Memang dah dijangka tukang sihir akan menghantar lagi sesudah jin2 yang terdahulu telah diIslamkan dan dikeluarkan dengan izin Allah. Kali ini sekali lagi bapa pesakit menelefon menyatakan reaksi anaknya agaknya berbeza sedikit berbanding biasa dan minta dirawat semula.
Walaupun dapat menguruskan diri sendiri seperti mandi, berpakaian, makan, bercakap dan sebagainya tetapi pada waktu tertentu anaknya tiba2 marah tak tentu pasal atau masalah2 kecil boleh menimbulkan kemarahannya. Perkara ini berlaku 2 hari selepas rawatan yg lepas.
Banyak kali juga bapa pesakit menelefon minta datang 'melihat' dan merawat anaknya semula tetapi memandangkan terdapat komitmen lain yang tidak dapat dielakkan menyebabkan permintaan agak lambat ditunaikan dan kami juga memahami keadaan keluarga mangsa, walaubagaimana pun dalam tempoh berkenaan kami telah ajarkan sedikit kaedah untuk mengawal pesakit tersebut sebelum kami datang untuk merawat nanti.
Setiba dirumah pesakit pada hari yang dijanjikan, kelihatan sudah ramai ahli keluarga dan jiran sebelah telah menunggu untuk melihat sendiri bagaimana rawatan akan dilakukan. Pesakit telah dipanggilkan dan kelihatan agak baik sedikit berbanding sebelum ini namun masih ada gangguan dalam badan.
Pesakit diminta berbaring untuk memulakan rawatan. Tangan diletak atas kepala pesakit sambil membaca muqadimah, doa dan surah Al-A'la untuk memanggil jin dalam badan pesakit untuk berdialog dan ternyata jin pun bercakap;
Ajeri: Siapa lagi yang masuk menganggu ni?
Jin: Aku Baja..
Ajeri: Kenapa kau masuk dan ganggu dia? Tak takut sakit ker? InsyaAllah kau akan rasa sakit sekiranya kau degil dan tidak mahu keluar apabila ayat2 Allah dibaca nanti.
Jin: Aku disuruh oleh tuan ku. Aku ditangkap dan dipeliharanya dalam botol sejak umur aku 1 tahun lagi. Kami nak keluar dari badan ni..kami nak main.
Saya: Jadi,berapa umur kau sekarang?
Jin: 10 tahun.
(Patutlah..masih kanak2..kejam punya tukang sihir)
Saya: Ada berapa jin dalam badan ni sekarang?
Jin: 3..aku, B dan C..umur kami bertiga sama.
Ajeri: Bagaimana kamu dapat masuk sedangkan tempohari rumah ini sudah di'pagar'?
Jin: Kami masuk melalui jamban (tandas).
Saya: Dimana tuan kau simpan dan pelihara kamu bertiga selama ini?
Jin: Dalam botol.Tuan aku pun simpan nyawanya dalam botol sebab dia dah lemah.
(nyawa simpan dalam botol? tak faham..tak apa biarkan dulu nanti siasat balik)
Ajeri: Ada lagi ke jin diluar sana atau dirumah tuan kau yang standby nak masuk lagi?Jin: Tak ada.Kami bertiga yang last.(pada fikiran saya tukang sihir dah habis modal)
Saya: Oklah sekarang kami ingin membuat perhitungan terakhir..kami percaya kau dapat lihat keadaan tuan dan botol2 yang ada dirumah tuan kau sekarang. Kami cuba pecahkan botol2 itu dengan izin Allah dan kau perhatikan apa yang berlaku.(Ajeri membuat pukulan dengan rotan dengan niat untuk menyerang penyihir serta memecahkan botol2 berkenaan)
Ajeri: Apa yang kau nampak sekarang?
Jin: Tuan ku sedang mengerang kesakitan yang teramat sangat dan botol2 semua sudah pecah.
Saya: Alhamdulillah..biarkan dia dan selebihnya itu urusan Allah. Kami mahu kamu bertiga keluar sekarang dan masuk Islam dahulu. Sebelum masuk Islam dan belajarlah dengan sungguh2 mudah2an nanti dapat menjadi guru pada jin2 lain. Kami akan hantar ke Mekah dan disana akan dapat bertemu dengan guru2 dikalangan jin.
Jin: Kami setuju.
Setelah diIslamkan jin2 berkenaan diarah bergerak dan berkumpul dikaki sebelah kanan pesakit untuk ditarik serentak dan dihantar ke Mekah. Ajeri melakukan proses terakhir dan pesakit pun sedar.
Seperti biasa pesakit ditinggalkan dengan air dan limau untuk minum dan mandian.
Semua yang berlaku atas bantuan dan izin Allah.
*Sebagai orang baru dalam dunia rawatan Islam, Alhamdulillah banyak pengajaran dan pengalaman yang kami dapat daripada kes kali ini.
No comments:
Post a Comment