Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Saturday, August 28, 2010

Cara Tenangkan Hati..


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Thursday, August 26, 2010

KM Sarawak nak berundur jika..


KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah hampir lima dekad aktif dalam politik dan menerajui negeri itu sejak 29 tahun lalu menegaskan "akan berundur" jika tidak lagi lagi diperlukan.

Kemungkinan itu masih menjadi teka-teki ketika Sarawak bersedia ke arah pilihan raya umum negeri.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat ini.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu sejak 26 Mac 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu... terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya di Kuching semalam.

Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub.

Taib juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).

Kata Taib, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," kata beliau dipetik Bernama.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, Taib mengakui trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

Mengulas isu lain, Taib dipetik Berita Harian berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah kalah teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006.

"Selama ini saya sudah banyak membantu SUPP, sama ada mereka mahu menerimanya atau tidak, ia perkara lain.

"Saya sudah memberikan analisis dan nasihat mengenai masalah mereka sebelum ini," kata beliau.

"Kini terpulang kepada mereka. Jika saya melakukan lebih dari itu, ada di kalangan pemimpin SUPP akan mengkritik saya kerana mencampuri hal ehwal dalaman parti itu," katanya.

Taib menambah SUPP sebenarnya lebih perlu membantu diri mereka sendiri, bukannya mengharapkan bantuan dari luar dalam memulihkan kekuatan parti berkenaan.

Beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen ketika era perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1967 ketika berusia 31 tahun.

Taib dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.

Sementara itu ketika kepimpinan Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981.

Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pertama pada 1980.

Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969 hingga 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya.

Wednesday, August 25, 2010

Bunuh Anak Sendiri!



ADAKAH PEMBUNUH INI DIPENGARUHI OLEH JIN??
TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA DAN AL-FATIHAH KPD ALLAHYARHAM MOHD. ADAM MUSZHAFFAR.


Mohd. Adam Muszhaffar, 3, temui ajal di dalam bilik air rumahnya semalam angkara perbuatan bapanya.
Suspek berusia 33 tahun yang dipercayai menghidap sakit mental, kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.

KOTA BHARU 24 Ogos – Selang dua minggu kejadian seorang lelaki yang dikatakan menghidap tekanan mental mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati di Langkap, Perak, satu lagi kejadian ngeri berlaku ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa hari ini.

Kali ini, seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit yang sama bertindak menyembelih sehingga mati anak lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 33 tahun dikatakan hilang kewarasannya bertindak menyembelih Mohd. Adam Muszhaffar dengan kejam menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya, bagaimanapun dia yang turut mengalami kecederaan ditahan anggota polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan.

Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu.

Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka.

“Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.

“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, ketika umat Islam menikmati juadah sahur, seorang lelaki yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Kejadian berlaku pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan, Perak. Lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Sementara itu, Nik Suzila yang masih dalam keadaan terkejut berkata, sebelum kejadian, dia telah meninggalkan Mohd. Adam Muszhaffar serta Siti Aishah di rumah ibu dan bapanya yang terletak kira-kira 50 meter kerana keluar bekerja berhampiran rumah mereka.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dia telah mengambil Mohd. Adam Muszhaffar, manakala Siti Aishah ditinggalkan di rumah nenek mereka kerana dia sedang tidur.

Sementara itu, bapa Nik Suzila, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata, menantunya itu menunjukkan perubahan sejak kelmarin dan disebabkan itu ketiga-tiga cucunya tidak ditinggalkan di rumah bersama menantunya itu semasa isterinya keluar bekerja.

“Sejak kebelakangan ini, menantu saya tidak lagi makan ubat, bila saya tanya kenapa tidak makan ubat, dia menjawab sudah sihat, kalau makan ubat pun akan buat mengantuk sahaja.

“Sudah lama dia tidak hadapi masalah mental, kalau datang penyakitnya pun, dia tidak ganggu orang, hanya duduk diam dan keluar dari rumah balik esok pagi atau lewat malam.

“Hanya hari ini dia bertindak di luar batasan, tidak pernah saya tengok dia marah anak-anak, dia amat sayang anak-anak,” katanya.

Menurutnya, menantunya sebelum ini bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya dan telah berhenti kira-kira sebulan lalu.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

“Kita percaya dia ada masalah mental tetapi siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek telah ditangkap ketika cuba melukakan dirinya dan dibawa ke HRPZ II kerana cedera di leher.

“Kita juga telah menemui pisau yang digunakan oleh suspek untuk menyembelih anaknya sendiri manakala mayat mangsa telah di bawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.

Jawapan Sains Mengenai Puasa..

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” – Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika

Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa
Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :

“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” – HR. Imam Tirmidzi


Artikel penuh Hikmah Puasa

Bersahur pelihara kesihatan, walau dengan seteguk air
BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan walaupun hukumnya sunat sahaja. Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya bersahur.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata:
“Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?”
Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

sumber:nuradlyna.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

Hukum Solat Tarawih Yang Cepat

Soalan:

Apakah hukumnya sembahyang Tarawih dengan cepat?


Jawapan: Dari Fatwa Muasyirah Dr Yusuf Qardhawi

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendirikan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan cukup syarat-syaratnya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu." (Bukhari dan Muslim)

Mengikut hadis Rasulullah saw, Allah mensyariatkan Nya supaya berpuasa pada siang hari dan bersembahyang pada malam hari. Sembahyang ini adalah untuk membersihkan dosa dan kesalahan, tetapi yang dimaksudkan dengan sembahyang itu ialah yang cukup syarat-syaratnya, rukun-rukun, adab-adab dan batasan-batasannya.

Kita telah mengetahui bahawa tamakninah itu adalah satu daripada rukun-rukun sah sembahyang sebagaimana membaca Al-Fatihah, rukuk dan sujud. Rasulullah pernah berkata kepada mereka yang tidak sempurna sembahyangnya kerana tiada tamakninah, maksudnya:

"Ulangi sembahyangmu kerana engkau masih lagi belum sembahyang..."

Kemudian Nabi menerangkan kepadanya sembahyang yang diterima Allah:

"Rukuklah dengan tamakninah, iktidal dengan tamakninah, sujud dengan tamakninah, sujud di antara dua sujud dengan tamakninah dan seterusnya."

Tamakninah dalam semua rukun wajib dilakukan. Bagaimana pun ulamak tidak bersependapat dalam masaalah lama mana had untuk tamakninah.

Sebahagiannya mengatakan hadnya sama dengan sekali tasbih seperti katanya: Subhana Rabbiayal A'la dan seumpamanya. Sebahagiannya pula, seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiah, mengatakan kadar masa tamakninah itu ialah sekadar tiga tasbih pada rukuk dan sujud.

Ada hadis yang mengatakan kadarnya tiga kali tasbih atau yang hampir dengannya. Oleh itu tamakninah itu mestilah sekadar tiga kali tasbih. Allah berfirman:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya.” (Al-Mukminun: l-2)

Khusyuk itu terbahagi kepada dua jenis:

1. Khusyuk badan
2. Khusyuk hati

Khusyuk badan ialah tenang tubuh badan, tidak bermain-main dan tidak berpaling-paling. Juga tidak sujud dan rukuk seperti ayam mematuk makanan. Menunaikannya hendaklah dengan cukup syarat dan rukunnya sebagaimana yang disyariatkan Allah. Khusyuk badan ini hendaklah disertai dengan khusyuk hati.

Khusyuk hati ialah merasai kebesaran Allah, menghayati makna bacaan dalam sembahyang, mengingati akhirat dan menyedari bahawa dia bersembahyang di hadapan Allah.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman:

"Aku bahagikan sembahyang di antara Aku dan hamba Ku kepada dua:

Apabila hamba Ku berkata: Alhamdulillah Hi Rabbil ‘aalamiiin

Aku akan menjawab: Hamba Ku memuji Ku.

Hamba itu berkata lagi: Ar Rahma Nir Rahiiim

Aku menjawab: Hamba Ku Memuji Ku.

Dia berkata lagi: Maliki Yau Mid deeeen.

Aku menjawab: Hamba Ku meninggikan Ku

Apabila dia berkata: Iyya kana’ budu wa iyya kanas ta’ieen

Aku menjawab: Inilah dia antara Ku dan hamba Ku

Hamba itu berkata lagi: Eh dinass siratal mustakim.

Aku menjawab: Jalan ini untuk hamba Ku. Baginyalah apa yang dipohonnya."


Seseorang itu hendaklah menyahut seruan Allah di dalam sembahyangnya dengan menghadirkan hati pada tiap-tiap rakaat dan pergerakan sembahyangnya.

Jika mereka yang bersembahyang berniat hendak menyudahkan sembahyangnya dengan segera dan merasainya sebagai satu bebanan, itu bukanlah sembahyang yang dituntut.

Kebanyakan manusia melakukan sembahyang Tarawih sebanyak 20 dan 23 rakaat dalam masa beberapa minit sahaja. Mereka bersembahyang seperti menyambar sesuatu dan mahu menyudahkannya secepat mungkin, sehingga tidak sempurna rukuk, sujud dan khusyuknya...

Amalan inilah yang telah dinyatakan di dalam hadis sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sembahyang itu akan naik ke langit dalam keadaan hitam pekat. Sembahyang itu berkata kepada tuannya: Allah telah menghilangkan engkau (pahala sembahyang) sebagaimana engkau menghilangkanku (kerana sembahyang tidak cukup syarat dan rukunnya)."

Sembahyang yang khusyuk dan tenang akan naik ke langit dengan wajah yang putih bersih. Sembahyang itu akan berkata kepada tuannya: Allah telah menjaga engkau sebagaimana engkau menjagaku.

Saya nasihatkan, kepada imam-imam dan orang yang mengerjakan sembahyang yang panjang bilangan rakaatnya dengan tidak teratur, tidak khusyuk, tidak hadir hatinya dan tidak tenang badannya, eloklah mereka mengerjakan lapan rakaat sahaja dengan tenang, khusyuk serta rapi.

Sembahyang yang sebegini lebih baik daripada sembahyang 20 rakaat yang tidak sempurna tadi. Sembahyang dikira berdasarkan kepada jenisnya dan bagaimana kita menunaikannya, berapa banyak rakaat yang dikerjakan, dan dikira juga adakah sembahyangnya khusyuk atau tidak.

Kita bermohon kepada Allah semoga Dia menggolongkan kita ke dalam kumpulan orang-orang yang mukmin dan khusyuk dalam sembahyang.

Friday, August 20, 2010

Mengingkari Kerasukan Jin!

Soalan mengingkari kerasukan jin ke dalam tubuh manusia.

Jawapan:

Hal ini (kerasukan) adalah hal yang bisa diketahui dengan panca indera, masyhur dan mutawatir dari sejak zaman dahulu. Allah Ta’ala berfirman..

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS. Al-Baqarah: 275)

Dan Allah Ta’ala berfirman..

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (QS. An-Nas: 1-5)

Kenapa dia bisa membisikkan kejahatan ke dalam dadamu? Bukankah karena dia bisa mengalahkanmu dan dia bisa masuk ke dalam tubuhmu?!

Nabi S.A.W bersabda:

إِنًّّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ


“Sesungguhnya setan berjalan di dalam tubuh anak Adam seperti mengalirnya darah.”


Maka semua (yang mengikuti Muktazilah) menolak semua ayat dan hadits di atas dan menjadikan akal mereka sebagai pemutus perkara. wallahu'alam

Sumber:Bloggers

Monday, August 16, 2010

Kisah Benar Bunian..


“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.

FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.

– Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

Catatan ini adalah seperti yang dicerita kan oleh Dr Jahid Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor dan bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Saturday, August 14, 2010

Persoalan Rasukan Jin di Bulan Ramadan


Penjelasan:

Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1899. Muslim, no. 1079, dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

“Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu”.


Para ulama berbeda (pendapat) mengenai makna dibelenggunya setan-setan pada bulan Ramadan, menjadi beberapa pendapat:

Al-Hafidz Ibnu Hajar berpendapat seraya menukil dari Al-Hulaimy:
“Kemungkinan maksudnya adalah para setan tidak bersungguh-sungguh menggoda kaum muslimin, sebagaimana yang mereka lakukan di bulan lainnya, karena kesibukan manusia beribadah. (Atau) yang dimaksud para setan (yang dibelenggu) adalah sebagian mereka, yaitu dari jenis pembangkang di antara mereka, (atau yang dimaksud) dibelenggu adalah dibelenggu dengan puasa yang berfungsi menekan dorongan syahwat, atau dengan bacaan Al-Qur’an dan dzikir.

Yang lainnya (selain Al-Hulaimy) berkata, maksud dibelenggu adalah diikat dengan rantai. Iyadh berkata: Ada kemungkinan maknanya sesuai zahir dan hakekatnya. Yaitu sebagai tanda bagi para malaikat akan masuknya bulan Ramadan, agar mereka mengagungkan kesuciannya dan melarang para setan mengganggu kaum beriman. Kemungkinan juga (maknanya) sebagai simbol banyaknya pahala dan pengampunan. Dan berkurangnya gangguan setan, sehingga seakan-akan mereka dibelenggu.

Dia Berkata, yang menguatkan kemungkinan kedua ini adalah ungkapan dalam riwayat Yunus dari Ibnu Syihab dalam riwayat Muslim, (yaitu ungkapan) 'Pintu-pintu rahmat dibuka'. Dia juga berkata, bahwa kemungkinan (makna) dibelenggunya setan adalah simbol dilemahkannya (setan) dalam menggoda dan menghias syahwat. Zain bin Munayyir berkata, 'Pendapat pertama (makna dibelenggu secara zahir) lebih tepat. Lafaz ini tidak perlu dialihkan dari zahirnya.' (Fathul Bari, 4/114)

Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah ditanya tentang sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam “Setan-setan dibelenggu” padahal kita lihat ada orang-orang yang dapat kerasukan (jin) pada siang hari Ramadan, bagaimana setan-setan dibelenggu (sementara) sebagian orang ada yang kerasukan (jin)?

Beliau menjawab dengan mengatakan: “Dalam sebagian riwayat hadits (disebutkan) “Setan-setan pembangkang dibelenggu (di bulan Ramadan)” atau “diikat”, yaitu dalam riwayat Nasa’i.

Hadits seperti ini termasuk perkara ghaib, sikap orang muslim adalah menerima dan membenarkannya. Dan tidak kita memperbincangkan (apa kenyataan sesungguhnya) di balik itu. Karena sikap tersebut lebih menyelematkan agama seseorang dan lebih bagus akibatnya.

Oleh karena itu ketika Abdullah bin Imam Ahmad berkata kepada bapaknya: “Sesungguh orang kerasukan (jin) pada bulan Ramadan (maksudnya mengapa sampai terjadi padahal katanya setan dibelenggu)”. Imam Ahmad berkata: Begitulah hadits ini dan jangan membicarakan (lebih dalam masalah) ini.

Tampaknya, yang dimaksud 'dibelenggu' adalah dibelenggunya setan dari upayanya menyesatkan manusia, dengan dalil banyaknya kebaikan dan orang yang bertaubat kepada Allah Ta’ala di bulan Ramadan." (Majmu Fatawa, hal. 20)

Kesimpulannya:

Makna setan dibelenggu adalah bersifat hakiki (nyata), Allah yang lebih mengetahui tentang hal tersebut. Dan hal itu tidak harus berarti bahwa kejelekan dan kemaksiatan tidak terjadi di antara manusia. Wallahu’alam

*Sesiapa yang mempunyai sebarang pandangan mengenai artikel di atas agar dapat dikongsikan disini. Mudahan ilmu yang disampaikan nanti akan dapat menghasilkan suatu kesimpulan yang jelas mengenai persoalan di atas, insyaAllah.

Sumber:Bloggers

Thursday, August 12, 2010

Nak ikut 8 rakaat atau 20 rakaat..?

Saban tahun apabila tiba sahaja kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pasti akan berlakunya perbezaan pendapat berkenaan bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih. Sesetengah pendapat yang agak keras menganggap pendapat mereka adalah yang lebih tepat, dan yang menjadi mangsa pada perbalahan ini ialah dikalangan masyarakat umum yang tidak dapat menentukan pendapat yang lebih sesuai dan tepat untuk diamalkan.

Pendirian mereka juga sering menyalahkan pendapat Imam-imam mazhab serta ummat terdahulu yang telah beramal solat tarawih ini berdasarkan hadis Rasulallah dan perbuatan para sahabat r.a dan menyatakan bahawa perbuatan mereka adalah bida’ah dengan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T dengan tidak membenarkan menambah lebih dari lapan rakaat ketika menunaikan solat sunat tarawih. Jadi untuk menjawab permasalahan ini mari sama-sama kita melihat pendapat ulamak yang saya datangkan secara ringkas berkenaan masalah tersebut.

Perbahasan Dari Segi Lughah ( Bahasa )

Tarawih merupakan jamak pada kata tarwihah yang bermaksud istirehat. Ibnu Manzhur berkata “Dinamakan demikian kerana beristirehat para jemaah setiap empat rakaat di antara dua kali salam, dikatatan sekali rehat”. Dari taarif ini menerangkan bahawa solat tarawih itu lebih rakaatnya dari lapan, kerana istilah tarwihah adalah empat rakat yang pertama. Jika dua kali tarwihah ( istirehat ) menjadikan solat tersebut hanya lapan rakaat sahaja, serta tidak sampai maksud jamak pada kalimah Tarawih, kerana di dalam kaedah bahasa arab jamak itu sesuatu yang lebih dari tiga dan keatas.

Kesimpulannya jumlah yang sebenar Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Pendapat ini adalah mu’tamad bagi seluruh mazhab yang empat, iaitu Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah, As-Syafieyyah, dan Al-Hanabilah. Di sana juga ada pendapat daripada Al-Malikiyyah yang menyatakan bahawa Solat Tarawih ini adalah 36 rakaat, tetapi pendapat ini tidak masyhur.

Di sini juga dapat disimpulkan bahawa pendapat yang menyatakan Solat Tarawih ini hanya lapan rakaat sahaja, mula timbul sejak kebelakangan ini sahaja. Perbezaan pendapat ini berlaku kerana kefahaman yang salah terhadap sunnah nabi S.A.W serta tidak mampu menggabungkan di antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dan tidak faham bagaimana hendak menyatukan antara hadis Rasulullah serta perkataan dan perbuatan para sahabat jika berlaku perbezaan.

Pendapat Ulamak Beserta Dalil

Mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:

أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.

“Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) dengan 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayatkan dari Saidina Umar. Dan begitu juga di Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3 rakaat.”

2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:

صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ

“Solat Tarawih termasuk di dalam solat Nawafil yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari solat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat, atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga Allah meredhainya dan dia meredhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini. Tidak ada seorang pun fuqahak dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada solat Tarawih kepada 36 rakaat.

Dalam riwayat kedua daripada Imam Malik, iaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah iaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri Ramadhan (solat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”

Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menambah:

…أَمَّا الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا الْجُمْهُورُ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ اْلإجْمَاعُ.

“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, iaitulah yang disepakati Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas solat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh itu) atas sebab perkara itulah (iaitu riwayat yang kedua ini), maka jadilah (solat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah sepakat empat mazhab dan lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”

3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:

مَذْهَبُنَا أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ الْوِتْرِ وَذَلِكَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ… وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ: اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ الْوِتْرِ

“Mazhab kami sesungguhnya Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 rehat, dan setiap sekali rehat ada 4 rakaat dengan 2 salam. Dan mengikut juga pendapat inilah (iaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah dan rakan-rakannya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari jumhur Ulama’. Imam Malik berkata: Sholat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat selain dari Witir.”

4) Imam al-Khatib Syarbini menyebutkan:

اَلتَّرَاوِيحُ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.

“Dan Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan. Demikiannlah hadis Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih bahawasanya sahabat-sahabat Nabi S.A.W mendirikan sembahyang pada masa Umar bin Al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’ sebanyak 23 rakaat, tetapi Imam Al-Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir ialah Sembahyang Witir.”

5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:

وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:

وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ، لِمَا رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan ia (Sholat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan kerana diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa solat Tarawih hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:

وَصَلاَةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ لَمْ تَصِحُّ.

“Solat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Kerana ada hadith: Barang siapa melaksanakan (sholat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika sholat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya tidak sah……”


8) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:

وَعَدَدُ رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ أَخِيرًا فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ…

“Dan bilangan rakaatnya (Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyiduna Umar bin Al-Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh) mereka bersembahyang di belakang seorang imam. Para sahabat bersetuju atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang datang selepas mereka (selepas sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]


9) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:

وَقَدْ ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ

“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Sholat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam mazhab) selain Witir.

10) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad Ali al-Shabuni:

قَالَ اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِي وَإِبْنِ الْمُبَارَكَ وَالشَّافِعِيّ وَقَالَ الشَّافِعِي : وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً . أهـ.

“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyidina Umar, Sayyiduna Ali dan selain keduanya dari para sahabat Nabi iaitu (mendirikan sholat Tarawih sebanyak) 20 rakaat. Ia adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn Al-Mubarak, Syafi’e. Imam Syafi’e berkata: Dan beginilah aku mendapati orang ramai di Makkah mereka mendirikan (solat Tarawih dengan ) 20 rakaat.”

Ibn Rusyd menyebut di dalam Bidayah al-Mujtahid:

اِخْتَارَ مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ اَلْقِيَامُ
بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.

“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,
juga Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.”

Seterusnya Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menyebutkan:
“Bahawa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Solat Tarawih 20 rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Solat Tarawih dengan 20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”

Kesimpulan:

Daripada pendapat yang mampu saya lampirkan ini, kita melihat bahawa seluruh para ulamak salaf dan khalaf bersepakat bahawa Solat Tarawih itu adalah 20 rakaat, dan ia adalah sunat muakkad semata-mata tidak sampai hukumnya ke tahap wajib. Sesiapa yang meninggalkanya, maka hilang padanya ganjaran pahala yang besar dibulan Ramdhan yang mulia ini. Perbincangan ini juga jauh sekali hendak menyatakan bahawa mereka yang mengerjakan solat lapan rakaat itu salah, tetapi ingin menerangkan bahawa Solat Tarawih yang sebenar adalah 20 rakaat, dan selain pada jumlah tersebut kurang tepat untuk kita labelkan ia sebagai solat tarawih yang sebenar berdasarkan pendapat-pendapat ulamak yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Waallahuaalam.

Mohamad Hanif Haron
Pengerusi Felo MANHAL

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa! Panduan Ibu Mengandung..




Umat Islam di seluruh dunia sudah mula menjalani ibadat puasa.

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.

Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan-utusan malaysia

Dikesempatan ini editor bagi pihak SIMAAS ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua dan mudahan peluang usia kali ini kita sama-sama dapat memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti yang pernah disabdakan oleh Nabi s.a.w..

Sunday, August 8, 2010

Merawat 'asma' dengan Al-Quran..



Berikut pula adalah istilah penyakit asma atau lelah serta cara rawatan dalam konteks perubatan Islam:


Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran atau pembengkakkan saluran pernafasan tersebut. Paru-paru mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling atau bahan alergi (allergic reaction) atau keterunan. Sekiranya tidak di kawal, penyakit ini boleh menjadi serius dan menyerang secara mendadak. Di antara gejala yang selalu menyerang sakit ini ialah nafas berbunyi (wheezing), batuk dan sesak nafas.

Komplikasi:

1. Boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai 'pneumonia'.
2. Oleh mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pnenmo thorax)
3. Kronik asma menyebabkan paru-paru kembang, sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat.
4. Mendapat serangan asma yang serius hingga membawa kematian.
5. Bagi kanak-kanak pembesaran akan terbantut.
6. Jika wanita hamil akan mengalami kesukaran semasa kelahiran.

Punca penyakit:

1. Faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi
2. Jangkitan saluran pernafasan (infection)
3. Alergi kepada habuk, asap, udara yang terlalu sejuk atau terlalu panas, bulu binatang,
4. Tekanan emosi dan fizikal
5. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat
6. Senaman yang terlaluan
7. Slergi kepada makanan seperti pulut, buah nangka, makanan laut seperti kerang, udang, etc.
8. Ubat-ubat tertentu seperti aspirin
9. Asap rokok

Simptom:

1. Batuk perpanjangan terutama waktu pagi dan malam.
2. Nafas berbunyi (wheezing sound).
3. Rasa sesak nafas waktu berjalan atau ketika berehat.

Cara Perubatan:

1. Membaca ayat-ayat Al Quran yang khusus untuk penyakit ini.
2. Memakan satu sudu besar madu lebah asli setiap pagi.
3. Untuk sakit chronik asma, perlu berjumpa dengan perawat.


SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT ASMA:

(Bagi lebih jelas pesakit hendaklah berjumpa dengan perawat terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anfaal ayat 54 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 51 hingga 72, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


sumber: syifa_alhidayah.com

Wednesday, August 4, 2010

Merawat 'asma' dgn bunga kenanga..


Bagi anda yang mengalami masalah sesak nafas, adalah disarankan supaya menghadapinya dengan penuh sabar. Ini berikutan ia bukannya boleh disembuhkan dalam masa yang singkat, tetapi anda boleh memulihkannya secara beransur-ansur. Anda perlukan masa untuk merawat sesak nafas ini.

Justeru itu, dikongsikan 2 kaedah untuk merawat masalah sesak nafas ini. Menggunakan bahan yang sama iaitu bunga kenanga. Cuma pendekatannya saje yang agak berbeza sikit.

Satu, kaedah yang disyorkan oleh En. Tajuddin Abdul Manap, Pegawai Laboratori Fitoubatan dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia.

Caranya begini;

1. Ambil segenggam bunga kenanga (gambar di atas).

2. Basuh dulu untuk membersihkannya.

3. Rebus bunga kenanga tadi dengan sedikit air sampai mendidih.

4. Semasa air tengah menggelegak, masukkanlah 1/2 sudu gula pasir.

5. Biarkan ia sekejap dan padamkan api apabila paras air didihan tadi dah berkurangan sebanyak 1/3 daripada paras asal (Agak-agak la).

6. Kemudian, minumlah air didihan bunga kenanga tadi sedikit demi sedikit.

7. Amalkan meminumnya selalu. Buat dalam 2 kali sehari iaitu meminum sekali pagi dan sekali petang.


Keduanya pula adalah kaedah tradisional yang juga boleh digunapakai untuk mengubati penyakit lelah dan malaria.

Untuk kaedah ini, ianya lebih mudah sikit iaitu;

1. Ambil 3 kuntum bunga kenanga.

2. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Ataupun boleh celurkan sehingga air panas tadi menjadi suam.

3. Kemudian, buangkan bahagian kuntum bunga kenanga tu dulu.

4. Lepas tu, minumlah airnya perlahan-lahan.

5. Amalkan meminumnya dalam 2 kali sehari yer.


Mudah-mudahan petua kali ini mampu membantu anda merawat rasa sesak nafas sehinggalah anda berasa pulih sepenuhnya.

Selamat Mencuba!

Tuesday, August 3, 2010

Isteri 'manderam' suami..


Segaja saya paparkan semula kisah ini supaya kita sama-sama dapat merenung sejenak betapa singkatnya keputusan yang diambil oleh masyarakat sekarang terutama dalam menangani masalah yang membabitkan hubungan suami isteri sehingga sanggup melakukan dosa yang paling dibenci dan tidak diampunkan oleh Allah.

Walaupun telah banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan serta individu sukarela tampil dalam usaha membantu menyelesaikan konflik seumpama ini, namun hakikatnya perkara sebegini masih berlaku. Mudah-mudahan selepas ini lebih banyak perawat-perawat memahami antara peranan yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan mereka yang meminta untuk diselesaikan permasalah yang berkaitan dengan ilmu guna-guna ataupun memberikan sedikit tazkirah yang berlandaskan ajaran agama.


KUALA LUMPUR: Takut kehilangan suami, terutama akibat godaan gadis menawan, ramai wanita di negara ini, termasuk artis, mengamalkan pelbagai pendekatan khurafat bagi menundukkan suami supaya rumah tangga sentiasa harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.

Antaranya ialah penggunaan nasi kangkang, batang keladi, darah haid hari pertama si isteri datang bulan, air kencing isteri di waktu pagi selepas bangun tidur, tali pusat bayi cukup sifat yang meninggal dunia, air mani selepas bersama pasangan, titisan peluh di celah kangkang si isteri serta seluar dalam kotor.

Berikutan terdesak, tindakan syirik itu tetap dipraktikkan kerana diyakini kononnya mampu dijadikan benteng untuk menjinakkan suami daripada ‘makan luar’.

Pendekatan jijik itu terbongkar apabila beberapa wanita yang ditemui, termasuk seorang pelakon tempatan, mengaku menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan ilmu sihir berkenaan, manakala dua lelaki pula mendakwa menjadi mangsa onar isteri mereka.

PELAKON A, 50-an:
"JUJUR saya katakan, artis juga tidak terlepas daripada isu ini. Malah, beberapa rakan saya pernah mendapatkan khidmat bomoh kerana kurang percaya terhadap suami.

Kebanyakan mereka bertujuan menjaga rumah tangga dan bukan untuk memperbodohkan suami. Lagipun, kerja dalam bidang seni ini menuntut komitmen berpanjangan. Mungkin disebabkan perkara itu mereka tergerak untuk mendapatkan khidmat bomoh supaya suami tidak berpaling kasih.

Terus terang, saya pernah guna khidmat pengamal perubatan tradisional untuk tujuan sama. Sebagai pelakon, masa untuk bersama suami dan keluarga tidak pernah tetap. Malah, saya sering ada di luar kawasan untuk memenuhi jadual penggambaran sehingga berhari-hari tidak berjumpa keluarga. Kerana takut suami menjalin hubungan dengan wanita lain dan lebih teruk, meninggalkan keluarga, saya terpaksa mendapatkan khidmat bomoh bagi mengikat nafsu suami daripada berlaku curang dan tidak memandang wanita lain.

Bagaimanapun, saya tidak guna kaedah nasi kangkang, darah haid dan pelbagai perkara lagi untuk membuatkan suami mengikut kata seperti diamalkan rakan. Hakikatnya, saya tidak tergamak memperbodohkan suami hingga ke tahap itu. Saya hanya guna kaedah batang keladi yang bertujuan mengikat nafsu suami daripada mencari wanita lain. Itu sudah cukup bagi saya. Asalkan suami tidak ambil kesempatan terhadap kesibukan saya sebagai anak seni, ia sudah memadai. Tetapi untuk memperbodohkan suami, ia bukan cara saya.

Namun itu cerita dulu. Kini saya tidak lagi guna kaedah itu kerana ia berdosa. Walaupun tidak guna cara kotor seperti nasi kangkang dan darah haid, saya tetap rasa bersalah. Kini saya bertaubat dan membuang segala ilmu sihir itu. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami dan keluarga masih utuh sehingga kini."

ZURINA, 27:
"DIPUKUL dan dicampak dari tangga ke lantai menjadi perkara biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi saya diperlakukan sebegitu selepas tiga minggu kami sah bergelar suami isteri. Sebelum berkahwin, perangai suami tidak seperti ini. Saya takut perkara ini berterusan. Mungkin sesuatu yang lebih teruk akan menimpa saya jika tidak buat sesuatu. Rasanya kaedah batang keladi cara tepat untuk menjinakkan perangainya supaya kembali menyayangi saya.

Sebenarnya, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat perubatan tradisional kerana tidak mahu mahligai yang baru dibina berkecai. Tambahan pula saya berasa perubahan terhadap suami ada kaitan dengan kehadiran orang ketiga. Sewaktu bercinta, dia tidak seperti ini tetapi selepas bergelar suami isteri, macam- macam pula berlaku. Mungkin dia jemu dengan saya, lebih-lebih lagi kami bercinta sejak lima tahun lalu.

Mungkin juga ada wanita lain di hatinya menyebabkan perangainya berubah. Tambahan pula, pekerjaannya yang sering keluar kawasan memberi kesempatan untuknya mencari wanita lain. Saya tidak berniat jahat. Saya masih menyayangi dan menghormatinya sebagai suami. Saya cuma mahukan keharmonian rumah tangga seperti mana keluarga lain. Saya sedar perbuatan ini salah. Mungkin juga ia syirik sebab percayakan sesuatu perkara tahyul. Namun jika tidak mencuba, apa akan jadi kepada saya?

Saya pernah terfikir untuk bercerai dengannya. Begitupun, memandangkan usia perkahwinan kami, saya terpaksa memilih cara ini untuk bertahan. Rasanya penggunaan batang keladi serta jampi tujuh Jumaat berturut-turut akan melembutkan hatinya. Saya berharap perangai liar dan panas barannya akan berubah. Jika tidak buat seperti ini, saya akan menderita apabila terus diperlakukan seperti binatang.

Saya fikir ia akan membawa kebaikan. Lagipun, jika suami kembali baik seperti dulu, saya tidak boleh mengambil kesempatan ke atasnya dengan berlaku curang. Jika saya berbuat demikian, semuanya akan menjadi seperti sedia kala dan akhirnya saya akan merasai nikmatnya apabila suami berubah jadi seperti dulu."

KAMARUDDIN, 29:
"TAKTIK isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya terbongkar apabila helahnya dihidu selepas beberapa bulan dia memperbodohkan saya menggunakan kaedah yang dilarang agama. Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dengan seorang jururawat yang bertugas di hospital swasta di ibu negara.

Berikutan tuntutan tugas, kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu apabila cuti. Rumah tangga kami tiada masalah tetapi selepas ditukarkan ke Terengganu, saya tiada banyak masa untuk diluangkan bersama isteri. Secara diam-diam, isteri yang cemburu dan bimbang saya berlaku curang menggunakan sejenis minyak untuk ‘mengikat’ saya. Saya tidak sangka terkena minyak ‘pengikat’ digunakan isteri kerana kami tiada masalah rumah tangga.

Namun, pertemuan dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang berlaku secara kebetulan merungkai tindakan isteri saya. Selepas bertemu pengamal perubatan itu, baru saya tahu terkena ilmu penunduk isteri. Bimbang perkara itu berlarutan, saya mendapatkan khidmat pengamal perubatan terbabit untuk mengubati diri.

Patutlah saya sering mendapat mimpi menakutkan seperti bertemu hantu sepanjang tempoh terkena guna-guna isteri. Saya juga terasa seperti dikawal ‘pihak’ tertentu. Fikiran saya juga hanya tertumpu kepada isteri, hinggakan saya kerap telefon atau SMS dia. Saya juga ‘hilang minat’ dengan wanita lain biar secantik mana sekalipun.

Selepas bebas daripada ilmu penunduk itu, saya bersemuka dengan isteri. Sebaik saya tanya perkara itu, isteri tersentak dan menundukkan kepala kerana tidak menyangka perbuatannya terbongkar. Kami kemudian berbincang dan isteri mengaku kesilapannya menggunakan minyak itu dengan alasan takut ketika berada di negeri ini saya ada wanita simpanan atau akan berkahwin lain.

Kejujuran isteri mengaku kesilapan membuatkan saya rasa boleh menerima dan memaafkannya walaupun pada mulanya menyangka rumah tangga bakal musnah. Isteri saya kemudian menemui pengamal perubatan untuk membuang minyak ‘pengikat’ yang dibeli ketika menyertai satu rombongan beli-belah di utara tanah air."

DARUS, 49:
"SAYA dapat tahu bekas isteri membomohkan saya selepas berasa jauh dengan ibu. Sebelum ini saya rapat dengan ibu dan turuti apa saja keputusannya. Saya tidak menyangka bekas isteri yang berusia 45 tahun bertindak demikian semata-mata cemburu melihat hubungan saya dengan ibu kandung begitu akrab. Peristiwa ini terjadi 10 tahun lalu selepas bekas isteri berhenti kerja kilang kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan ingin membesarkan anak.

Hubungan saya dengan ibu memang akrab kerana saya anak sulung dan menjadi tanggungjawab saya menjaga kebajikan ibu. Pada masa sama, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Hasil perkahwinan 24 tahun, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 22 tahun. Sejak bekas isteri berhenti kerja, dia mula menunjukkan taringnya selepas melihat hubungan saya dengan ibu begitu baik.

Dia marah kerana saya menuruti segala kehendak ibu, termasuk memberi wang belanja. Beberapa tahun selepas itu perubahannya begitu ketara kerana saya selalu dengar cakap ibu. Apa-apa keputusan saya merujuk kepada ibu sehingga membuatkan dia bertambah marah dan cemburu. Bekas isteri marah sebab saya selalu menyebelahi keluarga sendiri dan tidak mempedulikan keluarga mentua. Dia marah dengan tindakan saya sehingga tergamak bomohkan saya supaya dengar cakapnya.

Dia mungkin memasukkan sesuatu dalam masakannya supaya saya melupakan ibu kandung. Sejak itu saya sentiasa mengikut telunjuk bekas isteri, termasuk membeli apa saja yang dia inginkan. Keluarga dan kawan pelik melihat sikap saya yang berubah, termasuk tidak pernah pulang ke kampung ibu. Mereka perasan saya berkeadaan pelik tidak seperti biasa. Saya selalu membangkang cakap mak dan keluarga. Satu ketika apabila tersedar daripada tidur, saya terus teringatkan ibu kandung yang sudah lama terputus hubungan gara-gara perbuatan bekas isteri.

Saya marah kerana isteri sanggup bomohkan saya dan kami bergaduh besar sampai saya memukul isteri kerana geram. Saya mengambil keputusan menceraikannya kerana kecewa dengan perbuatannya. Akhirnya dia mengaku buat ubat ‘guna-guna’ dan memberi saya makan."
Related Posts with Thumbnails