Rakan SIMAAS anda!

PETIKAN HADIS

Posting Terbaru!

Posting Terbaru!

Wednesday, March 10, 2010

KISAH RUQYAH 9: 'Kembalikan Kepalaku'.. Part 2





Lokasi : Kampung Empila, Kota Samarahan


Hati kecil ini merasa kasihan apabila mendapat tahu bahawa gadis yg baru sahaja tenang setelah jin dikeluarkan oleh Ajeri tiba2 sekali lagi dirasuk tak sampai 5 jam dan sehingga beliau menerima 25 missed call daripada bapa gadis berkenaan.


Keadaan ini sudah cukup mengambarkan betapa resah dan risaunya seorang bapa melihat keadaan gangguan yg sekali lagi datang menganggu anaknya.


Apakah yang menyebabkan gangguan ini berulang-ulang?..mari ikuti kisahnya.


Dipendekkan cerita..sampai sahaja kami dirumah pesakit kelihatan sudah ramai ahli keluarga menunggu termasuklah jiran sebelah. Memang sudah kebiasaan org kampung apabila salah satu keluarga yg ditimpa kesusahan mereka akan cuba membantu setakat yg mampu dan turut sama merasai serta mendekatkan diri bersama keluarga yg dilanda masalah berkenaan.


Pesakit dibawa ke ruang yg lebih luas supaya sesi merawat lebih selesa dan memudahkan ahli keluarga membantu mana2 yg patut. Kelihatan anak gadis yg berusia 17 tahun ini agak lemah kerana tidak dpt makan akibat gangguan ini.


Difahamkan dari cerita bapa gadis ini anaknya tidak sempat menduduki SPM tahun ini kerana telah mendapat gangguan sebelum peperiksaan SPM diadakan. Beliau juga sudah berbincang dgn pihak sekolah supaya anaknya dpt mengambil peperiksaan dirumah sahaja memandangkan masalah yg dialaminya bukan sakit klinikal.


Memandangkan kes ini adalah lanjutan, maka Ajeri memulakan rawatan seperti biasa dan ternyata jin dalam badan anak gadis ini dpt bercakap. Sesi dialog pun bermula..


Ajeri: Siapa pulak yg masuk ni bukankah yg dulu sudah dikeluarkan?

Jin: Aku jin burung..aku dihantar oleh tuan ku utk ganggu budak ini.


Ajeri: Kenapa kau sibuk nak ganggu sedangkan ada byk benda lain yg perlu kau buat?

Jin Burung: Aku terpaksa kerana sayap aku telah diambil dan disimpan oleh tuan ku dan sekiranya ingin dptkan balik sayap tersebut aku kena ikut arahannya. Aku mahu sayap aku balik supaya aku dpt terbang.


Saya: Selain kau ada siapa lagi yg ada dlm badan budak nie?

Jin Burung: Ada..jin ular sedang duduk dlm perut.


Saya: Selain yg sudah ada dlm badan ini..ada lagi ke jin yg diarah tuan kau diluar sana yg mahu masuk lagi?

Jin Burung: Ada..jin beruang, dia sudah sedia mahu masuk menunggu arahan tuannya.

Saya:Tak payah tunggu tuan kau arah..panggil dia masuk.


(Reaksi gadis tersebut sedikit berubah..jin beruang masuk)


Saya: Siapa kau?

Jin: Beruang.


Saya: Baiklah beruang kau jadi wakil rundingan sekarang..aku nak tanya kenapa kau, burung dan ular sanggup diarah masuk oleh tuan kau utk ganggu budak ini?

Jin Beruang: Kami terpaksa kerana aku sendiri telah diambil tulangnya oleh tuan ku..burung telah diambil sayap dan ular telah diambil badan.


Saya: Aku mahu kamu bertiga keluar dari badan budak ini dan aku tawarkan masuk Islam dan apabila sudah Islam maka bertaubatlah serta beribadatlah spertimana sebagai penganut Islam dan nanti bolehlah berdoa kpd Allah supaya digantikan yg baru apa yg telah diambil itu supaya kamu bertiga dpt hidup kembali seperti sediakala. Yakinlah pada Allah.

Jin Beruang: Kami yakin dan berjanji tolonglah kami.


Saya pimpin mengucap syahadah dan mereka dpt mengikutnya dgn baik serta diberikan nama baru Islam masing2. Saya menarik keluar beruang yg berada ditangan kanan dan Ajeri menarik burung disebelah tangan kiri. Manakala ular masih ditinggalkan utk beberapa soalan lagi.


Saya: Cuba kau lihat bagaimana keadaan tuan kau ketika ini?

Jin Ular: Keadaannya seperti nyawa2 ikan dan mukanya sudah teruk akibat kesan dari perawat sebelum ini dan sehinggalah sekarang.


Memang sebelum ini gadis berkenaan telah dirawat oleh beberapa rakan perawat kami dan mengeluarkan jin2 yg dihantar oleh tukang sihir sebelum ini namun tukang sihir tersebut tetap mahu menghantar jin2 baru sehingga matlamatnya tercapai.


Jin ular diminta utk melihat kesan lontaran oleh Ajeri dgn ayat Furqan 23. Ternyata lontaran tersebut memberi kesan kepada tukang sihir tersebut dan keadaannya semakin teruk. Saya juga mengarahkannya supaya dpt memberitahu lubang2 dan tempat2 disekeliling rumah tersebut yang membolehkan jin masuk.Terdapat 2 lokasi yg ditunjukkan dan saya meminta Ajeri utk membaca ayat pendinding pada garam yg disediakan supaya ditabur disekeliling rumah berkenaan oleh tuan rumah sendiri nanti.


Sesi khidmat jin ular sudah berakhir. Kali ini saya tidak menarik ia keluar tetapi saya ajarkan kepadanya utk berdoa sendiri kepada Allah untuk keluar dan memandangkan baru Islam saya pimpin jin tersebut utk mengangkat tangannya sendiri dan berdoa kepada Allah minta diterima sebagai Islam, dirahmati,dilindungi dan diberikan badan yg telah diambil oleh tukang sihir yg lalu.


Dan setelah doa diaminkan Maha Suci Allah badan gadis tersebut seperti terangkat dan dengan serta-merta terus sedar. Setelah sedar saya arahkannya bersyahadah beberapa kali.


Kita lihat apa kesudahan cerita ini yg mana tukang sihir berkenaan tidak serik2 menghantar jinnya utk mengganggu budak ini. Namun semua yg berlaku adalah atas pengetahuan Allah dan akan mendapat balasan yg setimpal di atas segala perbuatan.


Nampak macam mudah tapi semuanya adalah atas izin dan kekuasaan Allah.


No comments:

Related Posts with Thumbnails