Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, October 15, 2013

“Saya diganggu oleh syaitan.”


“Saya diganggu oleh syaitan.” Itu antara kata-kata yang tercatat dalam nota ringkas yang ditemui di bilik seorang mekanik warga asing yang dijumpai mati dipercayai menggantung diri di bilik tidurnya di sebuah kuarters pekerja di Kuala Baram, malam kelmarin.

Ketika ditemui pada jam 7 malam, mangsa yang dikenali sebagai Utiya Handoko, 29, dan berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui tergantung menggunakan sehelai baju pada sebatang besi pendek yang dipasak ke dinding untuk dijadikan tempat menggantung penyangkut pakaian.

Kejadian itu disedari oleh seorang rakan sekerja mangsa dikenali sebagai Sigit, 25, yang cuba mencari mangsa setelah disuruh oleh seorang penyelia berbuat demikian memandangkan mangsa tidak turun bekerja sejak Khamis minggu lepas.

Beliau yang turut hairan dengan ketidakhadiran rakan senegaranya itu ke tempat kerja terus pergi ke kuarters mangsa yang terletak berdekatan kuartersnya.

“Setiba di situ, saya telah memanggil nama mangsa berulang kali, namun tiada sahutan. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya terus menjenguk ke dalam melalui tingkap bilik tidur mangsa yang terbuka dan alangkah terkejutnya apabila ternampak mangsa tergantung di sebatang besi yang dipasak pada dinding,” katanya.

Serentak itu, kata Sigit, dia terus memaklumkan perkara itu kepada beberapa rakan sekerja yang lain sebelum datang semula ke rumah mangsa dan mereka terpaksa menendang pintu hadapan kuarters mangsa yang berkunci untuk memasukinya.

Ketika kejadian, hanya mangsa seorang diri berada di rumah, manakala tiga penghuni lain terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang lagi lelaki telah keluar bekerja.

Sementara itu, menurut Cahaya Wati, 40, yang tinggal di kuarters sama dengan mangsa, mangsa pernah menelan 12 biji pil Panadol pada malam Ahad lalu sambil mengadu banyak masalah.

“Tapi saya tak pasti apa masalahnya. Lagipun saya tidak suka ambil tahu hal peribadi orang lain,” katanya sambil menyifatkan mangsa seorang yang periang.

Sepasukan kakitangan perubatan dari Hospital Miri yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Katanya, polis yang turut membuat pemeriksaan lanjut dalam bilik tidur mangsa menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja yang antara lain tercatit kata-kata: “Saya diganggu oleh syaitan.”

“Namun, kita tidak pasti sama ada nota itu ditulis mangsa atau sebaliknya. Polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mangsa yang masih bujang telah bekerja sebagai mekanik mesin papan di sebuah kilang di Kuala Baram di sini sejak lebih setahun lalu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Sumber : BorneoPost


Monday, September 9, 2013

Dirasuk Gara-gara Mahu Nombor Ekor!



PASIR GUDANG: Gara-gara mahu menang judi empat nombor ekor, seorang buruh kontrak mendakwa bukan saja terpedaya apabila diminta membeli mantera khas berharga RM1,000 daripada seorang bomoh untuk dipuja di sebuah jirat Cina selama 10 hari, malah turut dirasuk menyebabkannya menderita akibat gangguan misteri. Menceritakan kejadian yang berlaku ketika mengunjungi tanah perkuburan bukan Islam itu buat kali ke-10, mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 45, berkata, dia tidak menyangka niatnya untuk memuja sebuah jirat di Pasir Gudang, di sini, dengan harapan memenangi judi mengundang masalah.

Menurutnya, dia berkunjung ke jirat itu sebulan lalu berseorangan pada tengah malam selepas dinasihatkan bomoh yang memaklumkan jirat itu keramat kerana didakwa milik seorang sami. “Saya terpengaruh dengan bomoh itu kerana mendakwa beberapa kenalannya hidup kaya-raya selepas menjalankan upacara pemujaan di jirat terbabit.

“Bomoh berusia 50-an itu memaklumkan kaedahnya mudah iaitu saya hanya perlu melakukan pemujaan sekurang-kurangnya 10 kali di kubur itu sebelum diberikan empat nombor ekor melalui mimpi. “Jirat berkenaan menjadi tumpuan kaki judi selepas seorang kaki ekor didakwa mendapat habuan RM100, 000 awal tahun ini,” katanya, semalam. Menurut Razak, bomoh yang mendakwa berasal dari Jawa, Indonesia juga memujuknya membeli mantera khas berharga RM1,000 kerana mendakwa mampu melengkapkan pemujaan itu.

Katanya, dia juga diminta membawa oren, tebu, pisang dan colok untuk menjamu roh sami terbabit sambil membacakan mantera diberi. “Saya juga diminta melakukan pemujaan di jirat terbabit berseorangan selain merahsiakannya daripada ahli keluarga serta saudara. “Kali terakhir saya mengunjungi jirat itu pada 8 Julai lalu. Saya dimaklumkan saudara bahawa saya dirasuk ketika berada di rumah, saya bukan saja tidak sedarkan diri selama beberapa jam, malah suara bertukar garau,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan individu tertentu bahawa jirat dipuja itu bukan kepunyaan sami, sebaliknya hanya helah bomoh terbabit untuk melesapkan wang saya. “Saya menceritakan perkara sebenar kepada keluarga sebelum dihantar menjalani rawatan dengan seorang pengamal perubatan Islam di Taman Kota Masai,” katanya.

Sumber:www.queachmad.com

Tuesday, August 27, 2013

Anak Pemimpin Ikhwan Syahid!

KAHERAH, 15 Ogos – Anak perempuan pemimpin Ikhwan, Asmaa Hisham Saqr telah menemui syahid setelah ditembak di kepala oleh penembak tepat ketika sedang berada di tingkat 4 Hospital Medan, sebelah Masjid Rabiatul Adawiyah semalam.

Asmaa’ merupakan antara ratusan yang menjadi mangsa kekejaman pihak pasukan keselamatan Mesir yang menyerang rakyat atas alasan mahu menyuraikan perhimpunan pro Morsi.

Turut terkorban wartawan yang sedang membuat liputan, wanita dan kanak-kanak.

Berikut adalah kenyataan Dr Hisham Saqr yang terkini berkenaan kesyahidan anak sulungnya itu.

“Dia membenarkan janjinya dengan tuhannya… maka tuhannya membenarkan janjiNya dengannya.

Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt.

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah terpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yang ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada Yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa’ selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata “Aku mahu pergi menuju tuhanku”.

Asmaa’ pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam (Menteri Hamas di Gaza), beliau berkata kepada Asmaa’ “Mari bersamaku”, lalu Asmaa’ mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa’ “Bukan sekarang Asmaa’, lain kali.”

Asmaa’ sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa’ berkata “inilah waktunya!”

Asmaa’ menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke Medan Raba’ah pada malam hari. Aku berkata padanya “Berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau”.

Asmaa’ lantas membalas “Adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!”

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa’ sangat mahukan syahadah. Essam berkata “Apabila aku terkena tembakan di kaki, aku turut membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa’ sangat rindukan syahadah. Sampai di tingkat 4 hospital Raba’ah, ketika aku dan Asmaa’ terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa’ terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta”.

Aku menyangka Asmaa’ berada berdekatan dengan tingkap, yang memudahkannya terkena peluru yang ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa’ terdapat 3 orang wanita yang sama-sama juga menunggu.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu. Yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa’.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari Qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa’ dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas.”

Dr. Hisham Sakr
Pimpinan Ikhwan

Sumber:ISMA

Friday, August 2, 2013

4 Pegawai JAKIM Sarawak Terbunuh!


(DUA jenazah mangsa kemalangan mengorbankan empat nyawa dibawa keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah lori balak di Skrang dekat Sri Aman semalam. Kemalangan itu mengorbankan empat pegawai Jakim yang dalam perjalanan ke Betong untuk menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat di sana).


SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk Penolong Pengarahnya maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Skrang dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika Ibrahim Hailee, 35, bersama lima lagi pegawai Jakim dalam perjalanan ke Betong untuk menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat di sana.

Ibrahim yang memandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan serta tiga lagi mangsa, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; serta Qurratu Aini Rolfandy, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mangsa yang parah dan dilaporkan kritikal ialah Fakih Ikhwan yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala yang cedera ringan ialah Firdaus Ahmad, 23, dan dirawat di Hospital Betong.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku selepas lori balak tanpa muatan itu gagal dikawal ketika melalui satu selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan

“Kejadian itu menyebabkan MPV dipandu Ibrahim yang menghala ke Sarikei gagal mengelak lori berkenaan lalu bertembung.

“Akibat pertembungan itu, MPV mangsa remuk dan terhumban ke bahagian kanan jalan. Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mat Jusoh, mayat kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber:Utusan Malaysia

Monday, July 29, 2013

Hikmah Perintah Cari Lailatul Qadr

DALAM artikel sebelum ini, telah dijelaskan beberapa pandangan ulama tentang malam-malam yang dihukum sebagai Lailatul Qadar. Berdasarkan kepada teori pendapat ulama, nampaknya tidak wujud kesepakatan tentang malam bilakah akan berlaku Lailatul Qadar.

Dalam hal ini, bagaimanakah sikap kita untuk mendapat rahmat dan anugerah Lailatul Qadar?
Kita boleh memahami kaedah mudah mendapat Lailatul Qadar dengan sedikit pemikiran logik. Contohnya seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun. Dalam silibus pelajarannya, ada 30 bab yang perlu dibaca.

Namun pelajar ini dengan kepandaiannya hanya membaca 10 bab sahaja. Ini kerana 10 bab ini belum pernah keluar soalannya sejak beberapa tahun yang lalu. Adapun 20 bab lagi tidak dibacanya kerana ia yakin bab-bab tersebut tidak akan keluar dalam peperiksaan nanti.

Bayangkan seorang pelajar yang hanya membaca 10 bab sahaja daripada 30 bab. Bagaimanakah peluangnya untuk lulus dengan cemerlang. Adakah diyakini pelajar ini akan mendapat keputusan A? Agak mustahil untuk mendapat A kerana terlalu sedikit yang dibaca dan diulangkaji. Mungkin sekadar lulus cukup makan sahaja.

Berbeza dengan seorang lagi pelajar yang mengulangkaji 30 bab dengan baik. Semuanya dibaca dengan teliti tanpa tertinggal walaupun satu bab. Semuanya difahami dengan baik.

Bagaimana tanggapan kita terhadap pelajar ini? Adakah beliau akan lulus? Kita yakin beliau akan lulus. Bagaimana pula peluangnya untuk mendapat A dalam peperiksaan? Kita yakin bahawa pelajar sebegini mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat A.

Konsep yang sama jika dapat kita aplikasi dalam mencari Lailatul Qadar. Ada 30 malam dalam bulan Ramadan. Namun kita hanya beribadat pada malam hari sekadar malam-malam tertentu.

Contohnya sekadar 10 malam sahaja dengan anggapan bahawa inilah malam al-Qadar. Mungkin kita memilih malam pertama, malam 10, 15, 17, 21, 23, 25, dan 29 Ramadan sahaja. Selebihnya kita abaikan kerana ia bukanlah malam al- Qadar. Adakah peluang kita cerah untuk mendapat anugerah Lailatul Qadar?

Sudah tentu agak tipis untuk mendapat Lailatul Qadar. Bagaimana pula jika kita beribadat setiap malam tanpa tertinggal walaupun satu malam.

Ibadat pada malam hari bulan Ramadan termasuk dalam saranan Nabi saw maksudnya: Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat al-Bukhari).
Apakah maksud qiam Ramadan? Qiam Ramadan dapat difahami sebagai ibadat pada malam hari. Apa jua ibadat boleh dilakukan.

Solat tarawih adalah ibadat. Maka sesiapa yang bersolat tarawih, maka ia termasuk dalam golongan tersebut dalam hadis itu. Namun qiam Ramadan bukan sekadar terhenti atas solat tarawih sahaja, bahkan banyak lagi ibadat boleh dilakukan.

Antaranya membaca al-Quran, berzikir dalam pelbagai bentuk zikir yang ada seperti tahlil, tasbih, takbir, tahmid dan sebagainya. Tahlil adalah ungkapan La ilaha illa Allah manakala tasbih ialah ucapan Subhanallah. Takbir ialah ungkapan Allahu akbar dan tahmid ialah ucapan Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW ada bersabda agar Lailatul Qadar dicari pada malam-malam tertentu. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam yang akhir. (riwayat al-Bukhari).

Maka hadis ini merupakan satu galakan agar ibadah dipertingkatkan pada 10 malam yang akhir. Dan berdasarkan hadis ini, nampaknya kebanyakan pandangan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tersebut antara 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 29 Ramadan.

Melalui hadis ini, kita dapat menyaksikan sikap masyarakat yang mula liat ke masjid dan surau pada 10 malam yang terakhir. Bagi kaum lelaki, mereka sudah penat barangkali beribadat sepanjang 20 malam.

Bagi kaum wanita, barangkali mereka pula sibuk dengan perhiasan rumah dan kuih-muih. Ketika ini, kemeriahan dan kemanisan ibadat qiam Ramadan tenggelam dengan kemeriahan persediaan menyambut satu Syawal.

Oleh itu, satu kerugian jika kita terlepas peluang mencari Lailatul Qadar. Kita mungkin sibuk memecut larian dalam pusingan awal namun kepenatan dalam pusingan yang akhir.

Pelari sebegini akan kalah. Maka jika kita bersungguh beribadat dalam malam-malam awal Ramadan, dikhuatiri kita akan keletihan pada 10 akhir Ramadan.

Oleh itu, buatlah ibadah secara sederhana dan dalam kemampuan. Biarlah amalan sedikit tetapi istiqamah. Istiqamah dan konsisten sepanjang bulan Ramadan. Insya-Allah dengan nilai istiqamah disulami dengan keikhlasan, anugerah Lailatul Qadar akan menjadi milik kita.

Oleh:MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR

Sumber:bishrul-hafi.blogspot.com

Thursday, July 18, 2013

Hukum Melihat Facebook Ketika Ramadan..


Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah “untuk Allah”, bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai gred-gred yang tertentu, sedangkan emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI. Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti “berziarah” dan “bertandang” ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.

Sumber:Yahoo.com

Monday, July 8, 2013

Kerasukan Jin di Bulan Ramadan

Sering disebut pada bulan ramadhan, syaitan, jin dan ifrit dirantai, ditambat atau dibelenggu. Akan tetapi pada bulan ramadhan juga ada orang ternampak jin, ada juga orang melakukan maksiat, mengundang dosa besar, ada yang bergaduh sehingga berbunuh-bunuhan sedangkan sedangkan semua itu kerja syaitan. Bagaimanakah ia boleh berlaku, sedangkan semua makhluk halus dipenjarakan? Mohon Dato' huraikan. Terima kasih - ADNAN ABDUL AZIZ, Batu Gajah.


JAWAPAN OLEH DATO' DR. HARON DIN:
Mungkin saudara merujuk atau mendengar kupasan penceramah tentang hadis rasulullah s.a.w perihal berkaitan. Hadis tersebut (mafhumnya) Daripada Abu Hurairah katanya rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:-

" Apabila datang ramadhan dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis tersebut ada dua lapis maksudnya. Pertama makna pada zahir, keduanya makna pada majaaz (kiasan). Hadis tersebut pada zahirnya bermaksud pada bulan ramadhan pintu syurga terbuka untuk dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa jika benar seseorang itu berpuasa seperti yang dituntut syarak. Dia akan memperoleh syurga meskipun belum berlaku lagi kiamat, kerana syurga itu sudah didapati di alam kubur. Itu merupakan syurga sementara sehingga memasuki syurga yang sebenar pada hari akhirat.

Jika pintu syurga sudah terbuka dan pintu neraka tertutup, maka mudahlah semua orang masuk syurga. Tiada orang akan masuk neraka kerana pintunya sudah tertutup. Apakah ini makna hadis ini? Apakah pada bulan ramadhan tidak mati orang kafir, munafiq, musyrik, zindik dan sebagainya? Sudah tentu juga orang Islam yang berpuasa ada yang mati, tetapi dia hanya berpuasa sedangkan maksiat-maksiat lainnya tidak dihentikan.

Apakah semua mereka ini masuk syurga juga kerana neraka tertutup? Sudah tentulah jawapannya tidak. Yang ditentukan ke neraka tetap ke neraka dan yang bakal memperolehi syurga akan memasuki syurga. Oleh itu, hadis yang saya sebutkan di atas makna yang kedua, iaitu makna majaazi atau kiasan. Dalam ungkapan hadis itu juga menyebutkan tentang 'dibelenggu syaitan' dalam erti kata lain syaitan diikat. Makana dari segi hakikinya memang terjadi sungguh bahawa syaitan-syaitan itu dibelenggu dan dipenjarakan.

Mengikut hadis, perkara ini berlaku hanya keatas syaitan dan tidak disebut apakah jin, qarin, iblis, ifrit dan lain-lain. Makhluk-makhluk ini tidak dirantai. Ertinya ada kalangan makhluk halus yang dirantai, ada yang tidak. Yang tidak dirantai itulah yang terus mempengaruhi alam manusia, menzahirkan dirinya kepada manusia dan merangsang manusia melakukan perbagai kejahatan.

Puasa menjadi ibadat khusus dimana mukmin dituntut menahan nafsunya daripada melakukan sesuatu yang dilarang. Orang-orang yang benar-benar menahan dirinya dengan tidak melakukan apa-apa yang dilarang Allah, yang hanya melakukan apa jua untuk mentaati Allah dengan sepenuh keikhlasan, mereka inilah seolah-olah tidak tidak memberi peluang langsung kepada nafsunya untuk melakukan kejahatan.

Nafsu biasanya dikuasai oleh syaitan. Kerana kehebatan mukmin mengawal nafsunya, semua perbuatan dijuruskan ke arah kebaikan. Maka seolah-olah syaitan terbelenggu dan tidak mampu berbuat apa-apa. Apapun makna hadis tersebut, kita ambillah yang mudah difahami iaitu syaitan adalah musuh manusia. Firman Allah (mafhumnya):-

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran) Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut diantara mereka (yang mukmin dan yang menentang) Sesungguhnya syaitan itu dalah musuh yang amat nyata bagi manusia" Surah al Isyrak ayat 53)

Firman Allah (mafhumnya) :-
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya menjadi dari penduduk neraka"(Surah al Faathir ayat 6)


Syaitan adalah musuh manusia sejak daripada Adam a.s lagi dan mereka boleh melihat manusia sebaliknya manusia tidak boleh melihat mereka pada kebiasaannya. Maka tentulah mudah bagi mereka menghadapi manusia, menyesat serta menjauhkan mereka dari jalan Allah. Oleh kerana itu Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membantu manusia dengan berbagai pertolongan seperti firman Allah (mafhumnya) :-

" ...dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya diantara kamu) " (Surah an Nisa ayat 83)


Firman Allah (mafhumnya):-"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya keatas kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya. Akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya ( menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui " (Surah an Nur ayat 21)

Maka salah satu daripada cara Allah menolong hamba-hambaNya iaitu dengan mensyariatkan ramadhan, benar-benar berpuasa serta selamat daripada godaan syaitan. Allah membantu manusia dengan memberikan ruang kepada mereka berpuasa sehingga syaitan tidak berdaya menghampiri mereka.

Wallahua'lam

Monday, July 1, 2013

Petua Mengesan Kanser Usus!











<<<<< MENGESAN KEADAAN USUS >>>>>

Seseorang boleh mengetahui keadaan saluran usus dan kesihatan individu melalui bentuk najis:

1> WARNA : Najis yg berwarna kuni...ng menandakan seseorang itu sihat. Warna najis yg berwarna gelap menunjukkan saluran usus seseorang itu semakin uzur.

2> BAU : Bau najis yg busuk masam, bau hangus atau busuk reput menandakan saluran usus seseorang itu bermasalah.

3> BENTUK : Najis yg berbentuk panjang dgn diameter lebih kurang 2-3cm adalah paling normal. Najis yg lembut atau berbentuk butiran spt najis arnab menunjukkan usus semakin uzur.

4> KUANTITI NAJIS : Kuantiti najis setiap kali adalah 2-3 btg ,lebih kurang 100-300gm. Jangan terlalu bnyk atau terlalu sikit.

5> KEKERASAN : Najis mengandungi lebih kurang 75%-80% air. Ia dapat dikeluarkan tanpa tekanan. Jika najis terlalu keras dan sukar dikeluartkan atau berbentuk cecair,ini menunjukkan ketidaknormalan fungsi usus. Pada ketika itu, FIBER DIET mesti dimakan bagi memulihkan kesihatan saluran usus. Apabila saluran usus menjadi uzur, daya imuniti turut merosot di mana kita mudah mendapat penyakit.

Sumber:Blog

Friday, June 21, 2013

Ayat-ayat Untuk Musnahkan Sel-sel Kanser!


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca dalam ikhtiar untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya adalah lagi baik....... Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In shaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Ayat-ayat yang dimaksudkan iala:-

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).

3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).

4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).

5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca SIMAAS tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Sumber: Hamba Allah

Sunday, June 16, 2013


BATANG LUPAR pernah menggemparkan negara dengan kisah buaya legenda Bujang Senang. Bagaimanapun, selepas buaya berukuran 5.46 meter panjang dengan lilitan perut 2.12 meter itu didakwa mati ditembak pada 12 Mei 1992 di anak Sungai Batang Lingga di Batang Lupar, arus sungai yang tenang itu masih berkocak setiap kali tiba masanya.

(PESTA BENAK yang mempamerkan keunikan arus kuat di Batang Lupar diiktiraf antara lima acara paling popular dalam kalendar pelancongan Sarawak)


Setiap bulan hari ketiga dan ke-18 kalendar Lunar Cina, tebing Batang Lupar menjadi tempat penduduk tempatan dan pelancong berhimpun untuk menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai benak.

Fenomena alam yang mempamerkan keunikan arus kuat di Batang Lupar itu telah diangkat sebagai Pesta Benak. Hari ini, acara itu diiktiraf antara lima acara paling popular dalam kalendar pelancongan Sarawak.

Benak merupakan ombak sungai yang terhasil ketika air laut pasang dan menyebabkan pertembungan arus antara air laut dan sungai. Keadaan itu menyebabkan air sungai mengalir ke arah yang bertentangan iaitu ke bahagian hulu.

Dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer (km) sejam, benak yang bermula di lokasi pertamanya di Pulau Seduku, Batang Lupar itu boleh mencecah ketinggian sehingga enam meter.

Dari Pulau Seduku, benak akan berterusan sehingga 30km ke Engkelili iaitu kira-kira 70km dari Laut China Selatan.

Pengalaman menyaksikan benak pernah diabadikan oleh novelis Inggeris, Somerset Maugham dalam buku bertajuk, Borneo's Stories. Novel itu mengisahkan tragedi yang hampir meragut nyawa Maugham ketika perahu yang dinaikinya dirempuh benak pada tahun 1949.

Batang Lupar merupakan salah sebuah sungai di Sarawak. Batang dalam bahasa Iban bermakna sungai. Sungai Batang Lupar ini mengalir sejauh 200 km ke Teluk Datu di Laut China Selatan dari Bukit Kapuas.

Penggerak ekonomi

Batang Lupar merupakan sebuah kawasan Parlimen yang terletak kira-kira 170km ke timur Kuching.

Menceritakan lanjut mengenai Batang Lupar, seorang penduduk Pulau Suku, Lingga, Arip Abong, 38, memberitahu, Parlimen Batang Lupar terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Arip, tiga DUN itu ialah Sebuyau, Lingga dan Beting Maro.

Ia juga mempunyai tiga batang sungai utama iaitu Sungai Batang Sadong, Sungai Batang Saribas dan juga Sungai Batang Lupar.

IKAN terubuk Lingga dapat permintaan tinggi daripada pelancong luar negara.


Keluasan kawasan Batang Lupar adalah 2,024km persegi meliputi Kawasan Sebuyau seluas 582km persegi, Lingga (970 km persegi) dan Beting Maro (472km persegi).

“Penggerak utama ekonomi di kawasan Batang Lupar ialah sektor pertanian dan nelayan.

“Pendekatan yang agresif mampu meningkatkan pendapatan golongan nelayan, petani dan penternak di kawasan ini yang mempunyai keluasan melebihi negeri Perlis dan Melaka,” katanya kepada Kosmo!.

Arip memberitahu, salah satu projek kerajaan yang berjaya dilaksanakan di Batang Lupar ialah projek agropolitan Pulau Seduku.

Sejak sekurun lalu, penduduk di Pulau Seduku yang terletak dekat muara Batang Lupar hanya bergantung hidup dengan hasil laut dan sungai selain menjadi pekebun kecil untuk menampung kehidupan harian.

Menurut Arip, usaha kerajaan memindahkan penduduk di pulau itu ke tanah besar merupakan inisiatif terbaik untuk mengatasi masalah bekalan elektrik dan air bersih.

“Dengan bantuan kerajaan negeri bersama kerajaan pusat, hasrat penduduk Pulau Seduku untuk membina kehidupan baharu yang lebih selesa kini menjadi kenyataan. Ini kerana mereka akan berpindah ke Penempatan Baharu Rakyat (PBR) Seduku,” ujarnya.

Selain itu, Batang Lupar juga merupakan salah satu kawasan yang akan dijadikan sebagai jelapang padi baharu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013.

Jelapang padi di Batang Lupar juga telah disenaraikan sebagai Projek Penggerak Ekonomi (EPP) 11 dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut Fasa 1 dan Fasa 2.

Terubuk tempatan

Fasa Satu akan merangkumi kawasan seperti Bijat, Stumbin dan Entulang yang berkeluasan 2,817 hektar membabitkan kira-kira 5,000 petani, manakala Fasa Dua pula melibatkan kawasan seperti Lingga dan Banting.

Arip memberitahu, kawasan Batang Lupar khususnya di Lingga cukup terkenal dengan spesies ikan terubuk tempatan.

“Ikan terubuk Lingga mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada pelancong kerana rasanya yang enak sekali gus menjadi faktor penarik kehadiran pelancong ke Pekan Lingga.

“Terubuk tempatan di pekan Lingga mampu sehingga RM40 hingga RM60 bagi sekilogram atau lebih,” kata Arip sambil menambah Lingga bakal menjadi pengeluar ikan terubuk terbesar di negeri ini.

Sebuah Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk yang pertama di Sarawak sedang dibina di Pekan Lingga. Pekan kecil Lingga yang terletak di pinggir Batang Lupar mempunyai keluasan 945km persegi dan terletak 50km dari Bandar Sri Aman.

Oleh SOPI SAMAILE-KOSMO

Thursday, May 30, 2013

Melawat Makam 'Dayang Isah Tandang Sari'

Baru-baru ini Editor SIMAAS telah berkesempatan melawat Makam 'Dayang Isah Tandang Sari' yang terletak di Daerah Pusa. Keinginan untuk mengetahui lebih lanjut lagenda ini semakin kuat apabila sering mendengar kisah dari orang-orang tua dan lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal sekitar Batang Lupar dan Batang Saribas. 

Apa tidaknya? Kisah dan kemasyhuran puteri ini ibarat setanding dengan lagenda Mahsuri di Langkawi. Walaubagaimana pun, memandangkan tiada catatan sejarah yang boleh dirujuk secara tepat mengenai versi lagenda tersebut, Editor telah menilai maklumat dan catatan perjalanan yang dibuat oleh wartawan Utusan Sarawak adalah lebih tepat dan terkini seperti pengalaman editor sendiri sebelum ini.    

(Editor sedang memerhatikan sesuatu di Makam Dayang Isah)


Catatan Wartawan:

Sebut sahaja nama Dayang Isah Tandang Sari, mungkin ramai yang masih tidak pernah mendengarnya.

Tetapi bagi penduduk dari kawasan Batang Saribas terutamanya dari Pusa, nama itu bukan asing lagi.

Memandangkan Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu lagenda dan cerita turun temurun bagi penduduk dari kawasan itu, maka tidak hairanlah sekiranya terdapat pelbagai versi kisah diceritakan mengenainya.

Bagi mengungkap dan mengetahui sendiri lagenda Dayang Isah Tandang Sari, wartawan Utusan Sarawak telah menjejaki kisahnya dengan datang sendiri ke makam tempat dia disemadikan.

(Keadaan makam yang beratap dan nampak usang)

Makam Dayang Isah Tandang Sari terletak di tanah perkuburan Kampung Kalok, Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90 kilometer dari Betong.

Untuk sampai ke makam itu, kita perlu memasuki simpang di hadapan Agro Bank sekiranya dari pekan Pusa dan kita akan melalui perumahan teres yang terbiar.

Kawasan perumahan ini berhubung dengan Kampung Kalok Lot melalui lima hingga enam laluan kecil yang dikelilingi oleh lalang.

Kita perlu memasuki laluan terakhir yang menuju ke kampung tersebut dan sebelum keluar ke jalan utama kita akan dapat melihat sebuah papan tanda yang menunjukkan lokasi makam tersebut.

(Sebelah kiri: Makam Dato Godam, sebelah kanan: Makam Pengiran Temenggung)

Menurut papan tanda tersebut, terdapat tiga makam terdapat di situ iaitu Dato Godam Ibnu Bendahara Harun, Pengiran Temenggung Pengiran Abdul Kadir Ibnu Pengiran Sidewa Maharaja dan Dayang Isah Tandang Sari Pengiran Temenggung Pengiran Abdul Kadir.

Makam inilah yang menjadi bukti wujudnya lagenda di sini dan terdapat kisah yang sangat menarik disebaliknya.

Bagi penduduk Pusa, Dayang Isah Tandang Sari yang lahir di situ bagaikan puteri kepada mereka.

Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Udin, 78, bercerita, pada suatu ketika dahulu Temenggung Pengiran Abdul Kadir menjumpai buluh untuk dijadikan alas kepala ketika tidur.

"Apabila bangun, buluh itu telah bertukar menjadi sebiji telur dan dibawanya pulang ke rumahnya.
"Keajaiban berlaku apabila telur itu akhirnya menetaskan seorang bayi perempuan lalu Temenggung Pengiran Abdul Kadir mengambilnya sebagai anaknya dan diberi nama Dayang Isah Tandang Sari," ceritanya.
(Ada bangku kayu?)

Dijadikan cerita, apabila remaja, Dayang Isah Tandang Sari menjadi seorang yang sangat cantik dan hinggakan kerana kulitnya yang putih dikatakan menampakkan air sirih yang turun dari kerongkongnya.

Bukan itu sahaja, dia turut memiliki rambut ikal mayang dan mempunyai suara yang merdu menjadikan dia sangat digilai ramai pemuda kampung pada waktu itu.

"Namun, Dayang Isah Tandang Sari mempunyai seorang kekasih bernama Bunut. Menurut Temenggung Pengiran Abdul Kadir, sesiapa yang ingin mengahwini anaknya perlu memberi satu kati emas sebagai mas kahwinnya.

"Oleh kerana Bunut tidak mampu maka hasratnya untuk memperisterikan Dayang Isah Tandang Sari tidak kesampaian," ujarnya.
(Pemandangan Makam Dato Godam & Pengiran Temenggung dari jauh)


Ceritanya lagi, kecantikan Dayang Isah Tandang Sari akhirnya telah sampai ke pengetahuan seorang saudagar Brunei yang bernama Nakhoda Kar.

"Kerana kekayaannya, Nakhoda Kar berjaya mengahwini Dayang Isah Tandang Sari walaupun hakikatnya dia masih mencintai Bunut," jelasnya.

Tambahnya, pada suatu ketika, Nakhoda Kar telah pergi belayar namun dia berasa tidak tenteram dan mencurigai isterinya menyebabkan dia pulang semula.

"Betapa marahnya Nakhoda Kar apabila benar-benar melihat isterinya bersama Bunut dan kerana tidak dapat menahan kemarahannya dia kemudiannya menetak Bunut sehingga mati.

"Setelah membunuh Bunut, Nakhoda Kar juga cuba untuk membunuh Dayang Isah Tandang Sari namun isterinya itu bukanlah orang sembarangan. Dia tidak dapat dibunuh dengan apa-apa jenis senjata sekalipun," jelas Udin.

Sambungnya lagi, disebabkan terlalu sedih dengan kematian Bunut, Dayang Isah Tandang Sari mendedahkan rahsia bahawa dia hanya dapat dibunuh dengan menjerut lehernya dengan tujuh utas tali.

"Selepas kejadian itu, Nakhoda Kar telah melarikan diri namun Temenggung Pengiran Abdul Kadir telah berjaya mengejar lalu membunuhnya. Hanya beberapa orang sahaja yang dilepaskan supaya dapat menceritakan kejadian itu kepada orang lain," katanya.

Begitulah kisah lagenda Dayang Isah Tandang Sari yang sudah sebati dengan penduduk di sini, malah menjadi kisah untuk diceritakan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan cucu mereka.

Bercerita mengenai makam tersebut, untuk sampai ke situ sememangnya mencabar seolah-olah tidak mahu kehadiran orang luar.

Hakikatnya, kawasan itu sememangnya menunjukkan tiada sebarang tanda telah dikunjungi oleh orang untuk jangka masa yang lama.

(Pandangan dari hadapan Makam Dato Godam. Dibelakang adalah Makam Pengiran Temenggung)

Sebelum menemui makam Dayang Isah Tandang Sari, terlebih dahulu kita akan menemui makam Dato Godam Ibnu Bendahara Harun dan Pengiran Temenggung Pengiran Abdul Kadir Ibnu Pengiran Sidewa Maharaja.

(Kelihatan jauh dihujung jalan ialah Makam Dayang Isah kira-kira 100 meter)

Kemudian, setelah berjalan kira-kira 100 meter dari kedua-dua makam tersebut barulah kita menjumpai makam Dayang Isah Tandang Sari.

Walaupun kelihatan tidak dijaga dan terbiar, jika dilihat pada makam Dayang Isah Tandang Sari ini ianya kelihatan seperti telah dijaga dengan sempurna dan sekitarnya juga bersih.

(Batu nisan Dayang Isah diikat dengan kain kuning)

Dalam perkembangan lain, penulis berharap ada pihak bertanggungjawab menguruskan kawasan makam ini dengan lebih baik memandangkan ia merupakan salah satu sumber tarikan yang ada di sini.

Tuesday, May 28, 2013

Bot Ekspress Karam!



(RAGAM penumpang yang memanjat bumbung bot ekspres sebelum berlepas dari Jeti Belaga)

28 MEI:BELAGA – Semangat berkobar-kobar 204 penumpang Bot Ekspres Bakun Mas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Gawai pada Sabtu ini berakhir dengan tragedi apabila 23 daripadanya dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam semalam.

Kejadian berhampiran Jeram Tukok/Jeram Bungan, Sungai Rajang dekat sini pukul 9 pagi itu berlaku apabila jurumudi dikatakan gagal mengawal bot lalu melanggar batu sebelum ia terbalik dan karam.

Nahas paling buruk di Sungai Rajang itu terjadi kira-kira sejam selepas bot itu meninggalkan Jeti Belaga di sini.

Bot itu dikatakan menuju ke Kapit dari Bakun sebelum berangkat ke Sibu yang mengambil masa lapan jam perjalanan dengan membawa lebihan penumpang yang rata-ratanya tidak memakai jaket keselamatan.

Difahamkan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) hanya membenarkan mana-mana bot ekspres membawa 74 penumpang sahaja pada satu-satu masa.

Sehingga pukul 6 petang semalam, seramai 181 penumpang yang kebanyakan masyarakat Iban dan Orang Ulu dapat diselamatkan manakala 23 lagi gagal dikesan.

Polis juga masih belum menemui sebarang mayat.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, siasatan awal mendapati bot yang membawa lebihan penumpang tersebut karam selepas melanggar batu.

Sumber: Kosmo

Monday, May 27, 2013

Kesan Minum Ais!

Sekadar berkongsi..Kesan Minum AIS

"Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas...."

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Wednesday, May 22, 2013

Tanda Serangan Penyakit!


TANDA-TANDA SERANGAN PENYAKIT NON-MEDIC, SIHIR ATAU MISTERI

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

1) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

2) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya)

3) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

4) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

5) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak

6) Masalah hubungan suami - isteri
Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

7) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

8) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

9) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

10) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

11) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

12) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

13) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Wallahu'alam

Monday, May 20, 2013

Sunnah Menyimpan Janggut!


(Klik gambar untuk baca)

Tuesday, April 2, 2013

Dibaham Buaya Samarahan!



ORANG ramai melihat penduduk membelah perut bangkai buaya selepas dijumpai di Batang Samarahan, Kampung Niup, Samarahan semalam.
----------------------------------------------------------------------


SAMARAHAN – Seorang remaja berusia 15 tahun dikhuatiri maut dibaham buaya sepanjang kira-kira empat meter ketika sedang memancing bersama dua sepupunya di Batang Samarahan di Kampung Niup di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, Mohd. Iswandi Dollia dari Kampung Niup di sini dipercayai disambar reptilia itu ketika menyelam ke dasar sungai untuk membuka mata kail pancing yang dikatakan tersangkut.

Menurut sepupunya yang juga saksi kejadian, Mohd. Iwan Majid, 15, berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia sekadar sempat melihat kocakan air sungai di tempat kejadian.

Katanya, dia bersama seorang lagi sepupunya, Yusof Nuri, 15, tergamam dengan situasi itu dan menyangka Iswandi bergurau dengan mereka namun mangsa terus tidak timbul-timbul.

“Pada mulanya saya ternampak objek hitam tetapi tidak sangka ia adalah buaya.

“Selepas kelibat Iswandi hilang, saya cuba mengejar jejak buaya dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai tetapi tidak berhasil sebelum pulang memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber:Kosmo






Monday, February 25, 2013

Lintah Kangkung!

Sama ada benar atau tidak? yang pasti sentiasa menjaga kebersihan. Ini adalah artikel yang dipetik dari Facebook. Sama-sama kita fikirkan.


Kangkung Tumis, dll yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi kita semua ketika kita hendak makan KANGKUNG.


Suatu hari..., di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Doktor kebingungan karena ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh Orang tuanya setelah 2 hari menderita DIARE. Sudah berbagai macam obat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun DIARE tidak kunjung sembuh.

Kemudian Orang tua anak tersebut ditanya oleh Doktor, "makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam 2 hari ini? "Orang tuanya kbingungan, karena sejak anaknya DIARE, si anak tidak mau makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita DIARE, malam si anak makan Kangkung Tumis di Rstoran bersama Orang tuanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak LINTAH degan anaknya yang kecil-kecil. Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medis apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa ulang, ternyata Lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan MATI jika DI BAKAR.

Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya memerlukan waktu 1 - 2 hari untuk berkembang biak.

Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya.

Kami menyarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batangnya dan bersihkan dengan air hingga bersih. Ambil iktibar.

-wallhu'alam-

Sunday, February 17, 2013

Pelaris Makanan!

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaik...nya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Sumber : fb

Thursday, February 14, 2013

Syeikh Nuruddin di Kuching..

Kepada pencinta ilmu dan ulamak, berikut adalah Info Terkini Lokasi Siri Jelajah Syeikh Nuruddin disekitar Kuching ..

(IPG Kota Samarahan - 15 Feb 2013 @ 8.30pm) 


(Masjid Taman Hussien/Rahmat - 16 Feb 2013 @ 5am)


JADUAL KESELURUHAN:



KEISTIMEWAAN SYEIKH NURUDDIN

Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

KITAB-KITAB KARANGAN AL-FADHIL SYEIKH NURUDDIN YANG AKAN DIDISKUSIKAN :

1. 40 Mutiara Hadis Dari 40 Buah Kitab - Terjemahan
2. Al-Ihatah ? Menyingkap Persoalan Haid Nifas dan Istihadah - Bhs Arab
3. At-Tamassuk Bil Kitab Was-Sunnah - Terjemahan
4. Man Huwa Al-Mahdi Al-Muntazar ? - Bahasa Arab
5. Ifadah Ikhwan- Dalil-dalil Haram Rokok - Bahasa Arab
6. Mereka Yang Berada Di Jalan Allah - Terjemahan
7. Tiga Hizib Wali Qutub - Hizib,terjemahan dan sanad

Sumber: Blog

Thursday, February 7, 2013

Ahli sihir mati dibogel, dibakar

SEJUMLAH orang menyaksikan seorang wanita dibakar bersama timbunan sampah dan tayar di Mount Hagen, Papua New Guinea pada Rabu lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu mati di tempat kejadian.

Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu.

Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan.

Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP


Sumber: Kosmo

Tuesday, February 5, 2013

JAKIM : Sambut Hari Valentine Haram!

Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad

Sunday, February 3, 2013

Ceramah Syeikh Nurudin di Kuching

Info Terkini Siri Jelajah Syeikh Nurudin di Kuching..



Friday, February 1, 2013

Ayat Pengerak!

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini

1.Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

-Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

-Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

2.Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

3.Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

4.Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.


Oleh: Ismail bin Abu Bakar (Darussyifa' Online)
Related Posts with Thumbnails