Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 9, 2017

Gol Ajaib!

"Alhamdulilah atas kemenangan yang cukup berprestij ini. Memang saya tak terfikir untuk sampai ke tahap ini bersama dengan bintang bola sepak terbaik dunia.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Pulau Pinang, pemain, jurulatih, barisan kejurulatihan, keluarga, Norzawanis Hashim, Akif Fayyad, Aqil Zayyan dan ayah Subri Kader serta semua yang mengundi saya,"

Itu ucapan Mohd Faiz Subri yang kini namanya terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang itu berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland sebentar tadi.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun itu menerusi undian peminat seakan sudah diduga berdasarkan reaksi peminat bola sepak seluruh dunia yang menganggap jaringan ajaibnya itu melanggar 'hukum fizik'.

Faiz yang tidak memakai baju Melayu sebaliknya hanya mengenakan sut menerima anugerah itu yang disampaikan oleh lagenda Brazil Ronaldo.

Dia yang sudah bersedia dengan ucapan dalam bahasa Inggeris mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kariernya dalam keadaan terharu.

Anugerah yang diraih pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu membolehkannya melakar sejarah pemain Asia pertama memenangi anugerah tertinggi jaringan tercantik sekali gus setanding dengan bintang seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic yang memenanginya dalam edisi terdahulu sejak diperkenalkan pada 2009.

Semuanya bermula apabila jaringan Faiz ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia sehingga berjaya menjadi finalis Anugerah Puskas Disember lalu.

Gol menakjubkan itu mencetuskan fenomena apabila menjadi viral apabila ramai peminat menganggap gol itu hampir menyamai gol lagenda Brazil Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada aksi persahabatan antarabangsa 1997.

Pada final undian, Faiz menewaskan Marlone pemain tengah Corintians dari Brazil yang menghasilkan jaringan ke atas Cobresal dalam aksi Copa Libertadores dengan melakukan satu ledakan akrobatik.

Seorang lagi finalis tunggal wanita, Daniuska yang mewakili skuad bawah 17 tahun Venezuela menggelecek dua pemain sebelum menjaringkan gol ke atas Paraguay - hmetro

No comments:

Related Posts with Thumbnails