Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah


SEMOGA LIMPAH DAN RAHMAT BERKEKALAN KEPADA BAGINDA NABI S.A.W DAN KELUARGA SERTA PARA SAHABAT. MOGA AMALAN DAN PERJUANGAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SEBAGAI UMAT TERMULIA DAN TERAGUNG.

Tuesday, February 23, 2010

Penawar: Karenah Anak Degil..


Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti di atas.

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa.

Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak yang bermasalah. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Oleh: Ibnuumar Asseluluni (Web Darusyifa)

Wednesday, February 17, 2010

Karenah Degil Anak..




Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat. SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya. ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.



Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya. Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat.



Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak. Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?



Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut. Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.



Beri pilihan Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan.



Itu adalah langkah pujukan psikologi. Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.



Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.



ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata. Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.



Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.



Firman Allah SWT :[7:179]


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.



Hadis Rasulullah SAW:Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya:


"Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, February 10, 2010

Ikhtiar Selamatkan Mangsa Strok..



>>Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun. Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT yang dapat berhasil 100%.



>>Sebagaimana diketahui, orang ya ng mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.



>>Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang. Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN! !! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.



>>Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan. Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan dengan cara dibakar di atas api. Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN.



>>Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung jari. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah. Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali. Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.



>>Setelah i tu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal.Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.



>>Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja dan pada bila-bila masa saja.



>>wallahu'alam

Tuesday, February 9, 2010

Mandi..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannyaselama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Monday, February 8, 2010

Sudah Terbalik? Mari Perbetulkan..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dansegak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yangterbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segannak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahseperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yangterendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok GuruQuran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut puntetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untukorang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benardan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forwardemel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Cukup dengan contoh-contoh di atas.

Marilah kita berlapang dada menerimahakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kitamenurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukanperaturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupunsatuayat." (Riwayat Bukhari)

Thursday, February 4, 2010

Info Mengenai 'Facebook' Utk Renungan

Assalammu'alaikum..

Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.

p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini..!!! Mungkin ada yg kata .. " Alahhh.. klau kita xder face book pun dia kaya jugak.. " sama mcm boikot produk natsle.. "Klau setakat 2 - 3 org mcm kita x minum milo atau nescafe orang lain orang lain ramai lagi yg minum.." .

Ataupun ayatnya begini.. ” Kalau kita nak boikot mestilah dilakukan dengan “large scale”. Kalau setakat kita saja yang boikot sedangkan orang Islam lain di seluruh dunia masih membeli barangan mereka tak ada gunanya. Tak beri kesan pun.”

Sesungguhnya setiap kita perlu memberi sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tindakan memboikot oleh kita merupakan sumbangan untuk agama kita. Walaupun hanya tinggal kita seorang sahaja di Malaysia memboikot sedangkan orang lain tidak, itulah sumbangan kita untuk Islam dan rakyat Palestin.

Sesungguhnya Allah tidak menilai besar atau kecilnya sumbangan kita, atau apakah sumbangan kita itu mampu memberikan kesan kepada Israel atau tidak sebaliknya kesungguhan kita melakukan sesuatu untuk agama itulah yang akan dinilai Allah. Kesungguhan kita bersandarkan kemampuan kita yang terhad menggambarkan ketaqwaan kita kepada Allah.


KISAH BURUNG KECIL

Kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud di dalam api yang panas. Nabi Ibrahim a.s hanya mampu berdoa “Hasbunallah hi wani’malwakil” [cukuplah Allah sebagai penolong]. Tiba-tiba datang seekor burung kecil yang membawa setitis air melalui paruhnya. Burung kecil tersebut lantas menyiramkan titis air tersebut pada api yang besar dan marak untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.

Tindakan ini dilakukan berulang-ulang kali oleh burung tersebut. Dari segi logik, mustahil titis air yang dibawa oleh burung tersebut mampu memadamkan api yang besar. Bila ditanya kepada burung tersebut, burung tersebut menjawab “Biar pun kecil namun inilah sumbangan aku untuk membantu seorang pesuruh Allah”.

So sebagai manusia ni apa yg kita nak jawab bila di tanya di akhirat nanti ? Apa yg telah kamu lakukan untuk membantu saudara2 kamu yang dizalimi ? Remeh2kanlah perkara ni klau korang nak ada saham bersama menzalimi saudara se islam kita.. wallahualam.

Sumber:Blog BS

Nama Bulan dan Hari Dalam Inggeris..

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama Asal Hari-Hari Masehi

1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.
7. Saturday - berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut kepercayaan orang Romawi.

Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

- Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche" dan "Hints and Notices".
- Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

Benar atau Tidak?..Yg Penting Pengajaran..

TANGAN saya kiam. Tubuh saya kaku dan mulut saya bisu. Saya cuba gerakkan anak-anak jari tetapi langsung tidak boleh menguit. Tubuh pula dibungkus kain kapan dan saya sedang terbaring dalam liang lahad. Beberapa biji tanah kepal diletak di bawah kepala.Kubur yang saya diami itu terasa amat sempit dan tidak selesa.

Hanya anak mata saya saja boleh bergerak-gerak ke kiri dan kanan serta menjeling ke hujung kaki, manakala badan kaku bagai diikat dan dihimpit sesuatu.Saya ternampak tali yang mengikat kain kapan di hujung kaki sudah terurai. Saya cuba meronta-ronta, tidak berjaya.Hati saya merintih sambil berkata: " Ya Allah, Engkau cabut nyawaku ketika aku masih muda dan tak sempat bertaubat! Kenapa ya Allaaah!!!??"

Saya cuba menjerit, suara saya tidak terkeluar. Entah berapa kali saya merintih dan mengadu dengan Allah. Saya menyesal kerana banyak melakukan dosa semasa di dunia. Paling saya kesal dosa saya memukul dua orang guru yang pernah mendidik saya.Saya pernah tampar seorang guru hanya kerana mereka berkasar dengan saya. Begitu juga saya pernah pukul seorang lagi guru di sebuah sekolah berasingan atas alasan yang sama.

Perbuatan itu amat saya kesali.Kalau boleh hidup kembali ke dunia, saya ingin bertaubat dan memohon ampun kepada dua orang guru tersebut. Saya benar-benar berasa berdosa.Tidak sedar saya menangis teresak-esak mengenangkan perbuatan lampau saya. Segala perbuatan saya itu berpunca daripada kebodohan saya menuntut ilmu sesat dengan seorang tok guru. Ilmu yang saya miliki itu menyebabkan saya jadi angkuh. Konon sayalah yang paling kuat."Ya Allah aku berdosa! Aku berdosaaaaaa! !!"Sedang saya menangis mengenangkan dosa-dosa lampau itu tiba-tiba saya terdengar suatu suara yang sangat dahsyat, Suara itu lebih menggerunkan daripada segala jenis suara yang pernah saya dengar, termasuk suara hulubalang yang muncul ketika saya berguru. Suara yang satu ini lebih kuat daripada halilintar. Suara gempita ini belum pernah terdengar semasa berada di dunia.

"MAAAARAAABBBBBBBBB. .."Sepotong ayat yang tidak sempat dihabiskan itu menerjah ke telinga dan seiring itu saya menjerit dan merayu-rayu kepada Allah! Kata saya, "Ya Allah... ampunkan dosaku ya Allah! Aku bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat nasuha!"Gema suara itu terus bergaungan. Memang hebat, tiada tolok bandingnya dengan apa jua jenis suara makhluk yang ada di muka bumi.

Seluruh tulang-belulang di tubuh saya terasa renggang sejurus mendengar tempikan suara tersebut. Badan saya terasa hendak berkecai.Sendi-sendi saya bagaikan hendak tercabut dari daging. Saya berasa teramat takut dan ngeri. Saya dapat merasakan tentu sekejap lagi saya akan disoal malaikat Munkar dan Nakir yang bertanggung jawab menyoal mayat di alam kubur.Apa jawapan yang hendak saya beri? Apa amalan yang saya ada? Saya pernah belajar ilmu sesat. Dosa itu dosa besar! Dosa saya dengan manusia banyak.

Saya pernah tampar dua orang guru."Ya Allah aku mengaku belajar ilmu salah. Aku pernah pukul guru aku. Ya Allah aku kesal! Aku tak akan ulangi lagi!"Seketika kemudian saya terdengar lagi suara dahsyat itu bergema-gema bertempik lebih dahsyat daripada guruh."Malekkkkkkkkkkkkkkk !!! Allah memberi izin kembalikan semula nyawa engkau. Allah izinkan engkau hidup kembali ke dunia!"Hati saya berasa seronok mendengar jaminan itu.

Saya bersyukur dapat hidup lagi di dunia tetapi mengapa saya tidak boleh bangun? Tubuh saya masih tidak dapat bergerak-gerak. Sedang saya memikirkan keadaan diri, saya terdengar lagi suara bergema-gema yang lebih dahsyat daripada halilintar."Malekkkkkkkkkkkkkk!" suara itu memanggil menyebabkan badan saya terasa seperti hendak berkecai. "Engkau diberi izin kembali ke dunia dengan syarat, khabarkan kepada seluruh manusia di atas muka bumi bahawa suara aku ini tidak akan tertahan didengar oleh seluruh manusia, itu belum lagi aku memberi seksa di dalam kubur!"Saya terasa takut yang amat sangat.

Ngeri mendengar tempikan suara tersebut. Saya terbayangkan panasnya api marak menyala, bisa ular, jengking dan segala haiwan berbisa serta seksaan demi seksaan yang menakutkan di alam barzakh."Ya Allah aku bertaubat. Aku bersetuju dengan syarat tersebut tetapi mengapa tubuhku ini masih tidak boleh bangun! Kenapa aku masih dalam liang lahad?"Kemudian saya terdengar lagi suara itu bergema-gema."Malekkkk!" Jangan tinggalkan sembahyang lima waktu. Jangan buat apa yang dilarang Allah dan jangan menghalalkan apa yang diharamkan Allah!"Berkali-kali saya membuat pengakuan bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak akan melakukan perkara yang dilarang itu dan mengikut segala suruhan-Nya.

Saya menangis tidak berhenti-henti kerana takutkan azab Allah. Saya amat takut jika diazab Munkar dan Nakir.Saya tahu saya memang berdosa. Saya belajar ilmu syirik tapi segala barangan yang saya pernah belajar seperti azimat, tangkal dan minyak penunggu telah saya buang ke Sungai Pengkalan di Alor Gajah, Melaka.Saya berazam tidak akan disesatkan lagi oleh hulubalang yang menjadi pendamping saya. Hulubalang itu bukan pendamping nabi-nabi seperti yang diajar guru ajaran sesat itu.

Tetapi hulubalang itulah jin Ifrit yang menyesatkan manusia seperti diberitahu pak cik yang mengubat saya.Saya sedar malaikat-malaikatla h yang menjaga para nabi dan rasul bukan hulubalang, jin Ifrit atau hantu. Selama ini saya buta melihat kebenaran. Sekarang saya tahu syaitan, jin Ifrit adalah makhluk paling jahat di muka bumi.Semasa sedang meratapi nasib, tiba-tiba saya mendapati saya sudah berada di suatu kawasan perkuburan di Kampung Jelatang.

Tubuh saya masih dibaluti kain kapan. Saya bersyukur dapat hidup semula dan kembali ke dunia. Saya tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke rumah dan menemui ibu saya.Saya terus berjalan kaki di kawasan perkuburan mencari-cari jalan pulang ke rumah. Semasa berjalan itu saya bertemu beberapa orang penduduk kampung.Mereka terjerit-jerit berkata: "Hantu! Hantu!" Ada yang berkata: "Eh! Malek hidup balik! Malek hidup balik!"Lalu saya beritahu penduduk yang saya belum mati lagi tetapi Allah taala izinkan saya hidup semula! Ketika itu saya bercadang hendak bercerita peristiwa yang saya lalui di alam kubur.

Saya juga bercadang hendak menceritakan tentang suara gempita lebih dahsyat daripada halilintar yang saya dengar dalam liang lahad tetapi saya takut diketawakan.Saya berasa hendak menghebahkan suruhan jangan tinggal sembahyang, jangan buat perkara-perkara haram dan jangan menghalalkan apa yang haram yang dipesan oleh suara itu tetapi takut orang kampung tidak percaya.Saya khuatir orang akan menuduh saya gila. Fikiran saya ketika itu teringat surah al-Fatihah dan saya terus baca sampai habis."

Bismillahir Rahman Nirrahim. Alhamdulillah hirabbil a'lamin..."Selepas habis membaca al-Fatihah barulah orang kampung berani mendekati saya. Orang kampung berkata: "Betullah Malek hidup semula!"Saya terus berjalan dan singgah di rumah seorang bapa saudara bernama Pak Lang Syarif. Pak cik saya itulah yang membantu membukakan kain kapan.Pak Lang Syarif berkata: "Pak Lang percaya engkau masih hidup, bukan hantu!"Setelah kain kapan dibuka, automatik saya terjaga. Saya memandang sekeliling.

Saya tidak lagi berada dalam liang lahad, perkuburan atau kampung saya di Melaka, tapi di atas katil rumah baru kami di Petaling Jaya. Bila saya tertidur? Entah. Seingat saya sebelum itu saya berehat di katil, tapi kemudian tiba-tiba saja berada di dalam liang lahad. Tangan saya sekarang boleh menguit-nguit. Nafas saya tercungap-cungap. Dada saya berdebar.Saya terus ceritakan mimpi menggerunkan itu pada mak, Salmah Manaf. Tubuh mak menggeletar apabila mendengar mimpi dahsyat yang saya alami.Saya cuba ceritakan kisah yang terjadi dalam liang lahad sampai habis tetapi tidak berdaya. Saya sebak dan menangis. Saya betul-betul takutkan azab Allah.

Tubuh saya masih menggigil mengenangkan apa yang telah berlaku.Saya ceritakan pada mak saya pernah belajar ilmu sesat. Saya pernah buang barang-barang seperti tangkal dan minyak dalam sungai. Mak terkejut apabila mendengar cerita saya itu.Saya tunaikan sumpah saya semasa bermimpi dalam liang lahad. Saya temui dua guru saya yang pernah saya tampar dan pukul. Saya peluk guru saya dan meminta maaf daripada mereka berdua.

Saya benar-benar berubah selepas peristiwa itu.Tetapi adatlah sebagai seorang manusia, iman tidak selalu kuat, ada pasang surutnya. Manusia selalu lupa pada janji. Apabila saya melakukan kesilapan saya terdengar kembali suara bergema-gema yang sangat dahsyat mengingatkan saya semula."Malekkkkldtkklddtkk kkkkkkkkk! !! Ingattttttttttttttt tttttttttttttttt !!!"Tiga kali suara yang lebih dahsyat daripada halilintar itu memberi peringatan kepada saya setiap kali saya cuba membuat dosa dan kesilapan.

Selepas itu saya tidak terdengar lagi suara tersebut sampai sekarang.Kesan daripada terdengar suara yang amat dahsyat itu saya susah untuk terperanjat jika terdengar bunyi petir, halilintar atau bunyi mercun berdentum-dentam.Suara yang saya dengar di dunia, walau kuat macam mana pun, langsung tidak menggetarkan perasaan saya. Suara yang saya dengar dalam mimpi itu lebih dahsyat, bergempita tiada tolok bandingnya. Kalau manusia di dunia ini mendengar suaranya nescaya boleh menggelepar di situ juga dan terus mati.

Alhamdulillah, saya sudah habiskan cerita yang paling menakutkan dalam hidup saya. Saya betul-betul lega. Saya sudah sampaikan apa yang wajib saya cerita pada semua pembaca Mastika.Andai kata pembaca Mastika menuduh cerita saya ini bohong atau untuk mencari publisiti, saya sanggup mati dipanah petir! Apa yang saya ceritakan ini sebagai menunaikan pesanan semasa saya bermimpi di dalam kubur.

Terpulanglah kepada pembaca hendak mempercayai cerita saya ini atau tidak. Yang penting saya sudah menyampaikannya kepada manusia lain. Soal bagaimana saya menjaga hukum-hakam dan amanah Allah selepas bermimpi itu biarlah ia menjadi rahsia diri saya sendiri.Seperkara lagi saya hendak berpesan kepada pembaca.

Renungkanlah kata-kata saya ini sebab sudah menjadi tabiat manusia mudah lupa. Apabila karam di lautan manusia akan berniat di hati, jika terselamat daripada lemas mereka akan menyembelih kambing untuk buat kenduri kesyukuran.Tetapi apabila perahu hampir-hampir ke daratan manusia itu bertukar niat untuk sedekah pisang. Malangnya sebaik kaki menjejaki pasir pantai sekali lagi niat bertukar, kali ini cuma hendak bersedekah kulit pisang bagi makan kambing! Manusia mudah lupa!

************ ********* ********* *
Saya dalam cerita di atas ialah Abdul Malek Jantan, 49. Mimpi menggerunkan yang dialaminya itu berlaku ketika dia berusia 18 tahun. Malek terpaksa menyimpan cerita ini selama 32 tahun kerana setiap kali dia hendak menghabiskan cerita dia tidak sanggup. Dadanya sebak. Badannya menggeletar. Seperkara lagi Malek takut bercerita pada individu yang tidak memahami bimbang mereka menganggap dia seorang yang tidak siuman.

Oleh: Sahidan Jaafar
Sumber: Mastika 7, 2006

Monday, February 1, 2010

Mengupat Dibolehkan?



Sahabat dan sahabiah sekalian..

Mari kita 'check' sama-sama kemungkinan kita tidak menyedari percakapan kita seharian kadang2 main sedap mulut aje..dan tidak tahu bezakan mana satukah dikatakan ghibah, fitnah dan sebagainya..fikir2kan..

Ghibah adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat.

Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar.

Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

wallahu'alam

Related Posts with Thumbnails