Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, September 26, 2017

Dosa Ibubapa!

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

*TANYALAH USTAZ TV9*
(Ustaz Muhammad Azman Mohd Husin)

*DOSA IBUBAPA*
•••••••••••••••••••••••••
Ibubapa tidak maksum dan mungkin ada dosa² dari ibubapa.
Allah berfirman wahai org² yg beriman jgn mengkhianti Allah dan jgn mengkhianati Rasul dan jgn mengkhianti amanah²(amanah sebagai seorang anak,ibubapa,pemimpin dll)ketahuilah harta dan anak pinak adalah dugaan.
Allah perintahkan supaya kita tidak khianat pada Allah dan Rasul.
Dan segala amanah yg Allah berikan pada kita,hendaklah ditunaikan amanah itu.
Harta² dan anak² pinak adalah satu cubaan dan dugaan.
Allah cipta manusia utk beribadah dan menguji siapa yg terbaik amalannya.
Harta adalah amanah dan belanjakanlah harta pada jalan yg diredhai.
Syukurilah adanya anak² dgn mentarbiahkannya.
Jika ibubapa berjaya mendidik anak² kepada mengingati Allah,ibubapa mendapat pahala yg besar.
Ibubapa perlu menunjukkan contoh yg terbaik pada anak².
Jika ibubapa mahu anak² bersolat dan berpuasa,ibubapa perlu bersolat dan berpuasa.

*APAKAH YG DIMAKSUDKAN DGN DOSA IBUBAPA DAN APAKAH YG DILAKUKAN ANAK² HARI INI KERANA DOSA KERANA DOSA IBUBAPA MASA DULU?*
Dosa ibubapa ialah membiarkan anak² tidak diberikan pendidikan.
Tidak memberi nafkah juga adalah satu dosa.
Tidak menasihati anak² kearah kebenaran dan tidak menegur anak² juga satu dosa.
Boleh jadi jika anak tidak solat,mungkin kerana ibubapanya juga tidak solat dan inilah balasan yg Allah berikan pada anak² kerana ibubapa dulu yg tidak solat.

*SEKIRANYA IBUBAPA SUDAH MENYURUH ANAK² BERSOLAT DAN MENUTUP AURAT APAKAH MASIH BERDOSA JIKA NAK MASIH TAK MAHU SOLAT DAN MENUTUP AURAT?*
Allah maha adil dan Allah tidak menzalimi hamba²Nya.
Sekiranya ibubapa sudah menegur anaknya tapi anaknya tetap berdegil,dosa itu ditanggung oleh anak².
Kerana cuma si pelaku  sahaja yg menanggug dosa.
Tidaklah dosa itu diberikan pada org lain kecuali jika ibubapa yg membiarkannya.
IBUBAPA BERDOSA JIKA MEMBIARKAN ANAK² TIDAK SOLAT DAN TIDAK MENUTUP AURAT.
3 golongan yg tidak masuk syurga adalah:
1)Dayus iaitu bapa yg membiarkan/tidak mempeduli anak tidak solat,tidak menutup aurat,membiarkan anak² keluar malam dll.
2)Lelaki yg menyerupai perempuan.
3)Org yg sentiasa ketagih arak(tak bertaubat)

*ADAKAH IBUBAPA YG TELAH MENINGGAL DUNIA TETAP DAPAT DOSA JIKA ANAK² MASIH MELAKUKAN DOSA?*
Kewajiban mendidik anak adalah kewajiban ibubapa.
Guru sebagai pembantu mendidik anak².
Mendidik anak tentang agama adalah tugas ibubapa.
Ada seorang mengadu pada Rasulullah dia nak menghantar anak pada org yg mengaji Al~Quran dan guru itu minta bayaran dan Nabi kata jika engkau mampu mengajar lebih baik engkau mengajar jika tak mampu berilah bayaran pada guru yg mengajarkan anak mengaji Al~Quran.
Ada org yg mengadu pada Sadina Umar bahawa anaknya anak derhaka.
Sadina Umar kata sudahkah engkau beri hak kepada anakmu?
HAK PADA ANAK:
Memberi nama yg baik.
Mencari isteri yg baik.
Mengajarkan Al~Quran.
Sahabat itu kata aku tak beri ketiga~tiga hak ini dan Sadina Umar kata redhalah dan ajarkan Al~Quran pada anak kerna masih belum terlewat.
NASIHAT KEMBALI PADA ANAK² DAN SURUHLAH ANAK² SOLAT DAN MENUTUP AURAT KERANA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN.

*SEMUA IBUBAPA NAK ANAK² JADI BAIK DAN APABILA SUDAH BELAJAR KE IPT, PENGARUH RAKAN² MENJADI PERANGAI ANAK² BERUBAH,APAKAH INI KESILAPAN DIDIKAN IBUBAPA ATAU PENGARUH KAWAN²?*
Bila ibubapa dah berpisah dgn anak² walaupun mereka jauh dari mata kita,tetaplah telefon mereka dan sentiasa beri nasihat berterusan dan jgn lupa banyakkan berdoa.
Ini adalah usaha ibubapa.
Jika sebelum ini ibubapa sudah didik anak² dan anak² masih melakukan dosa,ini adalah dosa yg ditanggung sendiri oleh anak² bukan lagi dosa ibubapa.

*BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK ADIL ATAU PILIH KASIH PADA ANAK²?*
Nabi suruh kita berlaku adil pada semua anak².
Jika seorang anak dapat satu pemberian dari seorang ayah,anak² lain juga mesti dapat juga.
Supaya anak tidak terasa hati.
Kewajiban seorang ketua keluarga juga ialah memastikan ahli keluarganya selamat dari api neraka.
Dan sebagai anak jgn menjadi sebab ibubapa masuk neraka dan banyakkanlah mendoakan ibubapa.

*APAKAH DALAM ISLAM ADA MENYURUH MENASIHATI ANAK DGN HIKMAH?*
Ya ...Ada.
Ajaklah ke jalan TuhanMu dgn nasihat yg baik dan berhikmah.
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran.
Meninggalkan maksiat juga adalah amalan soleh.
Menasihati dan berpesan~pesan dgn kebenaran dan berpesan~pesan dgn kesabaran juga adalah amalan soleh.

*BERDOSAKAH SEORANG ANAK YG  MENEGUR SEORANG IBU YG SUKA MEMBUKA AIB ANAK²?*
Membuka aib adalah berdosa.
Sepatutnya tidak berlaku ibubapa yg membuka aib anak² pada jiran atau pada org lain.
Ibubapa tidak boleh membuka aib anak dan anak juga tak boleh buka aib ibubapa.
Tidak menjadi kesalahan jika anak menegur ibubapa yg suka membuka aib anak².
Tegurlah dgn berhikmah.

*SEKIRANNYA IBUBAPA MELAKUKAN DOSA TERHADAP ANAKNYA,BOLEHKAH ANAK²  BOLEH PUTUSKAN SILATURAHIM?*
Walaupun ibubapa buat dosa...Seorang anak tak ada hak utk memutuskan silaturahim dan juga jgn putuskan silaturahim dgn adik beradik dan sahabat² juga.
Jika 3 hari sahaja tidak bertegur sapa,tidak boleh masuk syurga.

NABI MENEGUR SEORANG ANAK YG MENGAMBIL MAKANAN DGN TANGAN KIRI DAN TAK BACA بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
NABI KATA AMBILLAH DGN TANGAN KANAN DAN SEBUTLAH NAMA ALLAH بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم SERTA AMBILLAH YG PALING DEKAT.
NABI AJARKAN PADA KITA SUPAYA AJAR ANAK² MAKAN SEJAK DARI KECIL.

*BAGAIMANA IBUBAPA YG TIDAK BIMBING ATAU MEMBERI HAK TERHADAP ANAK² ITU DIKIRA IBUBAPA DERHAKA?*
Ya ..jika ibubapa tidak menunaikan hak pada anak² juga boleh disebut ibubapa derhaka dan dan berdosa.
Mendidik anak² bukan sahaja pada solat tapi juga pada akhlak.

*BERDOSAKAH IBUBAPA YG MENGHALANG ANAK² BERKAHWIN AWAL?*
Itu adalah hak seorang wali(ayah)
Jika seorang ayah memberi sebab yg munasabah kenapa tidak boleh kahwin awal dan anak tetap melakukan zina,ini menjadi dosa kepada anak bukan lagi dosa ibubapa.
Dan janganlah menolak jika yg datang meminang itu seorang lelaki yg soleh supaya tidak berlaku zina.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Isu lalai!

Dengar kat Radio IKIM Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu LALAI.

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.  Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2.  Kurang berzikir
3.  Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3.  Hilang fokus dalam hidup
4.  Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  Tidak berzikir
5.  Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1.  Cari sahabat yang baik
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4. bnykkan zikir
5. rajin baca quran
6.Bersangka baik dgn org lain.

Share lah jika ia memberi manfaat...

Rezeki pelbagai rupa!

Dulu saya sangkakan, rezqi itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak tabungan, banyak aset disana sini, intinya : harta.

Setelah mencari2 apa makna rezqi dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar.

Ternyata,
▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezqi.

▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezqi.

▪Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezqi.

▪Punya teman-teman yang soleh/ solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezqi.

▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezqi. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justru membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪Punya orang tua yang selalu sakit, adalah rezqi, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪Tubuh yang sihat, adalah rezqi. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezqi karena sakit adalah penggugur dosa.

▪Dan mungkin akan ada jutaan daftar panjang lainnya bentuk-bentuk rezqi yang kita tidak sadari.

Justru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...

Rintihan anak banduan!

Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati Ini Buat Polis MENANGIS !!!
5 September 2017 admin

Allah Allah Allah…Beberapa hari sebelum dihukum gantung dia diberi peluang oleh pihak polis untuk menulis permintaan terakhir.Menggeletar tangan polis bila baca surat permintaan budak ni.Sebak sangat.Nak tau apa yang ditulisnya jom kita baca………….. Admin sendiri nangis. =(

………………………………………………..

Permintaan TERAKHIR Banduan Yang Dihukum Mati Ini Buat Polis MENANGIS !!! | Seorang banduan akhir’,iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya.Selepas menulis selama beberapa minit,banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

IBU…,

Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini,kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh,dan bukan hanya saya seorang.Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya?Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita?Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita?Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak,yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah.Dan sekarang,saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan,bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI,SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU…

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini,agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah…PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu,

(Seorang Banduan Hukuman Mati)

***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA


Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya.Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya.Apabila sedar,keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah.Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata.Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan.Apabila anak bermasalah,mencuri,merempit,merogol,hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja.Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua.Ada pula yang kaki joli,ketagihan dadah,arak dan judi.Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja.Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membiayai’ dirinya.Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak,malah diri sendiri untuk ikut mencuri.Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun,perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak.Jika berjaya ibu melangkah ke syurga,maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya.JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”.Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar,maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya.Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Semoga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa (termasuk) aku sendiri....

Hasil responden bahaya telefon pintar?

Saya menyertai taklimat dan perbincangan dengan kumpulan sukarelawan NGO islam petang tadi berkaitan pembentangan masalah sosial pelajar pelajar melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Hasil dari beberapa kumpulan yg dibahagikan bagi membuat kajian permasalahan sosial pelajar yg telah mendapatkan beberapa pelajar dan waris di interview secara lapangan di kawasan seluruh pulau pinang dan di sasaran beberapa buah sekolah.

Hasil perbentangan dari kawan saya dapatan responden yg di interview dan pengumpulan data tersebut yg telah menunjukkan diantaranya  punca punca utama berlaku kejutan sosial yg diluar jangkaan adalah disebabkan penyumbang adalah talipon bimbit yg waris berikan kepada anak anak.

Hasil dari pemberian itu kami dapati anak anak yg berumur 10 tahun sudah mempunyai akaun FB, whapps, intergram, wechat dan lain2 hubungan media maya. Al hasil dari fasiliti ini 80% anak anak menyalah guna kemudahan tersebut dengan sebahagiannya mengekses gambar gambar porno (lucah) dan lain2 yg berunsur kepada pengodaman fikiran positif dan rasional. Dengan itu mereka berpotensi untuk melakukan perkara tersebut ditahap hampir 90% untuk mencuba apa yg mereka lihat melalui handphone tersebut.

Maka kami dapati punca utama permasalahan sosial anak anak melalui talipon adalah peratusan yg cukup tinggi mempengaruhi kehidupan mereka. Yg paling malang hasil interview kami dengan beberapa ibubapa pelajar hampir 70% ibubapa tidak mampu kawal pengunaan talipon anak anak dan apa yg dilakukan pada handphone tersebut.

Oleh itu kami yakini bahwa anak anak islam sekrang sudah dimomok dengan racun handphone sehingga ibubapa tidak menyedari bawa kemudahan itu sebenarnya membunuh sosial kehidupan anak anak mereka. Oleh itu saya menasihati ibubapa supaya :

1. Ibubapa harus mengawal pengunaan talipon kepada anak anak dan talipon tersebut mesti boleh di akses historinya.

2. Seboleh yg mungkin haramkan anak anak mempunyai FB, wechat kerana 2 akaun ini tiada manfaat pada usia bawah 17 tahun.

3. Jika ingin berkomunikasi ibubapa boleh membeli handphone yg tidak boleh akses internet.

4. Jadualkan pengunaan handphone dan sentiasa melihat komunikasi anak anak di alam maya.

5. Handphone mesti disimpan oleh ibubapa dan jangan benarkan anak buat password sendiri.

6. Kegunaan komputer dirumah atau handset mesti ditempat yang terbuka, jangan biar anak bersendirian dalam bilik dengan hanset yg boleh akses internet.

7. Ibubapa perlu jadi handphone kepada anak anak dan berkawan supaya meraka meraikan wujudnya kasih sayang dan kita mengambil berat segala gerak geri mereka

8. Ibubapa perlu selidik semua kawan kawan anaknya dan tiada istilah kawan lelaki yg berusia dibawah 18 tahun.

9. Ibubapa perlu sentiasa dapatkan performance pelajaran anak anak daripda guru sekolah.

10. Perlu sarankan anak anak sertai  aktiviti yg dianjur oleh mana mana pertubuhan diqariah masing masing.


Saya secara jujur nyatakan ini kerana saya sayangkan anak bangsa kita. Saya tidak sangup melihat anak bangsa saya menjadi kapsul kapsul perosak dalam negara kita sedangkan bangsa lain telah jauh maju meningalkan anak anak kita.

Wahai saudaraku ibubapa bangunlah dan lihatlah diluar sana dalam akhbar akhbar memuatkan bagaimana gejala sosial yg menggila sehingga kita seseolah hilang solusi utk mengatasinya. Didik anak kita dengan agama islam yg ditunjukan oleh allah dan nabi muhammad saw.

Ingat wahai ibubapa segala apa yg kita usahakan hari ini allah akan minta kita pertangungjawabkan. Oleh itu ayuh sama sama kita mendidik anak anak kita dan bertindak sebelum ianya lebih parah.

Ustaz Usman Al Marbawi
Pengasas MATSA.
25hb september 2017.

"Sebentar lagi datang seorang pemuda syurga.."

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."
"Tapi…"
"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

"Muaz  berkata, subahanallah."
"Lagi...?"

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

*Subhanallah...*

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

Kisah Rezeki Sebuku Roti Sehari!

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.  Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.  Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral daripada kisah ini :

- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam...

Thursday, September 7, 2017

Jangan Bezakan Anak!

Anak

Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan  antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian skg tp dia lah yg akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama....
Sempena ank2 nak exam upsr...pt3..spm...stpm...

Related Posts with Thumbnails