Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Sunday, May 23, 2010

Bahana Sihir Pelalau!



Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.

Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

1. Sihir pelalau perniagaan
2. Sihir pelalau perkerjaan
3. Sihir pelalau pembelanjaran
4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.

Pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dll.

A. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:


1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:


1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:


1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.

D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan:


1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan mengadu berkenaan hal ini kerana telah berlaku di dalam diri mereka.

Sumber:Syifa-alhidayah

Wednesday, May 19, 2010

Setiap Kematian..Mestikah Buat Tahlil Arwah?

Tulisan ini adalah dari seorang hamba Allah. Oleh itu marilah kita sama2 lapangkan dada dan buka minda untuk merenung perbincangan ini, semoga kita tergolong diantara orang2 yang sentiasa diberi rahmat dan petunjuk!


Setiap kali ada kematian. Pada malam hari selalunya akan diadakan majlis kenduri tahlil arwah di rumah si mati. Jadi semasa penulis di sekolah rendah lagi tidak akan “miss” kenduri tahlil arwah kerana makan dah confirm “best” punya jika yang si arwah itu orangnya berada, ramai pulak yang datang.

Kalau yang arwah semasa hidupnya jarang ke masjid berjemaah atau sibuk dengan urusan sendiri, kuranglah jemaah masjid yang datang ke tahlil arwahnya. Mungkin kena sabotaj kot sampai berlebihan lauk terpaksa dibagi kepada jiran-jiran yang berdekatan. Selalunya tahlil arwah dibuat 3 malam berturut-turut. Dan selepas itu pada hari yang ke 100. Tolong betulkan kalau salah. Dan selepas itu terpulanglah pada anak-anak membuat tahlil untuk arwah bapa atau saudara mereka mengikut kemampuan masing-masing.

Sekarang penulis pun selalu ke majlis tahlil arwah kerana selepas solat Isya’. Imam akan mengumumkan kenduri sipolan itu dan sipolan ini. Kadang-kadang jarang makan di rumah kerana kerap ada kenduri tahlil arwah. Jadi timbul persoalan di fikiran. Adakah wajarnya tahlil arwah ini dibuat atau sebaliknya dibaca sendiri ayat-ayat suci oleh anak-anak kepada si arwah. Kerana doa dan bacaan anak-anak terus dapat pada arwah bapanya. Begitu jugak bacaan anak murid terus dapat kepada aruah gurunya. Tidak kira guru agama atau guru akademik yang mengajarnya.

Bertahlil merupakan satu perbuatan bacaan ayat-ayat suci Allah SWT yang dilakukan untuk dikirimkan pahala bacaan kepada seseorang yang meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Persoalan disini adakah bacaan tahlil itu sampai pada si aruah yang meninggal atau tidak. Timbul percanggahan dalam perkara ini samada wajib dibuat atau pun harus. Kali ini biarlah dihuraikan satu persatu. Tengok dahulu apa kah pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulamak-Ulamak Imam Syafie.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu bacaan Al-Quran (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri".

Serta dalam sebuah sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati". (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)


Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu, Syarah Mazhab ada mengatakan:

"Adalah, membaca al-Quran dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhur Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim (as-Subuki, Taklimatul Majmu, Syarah Muhazab: juz 10,hal; 426)


Selepas mengkaji sedalam-dalam ayat-ayat diatas dan penulis bertanya pulak kepada ustaz yang mengajar kami. Kata ustaz boleh dibuat tahlil arwah dan tak bercanggah dengan syariat Islam. Tahlil arwah adalah tanggungjawab orang yang masih hidup kepada simati.

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Setiap huruf dan ayat Al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah SWT sebagaimana sabda Baginda bermaksud:

“Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Riwayat Tirmizi).

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad).

Mengenai hadis 'terputus' amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar. Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.

Jadi disini kita tengok apa kebaikan tahlil arwah. Anak-anak arwah mungkin tidak dapat membaca ayat-ayat suci dengan baik. Jadi anak-anak arwah menjemput orang lain untuk membaca bagi pihaknya. Selalu sebelum memulakan. Wakil keluarga arwah akan meminta pada ustaz untuk membaca bagi arwah yang telah meninggal dunia. Jadi adakah dosa meminta pihak lain mendoakan untuk arwah.

Kedua: Selepas tahlil, ada juga ahli keluarga yang memberi hadiah berbentuk kain pelikat, kopiah dan surat yassin kepada hadirin. Selagi orang yang menggunakan untuk solat selama itu juga pahala berterusan diterima oleh arwah dan anak-anak yang memberi hadiah. Mungkin arwah ada meninggal banyak harta dan semasa hidupnya tidak sempat membuat amal jariah. Jadi anak-anak yang hidup mesti melaksanakan amalan tersebut bagi pihaknya.

Ketiga: Memberi makan kepada tetamu jugak adalah satu kebaikan. Selagi tidak membeban keluarga arwah atau mengambil harta simati tanpa hak. Jiran-jiran boleh menolong meringan beban kerja dan juga jika ada yang sanggup mengeluarkan wang membantu majlis bagi keluarga yang susah adalah amalan yang baik. Keluarga si mati pulak tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

Keempat: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam kenduri tahlil arwah akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:

“Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.”

Oleh itu kita boleh menghadiri majlis kenduri tahlil tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. Dalam Al-Quran sendiri Allah SWT menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya:

“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).


Tajuk ini pernah diminta oleh Saudara Adrydaud suatu ketika dahulu. Kali ini bacalah wahai saudara ku. Jika timbul keraguan bertanyalah kepada ustaz yang berdekatan untuk membetulkan bagi kebaikan kita bersama. Jika diikut banyak lagi nas-nas yang menolak tahlil arwah dan ada jugak nas-nas yang menyokong pulak tahlil arwah. Sekian

Wallahu alam.

Monday, May 17, 2010

Jom Kita Mulakan Sekarang!



Kadang-kadang pandangan akal selalu tersalah apabila sering menganggap sesuatu perkara yang sepatut diutamakan dipandang remeh dan sebaliknya yang remeh itulah yang kita utamakan kerana disebabkan terbatas kemampuan akal untuk melihat hikmah disebalik yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya.

Seorang buta mengadu pada Rasulullah :
“Ya Rasulullah SAW, tiada yang memimpinku untuk aku datang ke masjid, maka berilah keringanan untukku salat di rumah”. Kemudian ia diberi keringanan oleh Rasulullah SAW. Namun ketika ia baru beberapa langkah menuju pulang, Rasulullah memanggilnya kembali: “Adakah kamu mendengar azan?”. Jawabnya : “Ya, aku mendengarnya”. Sabda Rasulullah SAW: “kerananya, hendaklah kau penuhi panggilan (azan) itu”. (HR Muslim)

Secara jujur saya katakan, ketika membaca hadis di atas saya cukup shock. Apa kah istimewanya salat berjemaah di masjid hingga Rasulullah SAW sedemikian meminta seorang buta itu melakukannya?

Salat di Masjid, Banyak Kebaikannya

Pertama:
Nilainya 27 kali lipat shalat di rumah/sendiri (HR Bukhari-Muslim), ini sudah ribuan kali kita dengar dari (mungkin) ratusan ustaz, guru agama di sekolah hingga ustaz di tv. Tapi sepertinya selama ini kita (khususnya saya) tidak kisah dan menganggap ini hanya angin lalu atau tidak penting.

Tapi kalau kita gunakan logik akal manusia yang sederhana, pilih mana kita akan bekerja dengan gaji satu ribu ringgit dibandingkan dengan gaji 27 ribu ringgit? Orang waras mana yang akan memilih yang hanya 1 ribu ringgit, betul tak?

Kedua:
Jika sebelumnya kita telah berwudhu di rumah maka setiap langkah kita menuju ke masjid darjat kita akan dinaikkan satu darjat serta diampuni satu dosa (HR Muslim). Luar biasa bukan, bukan hanya dihapuskannya dosa kita, tapi juga dinaikkan darjat kita. Subhanallah. Semakin jauh rumah kita dari masjid maka semakin banyaklah yang kita dapat. Yakin tak?

Ketiga:
Selama kita berada di masjid malaikat mendoakan kita (HR Bukhari-Muslim). Seperti yang kita tahu, bahwa mereka adalah makhluk-makhluk Allah suci yang nescaya tidak akan tertolak doanya. Bila lagi kita mendapatkan peluang semacam ini?

Keempat:
selama menunggu salat kita dianggap melakukan salat. Sungguh Maha Pemurah Allah.
Oh ya, satu lagi. Waktu antara azan dan iqamat ternyata adalah waktu mustajab untuk kita berdoa dan doa kita tidak akan tertolak oleh Allah.

Salat di Masjid terlalu penting
Hanya orang munafik yang berat melaksanakan salat berjemaah di Masjid, terutama ketika Subuh dan Asar (HR Abu Hurairah). Ohh, ini yang cukup mengerikan buat kita. Apakah sanggup kita menjadi sebahagian dari orang-orang munafik? Ini bukan cerita rekaan semata-mata. Ini hadis Nabi SAW yang wajib kita yakin. Semoga kita bukan sebahagian dari mereka, Na'uzubillah hi min zaliq.


Satu lagi hadis Rasulullah SAW:


Seseorang mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasul, bahawasanya kota Madinah ini banyak binatang buas lagi kejam, yang tentu aku sangat kuatir atas keselamatanku". Rasulullah menjawab : "Adakah kamu mendengar Hayya alash-shalah, hayya alal falah? Kalau mendengarnya maka datanglah untuk memenuhinya” (HR Abu Daud).

MasyaAllah, ertinya walaupun dalam keadaan dunia yang bermasalah pada masa ini ditambah lagi dengan berat rasa hati sekali pun kita tetap harus ke masjid. Apalagi hanya sekadar hujan renyai-renyai, bukan halangan untuk kita ke masjid.Semoga kita diberikan keringanan langkah dan kemudahan selalu.


Kemurkaan Rasulullah SAW

Rasulullah bersabda : “ Demi Dzat yang nyawaku ditangan-Nya, aku ingin menghimpun kayu api, lalu kusuruh seseorang mengumandangkan azan salat, dan kusuruh pula imam memimpin salat berjemaah, dan kudatangi mereka yang tidak shalat berjemaah, kubakar mereka bersama rumah-rumahnya!" (HR Bukhari – Muslim)

Ohh, besar sengguh kemurkaan Rasulullah SAW terhadap mereka yang meninggalkan salat berjemaah. Saya tidak berani bercakap banyak tentang hadis ini, terasa sangat takut dan jelas aura kemurkaan kekasih Allah SWT ini. Saya sangat gerun sekali bila mengetahui kesahihan hadits ini. Laa haulaa wa laa quwata illa billah …


Keringanan

Barangsiapa mendengar seruan azan tetapi tidak dapat memenuhinya tanpa suatu uzur maka salat yang dikerjakannya tidak akan diterima. Para sahabat bertanya : Apakah uzurnya? Jawab Rasulullah SAW : ketakutan atau sakit (HR Abu Daud, Ibn Hibban, Ibnu Majah)

Luar biasa ya, mungkin sebelum mengetahui sedemikian pentingnya salat berjemaah ini kita pasti akan menganggap remeh. Bahkan berlumba-lumba membuat mushala kecil di dalam rumah kita. Ternyata bukan itu yang diinginkan Rasul kita, pasti ada hikmah besar disebalik seruan salat berjemaah di masjid ini yang belum kita ketahui hingga kini. Apakah ini adalah suatu fasa yang harus kita lalui bagi kebangkitan Islam? Mari kita buktikan bersama. Jom kita mulakan sekarang!

“Sesungguhnya yang meramaikan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (QS At Taubah : 18).


-wallahu'alam-

Sumber: Sahabat

Sunday, May 16, 2010

Dengan Izin Allah..!

Sedikit catatan ringkas untuk posting minggu ini…

Sudah ada perkembangan.. itulah yang dapat dinukilkan hasil pemerhatian sekarang ini kerana apa yang sedang diusahakan kini telah menampakkan tanda-tanda positif walaupun pada awalnya saya tidaklah menjangka secepat dan sebaik ini kemajuannya apabila mendasarkan semua yang dilakukan diniatkan kerana Allah Ta’ala.

Walaupun pada awalnya banyak faktor dan risiko yang perlu diambilkira sebelum menceburinya dulu, disamping menyedari masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, tetapi dengan berbekalkan yakin dengan Hidayah dan Pemurahnya Allah serta cuba menterjemahkannya sebagai sumber motivasi, tidak mustahil untuk berjaya dan terus berkembang sesuai dengan kehendak Allah.

Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana telah membayangi banyak pilihan dalam sekalian banyak jalan kejayaan serta diredhaiNya. Dan apa yang paling utama ialah mudah-mudahan jalan yang dipilih ini diterima sebagai ibadah di sisi Allah dan kebaikannya sentiasa datang bersama dengan Rahmat Allah.

Semoga apa yang sedang diusahakan ini akan terus berkembang dengan izin Allah!

Thursday, May 13, 2010

Ustaz Ashaari Muhammad Meninggal..Al-Fatihah!



Berita Terkini 14 Mei 2010:

IPOH: Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, 2.10 petang tadi kerana jangkitan paru-paru.

Ia disahkan Pegawai Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Muhamah Nor Mansor Al Hafiz di sini, sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------

Sejarah Ringkas Allahyarham:

1937
Pada tanggal Sabtu , 30 Oktober 1937 atau bertepatan 25 sa’ban 1356 H, Ibunya Maimunah melahirkan Abuya Ashaari bin Muhammad lahir. Semasa remaja ia memiliki tanda-tanda kepimpinan yang luar biasa sebagai seorang pemuda yang bergelut dalam dunia intelektual, Ashaari turut bergabung dalam beberapa organisasi.

1958-1968
Ashaari masuk PAS dan ABIM. Di ABIM ia berkenalan dengan Anwar ibrahim yang kemudian menjadi wakil perdana menteri Malaysia. Karena merasa tidak puas dengan prinsip-prinsip perjuangannya, ia memilih keluar dari organisasi tersebut.

1968
Darul Arqam berdiri dipimpin langsung oleh Abuya Ashaari. Pada saat itu, usianya masihmuda yakni 31 Tahun. Di bawah kepimpinannya Darul Arqam memiliki 40 perkampungan islam di seluruh Malaysia . Abuya juga mendirikan beberapa divisi,seperti pendidkan, dakwah, kebudayaan, perdagangan dan industri, informasi, sains teknologi,kesehatan dan lain – lain.

1993
Bertepatan dengan 25 tahun Darul Aqram, Abuya Ashaari meluncurkan nama Al Aqram Group of Companies (AGC). Seperti yang termaktub dalam buku 25 tahun Darul Aqram.

1989
Darul Arqam sudah mempunyai 13 cabang di indonesia. mulai dari jakarta, bogor, bandung, tasik malaya, palembang, pekanbaru, dumai, bukit tinggi, padang, medan, sampai Aceh. Di Jabodetabek mulai dari pamulang di rumah seorang lulusan Australia, kebun jeruk, sampai pindah ke Depok, setelah Al-Arqam mengikuti pameran di UI.

1994
Darul Arqam dibubarkan pemerintah malaysia karena pehamnya tentang aurad muhammadiyah dianggap sesat dan menyesatkan. Namun, pengharaman jemaah ini oleh beberapa pengamat dianggap sebagai ketakutan pihak pemerintah dan pengusaha di Malaysia.


1994-2004

Abuya Ashaari ditahan secara ISA. Ditahan di penjara selama dua bulan pada 1994. Kemudian statusnya berubah menjadi tahanan rumah hingga 2004. Tepat pada 26 Oktober 2004.

2004
Abuya Ashaari bebas. Namun, tidak sepenuhnya bebas karena ia tidak dapat memperoleh hak secara utuh seperti hak untuk dipilih dan hak untuk berpergian keluar negeri.Di Indonesia, Al arqam tidak diharam kan sperti di Malaysia.

Hanya satu daerah saja yang mengharamkan Al-Arqam, yaitu Bukit Tinggi, Sumatra Barat. Bahkan Ormas Islam terbesar seperti NU menyatakan Al-Arqam tidak sesat. Tapi pemerintah mengeluarkan keputusan melalui kejaksaan Agung untuk melarang beberapa buku-buku Karangan Abuya Ashaari.

1997-2002
Darul Arqam kembali bangkit dengan nama yang berbeza , yaitu RUFAQA. Sedangkan, di Indonesia memakai nama Hawariyyun. Hawariyyun Indonesia banyak kegiatan bisnis diantara mini market margonda Depok, minimarket menunggu janji di pondok pinang, dan permata hijau, supermarket SuQ AL-Anshar di bintaro jaya tahun 2002.

2002-2003
Projek bisnis Abuya berkembang pesat di Indonesia. Diantaranya Guest HOuse di Sriwijaya, studio, cafe Qtrunada, Butik, Coffe & Bakery, Dekstop publshing, di SCBD Di Sudirman Jakarta, Apartmen di bangkok & Chiangmay, Butik di Paris, Love and care cafe di perth, Cury House di Geraldton, Farm kambing di sydney, dll.

2004
Hingga sekarang berdiri komuniti Rufaqa yang berlokasi di sentul city, Sentul, Bogor.

2008
Sebutan Rufaqa diganti menjadi GLOBAL IKHWAN

Wednesday, May 12, 2010

Berita Dari Karachi...

Gambar yang disertakan ini adalah petikan akhbar dari Karachi dan cerita tersebut sedang hangat di perkatakan oleh masyarakat sekarang. Sama-sama kita renungkan..(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Monday, May 10, 2010

Esok Masih Ada?? (Peringatan sendiri..)



Tidur itu ibarat mati, Mungkin malam ini malam terakhir bagi kita. Adakah kita sempat bertaubat sebelum tidur. Adakah kita sudah bersedia kesana jika besok kita bangun diri kita sudah berada di dalam kubur.

Umur kita semakin hari bertambah, nyawa semakin hari berkurang. Kita hanya ada 3 masa. Masa yang lepas, masa sekarang dan masa akan datang. Begitu juga nafas kita. Adakah kita akan bernafas hari esok. Ada yang tengah makan berhenti bernafas, tengah berkaraoke pun berhenti bernafas. Yang bernasib baik berhenti bernafas ketika bersolat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)

Masa yang lepas tak akan kembali, yang ada masa sekarang. Masa akan datang belum tentu lagi. Ambil kesempatan dengan masa sekarang untuk bertaubat. Takut tak sempat tunggu masa akan datang. Masa yang ada genggamkan. Pendekkan cita-cita kita untuk tunggu masa akan datang.

Menurut al-Syarawi, Allah SWT akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.

Allah SWT juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.

Kata perpatah melayu."Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Yang dikejar itu (Dunia). Projek, bisnes dan harta dll. Yang dikendong itu (Akhirat). Semua tercicir kerana dunia. Tinggalkan akhirat kejar dunia. Jangan sempat mengira sebelum dapat. Apa yang ada bersyukur dengan nikmatNya.

Ini kisah seorang haji yang sakit dan tinggal di wad selama 5 tahun dan akhirnya kembali ke rahmatullah selepas koma beberapa hari. Beliau sempat memberitahu kepada ustaz ku sebelum beliau koma.

Selama 5 tahun beliau terlantar di wad pesakit. Ramai yang datang melawat beliau. Tetapi ramai yang kembali ke rahmatullah lebih awal dari beliau iaitu seramai 20 orang termasuk saudara dan kawan-kawan yang datang melawatnya dahulu.

Ingat yang sakit akan mati dulu. Tapi yang sehat pergi dulu. Yang sakit bernasib baik dah tentu bertaubat dan berzikir. Dah tahu akan pergi kesana. Kata Ustaz ku. Jika semasa kita sedar dan terlantar sakit, selalu berzikir kepadaNya. Jika seseorang itu koma. Jantung dan hatinya akan tetap terus berzikir. Alangkah beruntung hamba ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi . Bijaksana.
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah al-Nisa’, ayat 17-18)

Jadi sebelum tidur marilah lakukan solat taubah agar segala dosa kita diampunNya. Jika esok kita bangun dan masih hidup lagi. Ambil kesempatan yang ada untuk bertaubat kepadaNya.

Tuesday, May 4, 2010

Berkongsi Pengalaman dan Kenangan..

Perkongsian Pengalaman

Bukan maksud saya ingin memuji, merasa fanatik atau mempromosi program tersebut cuma ia adalah sekadar perkongsian pemerhatian dan pengalaman peribadi yang mana telah memberi suatu impak yang amat ketara dan berlainan jika dibandingkan program-program modal insan dan sumber manusia yang pernah diikuti sebelum ini.



Dengan kesempatan yang ada ini saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan berkongsi bersama di blog ini dan sekiranya anda ‘berkelapangan’ saya mengesyorkan bolehlah menyertai program tersebut kerana apa yang didapati selepas itu nanti dengan izin Allah, adalah sesuatu yang amat bernilai untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Sudah menjadi prinsip saya dalam menuntut ilmu kerana Allah, selagi ia masih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah selagi itulah saya akan menerimanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memperkenalkan dan memberi sokongan kepada saya untuk menyertai program ini

Memang menjadi tujuan blog ini diterbitkan adalah antara lain untuk berkongsi dengan anda kepada segala yang berkaitan dengan informasi, perubatan Islam, tips, pengalaman, berita, catatan, fakta, perubatan moden dan sebagainya yang akan cuba disampaikan sebaik mungkin agar pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.

Namun pada kali ini saya cuba memberi sedikit catatan pengalaman hasil cerapan peribadi semasa menghadiri program ESQ berkenaan tempohari insyaAllah.



Secara asasnya kita memang sudah mengetahui banyak perkara tentang agama Islam bahkan apa itu Ehsan, berapa banyak bilangan Rukun Iman dan Rukan Islam serta tidak cukup dengan itu kita juga dapat hafal setiap satunya lengkap dengan definisinya sekali.

Mana tidaknya dalam sukatan PMR dan SPM semua pelajar Islam diwajibkan mengambil ujian PAFA untuk syarat lulus. Boleh dikatakan itu adalah pengetahuan dan pemahaman pada tahap akal sahaja.Tetapi sejauh manakah pelajar atau sesiapapun dari kita dapat menghayati dan merasainya dalam hati cuma Allah dan orang empunya hati itu sendiri sahaja yang tahu.

Bagi diri saya yang punya banyak kelemahan ini, dengan apa cara sekalipun hati perlu di’rawat’ dan di’bersih’kan setiap masa agar firasatnya sentiasa tepat kepada kehendak Allah. Tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya kerana ia perlu dibantu dengan suatu cara khas yang dapat diterima oleh naluri dan fitrah semulajadi manusia termasuklah kaedah psikologi dan sesuai dengan amalan-amalan yang dibawa oleh ajaran Islam. Itulah pendekatan dan usaha yang dibawa oleh program ESQ iaitu membantu melahirkan sifat-sifat mulia serta mampu merasai kewujudan Allah.


Bagi diri saya sendiri dimana sepanjang mengikuti perjalanan modulnya hati saya rasa seperti di’rawat’ dan terpancar rasa keyakinan dan kebahagiaan bila hati masih mampu menerima pelbagai cara untuk mengenal Allah dan termasuklah kali ini cara yang dibawa oleh penganjur untuk membesarkan Allah sekaligus dapat mempertingkatkan cara untuk sentiasa mengingati Allah serta banyak lagi perasaan yang sukar nak digambarkan dan dituliskan disini.

Cuma kebanyakkan dari hati kita yang sukar memahami setiap hikmah kejadian yang diciptakan oleh Allah yang memiliki keistimewaan dan kaitan peranannya kepada semua makhluk. Itu semua adalah “Karya Tuhan” yang perlu kita imani dan yakini.

Yakin pada Allah itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya.


Sukar hendak diluahkan kesemuanya dan biarlah ia menjadi rahsia dalam diri saya sendiri dan menyimpan rasa dan pengalaman tersebut kerana itu semua adalah rahmat dan kebaikan yang diberikan Allah kerana setiap mereka yang telah mengikutinya sudah tentunya masing-masing mempunyai pemahaman dan penghayatannya sendiri dan akan diingati sampai bila-bila.

Sungguh rasa bertuah bila terasa pancaran keyakinan dihati dan sudah tentu ia menjadi kenangan saat yang paling bahagia dan sentiasa diingati. Percayalah ia akan menjadi kenangan perjalanan kehidupan yang sukar untuk dilupakan.



Ia adalah satu program yang menekankan perjalanan spiritual diri kita. Mungkin pembaca sukar untuk memahami apa yang cuba saya maksudkan disini sehinggalah anda sendiri yang akan mengalami dan melalui program itu kelak jika diberikan kesempatan dan sama-sama kita doakan, insyaAllah.

Itu tadi adalah antara pengalaman yang dapat dikongsikan untuk kesempatan kali ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa 'trade mark'nya?

Untuk tulisan yang seterusnya saya akan cuba untuk berkongsi pula sesuatu yang dapat memberi kenangan dan juga simbolik dari program ESQ tersebut sebagai pengenalan kepada anda diluar sana sekaligus dapat menyebarluas program yang dapat memberi kebaikan pada diri kita dunia dan akhirat, insyaAllah.

Bersambung…

---------------------------------------------------------


Perkongsian Kenangan

Bagi meneruskan kesinambungan mesej dari program tersebut seperti yang dijanjikan saya ingin menyambung semula catatan yang lepas untuk perkongsian bersama pembaca blog ini.

Jika pada program-program yang pernah diikuti sebelum ini, saya pada kebiasaanya akan mencari-cari sesuatu untuk dibawa balik sebagai tanda kenangan. Penganjur bagi program ini juga tidak ketinggalan menyediakan pameran dan jualan diluar dewan bagi memberi kemudahan kepada peserta atau pengunjung untuk mendapat maklumat atau membeli cenderamata yang berkaitan termasuklah buku, majalah, stiker, video cd, key-chain dan sebagainya.

Saya biasanya gemar atau minat kepada t-shirt yang mengaitkan dengan sesuatu program tersebut dan boleh dikatakan kebanyakkan baju t-shirt didalam almari saya diperolehi dari pelbagai program Wala bagaimana pun, t-shirt seperti yang dimaksudkan tidak ditemui disini.

Secara peribadi terasa macam satu kekurangan pada saya bila tidak membawa balik cenderahati kegemaran apatah lagi program yang telah memberi kenangan yang begitu istimewa . Mungkin ramai juga diantara peserta lain turut mempunyai minat yang sama macam saya mana tahu?

Sungguh amat mendalam kesan daripada program berkenaan sehinggalah Allah memberi ilham kepada saya untuk mereka design t-shirt yang dapat mengaitkan dengan program tersebut, disamping dapat mengenang semula saat-saat manis ketika mengikuti program berkenaan, ia juga sekaligus menjadi mesej pengenalan awal dalam usaha menyebarluas kepada umum,.

Syukur, semuanya Allah telah izinkan dimana usaha saya telah berjalan dengan lancar dan baju t-shirt seperti yang dimaksudkan sudahpun siap untuk dikongsikan kenangan bersama dengan rakan-rakan semua.

Design t-shirt berkenaan adalah seperti pada foto dibawah. Ia boleh dimiliki dengan pelbagai saiz termasuk untuk peringkat kanak-kanak (Kids), Remaja (Teens) dan Dewasa (Executive).

Sesiapa pun boleh memiliki t-shirt ini dan ia bukan khusus untuk peserta atau alumni ESQ sahaja kerana ia adalah sebahagian pengorbanan dan perkongsian kenangan yang cuba saya terjemahkan untuk rakan-rakan diluar sana.

Antara sebahagian usaha dalam mengajak di jalan Allah ini, saya menawarkan peluang kepada yang berhasrat untuk berkongsi kenangan dan mesej 165 ( 1-Ehsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam) ini kepada sesiapa sahaja, sama ada ingin menjadi pengedar atau penyebar secara:-

1. Individu
2. Agensi/Jabatan/Syarikat
3. Alumni Executive/Kids/Teens
4. Leadership ESQ (ditempat masing-masing) dan;

Bolehlah tel/sms di nombor 013-5533433 serta menyatakan butiran seperti nama penuh, alamat/agensi/jabatan/syarikat, no.telefon, saiz @ kuantiti pesanan untuk penghantaran atau boleh juga meninggalkan maklumat tersebut diruangan komen pada blog ini untuk proses urusan penghantaran.

Bagi yang ingin membuat tempahan, anda juga boleh memberi cadangan mengenai bilangan, saiz, jenis lengan (panjang/pendek), warna (hitam/putih) untuk urusan tempahan selanjutnya.

Mereka yang membuat pengesahan terawal akan menerima penghantaran terus untuk t-shirt yang telah siap dan bagi tempahan sebanyak 50 helai ke atas akan diberi kemudahan tanggungan kos penghantaran pos laju sebanyak 50%.

Untuk pengetahuan juga, sebahagian hasil pendapatan dari pengedaran t-shirt ini akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Dan akhir sekali kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program tersebut terutama yang tinggal di sekitar Kuching atau Sarawak khasnya bolehlah berhubung di:


ESQ Leadership (Sarawak)
Lot 3141, Jalan Demak Laut (Bersebelahan Bangunan PBB)
93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-312212/312218
u.p: Tuan Syed Hossin 012-8877990



Usaha ini saya niatkan kerana Allah dan mengambil makna Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."



Segala yang baik hanya datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Saya mohon ampun kepada Allah di atas sebarang dosa dan mohon maaf kepada semua di atas salah dan silap.

Dari: Editor SIMAAS (013-5533433)

T-Shirt ESQ : Versi Hitam













T-Shirt ESQ : Versi Putih






T-Shirt ESQ : Versi Mr. Zero




Sunday, May 2, 2010

Berkongsi Pengalaman dan Kenangan..

Perkongsian Pengalaman

Bukan maksud saya ingin memuji, merasa fanatik atau mempromosi program tersebut cuma ia adalah sekadar perkongsian pemerhatian dan pengalaman peribadi yang mana telah memberi suatu impak yang amat ketara dan berlainan jika dibandingkan program-program modal insan dan sumber manusia yang pernah diikuti sebelum ini.



Dengan kesempatan yang ada ini saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan berkongsi bersama di blog ini dan sekiranya anda ‘berkelapangan’ saya mengesyorkan bolehlah menyertai program tersebut kerana apa yang didapati selepas itu nanti dengan izin Allah, adalah sesuatu yang amat bernilai untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Sudah menjadi prinsip saya dalam menuntut ilmu kerana Allah, selagi ia masih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah selagi itulah saya akan menerimanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memperkenalkan dan memberi sokongan kepada saya untuk menyertai program ini

Memang menjadi tujuan blog ini diterbitkan adalah antara lain untuk berkongsi dengan anda kepada segala yang berkaitan dengan informasi, perubatan Islam, tips, pengalaman, berita, catatan, fakta, perubatan moden dan sebagainya yang akan cuba disampaikan sebaik mungkin agar pembaca dapat mengambil manfaat daripadanya.

Namun pada kali ini saya cuba memberi sedikit catatan pengalaman hasil cerapan peribadi semasa menghadiri program ESQ berkenaan tempohari insyaAllah.



Secara asasnya kita memang sudah mengetahui banyak perkara tentang agama Islam bahkan apa itu Ehsan, berapa banyak bilangan Rukun Iman dan Rukan Islam serta tidak cukup dengan itu kita juga dapat hafal setiap satunya lengkap dengan definisinya sekali.

Mana tidaknya dalam sukatan PMR dan SPM semua pelajar Islam diwajibkan mengambil ujian PAFA untuk syarat lulus. Boleh dikatakan itu adalah pengetahuan dan pemahaman pada tahap akal sahaja.Tetapi sejauh manakah pelajar atau sesiapapun dari kita dapat menghayati dan merasainya dalam hati cuma Allah dan orang empunya hati itu sendiri sahaja yang tahu.

Bagi diri saya yang punya banyak kelemahan ini, dengan apa cara sekalipun hati perlu di’rawat’ dan di’bersih’kan setiap masa agar firasatnya sentiasa tepat kepada kehendak Allah. Tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya kerana ia perlu dibantu dengan suatu cara khas yang dapat diterima oleh naluri dan fitrah semulajadi manusia termasuklah kaedah psikologi dan sesuai dengan amalan-amalan yang dibawa oleh ajaran Islam. Itulah pendekatan dan usaha yang dibawa oleh program ESQ iaitu membantu melahirkan sifat-sifat mulia serta mampu merasai kewujudan Allah.


Bagi diri saya sendiri dimana sepanjang mengikuti perjalanan modulnya hati saya rasa seperti di’rawat’ dan terpancar rasa keyakinan dan kebahagiaan bila hati masih mampu menerima pelbagai cara untuk mengenal Allah dan termasuklah kali ini cara yang dibawa oleh penganjur untuk membesarkan Allah sekaligus dapat mempertingkatkan cara untuk sentiasa mengingati Allah serta banyak lagi perasaan yang sukar nak digambarkan dan dituliskan disini.

Cuma kebanyakkan dari hati kita yang sukar memahami setiap hikmah kejadian yang diciptakan oleh Allah yang memiliki keistimewaan dan kaitan peranannya kepada semua makhluk. Itu semua adalah “Karya Tuhan” yang perlu kita imani dan yakini.

Yakin pada Allah itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya.


Sukar hendak diluahkan kesemuanya dan biarlah ia menjadi rahsia dalam diri saya sendiri dan menyimpan rasa dan pengalaman tersebut kerana itu semua adalah rahmat dan kebaikan yang diberikan Allah kerana setiap mereka yang telah mengikutinya sudah tentunya masing-masing mempunyai pemahaman dan penghayatannya sendiri dan akan diingati sampai bila-bila.

Sungguh rasa bertuah bila terasa pancaran keyakinan dihati dan sudah tentu ia menjadi kenangan saat yang paling bahagia dan sentiasa diingati. Percayalah ia akan menjadi kenangan perjalanan kehidupan yang sukar untuk dilupakan.



Ia adalah satu program yang menekankan perjalanan spiritual diri kita. Mungkin pembaca sukar untuk memahami apa yang cuba saya maksudkan disini sehinggalah anda sendiri yang akan mengalami dan melalui program itu kelak jika diberikan kesempatan dan sama-sama kita doakan, insyaAllah.

Itu tadi adalah antara pengalaman yang dapat dikongsikan untuk kesempatan kali ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa 'trade mark'nya?

Untuk tulisan yang seterusnya saya akan cuba untuk berkongsi pula sesuatu yang dapat memberi kenangan dan juga simbolik dari program ESQ tersebut sebagai pengenalan kepada anda diluar sana sekaligus dapat menyebarluas program yang dapat memberi kebaikan pada diri kita dunia dan akhirat, insyaAllah.

Bersambung…
Related Posts with Thumbnails