Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, January 18, 2012

Siapakah Wali Sebenarnya?

Soalan

Dato’, selalu kedengaran orang menyebut perkataan waliullah, tok wali ataupun orang tertentu yang digelar wali Allah. Siapakah mereka itu sebenarnya, dan apakah di zaman kita ini ada wali-wali Allah yang disebutkan?

ABU HUZAIFAH
Kuala Lumpur




Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.

Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.

Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Thursday, January 12, 2012

Jangan Hidup Penghawa Dingin Kereta..




JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

Sumber: Blog

Wednesday, January 4, 2012

Santau Air Minuman!


Di sini saya berkongsi 3 tip dan petua mudah bagi mengenali air minuman yang telah dicemari bisa santau..



1. Langkah pertama perhatikan permukaan air minuman, jika tiada pantulan bayangan anda serta kelihatan pucat dan kusam, anda perlu berhati-hati. Besar kemungkinan ia mengandungi bisa santau.

2. langkah kedua angkat sedikit gelas tersebut dan letakan jari anda pada bawah gelas bagi merasakan suhu air minuman anda pada bahgian bawah. Apabila santau di masukkan ke dalam air panas atau suam, suhu air tersebut bertukar menjadi sejuk pada bahagian dasarnya.

3. Jika anda merasakan suhu air ini berbeza, letakan ia kembali dan langkah seterusnya, gisikan rambut anda dengan jari telunjuk dan ibu jari, jika anda tidak mendengar bunyi gisikan tersebut adalah lebih baik anda angkat kaki tanpa menjamah makanan yang dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails