SUNNAH MEMBACA BISMILLAH PADA SURAH AL-FATIHAH SECARA KUAT OLEH IMAM DALAM SOLAT BERJEMAAH
Soalan : Ustaz, saya ada mengikuti kuliah-kuliah agama di Youtube dan Ustaz-Ustaz itu mengatakan bahawa menguatkan bacaan Bismillah pada Surah Al-Fatihah itu Bid'ah yang sesat iaitu perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tiada sandaran dalilnya, malah mereka mengatakan bahawa kita telah mengikut agama baru yang dibuat oleh para Ulama' malah mereka berkata jikalau kita menguatkan Bismillah ketika menjadi Imam maka kita akan masuk neraka, bagaimana Ustaz, kami tidak mahu masuk neraka kerana bersolat?
JAWAPAN :
Pertamanya elakkan selalu menuntut ilmu agama di Youtube kerana Youtube itu segala macam ajaran sesat menonjolkan ajaran mereka disana. Negeri kamu ada Jabatan Agama maka rujuklah mereka yang berautoriti dan majoriti di sana.
Mengena permasalahan menguatkan bacaan Bismillah pada Surah Al-Fatihah oleh Imam, Sebahagian umat Islam membaca Bismalah dengan diperlahankan saat membaca Al-Fatihah dalam solat. Sementara yang kita biasa amalkan adalah dengan membaca kuat Bismalah tersebut. Benarkah tiada Dalil? Mari lihat dibawah ini :
Hadis yang dijadikan dalil adalah riwayat An-Nasa'i, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi dan lainnya:
ﻋﻦ ﻧﻌﻴﻢ اﻟﻤﺠﻤﺮ ﻗﺎﻝ: ﻛﻨﺖ ﻭﺭاء ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻘﺮﺃ ﺑﺴﻢ اﻟﻠﻪ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ، ﺛﻢ ﻗﺮﺃ ﺑﺄﻡ اﻟﻘﺮﺁﻥ ﺣﺘﻰ ﺑﻠﻎ ﻭﻻ اﻟﻀﺎﻟﻴﻦ ﻗﺎﻝ: ﺁﻣﻴﻦ، ﻭﻗﺎﻝ اﻟﻨﺎﺱ: ﺁﻣﻴﻦ، ﻭﻳﻘﻮﻝ ﻛﻠﻤﺎ ﺳﺠﺪ اﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ، ﻭﺇﺫا ﻗﺎﻡ ﻣﻦ اﻟﺠﻠﻮﺱ ﻗﺎﻝ: اﻟﻠﻪ ﺃﻛﺒﺮ، ﻭﻳﻘﻮﻝ ﺇﺫا ﺳﻠﻢ: " ﻭاﻟﺬﻱ ﻧﻔﺴﻲ ﺑﻴﺪﻩ، ﺇﻧﻲ ﻷﺷﺒﻬﻜﻢ ﺻﻼﺓ ﺑﺮﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ "
Nuaim Al-Mujmir berkata bahawa: "Saya menjadi makmum di belakang Abu Hurairah, ia membaca BASMALAH kemudian surah Al-Fatihah sampai Wa laddhollin. Abu Hurairah membaca Amin, para makmum membaca Amin". Setiap sujud Abu Hurairah baca Allahu Akbar dan setelah salam berkata: "Demi zat yang aku dalam kuasanya, sungguh aku yang paling mirip solatnya dengan Rasulullah saw"
Ahli hadis pembela Mazhab Syafi'i, Imam Al-Baihaqi setelah menyebutkan sanad yang lain berkata:
ﻭﻫﻮ ﺇﺳﻨﺎﺩ ﺻﺤﻴﺢ، ﻭﻟﻪ ﺷﻮاﻫﺪ
"Ini sanadnya sahih. Memiliki banyak hadis penguat dari riwayat berbeza" (As-Sunan Al-Kubra 2/68)
Ahli hadis lainnya yang juga bermazhab Syafi'i, Al-Hafiz Ibnu Hajar menguatkan:
ﺑﻮﺏ اﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺠﻬﺮ ﺑﺒﺴﻢ اﻟﻠﻪ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ ﻭﻫﻮ ﺃﺻﺢ ﺣﺪﻳﺚ ﻭﺭﺩ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ...
"An-Nasa'i membuat Bab hadis diatas dengan mengeraskan Basmalah. Ini adalah hadis yang paling sahih tentang mengeraskan bacaan Basmalah" (Fath Al-Bari 2/267)
Imam Ibnu Hajar masih melanjutkan komentarnya yang sesuai dijadikan jawaban bagi Syeikh Albani yang mengutip dari sebahagian ahli hadis menilai riwayat diatas sebagai hadis Syaz, kerana dalam Kitab Sahih Bukhari atau Muslim hadis ini tidak menyebutkan Basmalah, berikut keterangannya:
ﻭﻗﺪ ﺭﻭاﻩ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻏﻴﺮ ﻧﻌﻴﻢ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺑﺪﻭﻥ ﺫﻛﺮ اﻟﺒﺴﻤﻠﺔ ﻛﻤﺎ ﺳﻴﺄﺗﻲ ﻗﺮﻳﺒﺎ ﻭاﻟﺠﻮاﺏ ﺃﻥ ﻧﻌﻴﻤﺎ ﺛﻘﺔ ﻓﺘﻘﺒﻞ ﺯﻳﺎﺩﺗﻪ ﻭاﻟﺨﺒﺮ ﻇﺎﻫﺮ ﻓﻲ ﺟﻤﻴﻊ اﻷﺟﺰاء ﻓﻴﺤﻤﻞ ﻋﻠﻰ ﻋﻤﻮﻣﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﺜﺒﺖ ﺩﻟﻴﻞ ﻳﺨﺼﺼﻪ
"Banyak ulama' meriwayatkan dari Abu Hurairah selain Nuaim, tanpa menyebut Basmalah. Jawabnya bahawa Nuaim ini perawi yanh dipercayai, maka penambahan teks (Basmalah) dapat diterima. Hadis ini jelas sekali di dalam semua bahagian solat, sehingga diarahkan kepada keumuman hadis, hingga ada dalil yang mentakhsisnya" (Fath Al-Bari 2/267)
Dari kalangan yang semasa dengan Syeikh Al-Albani, iaitu Syeikh Syuaib Al-Arnauth ketika memberi catatan dalam Sahih Ibni Hibban, beliau juga menilai hadis tentang Membaca Basmalah dengan suara keras ini adalah Sahih. Bahkan beliau menilai "Hadis ini sahih sesuai dengan syarat (kriteria) Muslim" (Ta'liq Sahih Ibnu Hibban 5/100)
Sementara rujukan ulama Salafi Syeikh Albani sendiri menilai dhaif hadis di atas dalam kitabnya Tamam Al-Minnah, tetapi menilai sahih pula dalam Ta'liq kitab Bulughul Maram.
Walaupun ada sebahagian ulama yang menilai dhaif, namun apa yang telah kita amalkan juga berdasar ijtihad dari Imam Syafi'i yang banyak didukung para ahli hadis.
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN
ARTIKEL ASAL : MA'RUF KHOZIN
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Saturday, January 14, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment