Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, January 31, 2017

Siapa yang menumpang??


KISAH INI diceritakan oleh seorang rakan yang bekerja dalam industri media. Namanya Omar. Menurut Omar, ketika itu pukul 12.00 malam, dia menunggang motosikalnya meninggalkan majlis malam media di Klang, Selangor. Omar yang merupakan seorang jurugambar perlu pulang segera ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang dinihari itu, sehinggalah dia sampai di bawah jejantas berhampiran SIRIM, Shah Alam. Di situ Omar lihat ada seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan. Pelik, berani betul gadis itu bersendirian di dalam gelap.

Omar memberhentikan motosikal dan mempelawa gadis tersebut untuk menghantarnya pulang. Dia bimbangkan keselamatannya. Namun sapaan dan pelawaan Omar langsung tidak berjawab. Gadis yang rambutnya melepasi bahu dan mengenakan baju serta skirt putih itu tetap diam membatu.

Hanya selepas lebih 10 minit menanti, barulah gadis itu bersuara. Kata si gadis, kalau benar Omar mahu membantu, dia harap dapat dihantar pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Klang.
Omar berikannya topi keledar dan mereka mula bergerak menuju ke taman perumahan yang disebutkan tadi. Dalam perjalanan, gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Mizah itu memberitahu, dia berdiri di tepi jalan kerana ditinggalkan oleh seorang kawan lelaki.

Pada mulanya Mizah menumpang kereta lelaki tersebut untuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi. Bagaimanapun, di dalam perjalanan, lelaki berkenaan mula berkelakuan tidak senonoh.

Dia memberhentikan kereta di bawah jejantas tadi dan memaksa Mizah untuk menyerahkan kehormatannya.

Mujur saya dapat lepaskan diri. Saya buka pintu, keluar dan menjerit. Dia terus pecut kereta dan tinggalkan saya di sini," kata Mizah sambil merapatkan dirinya ke tubuh Omar.
Akhirnya mereka sampai di rumah Mizah. Di halaman rumah yang masih terang itu kelihatan dua orang anak kecil bermain-main. Kata Mizah, itu anaknya. Dia baru bercerai setahun lepas.
Sebelum berpisah, Omar dan Mizah saling bertukar nombor telefon.

Hendak dijadikan cerita, seminggu kemudian Omar pergi ke rumah Mizah bersama seorang kawan. Niat Omar adalah untuk memperkenalkan kawannya itu kepada gadis berkenaan.
Namun, sampai di rumah Mizah, kedua-dua mereka terkejut. Manakan tidak, di hadapan mereka ialah sebuah rumah yang sudah lama terbiar. Tingkapnya rebeh, cermin pecah, dinding berkulat dan lalang tinggi meliar!

Ketika Omar dan sahabatnya tercangak-cangak, seorang jiran keluar apabila menyedari kedatangan mereka. Omar dan kawannya terkejut apabila jiran tersebut memberitahu, Mizah dan dua orang anaknya sudah meninggal dua tahun lepas!

Tambah jiran itu, sebenarnya selain Omar, sudah hampir 10 orang datang ke rumah terbiar itu mencari Mizah. Semua lelaki berkenaan memberitahu mereka terserempak dengan Mizah di bawah jejantas berhampiran SIRIM, tempat dia ditinggalkan.

Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Kata jiran tersebut, pada malam kejadian, Mizah berjaya pulang. Gadis itu bagaimanapun ditemui mati keesokannya bersama mayat kedua-dua orang anaknya, dipercayai dibunuh oleh lelaki yang cuba mencabulnya. Kes kematian Mizah ada dilaporkan di media-media tempatan, sekitar 25 tahun yang lalu.

KISAH KEDUA ini pula diceritakan oleh seorang lelaki berusia 50-an, bernama Maspa Dawi, semasa saya berkunjung ke Sarawak pada awal 2000. Maspa memberitahu, pada pukul 2 pagi awal 1980-an, dia memandu kereta ke hospital umum Kuching, Sarawak untuk menghantar jirannya yang mahu bersalin.

Di tengah perjalanan, Maspa terpandang seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan menghala ke Matang. Apabila disuluh lampu keretanya, kelihatan gadis itu sedang membelakangkannya sambil memegang sekaki payung.

Gadis itu memakai kebaya pendek warna hijau muda. Rambutnya disanggul dan dihiasi bunga kecubung. Penampilannya persis gadis tahun 1940-an dan 1950-an.
Pulang dari hospital, Maspa terkejut kerana si gadis berkenaan masih berdiri di tepi jalan tadi. Maspa memperlahankan keretanya dan memandang gadis tersebut. Ternyata si gadis sangat cantik paras wajahnya. Mukanya disolek rapi.

Sah... pelacur!" kata Maspa di dalam hati.

Seminggu kemudian semasa menghadiri majlis kenduri di rumah arwah sepupunya, Maspa menceritakan kisah tadi kepada seorang ustaz. Terkejut Maspa kerana ustaz tersebut rupa-rupanya pernah melihat gadis berkenaan. Malah dia turut menumpangkan gadis itu menaiki keretanya. Di sepanjang perjalanan selama 15 minit, si gadis langsung tidak berkata walau sepatah pun.
Yang menyeramkan, sampai saja di sekolah berkenaan, ustaz itu mendapati gadis berkenaan sudah pun ghaib. Esoknya ustaz tersebut mendapati ada kuntuman bunga kecubung bertaburan di atas kerusi belakang keretanya!

Menurut penduduk setempat, gadis itu dahulu telah ditangkap dan dijadikan hamba seks tentera Jepun. Dia kemudian dibunuh dan mayatnya ditanam di sekitar bulatan tersebut. Kisah misteri ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, suatu ketika dahulu.
S
oalan saya, ‘siapakah’ yang ditumpangkan dalam kisah-kisah yang dipaparkan tadi? Hantu! Ya, Hantu. Ops! Itu bukan jawapan saya, tapi jawapan anda.
Tiada siapa boleh menafikan, kita cukup gemar mendengar cerita hantu, khususnya masyarakat Melayu. Bagaimanapun, cara kita berfikir dan mentafsir fenomena itu tidak banyak berubah sejak dari zaman animisme.

Pada zaman itu, ketika ilmu moden belum bermula, setiap kejadian yang tidak dapat dijawab oleh akal, seperti petir dan gempa bumi, akan disandarkan kepada kuasa supernatural ghaib.
Apabila Islam sampai ke Nusantara kira-kira 10 abad yang lalu, kepercayaan itu dimurnikan, dan ditambah dengan konsep tuhan, syaitan dan jin. Syaitan tidak jemu berusaha untuk menyesatkan umat manusia, termasuk dengan menjelmakan diri sebagai hantu.

Bagaimanapun, pencerahan minda itu terhenti setakat di situ saja. Sampailah sekarang, andai berlaku saja kejadian atau fenomena aneh yang sukar dijawab, ia terus saja didakwa angkara hantu, syaitan, jin dan makhluk ghaib lainnya seperti hantu raya dan orang bunian. Tiada cerdik pandai sains yang cuba membantu memberikan jawapan dari sudut ilmu moden.
Hah, bosannya! Anggapan itu telah menyebabkan kita menjadi malas dan keliru. Bukan menolak kebenaran agama, tetapi kenapa kita tidak pernah membuka fikiran untuk mencari kesahihan, ‘

Benarkah itu hantu?'
Bukankah elok kalau kita berusaha menafikan kewujudan hantu itu, daripada sewenang-wenang mengesahkannya? Bukankah takut kepada hantu dan syaitan itu boleh memesongkan akidah?
Paling menyedihkan, cara berfikir ini sangat sukar untuk diubah. Kita lebih suka mendengar cerita berbanding mencari jawapannya.

Untuk itu, apa kata kalau mulai minggu ini kita buka sedikit fikiran dan cuba dengar apa pandangan pengkaji paranormal barat tentang hantu. Untuk pengetahuan anda, kajian paranormal barat mempunyai pelbagai teori dan sebahagian besarnya mengatakan bahawa sebenarnya hantu itu tidak wujud.

Yang wujud adalah kesilapan kita mentafsir apa yang disaksikan itu. Wahai ustaz, saya ingin bertanya, sesatkah kita kalau mempercayai teori-teori sebegini?
Kembali kepada cerita kita: Jadi, siapakah wanita yang ditumpangkan dalam kisah-kisah di atas tadi? Kalau bukan hantu, siapa?

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

Wednesday, January 25, 2017

Rezeki..

Rezeki....

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. 😅

Cara mudah mencari muka surat al quran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah. kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah)  bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu.

Hikmah setiap kejadian

☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘☘
Sejenak Pagi:
*HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN*

Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang yang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berlipat kali ganda.

Ketika Rasululloh Shallallahu 'alaihi wasallam diusir dari Mekah, Baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membangunkannya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad bin Hambal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu ia kemudiannya menjadi imam salah satu mazhab.

Ibnu Taimiyah pernah dipenjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya.

As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.

Ketika Ibnu al-Atsir dipecat dari jawatannya, ia berjaya menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah sebuah buku yang paling terkenal dalam hadith.

Demikian halnya dengan Ibnu al-Jauzi; ia pernah diasingkan dari Baghdad, dan kerana itu ia menguasai qira'ah sab'ah.

Malik bin Ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman 'Abbasiyyah.

Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib Al-Hudzali mati meninggalkannya seorang diri, ia justeru mampu menciptakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihir, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah; ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesenduk gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular sari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu membezakan ketebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri anda dalam berbagai kesulitan yang anda hadapi !

Dengan begitu, anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami.

Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu ......
( Al-Baqarah : 216 )

Begitulah, sebaiknya anda selalu melihat dari sudut lain dari kesedihan itu.

Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.

Semoga menjadi lebih baik & bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

😊❤👍

Perkara yang menyebabkan hati manusia sakit

Ada beberapa perkara yg menyebabkan hati manusia rosak dan sakit:

1. Melakukan dosa dosa dengan harapan akan bertaubat.
- ramai orang hari ni dia tahu Allah Maha Pengampun dan penyayang. Tapi takut2 dia tak sempat bertaubat.
- orang yang berdosa ni adalah orang yang terdedah dengan ancaman Allah.

2. Mempelajari ilmu syarak namun tak mengamalkannya.
- berapa ramai orang hari ni belajar ilmu agama, tapi dia tak beramal pun. Bahkan pada masa yang sama fia berbuat dosa.
- setan akan tunjuk 1001 kebaikan utk kita buat dan dia akan masuk dicelah kebaikan tu utk kita buat satu jahat dan merosakkan semua kebaikan kita jadi hancur.

3. Orang yg mengamalkan ilmunya namun tidak ikhlas semata kerana Allah swt.

4. Mereka makan rezeki Allah tetapi tidak bersyukur.
- menikmati sepuas puasnya nikmat dan rezeki Allah, tapi tak pernah bersyukur.
- zaman kita skg ni dah banyak sgt kemudahan dengan teknologi yang semakin canggih. Zaman Nabi dulu nak dapat satu kemudahan pun susah sangat.
- sebab tu kita ni nak masuk neraka lagi senang dari nak masuk Syurga.

5. Merasa tak redha dan tak puas hati dengan pemberian Allah.
- bila orang lagi kaya dari kita dia mempersoalkan pulak, tak puas hati dengan pemberian Allah.
- di mulut sebut redha tapi hati memberontak.

6. Mereka setiap hari menguburkan orang mati, namun tak ambil pengajaran daripada kematian.
- hari2 kita tengok orang mati, kita hantar kawan kita ke kubur. Tapi langsung tak amek iktibar.

Imam Hasan Al-Basri

Jalan kebenaran hanya satu

Jalan Kebenaran Hanya Satu

Sa'id Abu Ukkasyah / May 6, 2015

Bismillah walhamdulillah wash shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du:

Hidup ini adalah sebuah perjalanan

Pernahkah kita memikirkan bahwa hidup ini hakekitnya adalah perjalanan? Pernahkah kita merenungkan hidup di dunia ini tidak lain adalah sebuah perjalanan menuju kepada Allah Ta`ala?

Tidakkah Anda mengingat sabda Rasulullah Muhammad shalallahu alaihi wa sallam:

كلّ الناسِ يغدو؛ فبائعٌ نَفسَه فمُعتِقها أو موبِقها

“Setiap hari semua orang melakukan perjalanan hidupnya, keluar mempertaruhkan dirinya! Ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang mencelakakannya!” (Hadits Riwayat Imam Muslim).

Oleh karena itu Allah dalam firman-Nya menjelaskan,

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Pada hari dimana harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat (Asy-Syu’araa`: 88-89).

Dan Allah Ta’ala berfirman pula:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun dalam beribadat kepada Tuhannya” (Al-Kahfi: 110).

Memang demikianlah hidup ini, yang diharap dan yang dituju adalah Allah Ta’ala, berjumpa dengan-Nya, menghadap kepada-Nya dan melihat wajah-Nya serta untuk meraih ridha-Nya.

Jalan hidup yang benar hanya ada satu

Suatu saat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkisah,

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هذه سبل و عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat sebuah garis lurus bagi kami, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau membuat garis lain pada sisi kiri dan kanan garis tersebut, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan (yang banyak). Pada setiap jalan ada syetan yang mengajak kepada jalan itu,’  kemudian beliau membaca,

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya’” ([Al An’am: 153] Hadits shahih diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya)

Para imam tafsir menjelaskan bahwa pada ayat ini, Allah Tabaraka wa Ta’ala menggunakan bentuk jamak ketika menyebutkan jalan-jalan yang dilarang manusia mengikutinya, yaitu {السُّبُلَ}, dalam rangka menerangkan cabang-cabang dan banyaknya jalan-jalan kesesatan. Sedangkan pada kata tentang jalan  kebenaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan bentuk tunggal dalam ayat tersebut, yaitu {سَبِيلِهِ}. karena memang jalan kebenaran itu hanya satu, dan tidak berbilang.  (Sittu Duror, hal.52).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Dan ini disebabkan, karena jalan yang mengantarkan (seseorang) kepada Allah hanyalah satu. Yaitu sesuatu yang dengannya, Allah mengutus para Rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Tiada seorangpun yang dapat sampai kepada-Nya, kecuali melalui jalan ini” (Sittu Duror, hal.53).

Mengenal jalan kebenaran yang satu

Jika Anda ingin tahu apa itu jalan kebenaran yang hanya ada satu tersebut? Jawabannya adalah jalan yang pernah ditempuh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, itulah satu-satunya jalan yang bisa mengantarkan seorang hamba kepada Allah Azza wa Jalla. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahayanya tidak mengetahui jalan kebenaran ini, beliau mengatakan,

الجهل بالطريق و آفاتها و المقصود يوجب التعب الكثير، مع الفائدة القليلة

“Ketidaktahuan terhadap jalan kebenaran ini dan rintangan-rintangannya, serta tidak memahami maksud dan tujuannya, akan menghasilkan kepayahan yang sangat, disamping itu faedah yang didapatkanpun sedikit” (Sittu Duror, hal. 54). Karena begitu pentingnya mengenal jalan kebenaran tersebut, maka mari kita mempelajari jalan kebenaran yang hanya ada satu itu, yang semua kaum muslimin mensepakatinya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan jalan yang lurus tersebut dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan untuk kalian sesuatu. Jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnahku” (Diriwayatkan Imam Malik dan yang lainnya, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani).

Ya, jalan kebenaran yang hanya satu itu adalah jalan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, keduanya adalah jalan yang lurus. Sebagaimana dijelaskan oleh Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu,

الصِّرَاطُ الْمُستَقـِيْمُ الَّذِي تَرَكَنَا عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ

“Jalan yang lurus, yaitu jalan yang ditinggalkan Rasulullah untuk kami” (Atsar shahih, dikeluarkan Ath Thabari dan yang lainnya).

Mana dalilnya, bahwa Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus?

Dalil Al-Quran adalah jalan yang lurus

Allah Ta’ala berfirman:

قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَىٰ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَىٰ طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ

“Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus” (Al-Ahqaaf: 30).

Dalil As-Sunnah adalah jalan yang lurus

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus” (Asy-Syuuraa: 52).

Dengan demikian Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus, inilah satu-satunya jalan kebenaran, keduanya hakikatnya adalah satu kesatuan, sama-sama wahyu Allah Ta’ala.

Wajibnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Kita wajib berpegang teguh dengan  Al-Quran dan As-Sunnah, karena kita diwajibkan mena’ati Allah dan Rasul-Nya  shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalilnya adalah firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (-Nya), dan Ulil amri di antara kamu” (An-Nisaa’: 59).

Menaati Allah adalah dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan taat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan berpegang teguh kepada sunnah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Catatan:

Sunnah Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sumber hukum Islam

Al-Hadits adalah hujjah/dalil, sebagaimana Al-Quran, karena keduanya adalah sama-sama wahyu dari Allah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه

“Ketahuilah sesungguhnya saya diberi (wahyu) Al-Quran dan (wahyu) yang semisalnya bersamaan dengannya (As-Sunnah)” (HR. Abu Dawud dan Ahmad, sedangkan lafadz ini adalah lafadz riwayat beliau. Hadits ini dishahihkan Syaikh Al-Albani).

Hakikatnya berpegang teguh dengan sunnah adalah ketaatan kepada Allah dan mengamalkan Al-Quran, karena Allah berfirman di dalam Al-Quran:

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

“Barangsiapa yang mentaati Rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah” [An-Nisaa`:80].

Fungsi As-Sunnah

Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hakikatnya sama dengan Kitab Allah, yaitu sama-sama sebagai wahyu Allah. Fungsi sunnah itu sebagai penjelas bagi Kitab Allah ‘Azza wa Jalla. Bahkan, makhluk terbaik yang menafsirkan Al-Quran adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla.

وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَانُزِّلَ إِلَيْهِمْ

“Dan Kami turunkan kepadamu Aquran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka” (An Nahl: 44).

As-Sunnah menjelaskan apa yang ada di dalam Al-Quran yang masih global dengan merincinya, seperti masalah salat, puasa, zakat, haji, dan yang lainnya. Jadi As-Sunnah yang shahih tidak akan pernah bertentangan dengan Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan makna Al-Quran dan beliau pun telah memberi contoh bagaimana mengamalkannya, sehingga semua ayat Al-Quran menjadi jelas makna dan prakteknya bagi umat ini .

Bahkan seorang muslim tidak harus menunggu mengetahui dalil dari Al-Quran dalam melakukan sebuah ibadah, jika ia sudah mengetahui satu saja dalil dari hadits yang shahih, selama hadits tersebut sudah cukup menunjukkan kepada suatu bentuk/tata cara ibadah, maka bisa langsung mengamalkan hadits tersebut.

Kesimpulan

Jalan kebenaran hanya satu, yaitu jalan Al-Quran dan As-Sunnah. Karena keduanya sama-sama dari Allah dan fungsi As-Sunnah menjelaskan Al-Quran dan merinci yang global darinya, maka hakikat keduanya merupakan satu kesatuan, satu jalan kebenaran.Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan yang lurus.Kita wajib berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Al-Quran dan As-Sunnah sama-sama sebagai sumber hukum Islam, karena keduanya sama-sama sebagai wahyu Allah.

***

(Diolah dari kitab Sittu Durar min Ushul Ahlil Atsar, Syaikh Ar-Ramadhani, dengan beberapa tambahan).

Penulis: Ust. Sa’id Abu Ukasyah

Artikel Muslim.Or.Id

Amalan penunda kematian

AMALAN PENUNDA KEMATIAN ?.*

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa bisa terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa Nabi Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, *“Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“*
Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim.
*“Itu sahabat sekaligus muridku.”“*

Ada apa dia datang menemuimu?”“
*Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi.*
*”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”*

 Selesai berkata seperti itu,Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok.
*Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.*

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan perkawinannya.

*Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.*
*Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?*
*Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.*
*“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?*
*”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”*

*Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya,Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur.*

*Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan.*
*Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.*
*Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak.*

 *Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.*

*Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.*

*Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.*

*Bukankah sedekah akan mengundang cinta  Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.*

*Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.  Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.*

*“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”(Sabda Rasulullah SAW)*

Semoga bermanfaat..

Pahala bila ke masjid

APABILA SOLAT DI MASJID/SURAU

INSYAALLAH INILAH PAHALA YANG AKAN PEROLEHI:

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat-darjat ini, berapa darjat dpt dicapai jika solat berjamaah dirumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid sedapat yang mungkin.
Wallahu'alam

Bagaimana buat anak solat tanpa disuruh?

"Bagaimana Membuat Anak Solat dengan kesedaran Mereka Sendiri Tanpa
Tanpa Perlu disuruh dan dimarah

""Seorang sahabat
bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yg terjadi
padaku "

"anak perempuanku yg berumur 16 tahun
Solat baginya adalah hal yg sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
"Bangun  sembahyang subuh..
dan aku mengintainya dengan ekor mataku.

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian
melemparkannya ke sudut biliknya
lantai ..lama Kemudian ia keluar

Aku bertanya kepadanya : "Apakah kamu sudah sembahyang .. ?"
Ia menjawab : "Sudah"

Kemudian aku Mencubitnya.
Kerana berbohong

Aku benar2 marah padanya, aku denda dia dan aku menakut2inya akan siksa Allah ..tapi .. ternyata semua kata2ku itu tidak ada menakutkanya

📋Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah
""Suatu ketika ia berkunjung kerumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak2nya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah

⏫Ia berkata :
Aku berkata padanya "Bagaimana anak2 kamu sembahyang sholat dgn kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab :
 Ada satu doa sebelum aku menikah aku selalu amalkan
dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdo'a dg doa tersebut dalam sujudku ..
Saat sebelum salam ..
Ketika solat witir ..
Dan disetiap waktu2 yang mustajab ..

Demi Allah wahai saudara2ku ..
Anakku saat ini telah bekerja sejak ak  berdoa dg doa itu,anakku itu lah
yg rajin membangunkan kami dan mengingatkan
kami dan adik2nya utk solat

Alhamdulillah .. mereka semua selalu menjaga solatnya
Sampai2 .. neneknya bertandang
Kerumah kami, ia tercengang
melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.......  jadi doa apa yg di baca...
..........doa dari surahIbrahim ayat 40

رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ )

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

"Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan
sholat .. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku"
(QS. Ibrahim : 40 )

♻Ya tuan 2  semua berdoalah kpd ank kita suma...Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa
adalah senjata seorang mukmin

"Kirimkan tulisan ini agar lebih banyak orang yg mengambil iktibar..

🕜"Semoga Allah merahmati orang yang bersedia men-share....

☑Baca selalu doa ini untuk anak2mu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta'ala .. Aamiin Allaahumma Aamiin

_jangan hanya dibaca sendiri,  sebarkan dan rasakan manfaat kebaikan demi kebaikan_

Amalan sebelum tidur

Yang pertama, biasakanlah agar kita berwudhuk sebelom tidur kerana ia merupakan satu bonus yang sangat istimewa apabila malaikat mendoakan keampunan untuk kita selama mana kita tidur.

Kedua, di dalam tidur juga kita di hidangkan satu amalan yg berpahala besar iaitu apabila seseorang itu berzikir Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X dan Allah Hu Akbar 34X akan diberikan ganjaran yg lebih hebat dari memiliki seorang pembantu.

Yang ketiga, kita tidak tahu samada apakah kita akan dibangunkan pada esok hari tatkala banyak kes juga berlaku insan yg dimatikan sewaktu tidur. Justeru amalkan sunnah yg di contohkan oleh Nabi s.a.w agar sekiranya ditakdirkan kita mati ketika tidur , keadaan mati kita itu adalah di dalam ibadah.

Yang keempat, apabila kita terjaga pada malam hari maka bacalah kalimah ini
لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِالله
Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syain qodiir. Alhamdulillah wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah]

Lalu disambung pula dgn

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي
Allah hummaghfirli

Masyaa Allah,  Allah beri keampunan yg besar tatkala solat dan doa kita tidak ditolak. Ini adalah antara rahsia untuk mendapatkan DOA YG MUSTAJAB
INSYAA ALLAH.

*Tegar Di Atas Sunnah*

Rumah yang dihadiri malaikat

Assalamualaikum

*RUMAH-RUMAH YANG DIHADIRI MALAIKAT RAHMAT.*

Diantaranya adalah :

1. Rumah yang diliputi zikir kepada Allah SWT yang di dalamnya ada rukuk dan sujud.

2. Rumah yang senantiasa bersih dan tidak ada najis.

3. Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji.

4. Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim.

5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal.

6. Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

7. Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran.

8. Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu.

9. Rumah yang penghuninya ada isteri salehah.

10. Rumah yang bersih dari barang-barang haram.

11. Rumah yang di huni oleh mereka yang melakukan solat-solat sunat.

12. Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana’ah, dermawan pemaaf yang senantiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.

Di bawah ini akan saya paparkan beberapa dalil yang menunjukkan pada hal di atas :

Mengenai orang-orang yang berada dalam majlis zikir Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

 "Jika kalian melewati kebun-kebun syurga maka singahlah di tempat itu! Para sahabat berkata, “Apa yang dimaksud dengan kebun-kebun syurga itu wahai Rasulullah?”

Nabi S.A.W bersabda;
 “Kelompok manusia yang berzikir. Kerana sesungguhnya Allah memiliki malaikat-malaikat yang senantiasa keliling mencari kelompok manusia yang berzikir dan jika mereka datang ke tempat mereka malaikat itu dan mengitarinya,"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar sebagaimana disebutkan oleh An-Nawawi dalam buku Al-Adzkar.

Dalam hadis lain disebutkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

“Tidaklah sekali-kali sebuah kaum duduk dengan berzikir kepada Allah kecuali mereka akan dikelilingi malaikat dan akan disirami rahmat dan akan turun kepada mereka ketenangan. Allah akan menyebutkan tentang mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya” (HR. Muslim)

Ini semua menunjukkan bahawa zikir kepada Allah di rumah kita akan menjadikan malaikat memasuki rumah kita dan akan berada dengan kita.

Sebaliknya rumah yang dikosongkan dengan dari zikir maka malaikat juga akan menjauhinya. Atau pun rumah yang di gantung gambar makhluk bernyawa atau patung makhluk bernyawa tidak akan di masuki oleh malaikat rahmat.

Sementara itu orang yang membaca Al-Quran disebutkan dalam sabda baginda S.A.W. :

“Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan datangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan membanjir pula kebaikan ke dalamnya, jika dibacakan Al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan akan didatangi syaitan serta tidak akan banyak kebaikan di dalamnya, jika tidak dibacakan Al-Quran” (HR. Ad-Darimi).

Surat cinta daripada Allah

Surat Cinta drp ALLAH tentang Solat
🌼Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya &
tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
🌼Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT...Allahuakbar.
🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi...Allahuakbar.
🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang,"  Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya...Allahuakbar.
🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakbar
🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."...Allahuakbar
🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih...Subhanallah.
🌼Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku.
Allahuma, saksikanlah......

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya.

Sekadar renungan

*Sekadar buat renungan*..

Suatu hari orang orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.

Itulah yang dinamakan *KEYAKINAN*

Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.

Itulah *KEPERCAYAAN*

Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.

Itulah yang dinamakan *HARAPAN*.

Teruslah menaruh *KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN* kepada Dia Yang Maha Pemberi Maha Penentu.:

Azam seorang isteri

Azam tahun baru untuk para isteri
Kuliyyah Jumaat
.
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.
.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
.
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
.
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin...agar kita bkal mnjdi ketua bidadari utk suami kite d syurga kelak....lindungi walau shelai rambut...litupi walau hnya tapak kaki yg kita rsa hnya berada d bawah..tp ia yg bkal mnntukn ke syurga kah kita.
.
Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.

Petikan kata kata imam Ghazali

*PETIKAN KATA-KATA IMAM AL GHAZALI RHM*

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati,
Cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi
tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya
dan buatlah apa yang engkau kehendaki
tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.

Carilah hatimu di tiga tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.
tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga,
maka berdoalah kepada ALLAH,
pinta hati yang baru
kerana hakikatnya pada ketika itu
kau tidak mempunyai hati!

Jika berjumpa dengan kanak-kanak
ingatlah bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang tua –
ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
kerana dia sudah lama beribadat.

Jika berjumpa dengan orang alim –
ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil –
ingatlah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat,
jangan anggap kita lebih mulia
kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Ku letakkan rohku di hadapan Allah dan tanamkanlah jasadku dilipat bumi yang sunyi sepi.
Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir umat manusia di masa depan.

Ilmu yang pertama disebut ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.

Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.

Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan,
keberanian, kesucian diri dan keadilan.

Nasihat itu mudah,
yang payah ialah menerimanya
kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu,
sebab barang yang terlarang sangat disukainya (oleh hawa nafsu).

Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh,
“kekalahan” menjadi belenggu nafsu
dan “mati” menjadi pakaian badan,
kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur,
dan ahli kubur setiap saat menunggu,
bilakah engkau akan sampai kepada mereka.

Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
Lidah yang lepas dan hati yang tertutup
dan penuh dengan kelalaian itu
alamat kemalangan (mala petaka) besar

Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh,
maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan berma’rifat (melihat Allah SWT).

Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai bagimu,
dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi: “Apakah ada yang memohon?
Apakah ada yang meminta ampun?
Dan apakah ada yang bertaubat?”

Itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.

*Janganlah engkau menyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan.*

Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rezki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya.”
Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

salam tahajjud sahabat jiwaku

4 waktu berkat

Empat Waktu Yang Berkat❤️

Peliharalah 4 waktu yang berkat...
Barangsiapa jaga 4 waktu tersebut maka berkatlah kehidupannya di dunia dan di akhirat...

Waktu Pertama:
Bangunlah dan beribadalah walaupun satu jam sebelum masuk waktu fajar (Subuh)..

Waktu Kedua:
Beribadalah selepas solat fajar (Subuh) hingga terbit matahari (waktu syuruk atau isyrak)..

Waktu Ketiga:
Berzikirlah sebelum masuk waktu maghrib walaupun dengan setengah jam..

Waktu Keempat:
Beribadah di antara dua waktu isyak yaitu antara maghrib dan isyak...

[Habib Ali bin Abu Bakar ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim]

Sempurna syariat mampu meraih hakikat

Apabila seseorang itu telah sempurna syariatnya, maka dengan syariat itu menjadi perantaraan untuk meraih hakikat,apa itu hakikat, iaitu hati yang telah terbuka sehingga mengenali Allah  سبحانه وتعالى  mengapa ia sujud, apabila berbicara mengenai masjid ia tidak nampak masjid,tetapi apa yang disebalik masjid.

Jika ia berinteraksi dengan manusia ia tidak nampak manusia,hakikat siapa yang mengerakkan manusia itu yang ia sedang berinteraksi,hatta seseorang yang melakukan keburukan,tohmahan,celaan,cacian, interaksinya dengan orang yang melakukan tohmahan, yang menyakitinya,ia tidak terus marah atau melenting tetapi pandangannya siapa yang disebaliknya,yang mengerakkan.

Maka apabila ia melihat disebaliknya,ia akan menyingkapi sesuatu itu dengan penuh adab, dengan akhlak,tanpa dengan emosi ,tanpa dengan kemarahan yang melulu dan tak tentu hala,kadangkala kemarahan dan panas baran tersebut menatijahkan sesuatu yang lebih buruk,sesuatu yang patut ditangani dengan penuh kelembutan, penuh kasih sayang dan penuh sistematik. Tetapi,oleh kerana panas baran,kepalanya tidak dapat bertindak dan berfikir dengan betul,ia menatijahkan sesuatu akhlak,interaksi yang buruk terhadap orang yang mentohmahnya,yang menyakiti kita.

Sebab itu,ulama tasawwuf mengatakan orang yang marah,panas baran,marah melulu pada orang lain ini,sebetulnya ia telah lupa pada Allah سبحانه وتعالى ia tidak nampak hakikat yang mengerakkan segala sesuatu adalah Allah سبحانه وتعالى  hakikat yang mengerakkan sesuatu,yang mengerakkan lidah orang tersebut berkata mengenai kita, disebaliknya adalah Allah سبحانه وتعالى  sebab itu pemaksiat ,pendosa, orang yang bermusuh dengan kita itu, kita tidak membenci orang tersebut.

Agama kita mengajar satu makna yang mendalam,dalam perhubungan kita dengan makhluk Allah ,kerna pada mata kasar kita,kita nampak dan sedang bergaul,muamalah, berinteraksi dengan makhluk,tapi pada erti kata yang sebenar hakikatnya kita sedang bermuamalah, berinteraksi dengan Allah سبحانه وتعالى kerna itu orang yang mencapai hakikat itu hatinya lembut,hatinya mudah memaafkan hatinya berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى dalam satu riwayat mengatakan hendaklah kamu berakhlak dengan akhlak Allah سبحانه وتعالى, sifat Allah سبحانه وتعالى penuh dengan rahmat, penuh dengan kasih sayang dan ianya telah dicurahkan kepada nabi Muhammadﷺ ,

Maka membaca kisah-kisah bagaimana nabiﷺ menzahirkan kerahmatan, kasih sayang, kelembutan, kemaafan kepada manusia ,ianya adalah satu kekuatan perpindahan kepada kita, ianya mampu memunculkan akhlak dalam diri kita ,kerna akhlak yang disebut tadi bukan sesuatu yang berada diluar kita hingga ia perlu ditransferkan, tidak..

Tetapi hakikatnya ia berada dalam diri kita,sifat sabar sifat pemaaf, kelembutan semuanya terpendam,ianya akan terkeluar apabila terkena pada tarbiyahnya, pada tazkiyyahnya, kadangkala ia mendapat kekuatan apabila mendengar kisah para sahabat nabi ﷺ bagaimana akhlak para nabi, akhlak rasulullahﷺ ,maka ulama tasawwuf mengatakan kisah -kisah, akhlak -akhlak para wali ini, ianya adalah seumpama bala tentera daripada Allahسبحانه وتعالى untuk menguatkan hati manusia.

Guru Mulia Kami. Darul Mujtaba.
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Keutamaan menuntut ilmu

Keutamaan Menuntut Ilmu Dan Orang Yang Berilmu


Keutamaan Menuntut Ilmu :

Anas ra. berkata: Rasulullah saww. bersabda: “Tuntutlah ilmu walau dinegri cina, sebab menuntut ilmu agama itu wajib atas tiap orang muslim, sesungguhnya malaikat menghamparkan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu karena ridha (suka/senang) dengan apa yang dituntutnya (dicari).”
(HR. Ibnu Abdul Barr, Kitab Irsyadul ‘Ibad)

Maksudnya menuntut ilmu walau kenegri cina adalah kita disuruh menuntut ilmu bila mana ada seorang yang alim dalam ilmu dalam bidangnya khususnya ilmu agama bila orang tersebut berada dikota/negri/daerah yang sangat jauh maka untuk mendatanginya bila ada kemampuan.

Telah menceritakan kepada kami Bakr bin Khalaf Abu Bisyr berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul A'la dari Ma'mar dari Zuhri dari Sa'id Ibnul Musayyab dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama."
(HR. Ibnumajah No.216, 217, Bukhori No.69, 2884, 6768, Ahmad No.16243, 16323, Ad Darimi No.226, 227, 228)

Tiada rasa..

🍃Tiada rasa ketuhanan *jika tiada ujian…*

🍃Tiada rasa kehambaan *jika tiada kepasrahan..*

🍃Tiada rasa pergantungan *jika tiada kepayahan..*

🍃Tunjangkanlah resahmu *di dada solat.*

🍃Himpunkanlah peritmu *di genggaman doa..*

🍃Tutupi kekecewaanmu *dengan ketakwaan…*

🍃Dan nilaikanlah kesucian hatimu *dengan keikhlasan hati..*

🍃 *Hati manusia* adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya.  
                                                                 🍃Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati.... *melainkan zikir* atau  terjebak dlm perangkap syaitan dan perangkap nafsu

*🍃Hati itu tempat tilikan Tuhan* .... apa yg terniat dari  lubuk  yg dalam

🍃Dan *hanya Allah sahaja yg mengetahui* apa ada dlm hati kita

*🍃Belajarlah ikhlas dalam setiap amalan* yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Wujudmu tanda cintaNya

WUJUDMU TANDA CINTA-NYA KEPADAMU, MENGAPA DIPERSIA-SIAKAN

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujud-Nya.
Apalah maknanya Dia mewujudkan mu jika Dia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.

Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayang dan cinta-Nya, jika kamu memahami.

“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Adz-Dzaariyaat: 21)

Dari-Nya engkau datang dan kepada-Nya akan kembali. Engkau tidak akan sesekali memahami akan bahasa cinta jika engkau berpaling dari Wajah-Nya.

“… Mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah: 156)

Segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya.

Jika engkau memeluk dengan rasa cinta kepada apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayang-Nya.

Nafsu mu adalah penghalang besar untuk diri mu merasai sentuhan belaian-Nya yang amat lemah lembut.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali-‘Imran: 14)

Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.

Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka pada-Nya. Renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.

Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.

Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaran-Nya. Hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegeralah  bertaubat dan sujud pada-Nya.

Yakinilah, Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya, Allah amat mencintai dan menyayangi diri mu. Insya Allah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

“… dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.”
(Fussilat: 46)

Wallahu ‘alam.

Semoga bermanfaat.

Keluarga dan masjid

*RENUNGAN*

*KITA & MASJID*

Kita ada kereta kita hanya bawa keluarga mkn angin..tapi kita tak bawa pun mereka ke Masjid...

Kita ada motor besar..laju & pantas..tapi hari jumaat kita selalu lewat dtg ke Masjid..

Kita selalu bawa bini makan kat McD Kfc dll...tapi kita tak bawa bini kita ke Masjid untuk santapan rohani......

Kita sanggup tak dtg kuliah  di
Masjid kerana hntr anak tiusyen..bimbang anak tak dpt jwp soalan pepereksaan..tapi kita terlupa kita tak dtg Masjid untuk tiusyen untuk jwp soalan kubur kita nanti...

Kita bina rumah besar dan jadikan "rumah ku syurga ku" hingga kita syg nak tinggalkan rumah untuk ke Masjid.....

Kita pi petrol pump Rm 1.00 tak ada nilai tapi kat Masjid kita masuk tabung RM 1.00 shj.......,

*Ya Allah ampunlah dosa2 kami jika kami* *menggunakan nikmat yg engkau berikan dijln yg* *tidak Engkau redhai.....*

Benarkah ipar itu maut?

☑☑Benarkah IPAR ITU MAUT ?

Seorang wanita yg baru berkahwin yg saya kenali bercerita mengadu hal dan bertanya kepada saya.

"Dalam kegembiraan mengharungi perkahwinan, saya tidak terfikir satu perkara, bila sudah duduk dirumah mentua baru berjumpa masalah ini. Masalah AURAT dengan ipar ramai, ipar duai. Benarkah ada hadis ipar itu maut?."

Saya cuba jawab untuk jadi peringatan juga kpd yg lain.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata,

 “Wahai Rasulullah, bagaimana halnya mengenai ipar?”

Beliau menjawab, “Hamwu (ipar)adalah maut.”

(HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)

Perkahwinan akan mewujud hubungan ipar. Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja, iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya.

Hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yg kekal selama-lamanya, iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat.

Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan. Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain.

Maka nabi menyebut MAUT disini merujuk kepada perlunya berhati-hati dlm hubungan ipar yg boleh membawa DOSA dan KEMAKSIATAN.

Jadi tinggal serumah dgn ipar duai berbeza jantina ibarat meniti titian yg rapuh mudah terjebak dosa,aurat kena dijaga, berkemlumbunglah, berstokinlah 24 jam, hingga ke dapur, ruang bebas hanya seluas bilik tidur shj.

Dan ingat pesan nabi

لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا

“Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yg bukan mahramnya) kerana SETAN adalah orang ketiganya.” (HR. Ahmad-sahih)

Ada ketikanya akan terjadi hanya ipar yg ada dirumah, maka hadis ini ada kaitannya.

Anda boleh bayangkan bagaimana payahnya SITUASI MEMELIHARA AURAT bagi seorang isteri yg tinggal bersamanya mentua dan adik abang ipar lelaki.

Maka jangan seronok merancang untuk kahwin, buat kenduri hebat,lepas tu si isteri bebas dunia hanya dlm bilik 12x10 kaki. Keluar bilik,ipar melepak di ruang tamu tanpa baju,menyelongkar periok diruang dapur dgn pelekat, terjerembab berkain tuala keluar bilik mandi, terbongkang tidur di sofa dg seluar pendek.

FIKIRLAH juga masalah yg akan tempuh oleh isteri. Ambillah ingatan yg nabi pesan ini,ipar itu maut. Jangan pandang ringan.

Jalan keluarnya ialah rancanglah untuk tinggal berasingan. Meletakkan isteri dlm situasi 'maut' yg disebut dlm hadis ini cukup menggerunkan. Bagi wanita yg nak berkahwin, kajilah keluarga mentua, supaya perancangan boleh dibuat sebelum akad berlaku supaya lepas berkahwin kita berpindah ke situasi dunia bebas hanya dlm bilik yg sempit.
*Wallahu* *a'lam*

Hikmsh Hindar perdebatan

[Hikmah menghindari perdebatan]

1. Abdullah bin Mas'ud berkata: "Hindarilah perdebatan. Kerana hikmahnya tidak dapat difahami dan fitnahnya tidak dapat dihindarkan."

2. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah suatu kaum tersesat setelah mereka memperoleh hidayah, kecuali mereka diberi perdebatan."
[HR At-Tirmidzi, dn beliau mensahihkannya]

3. Imam Malik berkata: "Perdebatan akan mengeraskan hati serta menorehkan kedengkian dan kebencian."

4. Muslim bin Yasar berkata: "Jauhilah perdebatan, kerana hal itu merupakan waktu bodohnya orang pintar."

5. Bilal bin Saad berkata: "Apabila anda melihat seseorg yg suka berbantah, suka berdebat, dan merasa kagum dgn pendapatnya, sesungguhnya kerugiannya benar2 telah sempurna."
[Wiqayatul Insan]

Sunday, January 22, 2017

Amuk: Ditetak dan dibakar!

KUCHING -Tiga termasuk dua warga emas rentung selepas sebuah rumah terbakar di taman palma indah, jalan batu 10 Matang, Kuching,Sarawak kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Ketika ini identiti mangsa yang maut belum diperolehi.

Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku selepas seorang lelaki mengamuk dan menetak berberapa mangsa.

Seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah akibat ditetak turut ditemui berhampiran rumah yang hangus terbakar itu.

Mangsa berusia 36 tahun dipercayai ditetak dalam kejadian amuk terbabit, sebelum rumah berkenaan dibakar.








Ucapan kematian kpd non muslim

📚 📡  *Boleh Mengucapkan Istirja Jika Ada Non-Muslim Meninggal*


Mungkin menjadi pertanyaan, jika seorang non-muslim meninggal apakah boleh kita ucapkan kalimat istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un)? Jawabannya adalah boleh saja, karena inti dari kalimat istirja’ adalah kita semua milik Allah. Hanya saja tidak boleh kita doakan dengan doa semacam: “semoga tenang di sisi-Nya”, “Semoga diampuni dan mendapat tempat tertinggi”. Tidak boleh kita doakan dengan doa semacam ini, yaitu doa diampuni, doa mendapat ketenangan dan sebagainya.

Berikut pertanyaan diajukan kepada syaikh bin Baz rahimahullah,

ذا مات رجل أو امرأة وهو كافر، هل يمكن أن نقول: إن لله وإنا إليه راجعون أو لا يجوز، ونقول أيضاً: (( يا أيتها النفْس الْمطْمئنة ارْجعي إلى ربك راضية مرْضية))[الفجر:28] إلى آخره؟

“Jika seorang laki-laki atau wanita kafir meninggal, apakah boleh kita ucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” atau tidak boleh? Apakah boleh kita berkata “wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dengan diridhai.”?

Beliau menjawab:

الكافر إذا مات لا بأس أن تقول: إنا لله وإنا إليه راجعون، الحمد لله، من أقربائك، لا بأس، كل الناس إلى الله راجعون، كل الناس ملك لله سبحانه وتعالى، لا بأس بهذا، ولكن لا يدعى له، ما دام كافر لا يدعى له، ولا يقال: يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي، لأن النفس هذه غير مطمئنة، نفس فاجرة، لا يقال لها هذا، وإنما يقال هذا في المؤمن، فالحاصل أن الكافر إذا مات لا بأس أن تقول إنا لله وإنا إليه راجعون، ولا بأس أن يقول لك غيرك: عظم الله أجرك فيه، وأحسن عزاءك فيه، ما في بأس، قد يكون لك مصلحة في حياته، قد يكون في حياته يحسن إليك، ينفعك، فلا بأس، لكن لا يدعى له، ولا يستغفر له، ولا يتصدق عنه، إذا مات كافراً.

“Seorang kafir jika meninggal, tidak mengapa kita ucapkan: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, alhamdulillah, semisal keluargamu, ini tidak mengapa. Manusia kembali kepada Allah dan semuanya milik Allah, tidak mengapa hal seperti ini.

Akan tetapi tidak didoakan, selama ia kafir maka tidak didoakan tidak juga dikatakan: “wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dengan diridhai”. Karena jiwa orang kafir tidak tenang, jiwa yang fajirah, perkataan ini dikatakan kepada orang mukmin saja.

Kesimpulannya, orang kafir jika meninggal tidak mengapa kita ucapkan: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, dan tidak mengapa dikatakan kepadamu: “addzamallahu ajraka fihi”, “Ahsana ‘aza-aka fihi” ,“maa fi ba’sin” (“semoga Allah memberikan pahala yang besar untukmu dengan kematiannya dan memberikan hiburan pelipur lara untukmu sebagai pengganti kematiannya”)

Karena bisa jadi memberikan mashalahat dalam hidupmu, bisa jadi dalam hidupnya ia berbuat baik padamu, memberikan engkau manfaat, akan tetapi tidak didoakan, tidak dimintakan ampun, tidak disedekahkan atas namanya, jika mati dalam keadaan kafir”.

[Sumber: http://www.binbaz.org.sa/noor/9289]

Sangat tegas dalam firman Allah Ta’ala, kita tidak boleh mendoakan ampun bagi orang kafir yang sudah meminggal.

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, memintakan ampun (kepada Allah) untuk orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni (neraka) Jahim. (at-Taubah: 113).

Imam An-Nawawi berkata,

قال النووي رحمه الله : وأما الصلاة على الكافر والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

“Adapun menshalati orang kafir dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka hukumnya haram, berdasarkan nash Al–qur’an dan Ijma’. (al-Majmu’ 5/120).

Demikian semoga

Tiga perkara

A K J A H:
🌹 Tiga perkara 🌹

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya & bertanya kepada mereka.

💎 bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?"  dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

aku suka dari dunia ini 3 perkara

💞 1.duduk duduk bersama rasulullah saw.
💞 2.melihat wajah mu ya rasulullah saw.
💞 3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "

lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.  "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

💞 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
💞 2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
💞 3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

💞 1.memberi makan
💞 2.memberi salam
💞 3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

💞 1.memuliakan tetamu
💞 2.berpuasa di musim panas
💞 3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

💞 1.lapar
💞 2.sakit
💞 3.mati"

kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra,
💞 1. "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
💞2. aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
💞3 aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"

kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

💞 1.menyampaikan risalah
💞 2.menunaikan amanah
💞 3.cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

💞 1.lidah yang sentiasa berzikir
💞 2.hati yang sentiasa khusyuk
💞 3.jasad yang sabar menanggung ujian"

*AllahuAkbar..

💎 Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar 💎

Wahai sekalian yang membaca ....

Kesimpulan daripada 3 perkara baik yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. , para Sahabat Nabi, Malaikat Jibril, & Allah...adalah amalan yang baik-baik belaka. Ia berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu.

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 Bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik, In Shaa Allah...😭😭😭

Wallahualam Bissawab.

Jumlah setiap huruf dalam al-quran

❤🌹Huruf Dalam Al Quran

Sejak 1,200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an disusun sesuai dgn banyaknya:

o ا Alif  : 48,740 huruf,
o ل Lam : 33,922 huruf,
o م Mim : 28,922 huruf,
o ح Ha ’ : 26,925 huruf,
o ي Ya’ : 25,717 huruf,
o و Waw : 25,506 huruf,
o ن Nun : 17,000 huruf,
o لا Lam alif : 14,707 huruf,
o ب Ba ’ : 11,420 huruf,
o ث Tsa’ : 10,480 huruf,
o ف Fa’ : 9,813 huruf,
o ع ‘Ain : 9,470 huruf,
o ق Qaf : 8,099 huruf,
o ك Kaf : 8,022 huruf,
o د Dal : 5,998 huruf,
o س Sin : 5,799 huruf,
o ذ Dzal : 4,934 huruf,
o ه Ha : 4,138 huruf,
o ج Jim : 3,322 huruf,
o ص Shad : 2,780 huruf,
o ر Ra ’ : 2,206 huruf,
o ش Syin : 2,115 huruf,
o ض Dhadl : 1,822 huruf,
o ز Zai : 1,680 huruf,
o خ Kha ’ : 1,503 huruf,
o ت Ta’ : 1,404 huruf,
o غ Ghain : 1,229 huruf,
o ط Tha’ : 1,204 huruf dan terakhir
o ظ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

🔭Jika
1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan.

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca al-Quran dan memahami maknanya ✍🍂🍃
Wallahu a'lam..

Suami saya suruh jadi baik

"Ustaz,

Semenjak saya berkahwin,

Suami saya suruh saya jadi baik.

Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat

Di Tempat kerja saya,

Tiada seorang pun yang  memakai tudung.

Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung

Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit.

Sekarang saya di sisihkan kerana  pakai tudung.

Ekonomi saya pun jatuh.

Sedihlah ustaz..

Saya tahu wajib dan lain-lain.

Tapi...

Lemah semangat..

Boleh beri sedikit nasihat pada saya?

Jawab Ustaz

"Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.

Allah sayang puan..

Dulu ketika saya darjah 6,

Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..

"Ada seekor rusa yang sangat cantik,

Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.

"Wah cantiknya tanduk aku.." bisik rusa itu penuh bangga

Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..

Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air.

Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat Melihat tapak kakinya..

Suatu hari,

Dia di kejar harimau,

Kakinya itu berlari selajunya..

Sehabis kudrat,

Untuk mempertahankan dirinya...

Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya..

Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..

dia cuba tarik,

Tetapi gagal.

Dia menangis...

Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat,

Dia berkata

 "Wahai tanduk yang ku banggakan,

hari Ini kau telah membinasakan diriku..

Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati...

Wahai kaki yang selalu aku hina,

Hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku..

Tapi inilah akhirnya.."

Kakinya tidak berhenti menyelamatkan dirinya.

Berjuang Sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya...

Terus berusaha berlari untuk selamatkan diri Sehingga harimau dekat.

Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau,

Kaki yang selama ini dia cemuh itu terus bergelut dengan harimau.

Sehinggalah dia disiat satu persatu..

Kaki buruk yang dia anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir...

Begitulah dalam dunia kita,

Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta, nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat

Sehingga...

kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat..

Kita malu dengan sunnah Nabi ﷺ…

kita malu dengan perintah Allah.

Kita takut kita dimalukan kerananya..

Tetapi,

Kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..

berbaloi susah untuknya.

Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.

Moga beroleh manfaat

Mencari guru mursyid

Mencari Guru Mursyid….

Soalan : Apa Maknanya Guru Mursyid?

Jawapan : Makna Guru adalah seorang manusia zahir yang mengajar seseorang di dalam suatu ilmu , menyampaikan petunjuk, petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dan Musyid itu adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru.

Soalan : Apa bezanya Guru Mursyid dengan guru biasa?

Jawapan : Guru Mursyid benar benar mengetahui di semua sudut bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah di laluinya sendiri melalui pengajaran laduni yang mana ia membicarakan hal-hal ilmu yang tidak dapat dijangkau oleh akal pencapaian pemikiran manusia biasa. Guru biasa adalah guru yang mengajar mengikut pendapat orang lain, cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya di tafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri.

Soalan : Apakah itu ilmu laduni?

Jawapan : Ilmu laduni adalah ilham atau nikmat pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang bertakwa (mengenal Allah Ta’ala). Juga dikatakan Ilmu Makrifat. Dilimpahkan kepada hati aulia-Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit2 hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was.

Soalan : Apakah Yang Di ajar oleh Guru Mursyid?

Jawapan : Guru yang mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Quran dan Hadis Qudsi, malah ilmu pengetahuannya diperolehi daripada pengalamannya sendiri yang pernah dilaluinya semasa latihan mencari ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya terdahulu.

Soalan : Mengapa Perlu berijazah (Bai’ah) bila ingin berlajar ilmu makrifat?

Jawapan : Guru Mursyid yang berpengalaman adalah seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya. Ijazah sangat sangat diperlukan kerana terdapat barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu guru ke guru sebelumnya (salsilah) , dari seorang wali Allah ke wali Allah yang sebelum sehinggalah sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW. Atau dalam lain perkataan adalah kesinambungan tenaga illahi iaitu kefahaman atau kesedaran yang hakiki yang diperturunkan dari Rasullullah hinggalah dari satu guru hinggalah ke satu guru yang lain.

Soalan: Bolehkah belajar terus dengan Allah?

Jawapan : Boleh..setelah mendapat ilmu laduni yang dibimbing oleh guru mursyid. Namun kenalah faham siapa itu Allah yang dimaksudkan.

Soalan: Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid?

Jawapan : Dalam mencari guru mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman ilmunya . Guru yang mursyid BUKAN hanya dilihat dari segi fizikal zahirnya sahaja..BUKAN di lihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya ,wara’ rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam di dahi, bersopan santun dan sebagainya. Lazimnya guru mursyid membungkus ilmunya atau merahsiakan ilmunya. Berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kelakuan atau fi’il bukan lah menjadi ukuran mutlak akan sifat musyridnya guru itu. Ramai yang tidak berjumpa dengan guru mursyid sebab mereka menganggapkan guru2 ini seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Dan sekiranya seseorang guru itu dilihat bercakap seolah2 seorang yang bongkak , berpakaian seperti orang biasa (tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat persepsi dan andaian bahawa guru tersebut bukan mursyid. Maka terlepas lah dia dari berjumpa dengan guru yang mursyid.
Sebagai iktibar kisah Nabi Musa as cuba menuntut ilmu hakikat dengan Nabi Khidir yang telah diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60-82.  Tanya Nabi Musa , Bolehkah kau mengajarku dari apa yang telah diajar oleh Allah kepada mu? Khidir menjawab “Sesungguhnya engkau tidak sekali kali akan bersabar bersama ku”. Di pendekkan cerita, 3 peristiwa yang berlaku tatkala Nabi Musa as  bersama Nabi Khidir iaitu 1. Membocorkan perahu yang mereka naiki 2. Membunuh Seorang Pemuda 3. Membantu membina tembok dengan 2 orang anak yatim yang pada Nabi Musa adalah perbuatan yang sia sia belaka. Namun, Nabi Khidir dapat memberi jawapan yang mudah kepada Nabi Musa a.s tentang apa yang telah berlaku.
Begitulah ilmu hakikat yang jauh keluar dari kemampuan akal fikiran otak manusia dan norma2 masyarakat. Dan ilmu sebegini rupalah yang wajib kita dapatkan…agar banyak rahsia rahsia dan hijab hijab kehidupan dan ketuhanan dapat di bongkar satu per satu. Dan bila sudah tiada soalan, baru lah ketenangan hadir dengan sendirinya tanpa di minta2.

Soalan: Apakah jenis guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum?

Jawapan : Mereka menganggap guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi atau guru yang menonjol di khalayak ramai itu lah sebenar benar guru. Sayang seribu kali sayang..guru seumpama itu boleh di jadikan pengajaran tetapi bukan untuk di jadikan panduan atau ikutan.

Soalan: Apakah ilmu yang di bawa oleh Rasullulah sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini?

Jawapan : Selain daripada ilmu syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu Kerohanian atau Ilmu Makrifat Mengenal Allah.

Soalan: Mengapa perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian/Makrifat?

Jawapan : Bukan kerana pahala, bukan kerana syurga tetapi kerana ingin mengenal Dia dengan 100% yakin dan mencapai kedamaian yang hakiki dan merasai kerinduan yang tidak terperi untuk kembali kepadaNya .

Kisah Seorang ibu meminjam wang dari anak lelakinya

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;

"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;

Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."

Semoga Bermanfaat.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA ....

Andai ajal sebelum

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jgn jemu saling mengingatkan

Tentang rezeki

TENTANG REZEKI

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara.
Tayar motor pancit lah,
Kereta rosak,
Duit kena curi lah,
Kena tipu lah sebab join bisnes itu ini,
Kena tipu join skim itu ini,
Dan Macam-Macam lagi.
Itu lah hakikatnya.
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil..

Maka kita cemburukan Gaji,
Elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita.

Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kekadang kita lupa..
..Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki...
..Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki...
..Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki...
..Kerja tak pressure pun rezeki...
..Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki...

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
Kekadang..
..Ada orang direzekikan cantik & tampan,. tapi tak direzekikan cinta..
..Ada orang direzekikan harta,.tapi tak direzekikan anak-anak..
..Ada orang direzekikan anak-anak.,tapi tak direzekikan kasih sayang..
..Ada orang direzekikan kekayaan.,tapi tak direzekikan kebahagiaan..
..Ada orang direzekikan makanan yang hebat.,tapi tak direzekikan selera..

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana.....

Bukan terletak pada manusia,Tapi Allah......
Andai kamu lihat kanak2 yang sedang bermain, Itulah masa silam kamu.

Andai kamu lihat org tua yg berjalan mengunakan seluruh kedrat (xlarat) maka, Itulah masa depan kamu. Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang di usung ke tanah perkuburan.. itulah pengakhiran hidup kamu...

Semoga Allah merahmati kita semua

Tips untuk buat anak solat tanpa disuruh

"Bagaimana Membuat Anak Solat dengan kesedaran Mereka Sendiri Tanpa
Tanpa Perlu disuruh dan dimarah

""Seorang sahabat
bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yg terjadi
padaku "

"anak perempuanku yg berumur 16 tahun
Solat baginya adalah hal yg sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
"Bangun  sembahyang subuh..
dan aku mengintainya dengan ekor mataku.

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian
melemparkannya ke sudut biliknya
lantai ..lama Kemudian ia keluar

Aku bertanya kepadanya : "Apakah kamu sudah sembahyang .. ?"
Ia menjawab : "Sudah"

Kemudian aku Mencubitnya.
Kerana berbohong

Aku benar2 marah padanya, aku denda dia dan aku menakut2inya akan siksa Allah ..tapi .. ternyata semua kata2ku itu tidak ada menakutkanya

📋Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah
""Suatu ketika ia berkunjung kerumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak2nya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah

⏫Ia berkata :
Aku berkata padanya "Bagaimana anak2 kamu sembahyang sholat dgn kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab :
 Ada satu doa sebelum aku menikah aku selalu amalkan
dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdo'a dg doa tersebut dalam sujudku ..
Saat sebelum salam ..
Ketika solat witir ..
Dan disetiap waktu2 yang mustajab ..

Demi Allah wahai saudara2ku ..
Anakku saat ini telah bekerja sejak ak  berdoa dg doa itu,anakku itu lah
yg rajin membangunkan kami dan mengingatkan
kami dan adik2nya utk solat

Alhamdulillah .. mereka semua selalu menjaga solatnya
Sampai2 .. neneknya bertandang
Kerumah kami, ia tercengang
melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.......  jadi doa apa yg di baca...
..........doa dari surahIbrahim ayat 40

رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ )

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

"Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan
sholat .. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku"
(QS. Ibrahim : 40 )

♻Ya tuan 2  semua berdoalah kpd ank kita suma...Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa
adalah senjata seorang mukmin

"Kirimkan tulisan ini agar lebih banyak orang yg mengambil iktibar..

🕜"Semoga Allah merahmati orang yang bersedia men-share....

☑Baca selalu doa ini untuk anak2mu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta'ala .. Aamiin Allaahumma Aamiin

_jangan hanya dibaca sendiri,  sebarkan dan rasakan manfaat kebaikan demi kebaikan_

Rumah yang dihadiri malaikat

RUMAH-RUMAH YANG DIHADIRI MALAIKAT RAHMAT.

Diantaranya adalah :

1. Rumah yang diliputi zikir kepada Allah SWT yang di dalamnya ada rukuk dan sujud.

2. Rumah yang senantiasa bersih dan tidak ada najis.

3. Rumah yang penghuninya adalah orang-orang yang jujur dan menepati janji.

4. Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim.

5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal.

6. Rumah yang dihuni oleh orang yang senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

7. Rumah yang senantiasa ada tilawah Al-Quran.

8. Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu.

9. Rumah yang penghuninya ada isteri salehah.

10. Rumah yang bersih dari barang-barang haram.

11. Rumah yang di huni oleh mereka yang melakukan solat-solat sunat.

12. Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana’ah, dermawan pemaaf yang senantiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.

Di bawah ini akan saya paparkan beberapa dalil yang menunjukkan pada hal di atas :

Mengenai orang-orang yang berada dalam majlis zikir Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

 "Jika kalian melewati kebun-kebun syurga maka singahlah di tempat itu! Para sahabat berkata, “Apa yang dimaksud dengan kebun-kebun syurga itu wahai Rasulullah?”

Nabi S.A.W bersabda;
 “Kelompok manusia yang berzikir. Kerana sesungguhnya Allah memiliki malaikat-malaikat yang senantiasa keliling mencari kelompok manusia yang berzikir dan jika mereka datang ke tempat mereka malaikat itu dan mengitarinya,"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar sebagaimana disebutkan oleh An-Nawawi dalam buku Al-Adzkar.

Dalam hadis lain disebutkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

“Tidaklah sekali-kali sebuah kaum duduk dengan berzikir kepada Allah kecuali mereka akan dikelilingi malaikat dan akan disirami rahmat dan akan turun kepada mereka ketenangan. Allah akan menyebutkan tentang mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya” (HR. Muslim)

Ini semua menunjukkan bahawa zikir kepada Allah di rumah kita akan menjadikan malaikat memasuki rumah kita dan akan berada dengan kita.

Sebaliknya rumah yang dikosongkan dengan dari zikir maka malaikat juga akan menjauhinya. Atau pun rumah yang di gantung gambar makhluk bernyawa atau patung makhluk bernyawa tidak akan di masuki oleh malaikat rahmat.

Sementara itu orang yang membaca Al-Quran disebutkan dalam sabda baginda S.A.W. :

“Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan datangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan membanjir pula kebaikan ke dalamnya, jika dibacakan Al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan akan didatangi syaitan serta tidak akan banyak kebaikan di dalamnya, jika tidak dibacakan Al-Quran” (HR. Ad-Darimi).

Azam tahun baru para isteri

Azam tahun baru untuk para isteri
Kuliyyah Jumaat
.
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.
.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
.
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
.
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin...agar kita bkal mnjdi ketua bidadari utk suami kite d syurga kelak....lindungi walau shelai rambut...litupi walau hnya tapak kaki yg kita rsa hnya berada d bawah..tp ia yg bkal mnntukn ke syurga kah kita.
.
Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.
Related Posts with Thumbnails