Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, December 27, 2009

Sayangilah Ibu..

· KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

· APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

· MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

· KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

· BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

· SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

· APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

· MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

· KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

· BERUSIA 10 TAHUN, IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

· APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

· MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

· KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

· BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

· MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

· KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

· BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

· SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

· APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

· MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

· KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

· PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

· KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

· APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

· DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

Friday, December 25, 2009

Mengenal Tangisan Bayi..



Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ?

Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"

Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya.
Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

p/s- Jika jenis tangisan selain daripada yg dinyatakan di atas kemungkinan ada 'masalah' lain.

Thursday, December 24, 2009

Kehebatan Surah Al-Ikhlas..


"A'uzubillah himinashsyaitannirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi MahaMengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad.wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur
.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia
,maka dia tidak akan membusuk didalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat
khatam
Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca

surah Al-Ikhlas 3 kali.



Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa RasulullahSAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalidwalam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Tuesday, December 22, 2009

Gangguan Pada Anak Kecil..



Bismillahirahmannirahim..

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak-kanak

Kanak-kanak kecil agak sukar untur dibacakan ruqyah dan berikut adalah antara panduan asas bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk

2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan

3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)

4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan.

5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.


Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau,

2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul..

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij atau perawat islam yang anda yakini.


Selamat mencuba.

Sunday, December 20, 2009

KISAH RUQYAH 8 :'Jin Saje Dtg Tengok Org Ramai'

RESAH gelisah bayinya yang baru berusia tiga bulan amat ketara pada pengamatan Aina, sekali gus membuatkan dia juga tidak senang duduk. Entah apa yang mengganggu ketenangan si kecil itu, Aina sendiri tidak tahu. Puas dibuai tetapi Nurin masih belum mahu lena nyenyak. Rasa bersalah membelenggu Aina kerana tidak dapat membantu anggota keluarga lain melayan tetamu yang tidak putus-putus datang ke majlis perkahwinan adiknya, sedangkan dia anak sulung.

Mujurlah mereka memahami keadaannya yang mempunyai anak kecil. Melihat kegelisahan Nurin yang kerap kali terjaga daripada tidur, adik beradik lain sebaliknya meminta Aina menemani bayi itu. Bosan menghayun buaian, Aina membawa Nurin keluar kerana beranggapan dia mungkin panas dan rimas berada dalam rumah, lantaran bising dengan suara orang ramai. Hati kecil Aina amat pasti itu puncanya tanpa menyedari sebenarnya ada sesuatu yang lain mengganggu tidur si kecil.

Keresahan Nurin membawa sehingga ke petang dan sebaik malam menjelma, dia mula merengek kecil tetapi berlanjutan. Anak itu langsung tidak mahu tidur, malah didukung pun dia tetap merengek. Apabila malam semakin larut, tangis Nurin semakin kuat dan pada satu masa kedengaran amat nyaring.

Ayah Aina pula mengambil alih mengendong Nurin dan apabila Aina menyatakan anak itu mungkin keletihan kerana tidak dapat tidur seharian, ayahnya segera menyanggah: “Budak ini menangis bukan kerana panas atau tidak dapat tidur. Ada sebab lain. Memegangnya saja ayah sudah dapat agak. “Ada sesuatu mengganggunya. Tetamu yang datang pelbagai ragam, tambahan pula kita sembelih lembu. Sisa darah itu memang menjadi kegemaran iblis,” kata ayahnya.

Hampir jam 2 pagi, keadaan Nurin tidak berubah. Kasihan dengan keadaan anak saudara yang masih kecil, adik lelaki Aina yang baru bergelar pengantin baru segera mendukung Nurin lantas dibawa ke rumah abangnya yang terletak di belakang rumah mereka. Anehnya, sebaik melangkah ke laman rumah abangnya, Nurin terus diam dan kembali menangis kuat apabila dibawa masuk kembali ke rumah mereka.

Adik lelaki Aina, yang dipanggil Pak Ngah oleh anak saudaranya, segera memegang Nurin dan membacakan ayat suci al-Quran di telinganya. Sebaik mendengar alunan ayat suci, Nurin terus menjerit nyaring dan pada masa sama suara tangisan mendayu sayup-sayup ditangkap oleh pendengaran Aina. Adik perempuan Aina turut memberitahu dia mendengar tangisan itu.

Sejurus selepas itu, Nurin tiba-tiba diam dan keletihan jelas terbayang pada wajah kecilnya. Aina menarik nafas lega melihat anaknya sudah berhenti menangis dan terus tidur. Andaian gangguan berkenaan berhenti setakat itu nyata tersasar kerana sebaik Nurin berhenti menangis, emak Aina tiba-tiba rebah.

Sebaik sedar, wanita berusia lewat 40-an itu sudah menjadi orang lain. Dia menangis mendayu-dayu minta jangan disakiti dan dikasihani. Dia juga minta dihantar balik ke rumah tuannya. Ditanya mengapa datang, emak Aina yang diresapi makhluk halus menjawab: “Saja datang. Nampak orang ramai sangat di rumah ini petang tadi. Datang untuk melihat mengapa ramai orang. “Saya hendak balik. Tolonglah hantar saya balik. Janganlah buat macam ini. Saya sakit.”

Mendengar rayuannya, adik lelaki Aina terus berkata: “Pandai datang, pandai balik. Kami tidak pernah menjemput engkau. Pergi balik sebelum teruk engkau kami kerjakan.” Emak Aina, dengan gaya tempang berjalan menuju ke muka pintu dan rebah di situ.

Keadaan kembali reda selepas itu. Melihat cara jalan tempang yang ditunjukkan emak Aina, mereka sekeluarga sudah dapat mengagak siapa sebenarnya yang membela makhluk isi neraka itu kerana itulah iblis sentiasa mengaibkan tuannya dengan menunjukkan secara jelas gaya penampilan mereka.

Sumber:Berita Harian

Wednesday, December 9, 2009

Siapakah Org Pertama Dalam Islam?

Mudah-mudahan orang Islam tetap ditempat yang pertama..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

http://acescripters.blogspot.com

Monday, December 7, 2009

KISAH RUQYAH 7: Insan Yang Terpilih..

Assalamu'alaikum warahmatullah ..

Sahabat dan sahabiah semua,....tulisan ini merupakan kisah benar yang dialami oleh salah seorang student. Mudah2 dapat natijah yg baik dr cerita benar ni..Wallahu'alam.

RasululLah SAW menangis.Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabikita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:"

Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar...

"Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah...

berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

Daripada: cintamuhammad_20@yahoo.com

Sunday, December 6, 2009

Bahaya Plastik..

(Chart The Plastics Coding System)




Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.

Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).


Ketahuilah Fakta2 berikut:
* Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET (yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara.

* Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

* Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

* Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

* KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi.

Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

Jadi, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor,
MalaysiaHotline : +603-62797000

Related Posts with Thumbnails