Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, March 30, 2010

Kenapa Mesti Ilmu Sihir?


Dalam sebuah Negara Islam, apakah hukuman ke atas mereka yang mengamalkan ilmu sihir? Apakah pendirian Negara Islam ke atas mereka yang menggunakan ilmu sihirnya dengan tujuan membunuh dan merosakkan mana-mana bahagian tubuh seseorang dengan ilmu sihirnya?


Sebenarnya kedudukan ilmu sihir ini bukan sahaja buruk di sisi umat Islam dan Negara Islam, malah dalam suatu kelompok masyarakat Barat Kristian pada suatu masa dahulu, ilmu sihir dan para pengamalnya telah dihukum bunuh.


Mereka akan menangkap ahli sihir, mengikatnya di sebatang tiang, meletakkan kayu api di sekeliling ahli sihir itu dan akhirnya mereka membakarnya hidup-hidup sehingga ahli sihir itu mati bersama ilmu-ilmunya yang merosakkan itu.


Hal-hal begini boleh kita tonton lewat filem-filem seram yang dicetak oleh 'madrasah' Hollywood ke serata dunia suatu ketika dahulu. Daripada suatu segi, kita berkongsi pandangan yang sama dengan Kristian terhadap isu ilmu sihir ini.


Hanya akhir-akhir ini saja, Hollywood menjulang ahli sihir dan pengamalnya ke taraf yang tinggi melalui Harry Porter. Tetapi, dalam pada itu pun, masih kita terdengar beberapa laungan dan kritikan gereja terhadap filem berkenaan.


Demikian kedudukan ilmu sihir dalam kacamata pandangan Islam. Satu-satunya agama samawi yang mungkin masih terlibat di dalam amalan ilmu sihir itu ialah agama Yahudi.


Kabbalah, salah satu pegangan dan amalan dalam agama purba Yahudi itu, dianggap oleh sesetengah pengkaji sebagai ilmu yang berasal daripada Mesir Purba; amalan ahli-ahli sihir Firaun yang pernah bertempur dengan mukjizat Nabi Musa suatu ketika dahulu.


Agama Islam telah memutuskan bahawa ilmu sihir ini adalah ilmu yang haram diamalkan. Bagaimanapun terdapat juga khilaf yang menyatakan bahawa ilmu ini harus diajar. Manakala sesetengah ulama lain menganggap, ilmu ini haram diajar.


Namun, kedua-dua aliran ini sepakat menyatakan bahawa ilmu sihir ini haram diamalkan. Itu jelas. Tapi, kita berdepan dengan suatu masalah baru ketika membincangkan hal ini. Iaitu jika agama telah merumuskan bahawa ilmu sihir ini haram diamal maka kenapakah negara, pihak pemerintah, penguasa, khasnya parti politik tidak mengharamkannya di dalam negara itu?


Mungkin, jawapannya ada pada kenyataan lewat pidato penyandang presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini ketika Tanah Jawa sedang menyaksikan pertarungan merebut jawatan Presiden Indonesia.


"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya," kata calon presiden tersebut dalam sebuah majlis doa selamat di Cikeas, Bogor.


"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al-Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden) bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu.


Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya. Demikianlah serba ringkas petikan laporan tersebut.


Ilmu sihir dalam pemerintahan

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir).


"Mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil; Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum menyatakan: "Sesungguhnya kami hanya ujian (kepadamu), sebab itu janganlah kamu kafir".


"Maka mereka mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu melalui sihir itu untuk menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan, mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.


"Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, jika mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 102)


Daripada nas di atas, dapatlah kita fahami bahawa, ilmu sihir telah masuk merebak dalam pemerintahan negara. Sulaiman a.s bukanlah pengamal sihir sebenarnya walaupun baginda dapat menundukkan jin.


Ilmu sihir ini diajar oleh dua malaikat; Harut dan Marut. Apabila lafaz ini diMelayukan maka lahir istilah karut-marut yang sering digunapakai dalam bualan kita ketika merujuk hal-hal yang melibatkan ilmu sihir ini.


Sihir yang mengakibatkan cerai-berai paling utama!

Daripada nas itu juga, dapatlah kita rumuskan bahawa antara banyak ilmu sihir seperti santau, pukau, minyak pengasih, minyak dagu, dan minyak senyonyong, maka ilmu sihir yang melibatkan kes cerai-berai antara suami isteri itulah yang paling utama dan dahsyat sekali.


Kita tak tahu kenapakah ilmu sihir yang melibatkan cerai-berai antara suami isteri ini amat dahsyat. Tapi, kalau tidak hebat penangannya, maka Allah s.w.t tidak merakamkan kegunaan ilmu sihir guna merosakkan pernikahan itu dalam al-Quran sebagai yang disebutkan dalam nas di atas.


Tuhan tidaklah menerangkan ilmu-ilmu pengasih yang membuat seseorang dara jatuh cinta kepada seseorang jejaka, ilmu pukau sehingga menyebabkan seseorang itu terkhayal tidak sedarkan diri sebagai sihir yang utama, sebaliknya ilmu sihir untuk pecahbelahkan keluarga itulah yang telah dibangkitkan secara jelasnya di dalam kitab suci pegangan umat Islam itu.



Hukum bunuh kepada pengamal ilmu sihir?

Sepotong hadis menyebutkan: "Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apa itu?" Baginda bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa alasan yang hak, makan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh orang-orang yang beriman yang menjaga diri dari lalai." (Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat at-Tarmizi, Jundub bin Ka'ab As-Sa'di, meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawa dalam hukum Islam hukuman dari pengamal sihir adalah dipenggal dengan pedang.


Telah ada riwayat daripada kaum ulamak salaf yang menfatwakan supaya pengamal sihir itu dibunuh. Diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam sahihnya, daripada Bajalah bin 'Abdah, berkata 'Umar bin Al-Khattab: "...agar membunuh para tukang sihir." Maka, kami membunuh tiga tukang sihir.


As-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab di dalam Kitab At-Tauhidnya berkata: "Telah sahih daripada Hafshah bahawa beliau memerintahkan agar membunuh budak yang menyihirnya." Dan telah sahih pula daripada Jundub r.a.


As-Syeikh Abdul Rahman bin Hasan dalam Fathul Majid berkata: "Diriwayatkan pula yang menyatakan (tukang sihir harus dibunuh) daripada Umar, Usman, Ibnu Umar, Hafshah, Jundub bin Abdullah, Jundub bin Kaab, Qais bin Sa'd, dan Umar bin Abdul Aziz.


Cukuplah kita melihat betapa bahayanya ilmu sihir ini dengan melihat nas ini - Sesiapa yang mendatangi 'arraaf (tukang ramal) dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak akan diterima solatnya 40 hari. (Muslim)


Cuma dengan mengunjungi tukang tenung, tukang ramal dan tukang tilik, lalu mempercayai kata-katanya, maka solat tidak diterima oleh Allah s.w.t.


"Mereka yang bertemu tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang tukang ramal itu katakan, sesungguhnya dia telah kafir ke atas apa yang telah diturunkan kepada Muhammad." (Riwayat 4 Ahlu Sunan, disahihkan oleh Hakim).



Oleh Ibrahim Batturah al-Haddad

Sunday, March 28, 2010

Allah Berdialog Dengan Iblis..


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas bin Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)".

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan (pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Monday, March 22, 2010

KISAH RUQYAH 10: 'Kembalikan Kepalaku' Part 3



Memang dah dijangka tukang sihir akan menghantar lagi sesudah jin2 yang terdahulu telah diIslamkan dan dikeluarkan dengan izin Allah. Kali ini sekali lagi bapa pesakit menelefon menyatakan reaksi anaknya agaknya berbeza sedikit berbanding biasa dan minta dirawat semula.


Walaupun dapat menguruskan diri sendiri seperti mandi, berpakaian, makan, bercakap dan sebagainya tetapi pada waktu tertentu anaknya tiba2 marah tak tentu pasal atau masalah2 kecil boleh menimbulkan kemarahannya. Perkara ini berlaku 2 hari selepas rawatan yg lepas.

Banyak kali juga bapa pesakit menelefon minta datang 'melihat' dan merawat anaknya semula tetapi memandangkan terdapat komitmen lain yang tidak dapat dielakkan menyebabkan permintaan agak lambat ditunaikan dan kami juga memahami keadaan keluarga mangsa, walaubagaimana pun dalam tempoh berkenaan kami telah ajarkan sedikit kaedah untuk mengawal pesakit tersebut sebelum kami datang untuk merawat nanti.


Setiba dirumah pesakit pada hari yang dijanjikan, kelihatan sudah ramai ahli keluarga dan jiran sebelah telah menunggu untuk melihat sendiri bagaimana rawatan akan dilakukan. Pesakit telah dipanggilkan dan kelihatan agak baik sedikit berbanding sebelum ini namun masih ada gangguan dalam badan.


Pesakit diminta berbaring untuk memulakan rawatan. Tangan diletak atas kepala pesakit sambil membaca muqadimah, doa dan surah Al-A'la untuk memanggil jin dalam badan pesakit untuk berdialog dan ternyata jin pun bercakap;

Ajeri: Siapa lagi yang masuk menganggu ni?
Jin: Aku Baja..

Ajeri: Kenapa kau masuk dan ganggu dia? Tak takut sakit ker? InsyaAllah kau akan rasa sakit sekiranya kau degil dan tidak mahu keluar apabila ayat2 Allah dibaca nanti.

Jin: Aku disuruh oleh tuan ku. Aku ditangkap dan dipeliharanya dalam botol sejak umur aku 1 tahun lagi. Kami nak keluar dari badan ni..kami nak main.

Saya: Jadi,berapa umur kau sekarang?
Jin: 10 tahun.
(Patutlah..masih kanak2..kejam punya tukang sihir)

Saya: Ada berapa jin dalam badan ni sekarang?
Jin: 3..aku, B dan C..umur kami bertiga sama.

Ajeri: Bagaimana kamu dapat masuk sedangkan tempohari rumah ini sudah di'pagar'?
Jin: Kami masuk melalui jamban (tandas).

Saya: Dimana tuan kau simpan dan pelihara kamu bertiga selama ini?
Jin: Dalam botol.Tuan aku pun simpan nyawanya dalam botol sebab dia dah lemah.
(nyawa simpan dalam botol? tak faham..tak apa biarkan dulu nanti siasat balik)

Ajeri: Ada lagi ke jin diluar sana atau dirumah tuan kau yang standby nak masuk lagi?Jin: Tak ada.Kami bertiga yang last.(pada fikiran saya tukang sihir dah habis modal)

Saya: Oklah sekarang kami ingin membuat perhitungan terakhir..kami percaya kau dapat lihat keadaan tuan dan botol2 yang ada dirumah tuan kau sekarang. Kami cuba pecahkan botol2 itu dengan izin Allah dan kau perhatikan apa yang berlaku.

(Ajeri membuat pukulan dengan rotan dengan niat untuk menyerang penyihir serta memecahkan botol2 berkenaan)

Ajeri: Apa yang kau nampak sekarang?
Jin: Tuan ku sedang mengerang kesakitan yang teramat sangat dan botol2 semua sudah pecah.


Saya: Alhamdulillah..biarkan dia dan selebihnya itu urusan Allah. Kami mahu kamu bertiga keluar sekarang dan masuk Islam dahulu. Sebelum masuk Islam dan belajarlah dengan sungguh2 mudah2an nanti dapat menjadi guru pada jin2 lain. Kami akan hantar ke Mekah dan disana akan dapat bertemu dengan guru2 dikalangan jin.
Jin: Kami setuju.

Setelah diIslamkan jin2 berkenaan diarah bergerak dan berkumpul dikaki sebelah kanan pesakit untuk ditarik serentak dan dihantar ke Mekah. Ajeri melakukan proses terakhir dan pesakit pun sedar.

Seperti biasa pesakit ditinggalkan dengan air dan limau untuk minum dan mandian.

Semua yang berlaku atas bantuan dan izin Allah.


*Sebagai orang baru dalam dunia rawatan Islam, Alhamdulillah banyak pengajaran dan pengalaman yang kami dapat daripada kes kali ini.


Wednesday, March 17, 2010

Lelaki Juga Manusia Biasa..



Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.


1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.Lelaki akan terikat dengan bebanan itu.

Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.


6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) . Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.

Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.


7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.


8. Golongan Adam memang suka berasmara.Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya.

Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.


9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.


10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Wallahu'alam


Susunan ROSMAWATI MION

Tuesday, March 16, 2010

Orang kampung kata..'Gila Meroyan'

Kelahiran bayi yang dinantikan selama ini seharusnya memberi sinar baru dalam kehidupan. Anda sepatutnya bergembira dengan kelahiran si manja. Namun yang demikian, terdapat segelintir ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut ‘meroyan’.

Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah sebegini dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi mereka. Sehubungan itu, terdapat doktor yang boleh mengesan masalah ini sejak daripada ibu hamil lagi. Namun yang demikian, jumlahnya terlalu kecil. Doktor-doktor tersebut biasanya merupakan doktor yang biasa dikunjungi oleh ibu bagi setiap kehamilannya.

Dengan itu, doktor berkenaan mudah bertindak balas dari awal lagi untuk menghalang masalah kemurungan daripada terus berlanjutan. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan tumpuan sewaktu melakukan sebarang jenis kerja, mudah tersentuh sehingga mengalirkan air mata, tidak berselera makan, bimbang tanpa ada sebab dan yang seumpama dengannya, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar ginekologi dan obstetrik anda secepat mungkin. Ini kerana simptom-simptom itu adalah antara petanda anda mengalami masalah post partum. Sebelum terlambat, lebih baik anda mencegahnya terlebih dahulu.

Terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Anda perlulah bersikap realistik dan jangan sesekali mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan anda sendiri.

Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu anda menghalang kemurungan selepas bersalin secara psikologi.

1. Sesuaikan diri
Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.

2. Rehatkan diri
Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

3. Tidur
Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Bersenam
Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.

5. Usah risau
Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.

6. Bantuan
Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.

7. Kawan
Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.

8. Belajar
Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.

9. Tiada yang sempurna
Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.

*p/s- Jika semua perkara di atas telah dilakukan dan masih tiada perubahan yang ketara maka, berusaha berubat secara rohani kerana boleh jadi semangat itu sendiri yang perlu dirawat.

Sunday, March 14, 2010

Kalau Baran?..Guna Ayat Ruqyah!

Soalan:
Saya mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan.
Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?


Jawapan:
Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2:
'Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun'. (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155: Bahawasanya,
'Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar'.

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156):
'(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali'.

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”. Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:
1. Doa (kurniaan),
2. Rahmat dan;
3. Hidayah daripada-Nya di dalam ayat seterusnya (2:157):
'Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya'.

Bagi mengatasi masalah baran suami puan, cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:
''Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya!' (21:69).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin. Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami puan, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:
'Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya) Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung.

Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama-Nya yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya)'. (3:200).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim. (Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi.

[Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

Wednesday, March 10, 2010

KISAH RUQYAH 9: 'Kembalikan Kepalaku'.. Part 2





Lokasi : Kampung Empila, Kota Samarahan


Hati kecil ini merasa kasihan apabila mendapat tahu bahawa gadis yg baru sahaja tenang setelah jin dikeluarkan oleh Ajeri tiba2 sekali lagi dirasuk tak sampai 5 jam dan sehingga beliau menerima 25 missed call daripada bapa gadis berkenaan.


Keadaan ini sudah cukup mengambarkan betapa resah dan risaunya seorang bapa melihat keadaan gangguan yg sekali lagi datang menganggu anaknya.


Apakah yang menyebabkan gangguan ini berulang-ulang?..mari ikuti kisahnya.


Dipendekkan cerita..sampai sahaja kami dirumah pesakit kelihatan sudah ramai ahli keluarga menunggu termasuklah jiran sebelah. Memang sudah kebiasaan org kampung apabila salah satu keluarga yg ditimpa kesusahan mereka akan cuba membantu setakat yg mampu dan turut sama merasai serta mendekatkan diri bersama keluarga yg dilanda masalah berkenaan.


Pesakit dibawa ke ruang yg lebih luas supaya sesi merawat lebih selesa dan memudahkan ahli keluarga membantu mana2 yg patut. Kelihatan anak gadis yg berusia 17 tahun ini agak lemah kerana tidak dpt makan akibat gangguan ini.


Difahamkan dari cerita bapa gadis ini anaknya tidak sempat menduduki SPM tahun ini kerana telah mendapat gangguan sebelum peperiksaan SPM diadakan. Beliau juga sudah berbincang dgn pihak sekolah supaya anaknya dpt mengambil peperiksaan dirumah sahaja memandangkan masalah yg dialaminya bukan sakit klinikal.


Memandangkan kes ini adalah lanjutan, maka Ajeri memulakan rawatan seperti biasa dan ternyata jin dalam badan anak gadis ini dpt bercakap. Sesi dialog pun bermula..


Ajeri: Siapa pulak yg masuk ni bukankah yg dulu sudah dikeluarkan?

Jin: Aku jin burung..aku dihantar oleh tuan ku utk ganggu budak ini.


Ajeri: Kenapa kau sibuk nak ganggu sedangkan ada byk benda lain yg perlu kau buat?

Jin Burung: Aku terpaksa kerana sayap aku telah diambil dan disimpan oleh tuan ku dan sekiranya ingin dptkan balik sayap tersebut aku kena ikut arahannya. Aku mahu sayap aku balik supaya aku dpt terbang.


Saya: Selain kau ada siapa lagi yg ada dlm badan budak nie?

Jin Burung: Ada..jin ular sedang duduk dlm perut.


Saya: Selain yg sudah ada dlm badan ini..ada lagi ke jin yg diarah tuan kau diluar sana yg mahu masuk lagi?

Jin Burung: Ada..jin beruang, dia sudah sedia mahu masuk menunggu arahan tuannya.

Saya:Tak payah tunggu tuan kau arah..panggil dia masuk.


(Reaksi gadis tersebut sedikit berubah..jin beruang masuk)


Saya: Siapa kau?

Jin: Beruang.


Saya: Baiklah beruang kau jadi wakil rundingan sekarang..aku nak tanya kenapa kau, burung dan ular sanggup diarah masuk oleh tuan kau utk ganggu budak ini?

Jin Beruang: Kami terpaksa kerana aku sendiri telah diambil tulangnya oleh tuan ku..burung telah diambil sayap dan ular telah diambil badan.


Saya: Aku mahu kamu bertiga keluar dari badan budak ini dan aku tawarkan masuk Islam dan apabila sudah Islam maka bertaubatlah serta beribadatlah spertimana sebagai penganut Islam dan nanti bolehlah berdoa kpd Allah supaya digantikan yg baru apa yg telah diambil itu supaya kamu bertiga dpt hidup kembali seperti sediakala. Yakinlah pada Allah.

Jin Beruang: Kami yakin dan berjanji tolonglah kami.


Saya pimpin mengucap syahadah dan mereka dpt mengikutnya dgn baik serta diberikan nama baru Islam masing2. Saya menarik keluar beruang yg berada ditangan kanan dan Ajeri menarik burung disebelah tangan kiri. Manakala ular masih ditinggalkan utk beberapa soalan lagi.


Saya: Cuba kau lihat bagaimana keadaan tuan kau ketika ini?

Jin Ular: Keadaannya seperti nyawa2 ikan dan mukanya sudah teruk akibat kesan dari perawat sebelum ini dan sehinggalah sekarang.


Memang sebelum ini gadis berkenaan telah dirawat oleh beberapa rakan perawat kami dan mengeluarkan jin2 yg dihantar oleh tukang sihir sebelum ini namun tukang sihir tersebut tetap mahu menghantar jin2 baru sehingga matlamatnya tercapai.


Jin ular diminta utk melihat kesan lontaran oleh Ajeri dgn ayat Furqan 23. Ternyata lontaran tersebut memberi kesan kepada tukang sihir tersebut dan keadaannya semakin teruk. Saya juga mengarahkannya supaya dpt memberitahu lubang2 dan tempat2 disekeliling rumah tersebut yang membolehkan jin masuk.Terdapat 2 lokasi yg ditunjukkan dan saya meminta Ajeri utk membaca ayat pendinding pada garam yg disediakan supaya ditabur disekeliling rumah berkenaan oleh tuan rumah sendiri nanti.


Sesi khidmat jin ular sudah berakhir. Kali ini saya tidak menarik ia keluar tetapi saya ajarkan kepadanya utk berdoa sendiri kepada Allah untuk keluar dan memandangkan baru Islam saya pimpin jin tersebut utk mengangkat tangannya sendiri dan berdoa kepada Allah minta diterima sebagai Islam, dirahmati,dilindungi dan diberikan badan yg telah diambil oleh tukang sihir yg lalu.


Dan setelah doa diaminkan Maha Suci Allah badan gadis tersebut seperti terangkat dan dengan serta-merta terus sedar. Setelah sedar saya arahkannya bersyahadah beberapa kali.


Kita lihat apa kesudahan cerita ini yg mana tukang sihir berkenaan tidak serik2 menghantar jinnya utk mengganggu budak ini. Namun semua yg berlaku adalah atas pengetahuan Allah dan akan mendapat balasan yg setimpal di atas segala perbuatan.


Nampak macam mudah tapi semuanya adalah atas izin dan kekuasaan Allah.


Related Posts with Thumbnails