Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 2, 2017

Menyakiti orang lain

Assalamua'laikum wrhwbkth
Perkongsian ilmu pagi ini

*MENYAKITI HATI ORANG LAIN ITU PUNCA  PENYEKAT REZEKI* (Peeingatan untuk diri sendiri) 😊

Menyakiti orang lain walau dalam gurauan itu berdosa. Malah orang yang dianaya itu telah Allah janjikan doanya tidak terhijab. (Makbul)

Tetapi kita tidak perasan Perkara itu bukan?

Kerana sama ada sengaja atau tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada dengan Lisan atau perbuatan keji.

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia selesai antara kita dan tidak hingga menjadi beban kepada kita di akhirat nanti..

Itu dosa dengan orang luar, mari kita lihat dosa yang kita tidak sedar berlaku didalam rumah.

Sering kita dengar ibu/bapa berkecil hati dengan anak. 
Ibu/bapa berdosa, anak juga berdosa. Mengapa? Kerana Islam tidak mengajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam didalam HATI. 
Ibu/bapa terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat.

Menyebabkan hidup anak sentiasa dalam kesusahan.

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti hati 
ibu/bapa semakin menggunung dosa.  

Adakah hidup ibu/bapa  kira akan Bahagia & Tenang?
Pasti TIDAK! 

*BAHAGIA ITU PUNCA REZEKI*

Ingat! Dosa antara manusia, Allah mahu kita selesaikan antara kita sesama manusia. Tidak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan diakhirat yang panjang diLautan manusia apa bila kita diHisab. Tapi Kerana kita marah, sakit hati, lebih rela melambatkan hisab diri sendiri daripada orang lain.

*Yang mana terbuku marah didalam Qalbu, lepaskanlah sekarang & memaafkan kerana Allah.* *Jika rasa berat, dikuatiri berat lagi azab Allah nanti.*

*Bebaskan hati!* *Jangan ditambah dengan dosa diri sendiri.* *Selagi ada didalam dada,selagi itu kita sedang mengumpul dosa.*

*Jangan nak ambil alih tugas Allah untuk mengadili & menghukum kesalahan manusia.* *Kita tidak layak buat kerja Allah. Kerja kita, mengumpul Ibadah dan ikut perintah ALLAH.* 
*Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan!*

Bebaskan jiwa yg sakit itu supaya tenang & sabar...

*"REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK PADA MANUSIA YANG BERMA'AFAN"*


Sentiasa bersangka baik, kerana itu adalah yang TERBAIK.

Perbanyakan istigfar dan bersyukur diatas segala nikmat kurniaan Allah pada kita...

Wallahua'lam

No comments:

Related Posts with Thumbnails