arahan polis untuk memberhentikan kenderaan tetapi terus memecut dan melanggar beberapa buah kenderaan walaupun arahan telah di ulang berkali-kali menggunakan pembesar suara.

Kawasan yang di lalui saspek ialah Desa Guru, Taman Sukma, Temenggong Haji Gobel, Semariang Batu, Depo Dbku, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Jalan Demak/Bako, Dusun Bayu dan Taman Lebunda. Kereta saspek tersekat di jalan mati Taman Lebunda setelah aksi kejar mengejar ini hampir 2jam 30minit.

Pemeriksaan awal, saspek 1LM tidak memiliki lesen memandu dan ada 1PM bersama dengan saspek di dalam kereta. Kedua-dua mereka berasal dari petrajaya kuching. Mereka kemudian di bawa ke BP Gita untuk tindakan lanjut. Laporan masih di buat di BP Gita. Sekian.








No comments:

Related Posts with Thumbnails