Al-Kahfi & Media Propaganda.
Antara gejala hampirnya kiamat, manusia mengalami ketagihan fitnah pembohongan. Lantas tersebar menjadi viral.
كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
"Menjadi besarlah kata-kata yang keluar dari mulut-mulut mereka, sungguhpun apa yang diperkatakan itu melainkan pembohongan" al-Kahfi ayat 5.
Viral.
Terdapat banyak hadith yang menggambarkan fenomena dunia tanpa sempadan. Antaranya:
إِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الْآفَاقَ
"Sesungguhnya dia adalah seorang yang mencipta pembohongan dari rumahnya, lalu tersebar ke seluruh dunia" hr Bukhari.
Nabi telah mengkhabarkan mangsa neraka yang akan mencucuk-cucuk pipinya dengan penyangkut besi hingga tembus adalah golongan pembohong.
Mereka melakukan fitnah di rumah, disebar dan seluruh dunia dapat akses lantas percaya dengan fitnahnya. Boleh jadi Nabi berbicara tentang fitnah propaganda internet.
Alat.
Pengamal & penagih media hari ini telah diasuh kononnya kebenaran adalah relatif. Pada tanggapan mereka, kejujuran ialah buta mengenali pihak yang benar. Mereka disusun untuk mengikuti plot yang telah dirangka. Mewujudkan suasana yang saling keliru.
Uzlah Jati Diri.
Surah al-Kahfi mengajar kita supaya tegar mempertahankan jati diri. Remaja Ashabul Kahfi dianggap berjaya kerana tidak terpengaruh dengan suasana yang didominasi oleh kebatilan. Nabi berpesan:
لا تكونوا إمعة ، تقولون : إن أحسن الناس أحسنا ، و إن ظلموا ظلمنا ، و لكن وطنوا أنفسكم إن أحسن الناس أن تحسنوا ، و إن أساؤوا فلا تظلموا
"Janganlah kalian menjadi ikut-ikutan. Kalian sekadar berkata: sekiranya orang ramai baik, kami baik. Sekiranya orang ramai zalim, kami ikut zalim. Tapi sebaliknya, tetapkanlah jatidiri kalian. Sekiranya orang ramai jadi baik, kalian baik. Dan sekiranya orang ramai rosak, maka kalian jangan berlaku zalim" - hr Tirmizi.
* Gambar buku yang dibeli di Aceh, mendedahkan kebobrokan manipulasi media ke atas Islam untuk menjayakan pelbagai kempen terutamanya Islamphobia.
Abdul Muiz Muhammad
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Saturday, January 14, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment