Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, July 28, 2009

Mimpi 3 Orang Berjubah Putih!

Assalamualaikum,
Disini saya ingin kongsikan apa yang dialami oleh saya pada cuti minggu lalu.
Beberapa malam yang lepas saya telah bermimpi sedang melakukan rawatan dan ruqyah dengan penuh yakin kepada beberapa orang dewasa dan kanak-kanak.

Dan pada malam yang sama juga zaujah saya bermimpi rumah kami telah didatangi oleh 3 orang lelaki berjubah putih dengan wajah dan kulitnya bersih berseri. Sambil memberi salam mereka bertanyakan samada saya ada dirumah (seperti mencari dan mahu berjumpa dengan saya) kebetulan dalam mimpi itu saya tiada dirumah. Sebelum mimpi pada malam tersebut zaujah saya telah masuk tidur dalam keadaan berwuduk.

Malam sebelum mimpi itu juga saya telah berjumpa dan berbicara seketika dengan Us. Hashim Man (yang pernah disebut sebelum ini) di Surau Darul Mutaqqin setelah beliau selesai mengimami solat isyak. Antara lain yang kami bualkan ialah berkenaan jadual program terbaru di masjid tempat beliau bertugas sekarang serta beberapa pengisian lain di masjid berkenaan.

Oleh yang demikian, berdasarkan catatan tersebut saya yang dhaif ini mohon kongsi pengalaman dan ilmu kerana saya percaya tuan-tuan dan guru-guru diluar sana mungkin ada maksud dan tafsirannya.

Moga Allah merahmati kalian untuk sama-sama memberi masa dalam mencatat ilmu dan pengalaman tuan-tuan dalam ruangan ini.

Saturday, July 25, 2009

Syaaban dan Kelebihannya



Ada baiknya untuk diri saya dan tuan-tuan mengimbas kembali sedikit sebanyak maklumat mengenai bulan Syaaban dan kelebihan yang terdapat didalamnya supaya kita dapat mengambil peluang dan manfaat di atas kelebihannya tersebut ,insyaAllah.


Pengenalan
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Wednesday, July 22, 2009

Ia Berkunjung Ke Rumah Saya!

Dulu pernah dihebahkan dalam berita televisyen dan media massa mengenai kumbang yang menyerupai seakan-akan muka manusia. Namun kali ini saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat sendiri secara dekat dan masih hidup yang mana ia pernah menarik perhatian orang ramai suatu ketika dulu. Beberapa hari lepas ia telah dijumpai hinggap di koridor rumah saya entah datang dari mana dan tidak perlu saya nak tercari-cari serangga yang aneh tersebut malah ia datang sendiri ke rumah saya seizin Allah.

Selain bahagian belakang seolah-olah muka manusia, apa yang menariknya tentang serangga ini ialah ia tidak liar dan senang didekati sehingga gambar seperti dibawah dapat diambil. Pengunjung blog boleh melihat sendiri rupanya dimana ia boleh dilihat dalam dua keadaan terbalik. Menarik ciptaan Allah kan? Subhanallah!






























Tuesday, July 21, 2009

Kemalangan di Jejantas Satok, Kuching

SATOK, Kuching 21 Julai 2009

Hati saya tiba-tiba sangsi apabila melihat kesesakan jalan yang teruk apabila melalui jalan 'fly over' menuju ke Satok iaitu yang jalan biasa digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja. Apabila kenderaan saya menghampiri jejantas Satok, rupa-rupanya ada kemalangan ditempat berkenaan dimana telah membabitkan seorang pejalan kaki dan seorang pemandu kereta kancil.
Saya melihat orang ramai sedang mengerumuni satu orang mangsa perempuan yang sedang terbaring ditengah jalan akibat cedera parah sambil beberapa orang awam cuba memberi rawatan awal sementara menunggu kenderaan kecemasan tiba. Kelihatan mangsa masih dalam keadaan sedar telah mengalami kecederaan yang teruk menyebabkan darah banyak terkeluar sehingga mengena jalan dan beg bimbit mangsa. Saya berhasrat untuk membantu tetapi memandangkan ramai yang telah menghulurkan bantuan termasuk seorang doktor, saya biarkan mereka untuk melakukan apa yang terbaik disaat itu sementara menunggu pasukan kecemasan tiba.
Menurut 2 orang remaja yg menjadi saksi kepada kes tersebut menceritakan, mangsa sebenarnya ingin melintas jalan dari Wisma Satok ke seberang KFC iaitu dalam keadaan jalan yang tengah sesak, tiba-tiba dilanggar oleh kereta kancil sehingga mangsa melambung ke cermin kereta dan terjatuh ke jalan beberapa meter sehingga cermin kereta berkenaan pecah. Mangsa yang dilanggar seorang wanita berumur dalam awal 50-an dan pemandu kenderaan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an juga. Walaupun sudah ada jejantas untuk menyeberang, mangsa masih lagi mahu mengundang bahaya dengan melintas tanpa menggunakan jejantas. Akibatnya malang tidak berbau dan telah menimpa kepada mangsa tersebut.
Saya sertakan saat-saat mencemaskan tersebut dan turut merasa bangga dengan keperihatan orang yang telah menghulurkan bantuan untuk membantu mangsa. Didoakan semoga mangsa selamat dan cepat sembuh.





















































Monday, July 20, 2009

POCONG ?









(Gambar: KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4)


Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

KUANTAN: Penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran gempar apabila seorang penduduk di tanah rancangan itu dapat merakam gambar pocong atau makhluk berbalut kain kafan menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan gambar berkenaan, pagi kelmarin. Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya. "Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan tele-
fon bimbit," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya. Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan. "Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya. Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

Sumber: Berita Harian 20 /07/09

Sunday, July 19, 2009

Israk di Tabuan, Mikraj di Gita..(Versi SIMAAS)


Alhamdulillah, segalanya bagaikan telah diatur dimana pada hujung minggu ini saya dan sahabat SIMAAS yg lain berkesempatan memanfaatkan beberapa pengisian berterusan. Berikut adalah sedikit catatan utk dikongsikan bersama.


24 Rejab 1430H (17 Julai 2009M)-Jumaat
Saya telah menerima jemputan majlis doa selamat dari sahabat saya Asri dimana ahli keluarganya (ibu,abang dan 2 org adik) akan menunaikan umrah dan akan berlepas pada hari ahad 19 Julai 2009. Kedudukan rumah saya dgn rumah Asri tidak jauh dan kebetulan saya memang tiada apa2 program pada malam tersebut. Agak ramai juga tetamu yg hadir pd majlis tersebut termasuklah ahli keluarga terdekat, jiran, jemaah masjid, rakan sekerja yg turut sama2 mendoakan semoga ibadah mereka diterima serta selamat pergi dan selamat kembali. Antara sahabat SIMAAS yg turut hadir pd malam tersebut ialah Jalot dan Pie. Pengisian majlis antara lain ialah berzikir, berzanji dan bacaan doa selamat. Semua program telah berjalan dgn sempurna dan akhir sekali para jemputan telah dihidangkan dgn jamuan makan.

25 Rejab 1430H (18 Julai 2009M)-Sabtu
Petangnya pula saya menerima SMS dari Jalot menyatakan ada ceramah sempena memperingati peristiwa israk mikraj di Kpg Tabuan Cemerlang dimana penceramahnya adalah Ustaz Azmi Ashaari dan seterusnya mempelawa utk bersama2 menghadiri ceramah berkenaan. Us. Azmi adalah antara rakan ustaz yg agak rapat dan senang utk berbicara dgn kami. Justeru, sudah kebiasaan dari situ nanti kami akan mengambil kesempatan utk mengajak beliau utk bermuzakarah disamping dpt merujuk hal agama apabila selesai program ceramah itu nanti.

Memandang saya dan Asri tidak berapa pasti lokasi surau berkenaan maka khidmat sahabat Jalot pemilik kereta Myvi berwarna merah diperlukan utk menjemput dari rumah supaya dpt bergerak bersama dgn satu kenderaan sahaja. Kami memutuskan supaya bergerak selepas solat maghrib dan akhirnya kami tiba juga dilokasi surau berkenaan walaupun ceramah telah bermula. Kami disambut baik oleh jemaah dan AJK suarau sambil menghulurkan sebotol mineral water setiap seorang sebagai utk menghilangkan dahaga.

Di sini dpt diperhatikan para jemaah kelihatan begitu khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan oleh Us.Azmi. Memang tidak dinafikan beliau memang seorang penceramah yg berkebolehan dan disegani ramai sehingga para jemaah tidak berganjak sejak mula lagi sambil menyelitkan unsur-unsur lucu dan pengajaran Banyak topik kemasyarakat telah dikupas oleh beliau disamping mengaitkannya disebalik cerita kisah israk mikraj itu sendiri.

Disini juga kami berkesempatan berjumpa us.Ijan dan us.Yasir yg merupakan antara rakan perawat yg bergiat aktif di sekitar Kuching. Sempat juga kami bercerita tentang perkembangan aktiviti rukyah dan situasi yang memerlukan buat masa sekarang.

26 Rejab 1430H (19 Julai 2009M)
Kami berhasrat utk mengikuti program qiamulail yg dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa Kpg Gita yg dijangka bermula 2.30 pagi. Kebetulan rumah kami bertiga tidak jauh serta memandangkan prestasi servis yg baik dan atas tujuan itu juga nampaknya sekali lagi khidmat Myvi merah diperlukan dan saya dan Asri bersetuju utk menyambung ‘kontrak pangangkutan’ berkenaan yg dijangka menyambung operasinya seawal 2 pagi.

Kenderaan kami bergerak bersahaja di kedinginan pagi yg penuh syahdu sambil mendengar alunan nasyid yg amat menyentuh jiwa.
Sampai di Masjid kelihatan sudah ramai jemaah yg mana rata2 adalah mereka yg tinggal berdekatan dan tidak ketinggalan juga jemaah wanita turut tidak melepaskan peluang untuk beribadah taatkala org lain sedang lena tidur.

Qiamulail akan dipimpin oleh Imam Masjid iaitu Ustaz Hashim Man Al-Hafiz yg juga turut dikenali sebagai perawat Islam tersohor di Kuching dimana ramai masyarakat di sekitar Kuching datang dan merujuk kpd beliau berkenaan dgn pelbagai urusan yg berkaitan dgn cara perubatan Islam termasuk kes yg berkaitan makhluk halus.

Sebelum,qiamulail dimulakan satu penerangan ringkas telah disampaikan oleh Imam sebagai panduan kpd jemaah. Bagi menghadirkan suasana dan perasaan khusyuk lampu masjid dipadamkan taatkala itulah sudah terasa kesyahduan malam ibadat yg akan diisi dgn solat sunat,zikir,doa pengharapan dan munajat.

Qiamulail telah dimulakan dgn solat taubat 2 rakaat,tahajud 2 rakaat,tasbih 4 rakaat dan diakhiri dgn solat witir 3 rakaat. Bacaan Imam begitu mendayu dan dpt didengar dgn jelas sekali sehingga menyentuh sanubari sambil diri membayang sedang berada didepan Allah Tuhan Semesta Alam. Doa,zikir dan munajat yg dilontarkan oleh Imam begitu menyentuh perasaan demi mengagungkan kebesaran Tuhan.

Qiamulail tamat tepat pada masanya dan tidak lama selepas itu azan subuh dikumandangkan.Selesai solat subuh berjemaah pengisian pagi ini diteruskan dgn ceramah israk mikraj yg disampaikan oleh Us. Hj.Kipli Hj.Yassin. Banyak ilmu yg disampaikan disamping mengaitkan peristiwa israk mikraj, beliau juga turut mengupas beberapa perkara dlm masyarakat termasuk soal halal haram dan adat dalam masyarakat melayu.

Selesai program kami bertiga menanggungkan perjumpaan kali ini dgn singgah di Bismi Café utk minum pagi sambil menyambung beberapa lagi perkara yg berkaitan dgn kerjaya masing2 memandangkan keesokkan harinya ialah mula turun kerja. Alhamdilillah pertemuan kali ini cukup bermakna kali ini.

Sebenarnya saya berhasrat utk menulis terus catatan program minggu ini utk dikongsikan bersama kpd pembaca sekalian secepat mungkin memandangkan butir2 perjalanan program masih jelas diingatan.Walau bagaimanapun,sampai sahaja dirumah mata agak terasa mengantuk tetapi saya gagahi juga utk tidak tidur terus kerana ingin menyambung aktiviti cuti iaitu membuang rumput dilaman rumah yg sudah lama juga tidak dibuat kerana agak sibuk pada minggu2 yg lepas disamping mengambil kesempatan cuaca pagi yg agak baik. Saya memutuskan utk membuat catatan apabila selesai kerja dan selepas solat zohor.

Ketika asyik membuat kerja berkenaan saya telah menerima SMS drp Asri yg bertanyakan sesuatu tentang blognya. Lantas saya terus online dan mendapati catatan minggu ini telah diterbitkan oleh Asri. Saya tidak menyangka bahawa beliau akan membuat catatan utk kali ini dan secepat ini. Suatu perkembangan yg agak sihat.

Tetapi tidak mengapalah..memandangkan saya sudah berniat utk menulis catatan ini utk dikongsi bersama, saya teruskan juga penulisan ini tetapi mengikut pemerhatian dan pandangan SIMAAS sendiri. Maka sebab itulah saya meminjamkan tajuk catatan Asri tersebut kepada ‘Israk di Tabuan, Mikraj di Gita..(Versi SIMAAS)'.

Friday, July 17, 2009

E-MAIL DAN SURAT BERANTAI..


Suatu ketika dulu 'surat berantai' telah banyak menghantui kehidupan kita. Tidak mustahil saya katakan dimana hampir setiap individu ada menerimanya bahkan penyebaran amat cepat sekali. Apa tidaknya dalam kandungan surat tersebut siap fakta kes dan ayat berbunyi ugutan lagi jika orang yang membaca tidak menyebarkan pula kepada orang lain.


Sehingga kini penyebaran tersebut masih berlaku dan kini beralih pula melalui rangkaian e-mail. Soalan kemusykilan tersebut telah dajukan dan di sini saya ingin kongsikan pula maklumat serta penjelasan dari Biro Publisiti JKIM (Jawatan Kuasa Kebajikan Islam) mengenai pembohongan surat tersebut yang telah disampaikan kepada saya untuk pengetahuan semua. Semoga kita dilindungi oleh dari setiap berita dan fitnah dunia, amin..


Soalan 1:
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz ?

Soalan 2 :
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai.Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk.Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AN-NUR dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.


Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasulallah dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran? Kedua dari segi arahannya Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita akan ditimpa bencana maka secara tidak lansung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak., alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini secara halus: Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya diedar 20 salinan, akan mendapat berkat, dan sekiranya engkar akan mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut.

Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham akan tahu keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram. Wuallahua’lam. Surat berantai palsu dan khurafat SURAT SHEIKH AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH JATUH MURTAD Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.

Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi,Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 dibawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 diTexas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheihk Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia pd 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al- Quraisyi 1967-meninggal dunia pd 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, "Menyebar surat ini termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirik-kubra)serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.

Lagipun,surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".Allahyarham Datuk Sheikh-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil.8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja,maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar oleh si-pengirim, WUALLAHUA’LAM..


Monday, July 13, 2009

IJTIMA' DUNIA-Malaysia (Sambungan..)

Sambungan..

Nak katakan langsung tidak tahu bagaimana atau apa matlamat Jemaah Tabligh tidaklah jugak, sebab sebelum ini pun memang tahu sedikit sebanyak maklumat tentang jemaah ini, tetapi atas kerelaan sendiri ditambah pula dengan sifat semulajadi saya yang kuat untuk mendalami dengan lebih dekat maksud perjuangan mereka disamping mencari pengalaman dan menambah ilmu baru, ia juga saya niatkan kerana Allah dan juga sebagai ibadah semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Mudah-mudahan keyakinan dan iman dalam diri lebih kuat dan mantap dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin mencabar setiap hari disamping dapat menghadirkan kebergantungan dan kebesaran Allah dalam hati pada setiap ketika serta zukrullah setiap masa. Selain itu penting untuk setiap muslim dalam melakukan apa saja ibadah dan pekerjaan terutama mereka yang mengamal perubatan rawatan Islam dan sebagainya.

Pernerbangan saya dari Kuching ke KL ialah pada 9.7.2009 jam 7.15 petang dan ketika menunggu panggilan masuk pesawat, saya berkesempatan berjumpa dengan 2 orang awam lelaki warga emas yang turut menyertai program Ijtima’ tersebut, jadi saya tidak keseorangan memandangkan ketiga-tiga kami kurang jelas maklumat lokasi medan Ijtima’ tersebut dan sekurang-kurangnya kami dapat bersama-sama untuk menuju ke tempat program tersebut nanti. Bilangan jemaah dari Kuching bersama kami pada waktu itu agak kurang kerana kebanyakkannya telah mengambil masa penerbangan lebih awal daripada kami.

Setelah 1 jam 45 minit penerbangan akhirnya kami sampai di KL lebih kurang jam 10 malam dan pada ketika itu kami agak terkejut dan dengan suasana di Airport kerana telah disambut dengan mesra oleh AJK pengangkutan jemaah yang lengkap berpakaian Ahlul Sunnah Wal-Jamaah sambil menghulurkan sedikit makanan ringan dan air untuk mengalas perut. Disamping itu diperhatikan begitu ramai para jemaah baru tiba yang entah dari penerbangan mana berada hampir diseluruh ruang menunggu berkenaan sama ada yang baru datang atau yang telah sedia untuk menunggu pengangkutan yang telah disediakan percuma oleh penganjur program untuk dibawa bergerak ke medan Ijtima'.
Lebih kurang 15 minit perjalanan kami sampai di medan Ijtima' dan dari jauh dapat diperhatikan kelihatan di medan tersebut begitu ramai sekali manusia yang berkumpul sehingga memerlukan khidmat pihak polis bagi mengawal kawasan keluar masuk bagi mengelak kesesakan lalulintas. Banyak jalan keluar masuk telah ditutup bagi memberi ruang khas kepada program ini.

Oleh kerana orang sangat ramai dan khemah yang agak banyak dan besar serta medan yang agak luas, kami terpaksa minta bantuan salah seorang jemaah disitu untuk menunjukkan jalan dan tempat khemah bagi jemaah dari Kuching. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya kepada sekumpulan jemaah dari Kuching dan terus mendapatkan ruang tidur dikhemah tersebut bersama-sama mereka.

Pandangan yang jarang saya lihat secara dekat ialah dapat berpeluang melihat perkumpulan yang penuh dengan manuisa dibawah satu khemah dimana ia dapat menampung lebih kurang 20 ribu orang dimana setiap jemaah telah ditetapkan ruang mengikut negeri masing-masing. Di ruang jemaah Kuching ini jugalah saya berkesempatan berjumpa dengan ramai kenalan dan sahabat lama disamping mendapat kenalan baru dan juga org awam. Antara mereka yang saya maksudkan ialah ialah bekas para Pensyarah Politeknik, Pengetua Kolej Komuniti, Pensyarah UiTM, Ustaz2, Pelajar2 Madrasah, Universiti, Guru2, rakan sekerja, para pegawai kerajaan, rakan persekolahan, bilal2, imam2 dan ramai lagi.

Antara pengisian Ijtima' tersebut adalah Bayan selepas Subuh, Asar, Maghrib dan selebihnya ialah lain2 program seperti bacaan taklim,fikir harian,bentuk jemaah,tasykil dan sebaginya.Makan pagi adalah selepas Bayan Subuh dan makan malam adalah selepas Bayan Isya'.

Sepanjang 3 hari 3 malam mengikuti program saya mengambil kesempatan untuk menambah beberapa amalan sunat lain seperti zikir, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Saya dapat merasakan agak terasa kelainan mood ibadah ketika itu mungkin ia adalah tanda keberkatan dari program berkenaan terutama sekali ia dihadiri oleh empat Maulana utama dari India dan Pakistan ditambah pula dengan suasana manusia yang sibuk melakukan ibadah masing-masing.

Kebiasaannya Bayan yang disampaikan adalah panjang. Walau bagaimana pun disini saya kongsikan petikan Bayan Hidayat dari Maulana Saad untuk renungan bersama.

"..Kita membuat amal dengan ilmu. Tanpa ilmu kewujudan ibadat tiada. Ibadat yang kosong dari ilmu sebenarnya bukan ibadat. Ibadat tanpa ilmu tidak diterima oleh Allah. Belajar ilmu adalah fardu ain sebagaimana fardu ain untuk belajar iman. Wajibnya kita sebahyang sebagaimana wajibnya kita menuntut ilmu. Ada orang anggap ilmu bukan wajib setiap orang mempelajarinya..

..Untuk menjadi muhaddis adalah fardu kifayah, tetapi untuk megujudkan ilmu bagi setiap amalan kita adalah fardu ain bagi setiap orang mukmin samada ia pemerintah atau yang diperintah, samada ia pekerja atau majikan, setiap orang bertanggunjawab mencari ilmu. Kejahilan yang besar apabila org bukan islam mengatakan kamu belajar ilmu sains itulah ilmu, kamu belajar semua benda2 didunia itulah ilmu. Apa saja yg berada diantara bumi dan langit yang kamu belajar itulah ilmu.

Inilah kejahilan yang datang kepada umat ini, mereka telah ditipu oleh orang bukan Islam. Ilmu sebenarnya ialah bagaimana kita mencari keredhaan Allah dan perintah2 Allah itulah ilmu. Apa kehendak Allah itulah maksdu ilmu. Kita perlu usaha apa yg Allah ingin kepada kita. Kita perlu tahu apa yg Allah perintah kpd kita. Semua yg dipanggil ilmu tadi adalah maklumat dan tidak layak dipanggil ilmu. Ilmu sebenar yg mana kita dpt mengenal Allah dan dpt mengenal perintah2 Allah. Apa yg dikehendaki oleh Allah.Maksud ilmu ialah bagaimana boleh mejawab soalan dalam kubur".


Saat yang ditunggu adalah doa dari Maulana Saad yang biasanya akan dibuat apabila selesai Bayan Hidayat pada hari terakhir Ijtima'. Namun memandang Bayan Maulana tersebut belum lagi menandakan tanda2 untuk selesai...ketika sedang khusyuk..rakan saya telah pergi ke arah saya untuk mempelawa saya supaya berangkat balik bersama2 mereka kerana pengangkutan ke airport sedang menunggu. Saya menolak dengan berhikmah kerana berhajat untuk menunggu doa bersama2 dari Maulana. Saya melihat jam ditangan yang semakin meghampiri jam 11 pagi.

Saya terus menunggu dengan harapan supaya Bayan tersebut selesai buat masa terdekat. Akhirnya oleh ustaz Alias menerpa saya mempelawa untuk bergerak bersama2nya balik ke Airport kerana masa penerbangan semakin dekat dan khuatir akan terlepas flight. Sukar nak digambarkan bagaimana perasaan ketika itu dan tak mampu nak buat apa2 dan pasrah dengan kesuntukkan masa serta beserah kpd Allah kerana saya yakin bahawa Allah tahu apa yang ada dalam hati hambaNya.

Berat rasa hati nak meninggalkan medan Ijtima'. Sesungguhnya terlalu byk hikmah disebalik program tersebut hanya Allah sahaja yg Maha memberi keberkatan petunjuk dan hidayah. Terlalu besar pengorbanan penganjur yg terdiri daripada para Jemaah Tabligh sendiri yg berkorban masa, tenaga, jutaan wang ringgit yg boleh dihadiri oleh semua umat tanpa bayaran satu sen pun semata-mata utk menyeru dan meningatkan sesama manusia supaya dpt mengerjakan perintah2 Allah.


Fakta Ijtima' Dunia Malaysia 2009

1.Kali terakhir Ijtima' Dunia diadakan di Malaysia ialah pada tahun 1982.
2.Dianggarkan bilangan yang mengikuti Ijtima' ialah 200,000 orang.
3.Anggaran kos keseluruhan terlibat ialah RM11 juta.
4.Tiada yuran bayaran untuk Ijtima'
5.Sebahagian besar khemah disewa khas dari Arab Saudi.
6.Satu khemah dianggarkan boleh memuatkan 20,000 orang.
7.Sebanyak 12 buah khemah telah digunakan.
8.Sebanyak 2000 tandas sementara telah dibina khas untu program.
9. Empat orang Maulana tersohor telah menyempurnakan Bayan termasuk dari India dan Pakistan.
10.Antara Pemimpin Malaysia yang turun padang ke Medan Ijtima' ialah Ketua Menteri Negeri Sembilan, Perdana Menteri dan Timb.Perdana Menteri, Mursyidul Am PAS, Penasihat PKR, Yang DiPertuan Negeri Sembilan.


Berikut adalah suasana dikhemah dimana saya hanya dapat mengambil gambar hanya disekitar khemah Jemaah Kuching sahaja memandang AJK Program tidak membenarkan berbuat demikian sepanjang tempoh Ijtima' berlangsung.














































Sunday, July 12, 2009

IJTIMA' DUNIA MALAYSIA


Perhimpunan Yang Penuh Dengan Hikmah Dan Semangat Dakwah

Terlalu sukar untuk dicerita bagaimana perasaan saya sebelum dan selepas mengikuti program Istima’ Dunia iaitu perhimpunan para Jemaah Dakwah Tabligh peringkat dunia yang diadakan baru-baru ini di Perkarangan Kuarters KLIA pada 9 hingga 12 Julai 2009.

Ini ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan mengenai maklumat penuh gambaran sebenar program tersebut sebagai persiapan terutama keperluan asas seperti peralatan kegunaan harian, perjalanan program, persediaan mental, rohani, ilmu dan lain2. Program berkenaan diadakan bukan hanya khusus kpd orang-orang Tabligh sahaja malah ia adalah untuk semua umat tidak kira org Islam ataupun tidak.

InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan bersama pengalaman tersebut dengan pengunjung untuk sedikit masa lagi. (Bersambung..)

Monday, July 6, 2009

RASULULLAH PENGSAN DENGAR KHABAR NERAKA


Terlalu sukar nak membayangkan betapa dasyatnya neraka yang diciptakan oleh Allah dan begitu jugalah betapa sukarnya kita nak menghindarkan diri daripadanya. 'Ya Allah Kau hindarkan diriku dan ahli keluargaku daripada seksaan api neraka'.

Diceritakan, Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka? 'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarumnescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat. 'Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: '

Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')


Petikan Hadis
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua...Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk'.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,RasulullahS. A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. ParaAhli Jihad
3. Para Alim Ulama
4.ParaSyuhada
5. Para Penghafal al QURAN
6. Imam atau Pemimpinyang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10 Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud ; 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Nota:
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Friday, July 3, 2009

MICHAEL JACKSON..SEMPURNAKAN CARA ISLAM










(Gambar)
PEMINAT dari Iran memberi penghormatan terakhir kepada Jackson di luar kediaman keluarga penyanyi itu di Encino, California.


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai

LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989.-Berita Harian




Wednesday, July 1, 2009

KISAH RUQYAH 3 : Jin dari Indonesia


Lokasi di Jalan Temenggong Haji Gobeilt :

Saya menerima panggilan daripada Asri (Kitabkehidupan) menyatakan ada seorang rakan telah menelefonnya dimana ada seorang wanita telah kerasukan sejak 2-3 hari yang lepas minta dirawat dengan segera kerana keadaan kerasukan tersebut agak teruk dan sukar dikawal oleh ahli keluarganya.

Saya bersetuju untuk membantu beliau pada malam tersebut dan mencadangkan kepadanya supaya mendahulukan solat dahulu memandangkan rakan yg menelefon tersebut agak mendesak melihat keadaan wanita berkenaan, walaupun masa telah menghampir waktu maghrib. Asri bersetuju dgn saya dan selesai sahaja solat kami terus saja bergerak ke rumah pesakit.

Setiba saja disana kami melihat ahli keluarga sedang menunggu sambil cuba menenangkan pesakit wanita berkenaan. Asri mulakan dgn muqadimah dan sehinggalah sampai surah pertama Al-Baqarah jin dalam badan wanita tersebut mula berdialog.

Asri : Kau siapa?
Jin : Aku datang dari jauh.
Saya : Jauh tu mana?
Jin : Aku datang dari Indonesia.
Asri : Buat apa sibuk2 datang dari jauh nie..apa tujuan kau?
Jin : Aku ingin memporak-porandakan keluarganya.
Saya : Kenapa?
Jin : Sebab suaminya telah.....(jin kononnya menceritakan perbuatan curang suami wanita tersebut)
Asri : Sudah..cukup kami tak nak dengar lagi, kami mahu kamu keluar sekarang.
Jin : Aku tak nak keluar (jin ini mulanya berdegil tetapi setelah diberikan amaran barulah ia setuju untuk keluar)

Tanpa membuang masa kami menawarkan jin tersebut masuk Islam dan Alhamdulillah ia bersetuju dengan tawaran tersebut dan terus diIslamkan. Saya membantu Asri menarik keluar jin tersebut dan dengan izin Allah jin tersebut telah keluar dan wanita tersebut sedar tetapi masih lemah.

Sambil menerangkan dan mengajar cara mendinding diri kepada wanita berkenaan dan ahli keluarganya, saya membantu dengan meruqyah air sebagai minuman dan mandian kepada rawatan susulan.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah.


Nota:
Jangan percaya kepada apa yang diucapkan oleh jin kerana kebanyakkan apa yang diucapkannya adalah dusta. (Maksud Hadis)
Related Posts with Thumbnails