Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yg kamu perlukan utk hidup selama setahun??
Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula utk hidup selama setahun.
Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula utk makanan semut itu.
Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yg dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kpd semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh shj gula yg kamu makan dlm setahun??
Maka semut itu menjawab, " Jika diluar botol ini
aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kpd aku utk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..Aku takut kamu terlupa utk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat..
Begitulah kisah seekor semut yg cukup yakin dgn Rezeki Allah kepadanya..Manusia mcm kita kalau tidak yakin dgn Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut..
Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat..Ianya milik Allah secara mutlak..
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Thursday, January 19, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment