Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, September 27, 2009

KISAH RUQYAH 5: Rasukan Jin Kubur

Disini saya ingin kongsikan kisah rasukan jin yang berlaku ketika saya bercuti raya dikampung baru-baru ini. Cerita ini diperolehi daripada beberapa orang rakan saya termasuklah anak kepada perawat yang kebetulan mengikuti bapanya ketika menangani gangguan berkenaan.

Menziarahi dan mensedekahkan bacaan al-quran dan doa sudah menjadi kelaziman masyarakat dikampung berkenaan apabila tiba musim perayaan sempena mengingati pemergian orang yang tersayang serta memanfaatkan masa dihari yang mulia dan penuh makna.

Ceritanya bermula apabila tiga orang termasuk seorang makcik dan dua orang anak gadis telah pergi menziarahi kubur pada hari raya ke-3. Setelah balik sahaja dari tempat perkuburan tersebut dengan tidak disangka-sangka mereka ini telah dirasuki oleh jin setiap seorang dan gangguan lebih ketara apabila menjelang waktu maghrib dan sehingga tengah malam. Ketiga-tiga pesakit tidak sedarkan diri dan meronta-ronta sehingga sukar dikawal menyebabkan ahli keluarganya berusaha mencari perawat yang dikenali dikampung berkenaan.

Akhirnya Pak Agus iaitu perawat yang disegani telah dipanggil untuk mengawal keadaan. Beliau sering kali akan dipanggil dan dirujuk oleh orang ramai apabila terjadi penyakit atau gangguan luar biasa. Pak Agus berasal dari Indonesia tetapi menetap serta berkahwin dengan penduduk tempatan serta mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan.

Menurut cerita anaknya lagi, jin dalam badan berkenaan mendakwa bahawa kononnnya mereka telah menganggu barang kepunyaan jin di kubur tempat mereka ziarah siang tadi tetapi tidak pula dinyatakan bentuk barang atau kesalahan yang dilakukan oleh orang itu tadi.

Saya cuba bertanya dengan anak perawat tadi bagaimana dan apa kaedah yang digunakan oleh bapanya ketika menangani ketiga-tiga pesakit berkenaan,namun tidak dapat menjelaskan memandang beliau agak kurang berminat mewarisi kebolehan dan ilmu yang dimiliki oleh bapanya.

Walau bagaimanapun, saya sertakan video pendek suasana yang sempat dirakam dengan telefon bimbit ketika ahli keluarga dan rakan-rakan ketika cuba membantu dan menenangkan keadaan pesakit daripada menjadi lebih teruk.

Video Rasukan Jin Kubur : Raya Ke-3

Monday, September 21, 2009

Salam Syawal


Assalamu'alaikum WBT

Sempena Syawal yang baru tiba ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada semua dan mohon maaf sekiranya ada salah dan silap samaada segaja atau tidak.

Diharapkan ibadat pada bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT dan semoga dapat berjumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang dan sentiasa dikurniakan limpah rahmat yang berkekalan.

Ikhlas Daripada:

[ Wan Sudirman - Editor SIMAAS ]


Monday, September 14, 2009

Satu Kisah Malas!


Salam..
Tidak dinafikan banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi sejak akhir-akhir ini..agak letih juga akal dan minda dibuatnya..Apa kata kita reliks sekejap dgn satu cerita ini...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

-Petikan Blog Bujang Susah-

Sunday, September 13, 2009

Mendapatkan lailatul qadar

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.

Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.

Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan. Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya. Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.
Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.
Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".

Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut. Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai. Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini,
Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya,
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.

Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.

Tuesday, September 8, 2009

KISAH RUQYAH 4:Sukar Dikawal Terlalu Nakal

Lokasi di Taman Yen Yen Matang, Kuching

Seorang ayah yang merupakan seorang guru telah mengadu bahawa anak lelakinya yang berumur 8 tahun agak lain sedikit perangai dan kenakalannnya berbanding kanak2 lain yg sebaya dengannya sehingga amat sukar dikawal dan dibentuk oleh ibubapa. Pembelajaran disekolah juga terganggu disebabkan masalah ini dan selain degil ia susah menerima amaran dan nasihat oleh sesiapa sahaja termasuk guru sekolahnya.

Melihat keadaan ini si ayah amat risau lebih-lebih lagi anak ini hampir setiap malam menjerit waktu tidur serta menurut cerita ayahnya lagi anak ini juga pernah menjerit ketika dalam keadaan sedar semada ketika dirumah ataupun di sekolah. Menurutnya lagi jeritan adalah disebabkan anak tersebut melihat kelibat lembaga hitam yang ingin berada rapat atau berkawan dengannya. Dan ketika itu jugalah beberapa anggota badan si anak ini akan merasa sakit.
Sebelum ke rumah pesakit kami singgah dulu di Pejabat Hikmah Kuching untuk mendengar sedikit pengisian dan saya diberi penghormatan untuk mengimami solat Isya' malam tersebut.
Kali ini kami datang bertiga termasuk Asri dan Jalot. Sampai dirumah kami disambut oleh ayah budak berkenaan sementara ahli keluarga yang lain telah tidur termasuk anak yg hendak dirawat. Ketika dipintu rumah sahaja kami sudah dapat merasa satu perasaan 'ganjil' menandakan suatu kes yang mencabar terpaksa dihadapi malam ini. Namun kami tetap mengharapkan bantuan dan petunjuk dari Allah kerana Dialah Yang Maha Mengetahui.
Si ayah mendapatkan anaknya yang hendak dirawat dan pada ketika itu kami sudah dapat melihat reaksi anak tersebut lebih-lebih lagi ia baru dibangunkan dari tidur dan dengan keadaan matanya yang masih tertutup agak sukar untuk bekerjasama walaupun cuba dipujuk oleh ayahnya. Berdasarkan simptom seperti yang diceritakan tadi saya cuba memlakukan scaning pada point anggota yg sakit iaitu dibahagian kaki. Seperti biasa saya akan mulakan bacaan asas ayat ruqyah Al-Fatihah, Al-Baqarah dan seterusnya beberapa ayat ruqyah yang lain.
Setelah membaca beberapa ayat saya cuba mendapatkan kepastian kesan bacaan dan anak tersebut menyatakan seolah-olah sakit tersebut bergerak dan beralih ketempat anggota lain. Saya teruskan dapatkan point yg sakit tersebut dan membaca lagi..dan ia bergerak ke tempat lain lagi. Setelah beberapa lama membuat scaning saya cuba menawarkan dialog namun memandangkan anak tersebut agak sukar untuk bekerjasama ditambah lagi dengan perasaan mengantuknya saya cadang menangguhkan rawatan akan datang pada sebelah siang pula. Nampaknya masalah anak ini terpaksa dibuat rawatan susulan.
Asri mengambilalih dengan membaca ayat utk memulihkan dan sebagai pendinding dan saya
meruqyah air sebagai minuman dan mandi sebagai ikhtiar usaha penyembuhan bagi melihat perubahan dalam tempoh seminggu akan datang.
Bersambung..

Wednesday, September 2, 2009

Petua Mencari Malam Lailatul Qadar!


Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w (Selawat dan salam ke atas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' ialah untuk mencari malam lailatul qadar;

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I)AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

WALLAHU'ALAM

Related Posts with Thumbnails