Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Tuesday, February 14, 2017

Warga emas Mukah digoda tiga gadis wangi cari asam paya, tiba-tiba berbogel…






MUKAH: Sidek Baki, 75 menceritakan, selepas dia memunggah asam paya atau buah kelubi di hujung jalan, dia tercium bau harum dari persekitarannya.

Menurutnya, dia pun menoleh lalu terlihat tiga gadis berusia dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun yang memanggilnya.

Pada mulanya Sidek tidak mahu mengikut gadis kecil itu kerana masih hairan dan berasa takut selepas tercium bau wangi dari tubuh mereka bertiga.

Tetapi selepas dipujuk dan digoda akan ditunjukkan dengan tempat yang banyak asam paya, dia menerima ajakan tiga gadis kecil itu.

Utusan Sarawak pada Isnin 13 Februari melaporkan, selepas 28 jam dikatakan hilang secara misteri semasa mencari asam paya dan rotan pada pagi Jumaat lepas, Sidek akhirnya berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung di sebuah hutan terletak 10 kilometer dari kediaman warga emas tersebut.

Ketika ditemui, Sidek mengaku tidak lapar kerana mendakwa diberi makan kuih penyaram oleh gadis berkenaan yang membawanya menuju lokasi banyak asam paya.

Sidek berkata, bagaimanapun sebelum sampai ke lokasi yang dikatakan banyak asam paya, tiba-tiba tiga gadis yang berjalan di hadapannya itu membuka pakaian.

Sidek menceritakan, dia menutup matanya dan memarahi gadis tersebut sebagai “kurang ajar”

Sebagaimana dilaporkan Utsuan Sarawak, Sidak berkata, “Mereka tidak endahkan saya dan saya terus membaca lima kali al-Fatihah, baharulah ketiga-tiga gadis tadi hilang dari pandangan.”

Menurut Sidek ketika itulah baru dia terdengar ada suara orang memanggilnya yang rupa-rupanya mencari dia yang hilang.

Ketua operasi warga Oya, Arini Suhali mengakui mereka menjumpai Sidek pada 3.45 di dalam hutan tidak jauh dari Kampung Oya dalam keadaan basah kuyup dengan gulungan rotan tergantung di leher.

Mangsa dibawa ke klinik Oya sebelum balik ke rumahnya. – Sarawakvoice

Monday, February 13, 2017

Fakta tentang ATM!


FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI ATM SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Negara..Operasi itu dikenali sebagai “OPS SABAH SELAMANYA”..percaya atau tidak?

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

Saturday, February 11, 2017

Soalan mesra dijawab sindiran

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'tengah jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba2 datang seorang kawan kita bertanya " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. "

-Al marhum Dato' Dr. Haron Din

7 tips mulakan bisnes

📒 *7 tips sebelum mulakan bisnes.*

Tips yang ni, makcik bedah yang jual nasik lemak secoet pun boleh apply.

#1 – Pelanggan Dulu.

Wajib kenal pelanggan dahulu. Zaman keluar produk kemudian jual sudah habis. Sekarang zaman kenal pelanggan dulu baru cipta produk. Pelanggan, Pelanggan, Pelanggan dahulu.

#2 – Modal.

Tetapkan berapa modal yang mampu digunakan. Jika anda ada RM10K. Carilah model bisnes yang hanya menggunakan 10% dari modal pokok itu. Sekiranya percubaan pertama tidak menjadi sekurang-kurangnya anda masih ada 10 percubaan lagi.

#3 – Kos.

Kenal pasti Kos yang terlibat. Sekiranya anda memilih untuk menjual nasik lemak ianya masih menggunakan kos.

Setiap hari asingkan duit kos dan duit jualan. Ini langkah asas. Jika ini pun masih tak boleh buatsaya nasihatkan terus bekerja.

#4 – Validate.

Sentiasa membuat VALIDASI pasaran. Validasi pasaran ini sangat penting. Ianya akan membantu kita mengetahui apa yang pasaran mahu kita jual, bukan apa yang kita mahu jual pada pasaran.

#5 – Mentor.

Sentiasa ikut mentor. Jika anda jual nasik lemak. Carilah mentor di kalangan peniaga nasik lemak Juga. Ingat mentor bukan di ukur dari berapa pandai atau berapa kaya. Mentor ini sepatutnya orang yang tahu selok belok perniagaan kita.

#6 – Gaji.

Kira dahulu berapa mahu ambil gaji. Kalau niat nak berbisnes pun kenalah bijak sikit. sekurang-kurangnya buat persiapan sedikit.

Jika bisnes sekarang tidak mampu memberi kita gaji atau pendapatan secara konsisten dengan perbelanjaan sekarang, buatlah part time dahulu. Lagipun mana ada cara mudah jadi kaya selain menjadi anak raja…. Kan kan kan.

#7 – Berdoa.

Berdoa pada ALLAH. Mintak Allah bukakan jalan dan permudahkan segala urusan kita. Jangan lupa minta restu dari semua orang. Paling penting ibu bapa kita. Mereka ini keramat hidup yang wajib dimuliakan. Redha Allah dari redha mereka. 😅

Lima jari

LIMA JARI KITA✋
.
1. Ada *IBU JARI* yang selalu berkata baik & menyanjung.
.
2. Ada *JARI TELUNJUK* yang suka menunjuk & memerintah.
.
3. Ada *JARI TENGAH* yang sombong, hanya kerana merasa paling panjang.
.
4. Ada *JARI MANIS* yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin.
.
5. Dan ada *JARI KELINGKING* yang lemah & penurut.
.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :

* _saling menyayangi._
* _saling menolong._
* _saling berkongsi._
* _saling menghargai._
* _saling melengkapi._
.
Bukan untuk :
- _saling menuduh._
- _saling menyalahkan._
- _saling merosak_
- _saling iri hati_
- _saling memporak perandakan._
.
Semua perbezaan dari kita adalah keindahan, agar kita *RENDAH HATI* dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
.
Tiada yang benar2 lebih bodoh atau lebih pintar, kerana bodoh atau pintar itu relatif.
.
*Orang pintar boleh gagal.*
*Orang hebat boleh jatuh.*
*Orang kuat boleh kalah.*
.
Tetapi...
Orang yang *RENDAH HATI* dalam segala hal akan selalu mendapat *KEMULIAAN!*
.
*BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA*

Nilai orang berilmu

*Tazkirah Hari Ini (02.02.2017)*

Nilai orang berlimu adalah ilmunya, apakah ilmunya itu terbatas atau luas. Nilai seorang penyair adalah syairnya apakah bernilai atau tidak. Setiap orang yang memiliki bakat atau profesion, di mata masyarakat, nilai mereka adalah bakat dan profesionnya itu. 

Kerana itu, hamba dituntut untuk mengangkat nilai dan harga dirinya dengan melakukan amal soleh, meningkatkan keilmuan dan kebijaksanaannya, memerah kemampuan otak, dan melatih diri untuk melakukan kemuliaan agar keperibadiannya semakin bercahaya. Tujuan dari semua itu adalah agar nilai dirinya semakin mahal dan terangkat.

(Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni - Laa Tahzan)

Hukum hadiah utk penjawat awam

HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM & SWASTA
Semua penjawat awam & swasta yang sedang menjalankan tugasan rasmi dan dibayar gaji atas kerja itu, TIDAK BOLEH lagi untuk mereka mengambil apa-apa HADIAH, DERMA, SEDEQAH oleh pelanggan atau orang ramai yang DISEBABKAN jawatan yang dipegangnya. Hatta sekiranya pemberi menyatakan dia Ikhlas, ia tetap masih lagi HARAM hukumnya di dalam Islam, berdalil antaranya:-

1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ
 " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (atau ghalul = pengkhianatan & curi) " (Hadith Riwayat Abu Daud, no 2943, ِAl-Zahabi : Isnad SOleh, Abu Daud : Soleh; Albani : Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس في بيتِ أبيه وأمِّه حتى تأتيَه هديتُه،
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )

Beringatlah semua penjawat dan pemegang kuasa bagi menguruskan urusan awam, sebarang hadiah yang diterima adalah DOSA dan TIADA BERKAT pada harta tersebut. Jika dimakan, hilanglah BERKAT, hampirlah kepada asbab ke Neraka.

PENGECUALIAN?

Sememangnya ada perbincangan di kalangan ulama berkenaan pengecualian. Ini kerana larangan dalam hal ehwal muamalat dipegang pada 'illahnya, maka larangan tersebut dihuraikan ulama adalah atas sebab utama berikut :-

1. Elak Rasuah: Bagi mengelak berlakunya rasuah dan pemilikan harta disebabkan bodek kerana menginginkan suatu BALASAN manfaat dari penjawat awam dan swasta terbabit, seperti meluluskan projek yang dipohonnya, memudahkannya mendapat kelebihan oleh pihak penguasa dan seumpamanya. Maka hasil dari derma, sedeqah atau hadiah terbabit akan mempengaruhi penguasa memberikan sesuatu manfaat dan kelulusan kepada yang tidak berhak serta tidak langsung menafikan yang berhak khususnya apabila ia melibatkan kuota jumlah tertentu sahaja. Ini adalah berdasarkan kefahaman dari hadis berkaitan hal ini dan rasuah.

2. Elak Ketidakadilan dan mengelakkan pecah amanah di kalangan penguasa: Bagi mengelakkan tidak amanahnya penjawat yang eksploitasi kedudukannya untuk mengaut keuntungan tambahan dari kerja hakiki BERGAJI, dibuat pula secara rahsia tanpa pengetahuan dan keizinan majikan yang telah memperuntukan gaji khas buatnya untuk kerja khusus tersebut. Point ini juga bersumberkan hadis laragan Nabi pengambilan harta ghanimah sebelum dikumpul dan diagihkan sendiri oleh baginda Nabi kepada pejuang-pejuang.

3. Mengelakkan makan harta orang secara bathil tanpa kerelaan: Bagi mengelakkan penjawat tertentu memeras wang orang ramai yang terpaksa berurusan dengannya bagi sesuatu urusan berkait polisi yang dikuatkuasa oleh pihak berkuasa seperti mendapatkan lesen etc. Akhirnya orang ramai terpaksa rela untuk memberi imbuhan bagi melancarkan urusannya. Illah ini turut datang dari hadis larangan memakn harta orang lain secara paksa dan tanpa rela.

Atas sebab itu wujud pengecualian sekiranya semua kesemua ELEMEN TERSEBUT dapat dielakkan, contohnya :-

a. Bagi seorang ulama yang memegang jawatan. Yang mana sudah menjadi kebiasaan orang memberikan hadiah kepadanya kerana sumbangan ilmunya & kesolehannya HATTA sebelum memegang apa-apa jawatan serta terbukti bolehpercaya dan tiada elemen bodek untuk mendapat keutamaan. Namun masih perlu dijauhi sekiranya boleh membawa tohmah & fitnah.

b. Bagi jawatan yang tiada potensi menambah manfaat kewangan dan manfaat tambahan lain kepada si pemberi, seperti doktor perubatan, doktor gigi, tukang repair kereta, bell boy, pelayan restoran dan yang seumpamanya. Pada hemat saya. Pun begitu, jika hal ini gagal melepasi elemen-elemen lain, maka masih perlu dijauhi.

c. Guru-guru yang setelah tamatnya pengajian si pemberi. Justeru tiada syubhat ia dijadikan 'bayaran' untuk sesuatu manfaat dan markah etc.

d. Memang sifat pekerjaannya mengharapkan bayaran hadiah tips selain gaji asasi, seperti bell boy, pelayan restoran etc. yangmana ia diketahui oleh majikan, dibenarkan dan dipantau secara terkawal.

e. Diberikan kepada penjawat atas kerja buatnya yang diluar ruang lingkup kerja hakikinya. Maka itu layaklah dia menerima upah tambahan setimpal kerana itu dikira kerja luar tidak bergaji.

dan lain-lain yang panjang untuk huraian lengkapnya.

#DrZaharuddinAbdRahman

20 sifat sombong yang sering diamalkan

*...26 SIFAT SOMBONG YANG KITA SERING AMALKAN TANPA KITA SEDARI...*

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat.

Petua murah rezeki

*Petua Murah Rezeki*

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

*Jangan tunggu anda dah kaya baru nak bersedekah! Sedekahlah apa sahaja, walaupun hanya RM1 atau sekadar senyuman!*

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Adab menziarahi kubur

```RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Salam.
Kuliah dhuha Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih.*

Jangan main2 emosi wanita

Jangan main-main dengan emosi wanita.
.
Kes ibu kelar anak. Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas. Kes meroyan. Kes isteri lari dari rumah. Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.
.
Kes emosi seorang wanita.
.
Saya mohon, masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.
.
Bantu dia. Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk. Pujuk.
.
Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa.
.
Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!
.
Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat.
.
Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga.
.
Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk. Pujuk.
.
Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia. Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk macam air. Cair dan mengalir.
.
Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.
.
Tegurlah jika dia tersalah.  Tapi tegurlah pada masa yang betul.
.
Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.
.
"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan. Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, berhikmahlah.

Lelaki, jangan cuma mahu  terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa ra
puhnya.
.
Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita. Insya-Allah, mudah melentur bahagia.

Tips apabila kehilangan handphone

Tips apabila kehilangan handphone daripada  sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia(SPDJM) cawangan johor baharu​

jika handhpone hilang..Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.

Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu ​International Mobile Equipment Identity​yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail *#06#  pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan ​15 digit IMEI no.​ yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu ​E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net​ beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

​SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU...

Ingin jadi telefon pintar

CERITA SEDIH DAN MEMANG BERLAKU

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?
Apa yang terjadi?’
Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?
’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?
’Isteri: ‘Abang dengar’
Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .
Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.
Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’
Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.
Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG. ......
HANTAR KEPADA 3 GROUP DAN TELEPON ANDA AKAN MENDAPAT 10 RINGGIT TOP UP
TAPI JANGAN LEKA KALAU DAH DAPAT TOPUP

Tips memupuk perpaduan group

_TIPS MEMUPUK PERPADUAN DI GROUP_

_1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu..._
☆ _Pendidikan,_
☆ _Hobi,_
☆ _Sifat,_
☆ _Latar Belakang,_
☆ _Kedewasaan Rohani,_
☆ _Pola Fikir dll._

_2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg..._
☆ _Suka Humor,_
☆ _Serius dan Santai,_
☆ _Suka Ceramah Agama,_
☆ _Suka Menasihat,_
☆ _Suka Mengkritik,_
☆ _Suka Cerita Politik,_
☆ _Suka Pos Artikel,_
☆ _Suka Loyar Buruk,_

_3. Keaktifan posting para anggota..._
☆ _Sangat aktif,_
☆ _Sederhana aktif,_
☆ _Kadang-kadang je aktif,_
☆ _Tak aktif tapi suka baca,_
☆ _Mmg malas buka watsapp,_
☆ _Jadi ahli tapi tak aktif._

_4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi..._
☆ _Beremosi,_
☆ _Tersinggung,_
☆ _Tak mau kalah,_
☆ _Percaya begitu saja._

_5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting hal tak betul jika diluruskan jgn cepat tersinggung._

_6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya..._
☆ _humor,_
☆ _gambar denyut-denyut,,_
☆ _video gerak-gerak,_
☆ _citer seks,_
☆ _artikel terlalu panjang atau berjela-hela._
☆ _Biarkan aje atau delete._

_7. Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan memupuk perpaduan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya perpaduan agar terus berkekalan._
🤗

Umur 40

40

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Ingat Mengingati...
Saya pun...
Kadangkala leka juga...

Thursday, February 9, 2017

Mangsa serangan buaya di Santubong hilang dari paras pinggang ke atas



KUCHING: Misteri kehilangan seorang kakitangan sekolah SMK Bandar Baru Semariang terjawab apabila sebahagian daripada anggota badannya ditemui di kawasan belukar Sungai Lawai, Santubong sekitar jam 10.29 pagi tadi.

Mangsa, Selamat Draup, 54 tahun ditemui dalam keadaan mengerikan, dengan paras pinggang hingga kepalanya hilang.

“Cebisan perut mangsa juga bertaburan di sekitar pokok,” kata salah seorang saksi yang terlibat dalam penemuan tersebut, sekali gus memperkukuh dakwaan bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya.

Ia merupakan kejadian ketiga serangan buaya dalam tempoh dua tahun di sekitar kawasan tersebut, dengan mangsa terakhir juga ditemui dalam keadaan yang sama.

Kehilangan mangsa sebelum itu dilaporkan oleh isterinya, Salmah Mahdi, 55 tahun sekitar jam 8.15 pagi.

Ia berikutan kegagalan mangsa untuk berada di rumahnya pada jam 5 pagi di Bandar Baru Samariang seperti rutinnya, selepas menjala udang di pantai Kampung Santubong.

“Saya dan anak kemudian pergi ke tempat suami saya bekerja di SMK Bandar Samariang tetapi dia tiada di situ.

“Kemudian saya dan anak saya pergi ke tepi pantai Kampung Santubong dan menjumpai barang-barang dan peralatan untuk menjala, selain kunci kereta, telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi pantai, bersama-sama sebuah kereta jenis Iswara warna merah.

Lanjutan laporan polis tersebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Rela dan pelbagai agensi lain serta penduduk kampung.

Menurut salah seorang penduduk, Faizul Ismail, mereka nekad menuju ke kawasan yang dikenal pasti sebagai “lubuk buaya”, untuk mengesan mangsa.

“Intuisi saya mengatakan mangsa diserang oleh reptilia tersebut, dan ia berlaku tidak berapa lama setelah seorang remaja dari kampung ini diserangnya.

“Setibanya di kawasan yang agak ‘selut’, kira-kira 500 meter dari laut, menuju ke arah kawasan hutan berhampiran tebing sungai, kami menemui mangsa.

Kata Faizul, pihaknya kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis dan bomba, yang seterusnya membantu mengeluarkan mangsa dari lokasi.

“Kedudukan mangsa dijumpai sekitar 3 kilometer dari lokasi kali terakhir dia dilihat,” kata Mirza Dzalmira Miraj, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya yang mengetuai operasi SAR.

Katanya, susulan kejayaan tersebut, operasi SAR dihentikan untuk sementara waktu dan disambung semula dengan bantuan pasukan khas hidupan liar daripada Sarawak Forestry Corporation.

“Saya telah pun berbincang dengan agensi lain dan kemungkinan kita akan membuat satu lagi operasi untuk mencari bahagian tersebut dan kita juga telah menghubungi pihak SFC untuk memaklumkan penglibatan haiwan buaya di tempat kejadian,” katanya lagi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat dan mengenal pasti identiti. – Sarawakvoice

Sunday, February 5, 2017

'benda tu suruh aku buat'

 
KOTA BHARU, KELANTAN - Wanita yang dipercayai mengelar leher bayinya yang berusia 2 bulan semalam mendakwa terdengar 'suara' yang menyurunya mengelar mangsa, lapor Berita Harian

Seorang rakan suspek bernama Lin, 32 berkata, beliau ada bertemu dengan wanita berkenaan di Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum suspek di bawa ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, semalam 
 
"Sebaik saja mendengar suara tangisan bayi lain ketika menerima rawatan semalam, dia terus mencari Areesa (Nur Areesa Sofea) untuk memberikan susu. Saya cuba memujuknya dengan mengatakan saya akan beri susu kepada bayinya. Tetapi dia berkeras untuk menyusukan Areesa sendiri sedangkan bayi malang itu sudah pun meninggal dunia," katanya. 

Menurut Lin, pada pagi hari kejadian, suspek ada mengadu dalam group WhatsApp yang mengatakan anaknya batuk dan enggan menyusu badan dan tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir rakannya itu sebelum dikejutkan dengan tragedi tersebut. 

"Sebelum ini, suspek ada beberapa kali memaklumkan kepada rakan dalam group WhatsApp yang tempat tinggalnya (kuarters) kerap terdengar bunyi orang menumbuk lesung.
 
"Bila bertemu dengan suspek di hospital semalam, dia kerap berkata 'benda tu suruh aku buat' yang mengatakan ada 'suara' yang mengarahkannya mengelar leher bayinya," kata Lin. 

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, Nur Areesa Sofea maut selepas lehernya dikelar oleh ibunya sendiri dengan pisau pemotong sayur di kuarters tentera di Kok Lanas. 
 
Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik, Tumpat, semalam. - The Reporter

Thursday, February 2, 2017

"Jin tidak hairan kit melawan histeria"



KUALA LUMPUR, 2 Feb 2017— Kit merawat histeria yang dihasilkan universiti tempatan tidak mampu menghentikan gangguan makhluk halus, kata seorang pengamal perubatan Islam.

Tuan Asmawi Tuan Umar, yang berpejabat di Bangi, berkata manusia hanya mampu berusaha tetapi segalanya bergantung kepada kekuatan rohani.

“Jin tidak hairan semua itu. Lada hitam juga makhluk. Kekuatan mesti datang dari dalam [diri], bukan daripada barang-barang.

“Benda itu hanya menakutkan sahaja,” katanya, yang pernah bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan kit merawat histeria pada 2015 bagi membantu mengubati pelajar yang kerap mengalami histeria atau gangguan makhluk halus.

Pengarah pusat Islam dan pembangunan insan universiti itu berkata kit tersebut dihasilkan selepas melakukan kajian terhadap gejala itu selama lima tahun.

“Kit ini dibuat mengikut kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang merawat pesakit histeria dan rasukan.

“Kaedah ini sudah digunakan pusat berkenaan lebih 20 tahun,” kata Dr Mahyuddin Ismail seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mengulas histeria yang sering berlaku di sekolah-sekolah, Tuan Asmawi berkata gejala itu bukanlah berpunca daripada tekanan pelajar.

Pelajar yang terlibat mungkin banyak berhibur dan lalai dalam mengamalkan tuntutan agama, tambahnya.

“Ada benda yang mereka lakukan bertentangan dengan kemahuan mereka. Mungkin terlalu banyak berhibur dan lalai dalam diri.

“Sekolah memang riuh-rendah. Orang lain belajar PhD (doktor falsafah) tidak ada apa pun [histeria]. Mereka ini [belajar peringkat] sijil dan diploma pun belum. Apa yang tertekan?

“Benda ini berlaku kerana kita lupakan Allah. Bila kita ingat Allah, benda ini tidak terjadi. Kalau baca Yaasin, tidak payah panggil bomoh pun,” katanya, yang pernah terlibat di peringkat awal dengan idea program realiti TV Imam Muda.

Histeria tidak asing dalam masyarakat Melayu, termasuk yang dialami di beberapa buah sekolah tahun lalu. Ia juga disebut gejala rasukan akibat gangguan jin atau makhluk ghaib.

Mengulas gejala yang sering mengganggu pembelajaran di sekolah, menteri pendidikan pada Mei berkata histeria berpunca ketegangan emosi dan gejala kemurungan yang kronik.

“Ujian yang dijalankan pakar perubatan menunjukkan pelajar itu terkena histeria akibat ketegangan (emosi), kerisauan dan kemurungan yang kronik, selain berada dalam tekanan,” kata Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam jawapannya di Parlimen.

Puluhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 dekat Kota Baru dilaporkan diserang histeria beberapa kali dalam sebulan sejak April lalu walau pelbagai langkah diambil.

Gejala itu dilaporkan bermula apabila lebih 50 pelajar dan guru meracau dan meraung-raung selepas mendakwa melihat kelibat “pocong” dan “pontianak”.

Selepas pelajar sekolah berkenaan terkena histeria, pelajar di tiga sekolah berhampiran di sekitar Pengkalan Chepa turut mengalami nasib sama bulan lalu.

Masalah itu melibatkan lima pelajar perempuan SMK Pengkalan Chepa 1, 20 pelajar SMK Kemumin, dan lapan termasuk seorang guru di SMK Kubang Kerian 3.

Kit Anti Histeria!


 
PUTRAJAYA - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melancarkan Kit Anti Histeria untuk mengubat masalah histeria yang kerap dihadapi pelajar di sekolah berasrama atau universiti.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr Mahyuddin Ismail berkata, kit itu dihasilkan selepas melakukan kajian terhadap penyakit berkenaan selama lima tahun.

“Penyakit histeria bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi turut berlaku di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan dan beberapa negara lain.

“Kit ini dibuat mengikut kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang merawat pesakit histeria dan rasukan. Kaedah ini sudah digunakan pusat berkenaan lebih 20 tahun,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kit Anti Histeria oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Asma Ismail di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah mencuba kit tersebut di 11 sekolah di seluruh negara dan kesemua pesakit histeria berjaya disembuhkan dengan selamat.

Katanya, terdapat empat bahan di dalam kit itu terdiri daripada kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat al-Quran.

Menurutnya, kit tersebut dijual dengan harga RM8,750 sekotak.

Katanya, harga itu termasuk kursus yang akan diberikan kepada pembeli kit tersebut.

“Kursus ini meliputi cara menggunakan kit ini dan apa yang perlu dilakukan untuk mengubati histeria,” katanya.

Mahyuddin berkata, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kit itu boleh menghubungi syarikat Ranum Merah Sdn Bhd sebagai pengedar yang sah.
 

Sinar harian
 
Related Posts with Thumbnails