Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Monday, January 31, 2011

Roh Dapat Dipanggil??!


Sedikit teori dan kisah sufi tentang pemanggilan roh.

Ini adalah kisah mengenai syeikh Yasin Ahmad dan Jin Nakhnukh.Satu hari syeikh didatangi seorg kawan yg memintanya menghadirkan roh org yg tlah mati. Syeikh bertanya kpdnya 'Apakah kamu percaya?' Ia menjawab ya. Maka syeikh membaca beberapa potong ayat Quran dan bermohon agar roh seseorg dpt hadir. Tidak lama keudian datanglah roh ini dan berkata. 'Salamun Alaikum'. Syeikh menjawab dengan 'Waalaikumsalam jika kamu seorg mukmin. Maka terjadilah dialog dgn roh tersebut.

Syeikh- Roh siapakah ini?
Roh- Roh seorg wali Allah dr golongan yg sentiasa puasa siang hari dan solat mlm hari.
SYEIKH- Siapa nama mu supaya aku lbh akrab?
ROH- Jgn ditanya nama ku.
SYEIKH- Kenapa?
ROH-Krn aku dr golongan ulama salihin.
SYEIKH- Klu begitu bolehkah aku menanyakan kamu soal agama?
ROH- Tentu saja.
SYEIKH- Al Quran berapa surah?
ROH-114 dan saya menghafal semuanya.
SYEIKH- Berlindunglah kpd Allah dr kehadiran syaitan dan bacakanlah ku ayat kursi.
ROH- Tidak! Tidak! Cukuplah dan jgn diteruskan kata2 mu, kerana aku tidak mungkin berlindung dr diriku sendiri.
SYEIKH- Kenapa? Adakah kamu ialah syaitan? Siapakah nama mu?
ROH- Nakhnukh dr keturunan sayaitan, dan aku membenci kaum muslimin.
SYEIKH- Sekarang sebutkan apa yg ada dlm poket ku dan sebutkan nama2 kami.

Maka disebutkanlah apa yg ada di dalam poket dan nama mereka satu persatu persis tiada kesilapan.

SYEIKH- Utk apa kau datang kpd kami?
ROH-Utk mempersenda dan mempermainkan manusia kerana setiap kali seseorg menyeru roh maka aku ditugaskan datang kpd nya.
SYEIKH- Bolehkah kau menghafaz Al-Quran?
ROH- Boleh, malah lebih baik dr manusia. Dan aku membacakan ayat2 itu utk manusia spt kamu.
SYEIKH- Baiklah! Jika begitu dengarkanlah ayat ini (Ayatul Qursi).

Tiba2 menghilanglah syaitan tersebut tanpa meninggalkan kesan pun.

Syeikh yasin berkata- Aku telah memanggil roh manusia ratusan kali, namun tidak pernah datang sekalipun melainkan syaitan dan jin yg mengaku menjadi para wali, solihin dan ruh2 kudus. Setelah dibawa berdialog, tiada satu pun drpd mereka roh org yg tlh mati. Sebaliknya hanya jin dan syaitan yg menyamar si polan dan si polan.

Anas bin malik berkata; Rasulullah SAW pergi ke tempat2 bekas pertempuran di di Badar setelah 3 hari perang usai. Rasulullah SAW mendatangi pula tempat2 musuh yg terbunuh dan memanggil mereka. Rasulullah SAW berkata; Hai Abu Jahal bin Hisyam! Hai Ummayah bin Khalaf! Hai Utbah bin Rabi'ah! Hai syaibah bin Rabi'ah! Bukankah kalian telah merasakan apa yg dijanjikan Tuhanmu sungguh2 terjadi? Aku sendiri merasakan apa yg dijanjikan Tuhan sungguh2 terjadi.

Ucapan Rasulullah SAW itu didengar Umar RA lalu ia berkata' Ya rasulullah! Bagaiman mungkin mereka dpt mendengar dan menjawab sedangkan mereka telah menjadi bangkai?' Rasulullah SAW menjawab 'Demi Allah yg jiwaku berada dlm tangan dan kuasa Nya, pendengaran mu tidak setajam mereka. Hanya saja mereka tidak dpt menjawab. Rasulullah SAW lalu memerintahkan agar mayat2 musuh dilemparkan ke dalam Telaga Badar.

Dr hadis diatas sudah nampak yg roh boleh mendengar namun tdk mampu menjawab. Inikan pula lg kembali ke dalam dunia utk berdialog. Drpd rumusannya, jin memang mampu meniru dan mengaplikasikan memori roh utk kegunaan mereka. Malah ada sesetengah jin yg konfius dan mabuk memori hingga menyangka mereka itulah diri mereka berdasarkan memori tersebut

Namun apa yg diketahui Allah adalah sangat luas. Kita manusia hanya memperolehi sedikit drpd apa yg ghaib.

Dan pada sisi Allah lah tersimpannya kunci2 yg ghaib. Wallahualm Bishawab.

Hanya berkongsi, wallahu'alam.

Sumber: www.paranorms.org

Thursday, January 27, 2011

Kaedah Mengatasi Histeria

Seperti pada berita yang tuan-tuan telah baca,bahawa sesungguhnya banyak perkara yang boleh mengaitkan perkara seumpama itu berlaku sehingga tidak mengira siapa dan bila akan terjadi.

Sebagai ikhtiar awal dan benteng untuk mencegah ianya menjadi semakin teruk, bersama ini saya nyatakan semula kaedah-kaedah yang belah diamalkan untuk kebaikan bersama.

KAEDAH:

Gangguan @ Rumah / Pejabat
1. Surah al-Fatihah
2. Surah Yasin
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Ikhlas
5. Surah al-Falaq
6. Surah al-Naas
7. Ruqyah Nabawiyah
8. Doa Menghindar Syaitan
9. Doa Mendiami Tempat Baharu / Gangguan

Histeria Disebabkan Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Pembatal Sihir {Surah Yunus : 81-82}
4. Ayat Penunduk Sihir {Surah al-A'raf : 118-122} & {Surah Taa Haa : 69}
5. Ayat Pendinding Daripada Sihir {Surah al-Nisa' : 84} & {Surah Yusuf : 64}
6. Ayat Pemecah
7. Ayat Kursi
8. Ayat {ukhruj ya 'aduwwallah}

Histeria Disebabkan Rasukan Syaitan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
4. Ayat Kursi
5. al-Mu'awwizat

Histeria Pada Kanak-Kanak
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Doa Nabi Sulaiman

Tuesday, January 25, 2011

Histeria Terbaru: Pelajar Cuba Cederakan Guru!

Lagi kes histeria menganggu pelajar sekolah..

(Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar kecil menunjukkan seorang pelajar yang cedera selepas diserang histeria.)


KES 1: Pelajar Histeria Menyerang Dengan Kaca dan Pisau

TELUK INTAN 25 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain.

Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.

"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.

"Selepas itu ia berjangkit pula kepada pelajar perempuan lain menyebabkan keadaan sekolah menjadi kelam-kabut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja kejadian histeria membabitkan pelajar perempuan reda, ia kemudian menyerang pelajar lelaki pula.

"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila seorang pelajar mengeluarkan pisau dan cuba menyerang pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan pelajar sekolah berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan juga mendapati cermin tingkap dan pasu bunga bertaburan akibat dipecah oleh pelajar-pelajar yang diserang histeria tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan ini bukan kali pertama kejadian histeria berlaku di kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu seorang pelajar, Noorhafidah Abdulah, 15, berkata, dia dan rakan-rakannya berharap pihak sekolah mencari jalan bagi mengatasi masalah histeria itu kerana ia mengganggu persekolahan dan menakutkan mereka.

"Kami tidak mahu pindah sekolah kerana sekolah ini mengeluarkan ramai pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.

Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.

"Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya 'dia' mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur," katanya.

Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.

----------------------------------------------------------------------


KES 2: Kolam Terbiar Punca Pelajar SMK Seri Sepang Dirasuk?

SEPANG 25 Jan. - Beberapa siri serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan pelajar dan guru sekolah terbabit.

Dikatakan kewujudan sebuah kolam terbiar dalam kawasan sekolah yang telah ditimbus kira-kira dua tahun lepas sebagai punca berlakunya dua kes kerasukan berturut-turut melibatkan pelajar.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu tengah hari ini menemui seorang pelajar perempuan tingkatan satu sesi petang yang tiba-tiba menangis kerana takutkan sesuatu.

Dia mendakwa melihat kelibat mengerikan sedang berlegar-legar di kawasan sekolah tersebut.

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku malah sejak akhir-akhir ini semakin kerap terjadi hingga terdapat kejadian pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurutnya, pelajar perempuan yang kerasukan itu meracau dan menghemburkan kata-kata kesat serta menuduh salah seorang pelajar sekolah itu memijak dan membunuh anaknya.

"Kejadian pada Jumaat lepas berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tiba-tiba berlari dan memanjat bangunan sekolah serta cuba melompat dari tingkat tiga sebelum berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Tetapi kejadian yang berlaku pagi Jumaat itu tidak berhenti di situ saja. Semalam sahaja, seramai 10 pelajar sesi petang sekolah ini pula telah dirasuk hingga menyebabkan waktu tamat sesi persekolahan terpaksa diawalkan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah juga telah berusaha untuk menghalau makhluk halus terbabit dengan memanggil beberapa pengamal perubatan Islam dan alternatif.

Namun sehingga petang ini masih belum terdapat tanda-tanda positif.

"Kami sudah memanggil beberapa orang yang mahir untuk menghalau makhluk halus ini tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda berjaya.

"Tetapi apa yang dimaklumkan kepada kami ialah tempat ini memang kawasan 'mereka', jadi memang tidak boleh dibuat apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, pengetua sekolah, Faridah Che Hussein enggan memberi komen tentang kejadian itu dan meminta isu tersebut diulas oleh Pengarah Pelajaran

Sumber: Utusan Malaysia

Monday, January 24, 2011

Pelajar Histeria Jilat Darah Sendiri!

(ANGGOTA bomba cuba menyelamatkan pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh semalam.)


TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.

Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.

Sumber: Kosmo

Mangsa Lecur Mula Mendapat Perhatian..


(AMY SEARCH meluangkan masa melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.)

SHAH ALAM: Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi ditawarkan mengikuti pendidikan dengan pembiayaan penuh di Kolej Poly-Tech MARA pada sesi kemasukan Jun tahun depan.

Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya sedia membantu pelajar malang itu meneruskan pelajaran daripada peringkat sijil dalam bidang elektrikal hingga diploma sebagai jaminan masa depannya.

“Kami akan beri kebebasan kepada beliau untuk memilih bidang yang diminatinya. Tiada halangan. “Saya harap tajaan pendidikan daripada kolej kami akan mengubah masa depan beliau dalam membina kehidupan baru,” katanya yang ditemui ketika melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.

Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO, turut menyumbangkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Sementara itu, Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.

Muhammad Hairuman berkata, segala kesakitan hilang sebaik beliau melihat kehadiran Amy.
“Terima kasih atas kasih sayang semua kepada saya. Ramai yang memberi pelbagai kata nasihat, pemberian sumbangan dan kehadiran Amy hari ini (semalam) sangat saya hargai,” katanya.

Beliau berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan perkara negatif walaupun terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Saya mahu menyanyi lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu’ bersama Amy. Beliau sumber inspirasi saya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sunday, January 23, 2011

Musibah..

Sedih apabila mengenang apa yang berlaku kepada adik Hairuman namun itu semua dibawah takdir dan pengetahuan Allah.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan tiap2 sesuatu dan mempunyai hikmah disebaliknya. Saya ambil kisah ini supaya ia dapat menjadi iktibar dan memberi ruang kepada sesiapa yang ingin membantu..

Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata...
hari ini hari dia..esok lusa mungkin kita...

Assalamua'laikum wbth..

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.







Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit.

Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.


Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...

Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.





Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN


Sumber: Bujang Susah

Friday, January 21, 2011

Perempuan Pun Berkhatan!



BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.




SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------


“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.

Wednesday, January 19, 2011

Biawak Halal Dimakan??



Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.

عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kawasan kaumku, maka aku merasa jijik”- Hadis riwayat Bukhari.


وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .


Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit atau kembung perut.

-wallahu'alam-

Tuesday, January 18, 2011

Kes Bunuh Di Sadong Jaya, Sarawak!


(KETUA Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad (kanan) melihat lubang di mana mayat seorang pelajar Tingkatan Tiga, Taufik Abdul Rahim,15, (gambar kecil) yang menjadi mangsa bunuh ditanam di belakang rumah seorang suspek di Kampung Pendam, Sadong Jaya)



(MAYAT Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter)







KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.

“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.

“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Wednesday, January 12, 2011

Laici Babi!



KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

http://www.halaljakim.gov.my/

Tuesday, January 11, 2011

Lagi Kebakaran Misteri!

12/01/2011 1:32pm

BANDAR BAHARU, 12 Jan. - Setelah kebakaran misteri berlaku di rumah yang didudukinya, kini Mohd. Sidek Hamid mengalami pula kebakaran ke atas keretanya.

Kebakaran misteri ke atas keretanya yang berlaku kira-kira 8.15 pagi hari ini turut memusnahkan beberapa helai pakaian sekolah anak perempuannya, Zuraidah, 17, yang disimpan di dalam kereta Proton Saga miliknya itu.

Mohd. Sidek, 51, ketika kejadian sedang menoreh yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Kebakaran misteri tersebut mula menghantuinya sejak tiga tahun, mula-mula ke atas rumahnya di Kampung Charok Meranti, Mukim Sungai Batu dekat sini, dan walaupun beliau berpindah dengan menyewa rumah lain, kebakaran masih berlaku di rumah sewanya itu.

“Mujurlah seorang jiran menyedari kebakaran kereta saya lalu dia segera ke tempat saya menoreh dan memaklumkan kepada saya. Apabila saya pulang, saya mendapati asap dan api telah membakar bahagian tempat duduk belakang kereta saya.

"Dengan bantuan jiran-jiran, kebakaran dapat dipadamkan,” kata Mohd. Sidek yang kini menetap semula di Kampung Charok Meranti. - Bernama

Tuesday, January 4, 2011

Ikhtiar Bacaan Rawatan Penyakit- siri 2

Seperti yang saya janjikan dahulu, ini merupakan sambungan kepada kaedah dan ikhtiar bacaan untuk penyakit jasmani untuk amalan yang sedang mencari kesembuhan dan ingin membantu mereka yang lain. Semuanya dengan keyakinan dan izin Allah..

Demam Panas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

Selesema
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Penyakit Kulit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Sakit Kepala
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

Sakit Sendi
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sakit Mata
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

Buta Seluang
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

Sakit Mata Sebab Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

Tahi Mata Berlebihan
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

Mata Dimasuki Benda
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

Sakit Perut
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

Batuk
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Bisa
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

Sesak Nafas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

Dada Berdebar-Debar
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

Sakit Gigi Biasa
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

Kencing Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

Cirit-Birit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

Bersambung..
Related Posts with Thumbnails