Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, January 8, 2017

Ilmu Bersanad: Syeikh Fuad

GURU YANG BERSANAD
Ilmu bersanad

Kata Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki

"Talaqqi adalah sunnah. Dan pada hari ini, talaqqi telah mula tidak diamalkan."

"Ilmu diambil dari guru ke guru."

"Antara beza ilmu Islam dengan ilmu orang kafir ialah talaqqi. Bukan melalui kajian dan penyelidikan."

"Talaqqi adalah warisan. Pada hari ini, cara ini telah diubah oleh orang-orang yang mengagungkan orang Barat."

"Para Sahabat mengambil ilmu dari lidah RasuluLlah ﷺ, diambil dari Jibril alaihissallam dan diambil dari Allah Azza Wa Jalla."

"Pembacaan dan penyelidikan adalah cabang dari talaqqi."

"Apa itu talaqqi? Ambil ilmu dari guru yang ada sanadnya terus sampai kepada Nabi ﷺ."

"Kata ulama, sesungguhnya ilmu itu datang dengan cara bertalaqqi."

"Kata ulama juga, kalau nak faham agama, kena ada guru yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan kita."

Yang ini paling membuatkan hati al-faqir terkesan. "Kalaulah Al-Qur'an (mushaf) boleh membimbing kita, kitab hadis boleh membimbing kita, maka RasuluLlah ﷺ tidak akan risau dengan kematian para ulama. Kerana ilmu diambil dari ulama. Bukan dari kitab. Kitab hanya wasilah sahaja."

Kata Sheikh Muhammad Fuad al-Maliki lagi; "Ramai orang jadi sesat sebab dia tiada guru. Cara hendak tahu seseorang itu sesat, tengok dari segi keilmuan dia. Orang yang sesat tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari ilmu. Kalau tidak sesat pada hari ini, maka satu hari nanti, dia pasti akan sesat kerana meninggalkan majlis ilmu.

Golongan yang kedua pula ialah, mengambil ilmu tetapi tidak secara sunnah, tanpa talaqqi dan bimbingan seorang guru, tarbiyyah dari seorang sheikh, maka mereka ini akan mengelirukan umat. Kata ulama juga, barangsiapa yang belajar tanpa Sheikh (seorang guru), maka syaitan akan menjadi Sheikhnya (gurunya)."

"Cuba berikan saya nama ulama yang mana dia menjadi ulama tanpa bimbingan dari ulama yang mengajarnya. Boleh atau tidak seorang doktor menjadi doktor tanpa dibimbing oleh seorang doktor yang menjadi guru yang mengajarkannya?

INGAT: Ulama' itu pewaris Nabi ﷺ, BUKANNYA pewaris Facebook, Whatsapp, Youtube, atau Website.!

Kredit to:
Lebai Kampung

No comments:

Related Posts with Thumbnails