Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, January 31, 2010

Berhati-hati..




Musim tengkujuh masih lagi melanda kita sekarang dan banyak berita-berita yang telah kita dengar akibat dari musibah bencana alam yang diciptakan oleh Allah ini. Tidak lain ia adalah sebahagian peringatan oleh Allah kpd hambaNya yang sentiasa berfikir dan beringat serta diberikan hidayah disimpang beberapa hikmah yang lain.



Tengkujuh juga tidak lari daripada hujan lebat dan guruh beserta kilat yang mana saban hari kita kerap juga mendengar mereka yang menjadi mangsa panahan petir. Supaya kita tidak terlepas pandang akan bahayanya dari kilat ini, berikut dikongsikan antara ikhtiar kita semasa menghadapi situasi berkenaan.




1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.


3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.





A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN


1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja.

3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.




B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH



1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).

2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.

3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.

4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.

8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.

9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.

10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.

11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.

12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.

13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.



Wednesday, January 20, 2010

Lagi Kisah Bunian..




SEIRING dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.


Allah juga tidak akan menurunkan dugaan yang melampaui kemampuan manusia tetapi jika namanya makhluk lemah ujian yang sedikit pun dipandang berat. Lebih-lebih lagi jika ujian yang menimpa sukar diterima akal.


Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.


Kisahnya memang tidak logik mengikut hukum alam tetapi apabila yang turut terbabit dalam mencorakkan cerita berkenaan ialah makhluk bunian yang memang wujud dalam dunia ini, kesahihannya tidak boleh dinafikan begitu saja. Wanita digelar Mak Teh yang kini melewati usia senja masih ingat peristiwa itu dengan sejelas-jelasnya.


“Mak Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung. Maklumlah sudah agak lama berkahwin. Kegembiraan Mak Teh dan suami usah dikira. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami,” katanya ketika mengimbas kembali peristiwa berpuluh tahun lalu yang sehingga kini masih sukar difahami. Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Mak Teh bakal menimang anak sendiri.


Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan. “Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Mak Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna,” katanya sambil mengelap air mata yang membasahi pipi tuanya.


Penantian Mak Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Mak Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Mak Teh tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.



“Entah mengapa Mak Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Mak Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan. “Dari petang membawa ke senja, sakit Mak Teh semakin berat. Mak Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Mak Teh di dalam bilik itu. Ketika itulah terjadi satu kejadian yang tidak dapat Mak Teh lupakan sehingga kini.


“Kejadian yang meruntun emosi dan fikiran Mak Teh sehingga sekarang. Mak Teh tidak pernah letih memikirkan mengapa itu terjadi kepada Mak Teh,” katanya. Mak Teh berkata, menjelang Maghrib malam Jumaat itu, Mak Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini. “Mak Teh bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu.


Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Mak Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur. “Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.


“Mak Teh ingin bertanya siapa mereka kerana memang Mak Teh tidak mengenali mereka. Tetapi mulut Mak Teh bagaikan terkunci. Langsung tidak boleh bersuara. Percaya atau tidak, dalam keadaan itu Mak Teh selamat melahirkan bayi lelaki dengan kumpulan wanita asing itu menjadi bidan,” katanya. Mak Teh terus bercerita bagaimana dia melihat sendiri mereka mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya.


Kumpulan wanita asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Mak Teh sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu. Saat kumpulan berkenaan membawa bayinya keluar, Mak Teh cuba menghalang. Sayangnya Mak Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang amat dirindui selama ini. Sejurus kumpulan wanita berkenaan hilang jururawat tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Mak Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada.


“Dia bertanya kepada Mak Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Mak Teh sendiri kebingungan. Mak Teh masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: “Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.” “Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur.


Jururawat berkenaan bertanya Mak Teh apa yang berlaku tetap Mak Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Mak Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anak Mak Teh akan dibawa berjumpa Mak Teh dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah Mak Teh berkesempatan menemui anak Mak Teh. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu,” katanya.


Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia 12 tahun dan sehingga sekarang Mak Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Mak Teh juga tidak pernah mengandung lagi dan mengambil beberapa anak angkat sebagai penyeri rumah tangga. Memang cerita Mak Teh sukar dipercayai logik akal.


Mungkin ada yang mencebik bibir tetapi kuasa Allah sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendak-Nya. Bagi Mak Teh dan beberapa wanita lain yang berkongsi cerita dan kesedihan sama, cuma kesabaran dan keimanan yang menguatkan mereka untuk terus cekal berdepan ujian perit itu.


Sumber:BHarian

Monday, January 18, 2010

Sakit Belakang..


Jaga-jaga jika anda ada pernah mengalami masalah pada belakang sama bermula dari rasa lenguh, kebas, penat dan sebagainya sila ambil perhatian kepada maklumat ini.
Apakah slipped disc (sakit belakang)?

Sebenarnya bagaimana terjadi slipped disc (sakit belakang) tidak dapat digambarkan kerana cakera tersebut bukan terkeluar dari susunan tulang belakang tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang.
Malah, apabila umur kita meningkat dan badan kita lemah, ia memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung.Tulang belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan.
Kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh, kemalangan, kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Kebiasaannya penghidap sakit belakang diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun.
Tetapi ia juga boleh menyerang mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang mereka lakukan.Apabila disc terkeluar, akar saraf (nerve roots) akan terjadi himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.
Disc yang terkeluar kerap terjadi kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun. Ia kerap terjadi apabila selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang, posisi badan yang tidak betul, otot yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang.

Sebenarnya bagaimana terjadi slipped disc (sakit belakang) tidak dapat digambarkan kerana cakera tersebut bukan terkeluar dari susunan tulang belakang tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang. Malah, apabila umur kita meningkat dan badan kita lemah, ia memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung.
Tulang belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan. Kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh, kemalangan, kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Kebiasaannya penghidap sakit belakang diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun.
Tetapi ia juga boleh menyerang mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang mereka lakukan.Apabila disc terkeluar, akar saraf (nerve roots) akan terjadi himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.Disc yang terkeluar kerap terjadi kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun.
Ia kerap terjadi apabila selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang, posisi badan yang tidak betul, otot yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang.

Wednesday, January 6, 2010

Manfaatkan Kehidupan..



HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya
maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ...
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ...
di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Tuesday, January 5, 2010

Minta Tolong Jin..

Manusia minta tolong jin

Melihat peristiwa yang aneh itu, Rafi’ menoleh ke orang tua tersebut. Orang tua itu berkata: “Wahai saudara, apabila engkau berhenti di suatu lembah di antara lembah-lembah ini dan engkau merasa takut maka ucapkanlah, Aku berlindung dengan Tuhan Muhammad daripada bahaya lembah ini. Janganlah engkau meminta perlindungan daripada jin kerana ia telah kehilangan kekuatannya untuk memberi perlindungan kepada engkau lalu dikalahkan.” Rafi’ pun bertanya, “Siapakah Muhammad itu?”

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w. lagi telah ada orang yang meminta pertolongan daripada jin. Bahkan lebih teruk lagi apabila pertolongan jin menyebabkan mereka dapat melakukan kejahatan dengan mudah seperti pukau, merasuk, mencuri dan sebagainya. Kini, amalan ini masih diamalkan oleh segolongan manusia walaupun Allah melarang keras orang yang meminta pertolongan jin.

Pada suatu malam, Rafi’ bin Umair daripada Bani Tamim berjalan-jalan di persisiran pantai dia merasa mengantuk lalu turun dari tunggangan untuk tidur. Sebelum tidur dia menyeru jin penjaga lembah dan meminta supaya jin yang dipuja supaya menjaganya dan barang-barangnya daripada sebarang gangguan. Setelah selesai dia membaca azimat itu, dia pun tertidur.

Dalam tidur Rafi’ bermimpi. Dia didatangi seorang lelaki bengis yang membawa tombak yang tajam. Tombak tersebut diacukan kepadanya seolah-olah hendak menusuk ke tulang rusuk unta yang ditungganginya. Melihat kejadian yang menakutkan itu dia pun terjaga. Setelah memerhatikan keadaan sekeliling, barulah dia sedar bahawa dia hanya bermimpi lalu dia pun tidur semula.

Sebaik sahaja matanya terlelap, dia sekali lagi termimpi. Orang yang memegang tombak itu seolah-olah semakin dekat dengannya. Terkejut dengan mimpi itu dia pun terjaga. Dia melihat untanya meronta-ronta dari tambatannya. Di situlah dia melihat orang yang di dalam mimpinya tadi. Orang itu memang wujud dengan memegang tombak meluru ke arahnya.

Di waktu yang getir itu, tiba-tiba datanglah seorang tua yang tidak pasti dari mana datangnya menghalang niat orang yang memegang tombak tersebut. Maka berlakulah perselisihan dan pertengkaran. Di kala itu muncul tiga ekor seladang menghampiri mereka. Maka berkatalah orang itu kepada lelaki tadi, “Ambillah mana yang engkau suka sebagai ganti kepada unta saudaraku daripada kaum manusia ini.” Maka berangkatlah lelaki bertombak tadi mengejar salah seekor seladang yang ditawarkan oleh orang tua itu lalu dia pun menghilangkan diri bersama seladang tersebut.

Melihat peristiwa yang aneh itu, Rafi’ menoleh ke orang tua tersebut. Orang tua itu berkata: “Wahai saudara, apabila engkau berhenti di suatu lembah di antara lembah-lembah ini dan engkau merasa takut maka ucapkanlah, Aku berlindung dengan Tuhan Muhammad daripada bahaya lembah ini. Janganlah engkau meminta perlindungan daripada jin kerana ia telah kehilangan kekuatannya untuk memberi perlindungan kepada engkau lalu dikalahkan.”
Rafi’ pun bertanya, “Siapakah Muhammad itu?”

Orang tua itu menjawab, “Baginda adalah seorang nabi berbangsa Arab. Bukan berbangsa timur mahupun barat. Baginda lahir pada hari Isnin.” Rafi’ bertanya lagi, “Di mana tempat tinggalnya?” Orang itu menjawab, “Sekarang baginda di Yathrib (Madinah) yang banyak dengan pohon kurma.”

Menjelang Subuh, Rafi’ terus memacu untanya menuju ke Madinah. Setelah menempuh perjalanan yang sukar dia pun sampai di Madinah lalu tercari-cari orang yang dimaksudkan oleh orang tua semalam. Memang benar insan yang disebutkan itu ada di Madinah. Dia pun pergi berjumpa Rasulullah untuk memeluk agama Islam. Ayat di atas turun untuk menjelaskan peristiwa Rafi’ bin Umair supaya menjadi contoh kepada orang-orang yang ingin mendapat pengajaran
Related Posts with Thumbnails