Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dansegak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yangterbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segannak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahseperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yangterendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok GuruQuran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut puntetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untukorang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benardan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forwardemel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Cukup dengan contoh-contoh di atas.
Marilah kita berlapang dada menerimahakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kitamenurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukanperaturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupunsatuayat." (Riwayat Bukhari)
Rakan SIMAAS anda!
PETIKAN HADIS
Posting Terbaru!
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
Tulisan saudara:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?
Komen:
Adakah saudara ingin menyatakan bahawa amalan yang telah diamalkan orang kita sebagai salah ???
2. Adakah sunnah Nabi itu hanya terhasil dengan kita menyediakan makan bagi keluarga si mati? Adakah kita kena bawak mangkuk tingkat ke rumah orang mati? Adakah itu yang dianjurkan oleh Nabi? Atau ada hikmah lain yang Nabi suruh buat begitu kepada keluarga Jafar.
3. Bukankah dengan memberi sumbangan berupa wang kepada keluarga si mati menepati kehendak Nabi tersebut? Nanti kalau semua bawak mangkuk tingkat, sapa nak makan?? Jinkah?
4. Kita setuju agar kenduri tersebut jgn dibuat kalau ianya menyusahkan atau dari harta anak yatim atau harta simati tanpa keredhaan warisnya. Tapi macam mana pulak kalau ahli keluarga si mati dengan tulus ikhlas mahu berbuat sedemikian tanpa rasa susah, adakah masih terbalik menurut pandangan saudara??
Banyak lagi yang nak saya komenkan, tapi cukuplah dahulu. Harap saudara tidak mudah mengeluarkan hukum apatah lagi dalam amalan yang telah lama diamalkan oleh masyarakat. Silalah merujuk kepada para ulama yang sebenar dan bukan hanya kepada penceramah-penceramah sahaja.
Maaf kalau menyinggung.
Salam sdr Anonymous,
Syukurlah kalau saudara diantara org yg faham..apa yg saudara baca dlm tajuk ini adalah sbhgn tradisi msykt pd masa kini yg dilihat lebih cenderung kpd adat ikutan berbanding hikmah ibadat yg dianjurkan dlm Islam sendiri.
Apa yg menjadi lbh bahaya dan diamati ialah segelintir msyrt sekrg tidak dpt mbezakan antara perkara wajib dan sunat sebab sudah menjadi amalan sejak dr dulu lagi sehinggakan yg krg berada terpaksa mengikut wpun membebankan.
Itu adlh sbhgn drp pendpt peribadi shj dan kalau saudara ingin mengulas lbh lanjut mengenai tajuk ini dipersilakan supaya mereka yg mbaca dpt faham apa yg ingin dikongsikan oleh pemerhatian saudara.
Terima kasih diatas keperihatinan dan maklumbalas dlm permasalahan ini dan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd kita semua.
Post a Comment